Sons Of Angel adalah sebuah band hard rock dari Norway. Kalau tidak kerana pakcik Google, mati-mati aku ingat diorang dari US.
Ini adalah satu-satunya album mereka pada dekad 90an. Lepas tu, kaput!
Satu album pun sales boleh tahan. 150,000 unit. Mungkin jualan tak memberansangkan (kalau 500,000 unit baru kira OK kot?). Mungkin antara mereka jadi pemain bola professional? Mungkin antara mereka yang jadi lawyer? Atau tokey restoran? Atau masuk jadi AJK Black Metal Norway? Pakcik Google tidak menjelaskannya.
Tapi gaya hard-rock mereka, memang US habis. Sebutan. Malah, tajuk pun, US habis. Cowgirl contohnya. Ada ke cowboy di Norway? Takde? Kalau takde, cowgirl pun sudah tentu takde.
Cita-cita mereka pun tinggi. Ini dapat didengar dari lagu Rock N Roll Star. Liriknya - aku nak jadi rock n roll star! Mesti desperate ni.
Muziknya hard rock tipikal. Susah nak cari apa yang menarik sangat - benda yang outstanding. Vokal OK, gitar solo OK, lagu so-so. Nak berlawan dengan band US yang memang dok US dan dah memang cemerlang, memang satu cabaran yang luarbiasa untuk ditentang.
150,000 unit tu kira bagus dah tu.
Tahun 2001 mereka rilis album kedua. Mungkin sekadar berjalan di dataran memori. Kemudian, balik ke tempat asal dan jadi manusia biasa kembali. Cita-cita jadi rock star sekadar jadi cita-cita. Mungkin tahun 2011 (selepas 10 tahun) kita akan jumpa rilisan ketiga mereka sebagai cubaan ketiga (dan terakhir?).
1. Cowgirl
2. Spend the Night
3. Look Out For Love
4. Lonely Rose
5. Rock And Roll Star
6. Trance Dance
7. Would You Die For Me?
8. Could It Be Love
9. Fight
10. Fly
Hahaha, menarik menarik.
ReplyDeleteNak cakap one hit wonder bukan, nak cakap ada longevity pun tidak!
Good post sir.