Sunday, November 28, 2010
Ulasan: SAXON Power And The Glory CD
Antara album Heavy Metal yang pertama aku dengar ketika berumur 10 tahun.
Dan antara sebab saya menjadi peminat genre ini, dan juga SAXON.
Ia begitu sebati. Lagu yang tak berapa sedap pun menjadi sedap. Zaman dulu, memiliki album dalam bentuk kaset adalah suatu kemewahan. Bukan senang dan sebagai pelajar sekolah rendah, banyak mana kaset yang boleh dibeli. Sekarang lain - ada mp3.
Untuk itu, setiap kaset didengar berulang-ulang. Yang tak sedap pun jadi sedap.
Tapi itu bukan alasan kenapa album ini sedap. Kerana memangpun ianya sedap. Sound yang betul-betul heavy ikut standard zaman tu. Bunyi gitar Graham Oliver dan Paul Quinn yang keras, berkerak dan berkarat. Paluan drum Nigel Glockler yang padu dengan iringan bass Steve Dawson. Ah, nak cerita apa lagi tentang vokal Biff Byford yang legend? Suara beliau memang unik dan begitu British kita boleh mendengarnya hanya dengan mendengar tiupan nafas beliau.
1. "Power and the Glory" 5:57
Gila semangat ini lagu. Rasa nak melonjak dari kerusi dan melontarkan kedua-dua tangan ke udara sambil menyanyikan bersama korus! Riff mula sekali dengar macam 2 Minutes To Midnight (IRON MAIDEN) tetapi riff ni lagi kencang (sori peminat IRON MAIDEN - SAXON menang dalam hal ini).
2. "Redline" 3:38
Bunyi pinching (satu teknik memetik gitar) dalam riff utama lagu ini membuatkan kita mengenyit sebelah mata tanda kesedapan.
3. "Warrior" 3:47
Lagu paling bestest! Riffnya berat dan notenya seperti tanda-tanda muzik Death Metal. Motif liriknya pun menambahkan semangat mendengar lagu ini. Muzik semangat tambah lirik mengenai pahlawan yang mahu menakluki sesebuah kawasan - tak tau apa lagi jenis muzik yang boleh menaikkan adrenalin seperti lagu ini.
4. "Nightmare" 4:25
Tiga lagu berat sebelumnya, maka sesuai sangat diturunkan sedikit adrenalin. Lagu yang lebih slow tetapi tidak meninggalkan beratnya. Saya suka sangat bunyi gitar dalam album ini. Melekat setiap notenya. Lemak dan berkrim.
5. "This Town Rocks" 3:58
"This is rock n roll!" kata Ozzy. Heavy Metal adalah asasnya rock n roll. Jadi tidak hairan, rock n roll dijadikan tema dalam lagu ini. Cuma ini adalah rock n roll dengan berat berkilo-kilo. Intro drum double paddle sudah cukup untuk menggegarkan jantung.
6. "Watching the Sky" 3:43
Riff intro best, macam lagu pertama. Rasa mahu sekarang juga plug gitar kepada amplifier dan memainkan riffs ini. Korus yang lembut, bermelodik tetapi menggesa kita menggoyangkan bahu sambil menyanyikan bait lirik bersama.
7. "Midas Touch" 4:13
Aduh... album ini adalah pesta riffs! Satu lagi riffs yang menusuk ke kalbu. Bermula dengan riffs yang meleleh, disambut dengan plucking gitar ketika Biff menyanyikan bait liriknya. Kena dengan motif liriknya, penyesalan Midas yang mahukan kekayaan dunia - moralnya - jangan tertipu dengan dunia.
8. "The Eagle Has Landed" 6:56
Lagu feveret SAXON yang dimainkan selalu dalam sesi live mereka. Ianya bluesy, rileks (dalam ruang lingkup Heavy Metal - bukan Kenny G). Bermula dengan perlahan tetapi berakhir dengan peluh menitik di dahi - so heavy dan bluesy.
"Untuk itu, setiap kaset didengar berulang-ulang. Yang tak sedap pun jadi sedap."
ReplyDeletesetuju beb...sampai naik hafal lirik setiap lagu...tu yang semua rilisan tahun2 80an rasa macam best jer kan...
tahun lepas Saxon rilis balik remastered version utk semua album....meleleh nengok...aku cuma dapat 1 album jek...
kebanyakan album band metal 80an memang mesti dengar ( tak mestinya berjaya dimiliki pasal tak mampu nak beli masa tu ). seperti band saxon ni. antara logo band yang cantik. kepala kapak kembar!
ReplyDeletedulu tahun 1985/86, gua ada pendant SAXON. rock sangat la kononnya. kat sekolahpun pakai!
the eagle has landed