Wednesday, June 30, 2010

Walking the Memory Lane - MRSM MUAR 20 Jun 2010

Outstation ke JB untuk melawat student praktikal, kali ini aku gunakan dengan sepenuhnya.

Anak-anak ditinggalkan di Kuala Terengganu. Isteri yang di KT, naik bas pada malamnya aku jemput sebelum subuh di Medan Gopeng dan terus bertolak ke JB.

Sebenarnya tiada cadangan nak singgah ke MRSM Muar. Keputusan dibuat beberapa kilometer sebelum exit tol Pagoh. Lagipun check in hotel Pan Pacific JB jam 3pm. Waktu itu baru 10am. Satu keputusan yang bijak.

Aku di MRSM Muar pada tahun 1991-1992. Isteriku, cuma setahun, 1991. Tahun itulah waktunya aku terpikat padanya. Gara-gara tarian Melayu yang ditarikan oleh isteriku ketika itu. Terus jadi syok tengok. Dan mula terbayang-bayang. Gila bayang.

Strategi aku ketika itu, jadi secret admirer (SA). Jumlah kelas yang tak cukup menyebabkan kami yang berada di Tingkatan 4 bergerak mencari kelas kosong. Isteri aku dari batch lama, ada kelas sendiri. Ada ketikanya kelas aku menumpang kelasnya apabila mereka ke makmal.

Masa itulah aku bagi nota dan kadang-kadang menconteng (dengan pensel) pada bukunya. Mula tak tahu, rasa thrill. Bila dah tau dan orangnya ialah aku, jadi lain cerita pula.

Malang sekali, masa itu, isteriku begitu ngeri dengan aku. Dia kata, masa tu, bila nampak aku dari jauh, cepat-cepat dia alih route jalan. Tak nak terserempak.

Apa nak kata, masa itu aku tersangat....lah berbeza. Kurus mengalahkan papan lapis. Dan penampilan brutal dan ganas. Gelaran aku di sana sebagai THRASHER, tentulah bersebab, ye tak?

Cuma rakan sekelas, Enida Daud (si comel lote) yang mungkin kenal aku lebih dari penampilan luaran. Sebab itu, dia tolong cucuk-cucukkan aku pada isteri masa tu.

Namun masih tak berjaya.

Pendaftaran baru masuk Tingkatan 5 aku sambut dengan penuh keghairahan. Selama seminggu aku tercari-cari, ke mana perginya isteri aku. Rupa-rupanya, dia telah berpindah ke MRSM Kuala Terengganu!

FRUST GILA!!!

Untuk itu, di satu sudut hati aku jadi mat jiwang layang lagu rock. MEGA Takdir dan Waktu. Muzik please!

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah...
Aku tau, keseluruhan lagu ini menggambarkan dua orang bercinta dan berpisah sedangkan aku yang syok sendiri je. Tapi aku buat-buat seperti dia pun tengah bercinta dengan aku. Apa-apalah Labu!

Maaf, jadi sentimental pula entry ni. Patut cerita tentang MRSM Muar ni. Eh, cerita aku dan isteri juga sebahagian kecil dari cerita keseluruhan, ye tak?

Apa penyudahnya? Camana boleh jadi isteri sedangkan masa tu aku dibenci? Sudahlah dibenci, putus hubungan pula. Itu kena sambung lain siri hahaha...

Alumni MRSM Muar sekalian yang dah belasan, puluhan tahun tak jengah, nikmatilah gambar-gambar ini. Malang sekali, PakGad berpesan, boleh ronda dalam kereta je tapi tak boleh jejak kaki keluar disebabkan hari tersebut adalah hari pelajar-pelajar kembali ke kampus.


Thrasher yang tak berapa thrash dah.


Ada ke bangunan ni dulu? Rasanya ada baru buat sebab ikut memori kat sini le kami amik kertas SPM.


 Ini dewan banyak sejarah. Tempat konsert, qiamullail, main badminton all in one!

 Laluan sebelah dewan menghala ke library. Pun banyak kisah suka dan duka cewahhh...

  Tempat bercinta (dating) petang-petang. Kat sini aku pernah berdating dengan wife. Aku syok sendiri. Wife aku tak syok pun masa tu. To my wife, tempat ni aku berdating dengan ramai orang selepas U ;)


 LEGEND!!! Tiap-tiap hari minggu mak bapak datang nak jumpa anak masing-masing kat sini. Aku jadi AJK tukang announce kat mic. Suara sampai ke setiap asrama. Juga tempat aku mengorat sorang awek ni (lepas wife aku pindah sekolah). YOU KNOW WHO YOU ARE hahaha!!!

 
Rumah warden. Ketua warden dulu Baim panggilannya. Sekali aku kantol rambut panjang (alahai rambut depan bela panjang sampai ke dagu tu...) dia panggil masuk dalam rumah nak gunting. Dia kata, "ko tengok gambar aku tu". Gambar dia buat degree kat overseas. Rambut mengerband dia panjang nak cecah dada. CIS!!!



Tangki air. Pernah budak-budak buat kolam renang. Gila. Kan ke air ni buat minum semua?
 Signboard. Ni dari dulu dah ada rasanya ni!

Nampak tak alley tu. Sebelah tu kelas aku la tu! Sc10! Menyesal tak turun dari kereta untuk ambil gambar dalam kelas. Menyesal! Menyesal!

Tuesday, June 29, 2010

Ulasan: MUNICIPAL WASTE Massive Aggressive Boxset


 Oleh: Lutfie

Old school hardcore Thrash metal crossover. Itulah impression pertama aku bila dengar Municipal Waste.  Aku review bukan  sebagai die hard fan Municipal Waste, tapi sekadar teruja nak menunjuk-nunjuk boxset Massive Aggressive yang aku menang di Ebay tempoh hari dengan harga lebih kurang $12AUD. Aku jenis suka-suka masuk Ebay dan usha-usha apa-apa cd dan t-shirt band yang aku minat kalau ada murah. Bila Nampak murah bid pun takde la mahal, cuma agak-agak kalau mampu, akhirnya aku menang bid item ni yang asalnya dari UK. Ebay UK pada aku memang banyak stuff best. Dari cd, t-shirt sampai lah tiket gig. Germany/Europe ada lagi BANYAK stuff best most of the time, tapi aku tak rela di robek poketku dek kos penghantaran yang boleh jadi lagi mahal dari item sendiri.

Municipal Waste adalah sebuah band yang pada aku ada resemblance dgn D.R.I. Catchy tunes, laju dan gila. Sekali lagi aku bukan die hard fan tapi diorang ni lebih ‘hit and miss’ pada aku. Antara benda yang aku paling impressed dengan MW adalah artwork last few albums diaorang yang amat impressive pada aku(aku memang critical bab artwork album ni, antara sebab kenapa aku boleh tempted untuk beli cd dan t-shirt), sampai lekat dalam kepala lah gamaknya sebagai identity Municipal Waste.

Back to the album review, ini adalah full-length terbaru Municipal Waste(2009). Aku pun baru tahu pasal release ni (lepas tengok Metal-Archive). Masa mula-mula nampak aku ingat ini release lama yang re-issue(entah atas sebab apa pun aku tak pasti). Album band macam ni aku tak rasa penting nak review by songs. Sebab personally semuanya bunyi  sama. Lainlah kalau cakap pasal Heaven and Hell, Iron Maiden, Metallica, Megadeth yang pada aku semua ada kualiti tersendiri dalam SETIAP lagu.

Lagu-lagu yang di persembahkan dalam album ni semua cantik dan kena dengan attitude thrash/old school hardcore. Intro instrumental dalam lagu ‘Masked by Delirium’ agak catchy tapi terlalu cepat. Orang cakap belum sempat nak layan dah habis!. Bila masuk lagi lama ke dalam lagu, aku rasa lagu agak kelam kabut, maklum lah, thrash habis kot?. Antara benda yang membuatkan lagu-lagu bunyi agak sama adalah drumming. Agak sepesen dalam mana-mana lagu pun. Riff gitar?? Agak sama semuanya. ‘Pusing-pusing pun bunyi tak berapa nak lain’. Ini adalah contoh vibe album thrash yang dari awal sampai akhir boleh buat crowd mosh pada kadar yang sekata. Itu apa yang aku rasa kalau Municipal Waste main live. Kalau ada peluang tengok Municipal Waste live kat Adelaide ni memang kena pergi!. Diorang dah pernah turun sini dalam tahun 2006 tapi malangnya aku belum sampai lagi kat Adelaide pun masa tu.

Rata-rata lagu dalam 2.5 minit je.  Lagu ‘Acid Sentence’  je 3 minit. Aku cuba dengar apa yang special nya lagu ni dimainkan dalam 3 minit. Mungkin part yang lebih thrashy pada bahagian tengah lagu ni yang di leretkan buat lagu ni lebih thrashy dari lagu-lagu lain.

Apa specialty boxset ni? Aku bukan mat boxset, tapi kadang-kadang aku nak jugak merasa apa specialnya boxset ni. Untuk Municipal Waste Massive Aggressive ni, ada band patch, 3 buttons dan wrist band. Semuanya masih baru tapi second hand. Aku bila ada benda-benda macam ni takkan pakai lah. Simpan buat khazanah alam la gamaknya.

In conclusion, aku rasa aku perlu selak balik album-album lama Municipal Waste untuk lebih critical review album ni. Mungkin sekadar first impression atau feeling of knowing their existence but not yet digging them yang buat aku rasa album ni not my best dive in thrash metal stuff.


Song list:
1.Masked By Delirium01:56
2.Mech-Cannibal02:20
3.Divine Blasphemer01:59
4.Massive Aggressive01:42
5.Wolves of Chernobyl02:37
6.Relentless Threat01:46
7.The Wrath of The Severed Head02:45
8.Upside Down Church02:29
9.Shredded Offering02:30
10.Media Skeptic01:33
11.Horny For Blood01:38
12.Wrong Answer02:32
13.Acid Sentence03:02

OVERALL RATING: 6/10

Ulasan: 28 Hari Jurnal Rock N Roll


Malam semalam buku bersaiz nota kecil muat dalam poket belakang seluar ini aku beli terus dari penulisnya. Sampai di rumah aku terus membaca tanpa lengah.

Kali terakhir aku baca novel Melayu, sewaktu siri Bercakap Dengan Jin menjadi fenomena bacaan tempatan. Ya, memang dah lama. Aku sekali termasuk dalam kategori mereka yang tak menjadikan tabiat membaca sebagai tabiat. Tidak membaca novel. Tapi aku baca benda lain.

Untung juga novel saiz poket ini tipis je. Kurang mengerikan untuk aku menghabiskannya. Apatah lagi kalau intipatinya tidak kena pada jiwa. Novel fiksyen bukan tempat aku. Aku prefer baca biografi. Antara yang terbanyak aku baca, biografi IRON MAIDEN sudah beberapa buah buku.

Ooops, ini pun lebih kurang buku biografi juga!

Bezanya ia tidak berkisar tentang penulisnya dari awal dilahirkan tetapi sekitar pengembaraan 28 hari di Malaysia dalam mencari ketenangan. Berbekalkan gitar akustik, sebuah beg besar dan beberapa keping CD yang dirakamkannya. Satu perbuatan yang boleh dianggap gila oleh kebanyakan orang.

Mungkin Jayzuan merupakan antara beberapa orang yang sangat yakin dengan prinsip yang dipegangnya. Prinsip utama ialah - katakan tidak kepada kerja ofis 8-5! Sangat tidak kena dengan jiwanya. Beliau lebih selesa bekerja sendiri - bikin muzik dan menulis. Bukan sahaja awek-awek yang sukar untuk memahami prinsip tersebut, bahkan kedua ibubapanya pun. Dengan sebab itu, selalu Jayzuan mengharapkan restu mereka. Mungkin apabila catatan Jayzuan ini dibaca oleh kedua ibubapanya, mereka akan faham sekuat mana iltizam Jayzuan.

28 hari mengembara, dengan bantuan kawan-kawan yang telah dibuat hubungan ketika Jayzuan membuat persembahan merata tempat membayangkan betapa rapatnya hubungan mereka. Silaturrahim yang dijalin dengan baik sudah pasti banyak manfaatnya. Dalam keadaan sesak sebegitu, Jayzuan masih ada risau dengan pembesaran perutnya akibat dibelai dengan makanan yang dibelanja. Mungkin pengembaraan ini lebih mewah dari yang disangkakan berbanding dengan berkurung di dalam bilik. Di dalam bilik, tiada siapa yang nak belanja makan dan ajak bersembang.

Tiga perkara besar dalam fikiran Jayzuan ketika itu. Awek, makan dan perut.

Tiada komentari sosial yang kritikal yang mahu disampaikan oleh Jayzuan. Mungkin sekadar memprotes bahawa rezeki itu bukan datang dari majikan, kilang, kedai, ladang etc tetapi datang dari Allah s.w.t. yang Maha Memberi Rezeki. 28 hari itu membuktikannya. Dengan 28 hari itu jugalah membuka rezeki Jayzuan dengan terbitnya buku ini yang mengikut laporan, cetakan pertama telah habis dijual!

Untung... yang dalam tangan aku adalah cetakan pertama berserta autograph. Kata Jayzuan, tiga autograf yang mendebarkan padanya: 1. Loque (entah betul ejaan aku - dan siapakah dia ni?) 2. Fathullah dan 3. Bentara. Kenapa perlu berdebar dengan Bentara? Pandai kau bodek aku ya?

Jayzuan terpaksa posing Metal sedangkan aku posing manja

Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi Jayzuan

http://www.myspace.com/mjhome
http://www.myspace.com/freelove
http://www.mohdjayzuan.blogspot.com
http://amp.channelv.com/mohdjayzuan
http://www.twitter.com/mohdjayzuan

Monday, June 28, 2010

Ulasan: LASTCOPEQUSTIKA @ Rumah YKP

Aku orang jati Ipoh. Dilahir dan dibesarkan di Ipoh. Walaupun parents aku sekarang di Sabak Bernam, aku tak mengaku aku orang Sabak Bernam.

Disebalik kejatian Ipoh yang aku banggakan ini, rupa-rupanya selok belok Ipoh masih belum aku terokai sepenuhnya. Mungkin disebabkan ruang lingkup kehidupan aku yang sempit. Metal dan Ipoh.

Enter YKP @ Yayasan Kesenian Perak yang diterajui oleh Puan Hanim. Flyer yang disebarkan di dalam facebook ditag nama aku, begitu mengkecurkan air liur. Aku yang baru sampai dari Kuala Terengganu bersama family, memujuk kepenatan diri untuk hadir sekali. Ini mengejutkan Kamal Sabran. Malah mengejutkan Puan Hanim juga.

Salam kepada Puan Hanim dan suami, Syed. Salam juga kepada aktivis dan penggemar seni sekitar Ipoh. Antara mereka ialah Jayzuan, Kamal Sabran, Munis, Adli dan beberapa ramai lagi yang tak sempat untuk aku beramah mesra.

Yang ganjil ialah aku kerana aku pertama kali berada di perhimpunan seperti ini. Introduksi Puan Hanim terhadap diriku di atas pentas, "Sam, Bentara Guru... ex-Langsuyr!" membuatkan aku tersipu-sipu. Siapa peduli?

"Rumah" YKP memang sebuah rumah. Disewa sejak 8 tahun yang lalu dari bajet Menteri Besar Perak yang dulu, Datuk Seri Ramli Ngah Talib. Malangnya, beberapa kali tampuk pemerintahan negeri Perak bertukar, YKP dibiarkan dan tidak dipedulikan. Untung juga di bawah jagaan Puan Hanim, bajet tersebut masih berbaki sehingga kini untuk meneruskan aktiviti-aktiviti YKP. Puan Hanim menjadi nadi penggerak; begitu penjelasan suaminya. Sambil sembang sambil makan kuewtiow dan air yang dihidangkan kepada pengunjung. Nampak macam potluck.

Malam ini merupakan malam terakhir aktiviti di rumah ini. Tuan punya rumah mahukan rumah ini kembali. YKP terpaksa berpindah namun di mana belum ditentukan. Buat masa ini, YKP tanpa rumah.

Agenda malam ini ialah beberapa persembahan akustika free-flow. Di samping itu ada jualan. Sudah tentu ruang utama yang menjadi tempat hinggap aku yang pertama ialah ruang jualan CD 2nd hand. Cis! Semenjak pulang dari Adelaide aku tidak membeli CD tetapi malam ini aku pecah rekod. RM100 lebur membeli CD The Beatles, M Nasir dan Ozzy Osbourne sebanyak 7 keping.

Untung juga cash tak banyak. Kalau banyak, mungkin lagi banyak RM terkorban. Ada majalah, buku, lukisan, barangan antik. Ini Loken versi mini!

Persembahan dimulakan oleh kumpulan Mentol100watt dianggotai oleh 3 orang pemuda (mungkin?) bermain gitar akustik dan gitar elektrik. Mendendangkan beberapa buah lagu puisi original yang CD mereka ada dijual sekali. Yang automatik datang ke kepala ialah Kopratasa. Tetapi aku tau, itu gambaran yang salah. Banyak mana yang aku tau tentang scene sebegini? Kosong! Yang aku tau cuma Kopratasa je.

Aku mengintai dompet. Tinggal RM16. Kalau nak habiskan, kena habiskan pada tempat yang betul nampaknya.

Seterusnya saudara Nik Nikbinjidan Marhaen dengan gitar dan harmonika. Persembahan solo beliau menggamit seketika perasaan ini. Beliau bermain gitar, meniup harmonika, menyanyi dan mengawal suasana. Semuanya dilakukan secara solo. Perasaan admiration mula timbul.

Sahabatku Kamal Sabran pula muncul dengan Azmil (?). Kamal dengan gitar Iran dan sahabatnya dengan gendang silat. Persembahan improvise disulami dengan bacaan satu bab buku sulung Jayzuan, 28 Hari Jurnal Rock N Roll oleh Puan Hanim. Nampaknya Kamal sudah mahir dengan gitar Iran yang diberikan oleh kawannya dari Iran (yang juga merupakan pemuzik dan pengarah filem terkenal di sana).

Selepas itu, persembahan menjadi free-flow. Siapa yang rasa nak ke pentas, dipersilakan. Aku mula mensosialkan diri.

Aku berkenalan dengan Jayzuan. Aku tak kenal dia tapi dia kenal aku. Yang sebenarnya, dia lebih dikenali dari aku. Cuma aku ni jahil. Aku outsider. Sambil bersembang dengan dia, aku bertanyakan tentang dirinya kepada orang lain. Barulah aku kenal. Beliau pemuzik dan penulis. Blognya baru aku link di sebelah. Nanti kemudian aku rebiu buku sulungnya.

Buku sulungnya, dengan autograph. Yea! RM15 kuhulurkan. Tinggal RM1. Cukuplah buat bekal aku kembali ke Tronoh.

Perjalanan pulang selama 40 minit sambil melayan The Beatles yang tadi aku beli.

Sunday, June 27, 2010

Kembali!

Alhamdulillah...

Lebih seminggu outstation. Internet sekadar check email dan fesbuk. Tak sempat nak berblogging.

Cerita yang nak disampaikan banyak. Larat tak larat tu jadi benchmark.

InsyaAllah sambung kemudian.

Friday, June 18, 2010

Ulasan: JOHNNY CASH American VI: Ain't No Grave CD


 Album yang dirilis selepas 7 tahun kematiannya.

Lagenda suara deep, distinctive bass-baritone yang berhantu. Kematangan suara beliau (seperti seorang datuk menyanyikan kepada cucunya - seakan-akan lullabye) menjadi highlight dalam album ini.

Muziknya country dan gospel. Gitar akustik dan banjo mendominasi keseluruhan album. Drum memang takde langsung.

Mixing yang baik, menonjolkan karakter Johnny Cash dan ia menjadi aspek dominan yang menarik tentang album ini. Kedengaran seperti Cash mendendangkan lagu-lagunya betul-betul disebelah telinga.

Cukuplah 96 album yang pernah dirilis oleh beliau (ketika hidup dan mati) semenjak tahun 1954 menjadi bukti kepada betapa pentingnya beliau dalam mencorakkan jatidiri muzik Amerika.

Apa-apa kritikan negatif selepas itu tidak lagi menjadi relevan. Apatah lagi dari seorang pengulas yang pertama kali mendengar albumnya dengan asyik - seperti saya.


01. Ain’t No Grave [traditional] (2:53)
02. Redemption Day [originally by Sheryl Crow] (4:22)
03. For the Good Times [originally by Kris Kristofferson] (3:21)
04. I Corinthians 15:55 (3:37)
05. Can’t Help But Wonder Where I’m Bound [originally by Tom Paxton] (3:26)
06. Satisfied Mind [originally by J.H. ’Red’ Hayes & Jack Rhodes] - (2:48)
 [previously released on Kill Bill Vol. 2 Original Soundtrack]
07. It Don’t Hurt Anymore [originally by Don Robertson & Walter E. ’Jack’ Rollins] (2:45)
08. Cool Water [originally by Bob Nolan] (2:53)
09. Last Night I Had the Strangest Dream [originally by Ed McCurdy] (3:14)
10. Aloha ’Oe [originally by Queen Lili’uokalani] (2:59)

-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

Tuesday, June 15, 2010

At ESTCON 2010

More info http://www.utp.edu.my/estcon2010/

I will be presenting a technical paper entitled "Partial and full interaction behaviour of FRP plated steel members" on the 17th June 2010 (3rd day of conference). I will also be the chair person on one of the session.

The technical paper will be able for free downloading soon. Suitable for engineers and scientist.

Friday, June 11, 2010

Ulasan: PEARL JAM Back Spacer CD

Orang kata ini album comeback. Ada orang kata comeback tapi bukan signature Pearl Jam. Ada orang kata dah memang Pearl Jam punya album satu-satu ada kelainan.

Aku kata, aku tak tau! Inilah first time aku dengar Pearl Jam dengan serius. Yang dimaksudkan serius ialah aku ulang-ulang dengar album ni. Sebelum ni, memang aku tak dengar dengan serius. Apa album klasik PJ pun aku tak tau. Apatah lagu hits mereka. Mungkin aku terlepas pandang?

Jadi aku merebiu sebagai seorang outsider mungkin?

Mana nak mula? Suara Vedder mungkin yang disanjung tinggi oleh peminat PJ? Oh, suara beliau begitu normal pada pendengaran aku. Memberi peluang kepada ramai untuk 'perasan' bahawa suara mereka pun sama seperti Vedder. Ya, ada sesuatu dengan lenggokan suaranya tapi range vokalnya normal. Cara bait-bait lirik dinyanyikan ada sesuatu yang sukar aku nak terjemahkan dalam bentuk tulisan. Apa sebenarnya pada suara Vedder?

Muzik PJ sendiri luas dari segi fleksibilitinya, dari hard rocking grunge seperti dalam lagu Gonna See My Friend, Got Some dan The Fixer kepada lagu ala country seperti Just Breathe, punkish rock dalam lagu Supersonic (satu-satunya lagu dengan solo gitar?) yang kemudiannya diakhiri dengan balada akustik The End. Ahh.. kenapa tak melekat pada otak aku? Kenapa tidak melekat jadi siulan dan humming untuk aku? Aku terlepas dengar apa-apa ke weh?

Kekuatan sebenar? Liriknya! Rasa-rasanya peminat PJ seia sekata yang album-album PJ ada ups and downs tetapi tidak pada liriknya. Setiap liriknya penuh dengan makna yang mendalam. Begitu memberi kesan kepada peminatnya. Album yang hits atau tidak, konsistensi lirik PJ tetap sama. Terbaik! Kata mereka. Kata aku, aku tak tau!!! CD promo yang aku dapat dari Universal Music ni cuma dibaluti kertas kadbod bercetak. Takde booklet. Bila takde booklet, takdelah lirik. Hahaha... selamat aku.

Maaf. Sebagai seorang yang takde kaitan dengan PJ dan mahu dikejutkan dengan album PJ ini, nampaknya aku terpaksa pulang dengan hampa. Aura PJ belum cukup untuk sustain my interest. Next!!!

1.     "Gonna See My Friend"             2:47
2.     "Got Some"       Jeff Ament     3:01
3.     "The Fixer"       Matt Cameron, Mike McCready, Stone Gossard     2:57 (VIDEO)
4.     "Johnny Guitar"       Cameron, Gossard     2:49
5.     "Just Breathe"             3:34
6.     "Amongst the Waves"       Gossard     3:57
7.     "Unthought Known"             4:08
8.     "Supersonic"       Gossard     2:38
9.     "Speed of Sound"             3:34
10.     "Force of Nature"       McCready     4:03
11.     "The End"             2:55

-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

Thursday, June 10, 2010

Outstation!!!

Brothers and sisters,

I will be outstation from today until 26th of June.


So no blog entry except for Pearl Jam new CD review tomorrow (scheduled). But I will report if I have the time in between.

Please make doa for me and my family during my safar.


**************

Hope in Allah's Mercy

Ibn `Umar (May Allah be pleased with them) reported: I heard Messenger of Allah (PBUH) saying, "A believer will be brought close to his Rubb on the Day of Resurrection and enveloping him in His Mercy, He (SWT) will make him confess his sins by saying: `Do you remember (doing) this sin and this sin?' He will reply: `My Rubb, I remember.' Then He (SWT) will say: `I covered it up for you in the life of world, and I forgive it for you today.' Then the record of his good deeds will be handed to him". [Al-Bukhari and Muslim].

Derivation of the bond-slip characteristics for FRP plated steel members

Derivation of the bond–slip characteristics for FRP plated steel members 
Ibrisam Akbara, Deric John OehlersCorresponding Author Contact Information, a, E-mail The Corresponding Author and M.S. Mohamed Alia

a School of Civil, Environmental and Mining Engineering, University of Adelaide, South Australia 5005, Australia
Received 19 October 2009; 
accepted 4 March 2010. 
Available online 8 April 2010.

Abstract

In order to understand the behaviour of steel members retrofitted using adhesively bonded fibre reinforced polymer (FRP) plates, the bond–slip characteristics of the adhesive joint between the FRP and steel must first be established. This is important so that debonding does not occur whilst the members are in service. Previously, purely empirical research on establishing the bond–slip characteristics involved strain gauging the length of the FRP plate, which can lead to a major scatter of results as well as underestimating the peak shear stress. The subject of this paper is to describe a technique for quantifying the bond–slip characteristics based on a structural mechanics approach and which does not require strain gauging the plate. Two types of pull tests and a partial-interaction numerical model are used to quantify the major characteristics of the bond–slip and two types of adhesive are used to illustrate the approach.

Keywords: FRP; Steel members; Bond; Retrofitting

DOWNLOAD

Wednesday, June 09, 2010

IRON MAIDEN El Dorado



The release date for IRON MAIDEN’S new studio album THE FINAL FRONTIER is now confirmed for Monday 16th August.

The release date for IRON MAIDEN’S new studio album THE FINAL FRONTIER is now confirmed for  Monday 16th August. The new album pictured here features artwork illustrated by Melvyn Grant and, to mark the occasion, the band have made special arrangements for one new album track 'EL DORADO' to be made available Worldwide as a FREE digital download MP3 with immediate effect. Click here for your free download (US fans, please go here).

Singer Bruce Dickinson explains ‘El Dorado is a preview of the forthcoming studio album. As we will be including it in the set of our Final Frontier World Tour (which opens in Dallas On 9th June - full dates below) we thought it would be great to thank all our fans and get them into The Final Frontier mood by giving them this song up front of the tour and album release.


The band reunited with long-time Maiden producer Kevin “Caveman” Shirley in early 2010 at Compass Point Studios, Nassau to record the album and then moved to LA to finish the recording and do the mixing. Compass Point Studio is very familiar to the band, it was where they recorded the Piece Of Mind (’83), Powerslave (’84) and Somewhere In Time (’86) albums.

Bruce comments “The studio had the same vibe and  it was EXACTLY as it had been in 1983, NOTHING had changed! Even down to the broken shutter in the corner...same carpet....everything... It was really quite spooky.  But we felt very relaxed in such a familiar and well-trodden environment and I think this shows in the playing and the atmosphere of the album”
 
Thirty years on from their eponymous debut album in April 1980, The Final Frontier will be Maiden’s 15th studio album, making a remarkable average of a new album every two years for 30 years and totalling over 80 million album sales during this period.

The full tracklisting for the album (total running time 76:35) is:

THE FINAL FRONTIER


1. Satellite 15....The Final Frontier 8:40
2. El Dorado  6:49
3. Mother Of Mercy 5:20
4. Coming Home 5:52
5. The Alchemist  4:29
6. Isle Of Avalon 9:06
7. Starblind 7:48
8. The Talisman 9:03
9. The Man Who Would Be King 8:28
10. When The Wild Wind Blows 10:59

The Final Frontier World Tour begins in Dallas on June 9th with 25 shows in major cities across the USA and Canada, playing to an expected 350,000 fans or more. Following this the tour will ship over to Europe starting in Dublin on July 30 and playing a few selected major festivals and stadiums , finishing in Valencia, Spain, on Aug 21 and including a concert in Transylvania.

Says bass player and founder member Steve Harris “We’re hugely excited about this tour. I think the fans will really like the brand new stage production and lights and we will also be debuting one of the new album tracks , El Dorado. Our Texan fans will be the very first people anywhere to hear it live, so it will be interesting to see their reaction and how it goes down with the crowd on the night! Eddie has changed a bit  for this tour but is possibly the most outrageous one to date... I can’t say too much about him as don’t want to spoil the surprise but I guarantee he will scare the hell out of you!”

The full list of dates for the First Leg can be found in the Tour Section of this website and are also repeated below:

JUNE
Wed 9
Fri 11 
Sat 12   
Mon 14 
Wed 16
Thu 17
Sat 19
Sun 20
Tue 22
Thu 24 
Sat 26 
Sun 27 
Tue 29 
Wed 30

JULY
Sat 3
Tues 6
Wed 7
Fri 9 
Sun 11
Mon 12 
Wed 14
Thu 15
Sat 17
Sun 18
Tue 20
Fri 30

AUG
Sun 1   
Thu 5 
Sat 7    
Sun 8
Wed 11
Sat 14 
Sun 15
Tue 17
Thu 19
Sat 21

US Dallas, TX Superpages.Com Center
US Houston, TX Cynthia Mitchell Pavilion Woodlands
US San Antonio TX AT&T Center
US Denver CO Comfort Dental Amphitheatre
US Albuquerque The Pavilion
US Phoenix AZ Cricket Wireless Pavilion
US San Bernardino CA, San Manuel Amphitheatre
US Concord CA, Sleep Train Pavilion
US Auburn WA, White River Amphitheater
CAN Vancouver BC, GM Place
CAN Edmonton AB Rexall Place
CAN Calgary, AB Saddledome
CAN Saskatoon SK Credit Union Centre
CAN Winnipeg MB, MTS Center


CAN Toronto, ON Molson Amphitheatre
CAN Ottawa, ON, Cisco Blues Festival
CAN Montreal QC Bell Centre
CAN Quebec, QC Summer Festival
US Holmdel NJ, PNC
US New York NY, Madison Square Garden
US Pittsburgh PA  First Niagara Pavilion
US Cleveland OH, Blossom Music Center
US Detroit MI, DTE Music Theatre
US Chicago IL, First Midwest Bank Amphitheatre
US Washington DC, Jiffy Lube Live
IRELAND, Dublin, The O2


UK Knebworth, Sonisphere Festival
GERMANY Wacken Festival
SWEDEN Stockholm Stora Skuggan Sonisphere Festival
FINLAND Pori Kirjurinluoto Sonisphere Festival
NORWAY Bergenhus Festning Koengen
HUNGARY Sziget Festival
TRANSYLVANIA Cluj, Polux Mall
ITALY Villa Manin Codroipe, Nr Udine
BELGIUM Pukkelpop Festival
SPAIN Valencia Auditorio Marina Sur

UP THE IRONS!!! COME TO MALAYSIA PLEASE!!!




Tuesday, June 08, 2010

Ulasan: SLASH CD


Siapa tak kenal Slash, sila tutup blog ni. Tak payah baca kerana memang anda tak layak.

Selepas kegagalan album GnR dalam setiap segi, Slash seolah-olah nampak peluang beliau untuk menyembelih Axl Rose... hahaha padan muka. Album ini, sekurang-kurangnya, 3 kali ganda lagi bagus dari album GnR itu. Tahniah Slash 1. kerana berjaya merilis album yang best 2. Dapat menyembelih Axl Rose tepat pada tengkuk.

Rasanya album ini perlu dibedah song by song disebabkan variasi lagu. Ye, album ini album rojak. Problem statementnya ialah: bagaimana signature Slash dapat dicetak pada setiap lagu-lagu di dalam album ini. Susah tu!

1.     "Ghost" (feat. Ian Astbury)     Slash, Ian Astbury     3:34
Siapa Ian Astbury ni? One of the best voice in this CD! Lagu yang moody rock dengan heavy blues. Filling gitar dari Slash yang menarik di samping distortion yang ranum. Gitar kiri dan kanan dengan riff yang bersimpang siur. I like this!

2.     "Crucify the Dead" (feat. Ozzy Osbourne)     Slash, Ozzy Osbourne, Kevin Churko     4:04
Suara berhantu Ozzy memang tak boleh nak lawan. Lagu ditune seperti lagu yang Ozzy mahukan. Feel seperti lagu Killer of the Giants. Eh... ni memang lagu Ozzy ni! Gitar Slash di sebelah kiri dan distorted bass di sebelah kanan. Adakah Slash calon selayaknya? Oh tidak, Ozzy sudah ada pengganti Zakk Wylde.

3.     "Beautiful Dangerous" (feat. Fergie)     Slash, Fergie     4:35
Black Eyed Peas amacam? Hahaha... Ni celaru dah ni. Slash better stick with Michael Jackson tapi ye la, orangnya dah takde. Tapi, cari la orang lain. Salah satu track yang kureng dalam album ni.

4.     "Back from Cali" (feat. Myles Kennedy)     Slash, Myles Kennedy     3:35
Fulamekkk... ini track memang bluesy habis! Aku rasa macam main gitar sambil duduk kaki sebelah goyang di atas kerusi malas. Slash menggunakan suara vokalis ala-Led Zeppelin ini dengan sepenuhnya. Walaupun Myles tak bermain dengan Led Zeppelin (walaupun khabar angin begitu kuat suatu masa dulu), nampaknya lagu ini sekurang-kurangnya dapatlah beliau letak sebelah kaki di atas bayangan Zep.



5.     "Promise" (feat. Chris Cornell)     Slash, Chris Cornell     4:41
Another beautiful voice. Suara yang gemersik. Lagu yang laidback tapi bukan balada. Ia lagu AOR tahun 80an dengan sound yang updated.

6.     "By the Sword" (feat. Andrew Stockdale)     Slash, Andrew Stockdale     4:50
Vokalis yang dipuji pada satu bahagian tatkala dikritik hebat di sebelah yang lain. Unsur progresif rock 70an begitu menyerlah di dalam lagu ini. Hilaian vokalis yang mencengkam. Boleh la try berkaraoke kalau rasa nak test power.



7.     "Gotten" (feat. Adam Levine)     Slash, Adam Levine     5:05
Fulamak, lagu ni indah sungguh. Lagu balada. Tak sangka suara Adam (Maroon 5) begitu crooner bunyinya. Ditambah dengan bunyi petikan gitar overdrive Slash yang berhantu tu. One of my feveret!

8.     "Doctor Alibi" (feat. Lemmy Kilmister)     Slash, Lemmy Kilmister     3:07
Hahaha... macam lagu Motorhead sungguh. Cuma lebih clean la. Ada feel macam lagu Doctor Doctor (UFO).

9.     "Watch This/Watch This Dave*" (feat. Dave Grohl & Duff McKagan)     Slash     3:46
Lagu filler mungkin? Lagu instrumental dengan dua artis undangan memegang instrumen masing-masing. Maybe Slash tak sesuai kot main lagu instrumental, sebab solonya pun tak boleh melekatkan perhatian sepanjang durasi lagu.

10.     "I Hold On" (feat. Kid Rock)     Slash, Kid Rock     4:10
Tak ada apa yang menarik sangat. Suara Kid Rock pun takde la menarik. Macam lagu filler je.


11.     "Nothing to Say" (feat. M. Shadows)     Slash, M. Shadows     5:27
Hehehe... lagu paling heavy dalam album ni sesuai dengan vokalisnya. Sound menarik tapi riffs biasa-biasa je. Feel METALLICA yang sungguh jelas. Kalau Hetfield yang nyanyi, memang sah, jadi lagu METALLICA zaman Load/Reload. Suara M Shadows ni kureng. Oh ya, solo Slash paling shred dalam album ni hehehe...

12.     "Starlight" (feat. Myles Kennedy)     Slash, Myles Kennedy     5:35
Sebuah lagi lagu balada. Feel yang sama macam lagu Gotten tapi ada elemen southern rock. Myles sekali lagi diundang, sesuai dengan kesedapan suara beliau.

13.     "Saint Is a Sinner Too" (feat. Rocco DeLuca)     Slash, Rocco DeLuca     3:28
Siapa Rocco ni? Aku tak kenal. Sekali dengar macam suara wanita berkulit hitam. Rupa-rupanya lelaki! Suara yang pelik ini bakal menonjol lagi hasil dari sokongan Slash. Lagu balada dengan distortion yang minimal. Malang sekali, tak berapa nak masuk pulak rasanya lagu ni.

14.     "We're All Gonna Die" (feat. Iggy Pop)     Slash, Iggy Pop     4:30
Lagu paling rockin' dalam album ni. Mengambil feel lagu Rebel Yell le rasanya. Atau mungkin struktur asas punk rock yang lebih komersil memang macam ni? Yang pasti, part korus membuatkan aku mahu melonjak sembil melontarkan tangan ke udara.

15.     "Sahara" (feat. Koshi Inaba)     Slash, Koshi Inaba     4:00
Hahaha... mati-mati aku ingatkan Vince Neil yang nyanyikan lagu ni. Suara habis sebijuk! Mungkin Vince Neil letak harga yang mahal untuk meletakkan suara beliau maka Slash terpaksa mencari alternatif terdekat.

16.     "Baby Can't Drive" (feat. Alice Cooper & Nicole Scherzinger)     Slash, Alice Cooper     3:20
Lagi satu lagu yang aku kena hahaha... Lagu paling glam dalam album ni. Mana boleh tahan beb. Asal keturunan kena print jugak dalam album ni walaupun lagu ni sepatutnya takde dalam album standard (cuma ada pada versi Amerika Latin dan Malaysia (yea...)). Amacam? Alice Cooper, Pussycat Dolls dan Slash. Takde yang lebih glam dari ni!

15.     "Paradise City" (feat. Fergie & Cypress Hill)     Slash, Axl Rose, Duff McKagan, Izzy Stradlin, Steven Adler     5:14
Ceh... tak payah ada la lagu ni.

-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

Monday, June 07, 2010

Petikan Prog Dakwah Global 3 Jun 2010 Masjid Besi, Putrajaya

Catatan ringkas oleh abdialqays

Anjuran KESUMA, JAKIM dan AJK Masjid Seri Petaling, Bukit Jalil.

catatan dari ingatan.

Penerangan oleh Ustaz Abdul Hamid Abdullah Chin (Mudir Madrasah Masjid Seri Petaling)

Ustaz Hamid memulakan dengan puji-pujian pada Allah dan selawat atas Rasul S.A.W .

Dimulai dengan persepsi tentang ulama "hari ini kita orang belajar atau dalam bidang agama lebih selesa di panggil ustaz,lebai,tuan haji atau guru kerana label ulama ini besar"

kerana Ulama itu pewaris nabi-nabi .. apa yang diwarisi dari nabi-nabi .. ilmu wahyu. suatu kisah orang pernah bertanya ummul mu'munin saidatina A'ishah bagaimana/apakah akhlak nabi.. hanya dengan beberapa perkataan tak perlu mengarang 14 jilid kitab Aisyhah berkata akhlak nabi adalah Al-Qur'an...

ulama bukan sahaja didatangi ummah tetapi perlu mendatangi ummah. bahaya menimpa ummah yang menjauhi ulama kerana apabila keadaan ini berlaku mereka akan berada ditangan-tangan ahli bathil.

dizaman Imam bukhari yang menghadiri majlis ilmunya hingga ratusan ribu.ulama-ulama hadith bersepah @ ramai diBukhara seperti mana ramainya orang awam dikala ini. tetapi diberitakan 6000 muhadtih / ulama hadith disembelih dizaman itu oleh ahli bathil.


----- nota tambahan oleh Abu_Bunyameen----
Ustaz Abdul Hamid juga ada menerangkan tentang hadith mengubah kemungkaran iaitu :

Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Hadits riwayat Imam Muslim)

Ustaz memberitahu bahawa antara kaedah yang diterangkan oleh Imam Suyuti rah. melalui kitabnya (tak ingat nama Sweat Drop ) bahawa mengajak orang kepada kebaikan juga merupakan cara kita mencegah daripada kemungkaran.

contoh :

- Jika kita mengajak/memujuk orang agar menunaikan solat, pada masa yang sama kita juga mencegah dia dari TIDAK bersolat.

- Jika kita mengajak orang ke kuliah/bayan/masjid, pada masa yang sama juga juga mencegah dia dari membuang masa/melepak.

Beliau juga tekankan bahawa Rasulullah S.A.W menyebut merubah dan bukannya mencegah. Jika setakat mencegah sahaja, si pelaku mungkin hanya tercegah dari kemungkaran pada ketika itu.

Sebaliknya, merubah membawa maksud yang lebih mendalam.

wallahu'alam.

-----------------------------

 bahagian mengikuti sahabat radiaAllahuanhum ulama generasi awal..

Ustaz Hamid membaca ayat :



Dan beliau mengatakan sahabat-sahabat radiaAllahuanhum adalah contoh yang Allah telah sebut didalam Al-Qur'an. Mereka telah melalui dan mengamalkan agama Islam yang sempurna ini dengan sempurna.

Syeikh Zakaria, Sheikhul Hadith Saharanfur dalam muqadimah syarah bukharinya menyebut. Mengapa dijadikan contoh sahabat dan sahabiah melakukan dosa besar seperti zina dan minum arak, untuk menjadi contoh taubat mereka kerana keimanan.

sebagaimana kesanggupan sahabiah dilakukan hukum hudud keatas kelakuan zinanya setelah ditangguh oleh nabi S.A.W , sehingga anaknya boleh memakan roti.

Syeikh Zakaria kata apa yang menjadi aib dan menjatuhkan kemaksuman nabi untuk teladan di jadikan sahabat-sahabat sebagai contoh. Jika hal terlupa,tertidur dan terkena sihir itu hal yang tidak aib Allah letakkan kepada nabi S.A.W bagaimana menanganinya. para sahabat dikalangan orang yang tidak maksum dijadikan contoh untuk perkara yang mengaibkan nabi S.A.W bagaimana untuk menanganinya.

Nabi S.A.W bukan sahaja didatangi ummah tetapi mendatangi ummah. Ia menjadi ikutan sahabat RadiaAllahuanhum. Paling jauh da'wah nabi adalah sampai di Tabuk. Sahabat-sahabat telah mendatangi ummah hingga keluar Hijaz, sanggup tinggalkan makkah dan medinah yang mana fadhilat ibadat amatlah tinggi.

Sahabat-sahabat adalah Al-Qur'an yang bergerak, sehingga mereka boleh menda'wah kepada ummah dengan kata "Jadilah seperti kami", kita jauh benar dengan perkara ini.

Dibawakan cerita bagaimana orang kafir dizaman sahabat gentar dengan keimanan sahabat-sahabat, dikhabarkan sewaktu jemaah telah sampai di sempadan farsi. maka raja farsi telah meminta bantuan maharaja china untuk menghantar tentera. maharaja china tak tanya bagaimana kekuatan senjata dan bilangan tentera. tetapi bertanya apakah amalan mereka. maka dikhabarkan bahawa mereka membawa seruan dari tuhan yang satu, cukup taat dengan perintah tuhan merekan dan ketua. mereka bersolat dan berdoa disiang dan malam hari. jawab maharaja china jika aku kumpulkan tentera dari china hingga kesempadan parsi pasti tidak dapat mengalahkan mereka...

sifat-sifat sahabat inilah yang kita harus belajar dan bawakan dalam diri kita. semua yang lahir selepas kenabian nabi S.A.W adalah ummahnya yang dibahagikan kepada 2 : ummah ijabah (orang islam), ummah da'wah (belum islam)....


kemudian Ustaz Hamid menyambung tentang asbabul nuzul



Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.

bacaan tambahan


Seorang sahabat nabi dan keluarga sanggup berlapar untuk tetamu rasul S.A.W .

Diwaktu subuhnya ayat ini turun memberikan kegembiraan kepada rasul S.A.W tentang sifat sahabat yang sanggup berkorban. Sifat beginilah yang perlu ada pada kita dalam menerima penghijrah(belum islam atau jahil iman dan islam) (*tambahan saya), sebagai orang Islam dan ada ilmu tentang Islam beginilah sikap kita dalam mengajak ummah berubah(berhijrah).

Berapa banyakkah kita sanggup menanggung kesusahan untuk pembaikan ummah.
Sahabat-sahabat radiaAllahu'anhum telah disediakan iman, dan iman yang meresap didalam jiwa dapat membentuk amal yang mulia.

Bilal di siksa sehingga hanya mampu menyebut Ahad.. Ahad..Ahad atas maksud contoh kepada ummah tentang persedian Iman. tambahan : Lihatlah bilal hingga akhir hayat nya.

Ada sahabat sampai terpaksa menyebut kalimah syirik kerana begitu teruk ujian atas iman.

Dengan iman yang tersedia, segala perintah Allah yang ditunjukkan oleh Rasul S.A.W dapat diamalkan dengan sempurna.

Ustaz Hamid kata "kita buat apa yang Allah suruh kita buat dengan kemampuan semaksima mungkin, Allah akan buat apa yang manusia tak mampu buat"

Iqamatul Had perlaksanaan Hukum Hudud .. pendapat Ustaz Hamid adalah salah sekarang ini nak laksanakan Hudud di sini atas syarat-syaratnya..

Jika kita buat da'wah atas iman, Allah akan kurniakan pemimpin dan rakyat yang mahukan Hudud dan Islam keseluruhannya.

Allah mahu lihat orang Islam secara Umum mahukan agama, barulah Allah akan bantu. Contohnya di badar dan di uhud apabila semuanya mahukan Agama maka bantuan Allah bersama, jika ada sebahagian kita menolak agama (tidak taat rasul S.A.W ) bantuan Allah terhenti seperti di Uhud.

Hari ini negara yang ada amal hukum had... rakyatnya buat jinayah secara tertutup dirumah kerana yakin pemerintah tak nampak .. minum arak tak boleh diluar.. mereka buat bar di dalam rumah.. zina tak boleh diluar.... mereka simpan perempuan dalam rumah .. kenapa ada hukum . tetapi orang tidak ikut hukum .. kerana iman didalam hati.. tidak yakin bahawa Allah S.W.T Maha Melihat dan Mendengar perbuatan mereka.


jadi bagaimana nak bawa ummah kepada iman yang shahih dan amalan sholeh...

Ustaz Hamid, menjemput ulama',alim dan asatizah.. oleh kerana ruangan tak cukup untuk 20,000 orang.. ruangan untuk alimah dan asatizah dibuang .. minta lah mereka ini hantar suami atau mahram mereka dalam muzakarah:

ke Masjid Sri Petaling pada 11-14 Jun 2010 bila-bila masa

bagaimana Mengubah ummah ..

Abu Sa’id Al-Khudriy radhiyallahu ‘anhu berkata,”Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,’Barangsiapa diantara kalian melihat kemunkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; bila ia tidak mampu maka dengan lisannya; dan bila masih tidak mampu maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (HR Muslim, Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasaa-i, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

seperti di terangkan abu bunyamen .. Ustaz Hamid menyebut kaedah
"membuat kebaikan adalah sebaik-baik tegahan" dalam satu kitab Ushul yang masyhur.

contoh :

orang sedang sembahyang , dia tidak meninggalkan sembahyang

orang baca dan dengan al-qur'an, maka dia meninggal perkara yang tidak manfaat

orang yang i'tikaf .. meninggalkan kesia-sian masa

InsyaAllah kita boleh muzakarah dengan ulama usul pada majlis tersebut.

Ulama perlu lengkap melengkapi kerena ilmu Allah itu luas, kita perlu satukan usaha...

dan ummah ada hak atas kita. Bila kita berjumpa dengan ummah kita telah tunaikan hak mereka. Apabila mereka enggan jumpa kita, kita beritahu kepada mereka, kamu ada hak yang perlu dituntut atas kami, dan kami mahu menunaikan hak itu. Ambillah ini...

Sekali lagi Ustaz Hamid menjemput audience ke Muzarakarah Ulama di Masjid Seri Petaling, Bukit Jalil.

Tammat

Wallahu'alam

 
Semua muslimin dijemput hadir ke perhimpunan umat Islam yang akan diadakan di;

Zon Tengah (KL)
- Masjid Jamek Bandar Baru Sri Petaling; 11-13 Jun 2010.
Zon Utara -
Madrasah Miftahul Hidayah, Beseri, Perlis; 24-26 Jun 2010.
Zon Timur - Masjid DO Kg. Seberang Kastam, Pantai Air Tawar, Kuala Besut, Terengganu; 16-18 Jun 2010.
Zon Selatan - Masjid Merlimau Utara (MMU), Melaka; 20-22 Jun 2010.
Sabah - sudah berakhir, 31 jemaah dikeluarkan.
Sarawak - Masjid Hidayah, Bintulu; 7-9 Jun 2010. 

Friday, June 04, 2010

Surf's Up!

 Click photo for larger image!


SURF UP! 3rd July 2010, Silveritage Hall,Medan Gopeng Ipoh
saturday, start 2pm-ends 10pm


Space Gambus Experiment: The Collective
kamal sabran: sampler, noise (mad scientist/sound artist)
zul: gambus (cryptic malediction)
haneem: guitar, ambient (artist, curator)
bentara: guitar, soundscape (ex- langsuyr/tro-njo-i)
elly: bass (ex the hans)
andri: guitar, noise (goodbye 20th century)
azmil mokhtar: drum , percussion (the Hans)

http://www.myspace.com/spacegambusexperiment

painting by
kamal sabran
"electro"
3ftx3ft
mix media on canvas
2010

visit SGE at myspace

PLEASE LOCK YOUR SCHEDULE!

Thursday, June 03, 2010

Ulasan: GUNS N ROSES Chinese Democracy CD


Aku tak pernah minat GUNS N ROSES (GnR), walaupun ketika puncak kehebatan mereka pada awal tahun 90an dulu. Aku sibuk dengan underground Metal. Mungkin lagu Sweet Child O Mine dan Petience tu ada juga aku siulkan sekali sekala tetapi takat itu je la minat aku. Apa ada pada Axl Rose? Ntah, aku pun tak faham. Suara agak unik mungkin. Tapi ramai lagi penyanyi yang unik suaranya. Blackie Lawless, Dio, Dickinson pun unik juga. So apa ada pada Axl Rose sebenarnya?

Mungkin takde apa-apa pun. Ye lah selain dari kehidupannya yang eccentric. Kehidupan dia dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa seperti seseorang yang ada penyakit dalaman. Sejak mengumumkan proses pembikinan album ini pada tahun 1994-1996, album GnR berterusan dalam proses pembikinan. Penyudahnya, pada akhir tahun 2008 barulah album ini dirilis iaitu selepas hampir 15 tahun dibikin. Itupun selepas kesemua anggota GnR dibuang (Slash pun buang? gila!) dan $13 juta dihabiskan untuk pembikinannya!

So what is the verdict?

Jika diambil kira jumlah wang dan masa yang dihabiskan, patutnya tahun 1996 dah rilis. Tidaklah ia memecahkan rekod kreativiti muzik mahupun membuatkan aku melompat kegirangan mendengar bait-bait lirik dinyanyikan. Muka boring aku macam tu jugak le.

Seingat aku, blues/country trademark yang mahsyur di dalam urat saraf GnR ada sedikit lupus. Solo gitar shred oleh tiga gitaris juga mungkin agak asing. Ada juga disuntik elemen kemodenan seperti bunyi elektronika, buzz dan sebagainya tetapi itu je lah.

Aku tak dapat nak fikir apakah yang menarik tentang album ini selain dari elemen mythical dan urban legend yang menyelubungi Axl Rose. Malah, ini tak patut jadi album GnR pun. Patutnya Axl Rose Band ke. Apa nak katakan lagi, ahli band yang lainnya pun lebih kepada sessionist instead of real band.


Mungkin Axl Rose ada banyak yang mahu diluahkan. Mungkin 15 tahun yang tertinggal itu diluahkan sepenuhnya dalam album ini. Cuma aku tak larat la weh nak layan. Kau buat orang tunggu lama-lama sampai 15 tahun untuk album ini dan ini je yang kau nak kata? Baik tulis blog je bro!

Sabor je aku kena dengar sampai habis CD ni dengan harapan ianya setanding dengan 15 tahun dan $13 juta. Hampeh.

Ini adalah korupsi peringkat tertinggi dalam scene Rock antarabangsa dan Axl Rose wajar dihadapkan ke muka pengadilan!!! 

Bagi aku setahun dan 1/15 dari bajet album ni kat aku, dan aku boleh rilis album yang 15 kali lagi bagus dari ni hahaha...

-----------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

Wednesday, June 02, 2010

Ulasan: FARASU Menongkah Arus CD

 Akhirnya muncul juga album FARASU selepas sekian lama bertarung dengan konflik dalaman juga proses rakaman. Ada juga rasa seperti tak mungkin FARASU akan berdiri semula. Tapi nampaknya sheer determination pemain drumnya, Fiddaiyyin begitu kental. Tanpa tonggak ini, kemungkinan besar FARASU akan terus tenggelam dan lemas di dalam huru hara yang berlaku.

Meneruskan perjuangan muzik Eastern Metal seperti sebelumnya, album ini menyerlahkan imrpovement dari setiap segi; baik susunan lagu dan lirik mahupun dari segi produksi. OK, mungkin membandingkan produksi album ini dengan EP/demo mereka sebelum ini bukanlah adil tetapi sekurang-kurangnya kita tahu bahawa produksi album ini berada pada tahap album yang sepatutnya.

Susunan lagunya sangat bermelodi. Unsur ketimuran begitu menyerlah. Lenggokannya ada iras kesantunan di sebalik keekstriman Death Metal yang jelas ternyata di dalam lagu Keris Songsang dan Tangisan Malam. Flownya pun pada banyak ketika bukanlah ABC Death Metal yang lazimnya. Odd-time signature yang sekali sekala dibentangkan diulit dengan seni kemelayuan seperti dalam lagu Patrasari. Namun mungkin sedikit kritikan boleh diutarakan terhadap kecenderungan melodi yang mengingatkan kita kepada lagu-lagu dari SIL KHANNAZ. Jabat tangan saya kepada vokalis, Arm, yang di dalam melewati kekerasan lagu-lagu FARASU, sempat juga beliau mendendangkan kekerasan itu. Ya, mendendangkan. Solo gitar yang meggamit bibir oleh Ameer (SYMBIOTIC IN THEORY) dan Roi Inhumane (SIL KHANNAZ) menambahkan warna pada album ini. Awas terhadap vokal brutal undangan, Adib (SICK SOCIETY) pada lagu Bisikan Suara Halus.

Liriknya berkisar kepada abstrak ungkapan pada lagu Keris Songsang dan Patrasari sedangkan pada lagu Tangisan Malam dan Bisikan Suara Halus menatijahkan elemen ketuhanan dan spiritual. Tidak ketinggalan juga, sindiran terhadap industri akhbar tabloid tempatan pada lagu Gempita Mastika, bersama meluahkan ketidakpuashatian seiring dengan Mastica Ibni Israel (SIL KHANNAZ) dan Bebal (LANGSUYR).

Produksinya walaupun boleh dikatakan agak baik namun boleh kedengaran dengan agak jelas inconsistency dari segi balancing apabila kita mengharungi setiap lagu-lagu di dalamnya terutama pada sound gitar dan vokal. Mungkin ini disebabkan ia dirakamkan di dua buah studio. Mastering yang dilakukan di USA menambahkan sonic quality album ini dan dapat manampal sedikit kecacatan pada produksi.

Untuk peminat muzik Death Metal melodik dengan acuan tempatan, ini adalah untuk anda. Juga sangat sesuai untuk mereka yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Eastern Metal itu? Ini album adalah reference yang sangat sesuai.

http://www.myspace.com/farasuthetruly http://amp.channelv.com/farasu

Tuesday, June 01, 2010

Galaksi Bima Sakti

3 hari lepas aku mimpi pergi ke galaksi berdekatan dengan galaksi Bima Sakti. Aku bawak beberapa orang masa tu.

Aku kata, "Pada setiap galaksi ada sebuah planet macam bumi" yakni boleh diduduki manusia. 


Lepas tu aku buat tour kat mereka yang ikut tu. Cantik planet tu walaupun ada sikit lain dari Bumi terutama dari segi topografi.

Lepas tu aku tunjuk kat galaksi Bima Sakti, "Kat sana tu Bumi". 


 Galaksi Bima Sakti (atau Milky Way)... nampak tak bumi... tuuu...

Dasat, kami boleh nampak Galaksi Bima Sakti. Maksudnya, kami memang betul di luar Galaksi Bima Sakti! Horay!

"Bayangkan... ada 1000 juta galaksi kat alam maya ni dan setiap galaksi ada planet yang macam bumi kita!!!" jerit aku kat mereka sambil aku mendepa tangan tersenyum puas!

-------------------

haaaa... sila tafsir mimpi ni.