Orang kata ini album comeback. Ada orang kata comeback tapi bukan signature Pearl Jam. Ada orang kata dah memang Pearl Jam punya album satu-satu ada kelainan.
Aku kata, aku tak tau! Inilah first time aku dengar Pearl Jam dengan serius. Yang dimaksudkan serius ialah aku ulang-ulang dengar album ni. Sebelum ni, memang aku tak dengar dengan serius. Apa album klasik PJ pun aku tak tau. Apatah lagu hits mereka. Mungkin aku terlepas pandang?
Jadi aku merebiu sebagai seorang outsider mungkin?
Mana nak mula? Suara Vedder mungkin yang disanjung tinggi oleh peminat PJ? Oh, suara beliau begitu normal pada pendengaran aku. Memberi peluang kepada ramai untuk 'perasan' bahawa suara mereka pun sama seperti Vedder. Ya, ada sesuatu dengan lenggokan suaranya tapi range vokalnya normal. Cara bait-bait lirik dinyanyikan ada sesuatu yang sukar aku nak terjemahkan dalam bentuk tulisan. Apa sebenarnya pada suara Vedder?
Muzik PJ sendiri luas dari segi fleksibilitinya, dari hard rocking grunge seperti dalam lagu Gonna See My Friend, Got Some dan The Fixer kepada lagu ala country seperti Just Breathe, punkish rock dalam lagu Supersonic (satu-satunya lagu dengan solo gitar?) yang kemudiannya diakhiri dengan balada akustik The End. Ahh.. kenapa tak melekat pada otak aku? Kenapa tidak melekat jadi siulan dan humming untuk aku? Aku terlepas dengar apa-apa ke weh?
Kekuatan sebenar? Liriknya! Rasa-rasanya peminat PJ seia sekata yang album-album PJ ada ups and downs tetapi tidak pada liriknya. Setiap liriknya penuh dengan makna yang mendalam. Begitu memberi kesan kepada peminatnya. Album yang hits atau tidak, konsistensi lirik PJ tetap sama. Terbaik! Kata mereka. Kata aku, aku tak tau!!! CD promo yang aku dapat dari Universal Music ni cuma dibaluti kertas kadbod bercetak. Takde booklet. Bila takde booklet, takdelah lirik. Hahaha... selamat aku.
Maaf. Sebagai seorang yang takde kaitan dengan PJ dan mahu dikejutkan dengan album PJ ini, nampaknya aku terpaksa pulang dengan hampa. Aura PJ belum cukup untuk sustain my interest. Next!!!
1. "Gonna See My Friend" 2:47
2. "Got Some" Jeff Ament 3:01
3. "The Fixer" Matt Cameron, Mike McCready, Stone Gossard 2:57 (VIDEO)
4. "Johnny Guitar" Cameron, Gossard 2:49
5. "Just Breathe" 3:34
6. "Amongst the Waves" Gossard 3:57
7. "Unthought Known" 4:08
8. "Supersonic" Gossard 2:38
9. "Speed of Sound" 3:34
10. "Force of Nature" McCready 4:03
11. "The End" 2:55
-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.
Saya bukan peminat PJ. Saya pon hairan kenapa kawan saya minat sangat PJ. Mulanya, saya tak appreciate sangat album ni tapi sekarang Backspacer antara favorite album saya. Album ni best! Saya ada upload The Fixer LIVE (http://www.youtube.com/watch?v=Zoo3uqjU9s4). IMO, Backspacer is not a comeback, but Backspacer is the phenomenon. Bermula daripada tour Backspacer tahun lepas, kita ada one-off reunion Temple of the Dog (http://www.youtube.com/watch?v=xXwvfObJxHA) yang mana semua ahli Soundgarden ada dalam show tersebut. Diikuti album baru Alice in Chains setelah 14 tahun dan reunion Stone Temple Pilots dengan album barunya. So, This album is recommended!
ReplyDeletepearl jam?
ReplyDeleteaku pernah dengar 2 lagu kat radio
-daughter
-jeremi
dah tu je..
lain2 , tak dengar pun takpelah , thanks
zaman 90's dulu...sibuk org cakap pasal Pearl Jam...aku try jugak la 2 album awal dorang...tapi ntah la...tak berapa masuk...bukan taste aku...
ReplyDeleteALSO NOT MY TASTE AS WELL AS GNR.
ReplyDeleteSuara Vedder maybe biasa2 pada yang bukan peminat PJ.
ReplyDeleteTapi suara biasa2 ni la yang cuba ditiru sehabis rapat oleh beribu vocalist band2 rock di luar sana. Seven Collar T-Shirt, The Calling, Creed antara band yang sempat aku ingat.
Tapi lirik Vedder memang puitis dan boleh bikin "makan dalam" woo..hahaha
saya suka Pearl Jam
ReplyDeletehehehehe
saya sgt suka album TEN..
ReplyDelete:D
boleh kasi contoh lirik2 yang best tu tak?
ReplyDelete