Thursday, June 03, 2010
Ulasan: GUNS N ROSES Chinese Democracy CD
Aku tak pernah minat GUNS N ROSES (GnR), walaupun ketika puncak kehebatan mereka pada awal tahun 90an dulu. Aku sibuk dengan underground Metal. Mungkin lagu Sweet Child O Mine dan Petience tu ada juga aku siulkan sekali sekala tetapi takat itu je la minat aku. Apa ada pada Axl Rose? Ntah, aku pun tak faham. Suara agak unik mungkin. Tapi ramai lagi penyanyi yang unik suaranya. Blackie Lawless, Dio, Dickinson pun unik juga. So apa ada pada Axl Rose sebenarnya?
Mungkin takde apa-apa pun. Ye lah selain dari kehidupannya yang eccentric. Kehidupan dia dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa seperti seseorang yang ada penyakit dalaman. Sejak mengumumkan proses pembikinan album ini pada tahun 1994-1996, album GnR berterusan dalam proses pembikinan. Penyudahnya, pada akhir tahun 2008 barulah album ini dirilis iaitu selepas hampir 15 tahun dibikin. Itupun selepas kesemua anggota GnR dibuang (Slash pun buang? gila!) dan $13 juta dihabiskan untuk pembikinannya!
So what is the verdict?
Jika diambil kira jumlah wang dan masa yang dihabiskan, patutnya tahun 1996 dah rilis. Tidaklah ia memecahkan rekod kreativiti muzik mahupun membuatkan aku melompat kegirangan mendengar bait-bait lirik dinyanyikan. Muka boring aku macam tu jugak le.
Seingat aku, blues/country trademark yang mahsyur di dalam urat saraf GnR ada sedikit lupus. Solo gitar shred oleh tiga gitaris juga mungkin agak asing. Ada juga disuntik elemen kemodenan seperti bunyi elektronika, buzz dan sebagainya tetapi itu je lah.
Aku tak dapat nak fikir apakah yang menarik tentang album ini selain dari elemen mythical dan urban legend yang menyelubungi Axl Rose. Malah, ini tak patut jadi album GnR pun. Patutnya Axl Rose Band ke. Apa nak katakan lagi, ahli band yang lainnya pun lebih kepada sessionist instead of real band.
Mungkin Axl Rose ada banyak yang mahu diluahkan. Mungkin 15 tahun yang tertinggal itu diluahkan sepenuhnya dalam album ini. Cuma aku tak larat la weh nak layan. Kau buat orang tunggu lama-lama sampai 15 tahun untuk album ini dan ini je yang kau nak kata? Baik tulis blog je bro!
Sabor je aku kena dengar sampai habis CD ni dengan harapan ianya setanding dengan 15 tahun dan $13 juta. Hampeh.
Ini adalah korupsi peringkat tertinggi dalam scene Rock antarabangsa dan Axl Rose wajar dihadapkan ke muka pengadilan!!!
Bagi aku setahun dan 1/15 dari bajet album ni kat aku, dan aku boleh rilis album yang 15 kali lagi bagus dari ni hahaha...
-----------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.
penah dengar 1 lagu je dari album ni. this i love.
ReplyDeleteAku memang big fan G&R! Tapi lepas album Cover Explosive THE SPAGHETTI INCIDENT- aku terus cabut macam duff, Izzy, Matt, & Slash..
ReplyDeleteAxl..you're ruined everything! Bro- camne leh terbeli CD nie bro? Covernye ke?
mmg album ni kureng... jual nama/brand je ler..
ReplyDeleteGnR adalah apabila idea2 Izzy dan Axl bergabung dan Slash datang menyolo...
ReplyDeletetanpanya bukanlah GnR...
rock star hehehe
ReplyDeletetak tahu kenapa GNR best? haha...mungkin tuan belum lagi dengar Appetie for Destruction kot...
ReplyDeletethe best hard rock album ever.
dah lu Metal layan band hard Rock buat apa??....
ReplyDelete"Ini adalah korupsi peringkat tertinggi dalam scene Rock antarabangsa dan Axl Rose wajar dihadapkan ke muka pengadilan!!!"
ReplyDelete- memang, habis gua punya November Rain puny Art!
mula2 igtkan GnR reunion buat album ni..seronok jugak la walaupun xminat GnR..tapi hampeh. patutnya tukar nama len la band ni. guns ka. roses pon ok gak..ha3
ReplyDeletedia tak beli, dia dpt free untuk review dlm krenmaut. harap maklum. (tak sabar tunggu review lady gaga) yam2!
ReplyDelete