Wednesday, June 02, 2010

Ulasan: FARASU Menongkah Arus CD

 Akhirnya muncul juga album FARASU selepas sekian lama bertarung dengan konflik dalaman juga proses rakaman. Ada juga rasa seperti tak mungkin FARASU akan berdiri semula. Tapi nampaknya sheer determination pemain drumnya, Fiddaiyyin begitu kental. Tanpa tonggak ini, kemungkinan besar FARASU akan terus tenggelam dan lemas di dalam huru hara yang berlaku.

Meneruskan perjuangan muzik Eastern Metal seperti sebelumnya, album ini menyerlahkan imrpovement dari setiap segi; baik susunan lagu dan lirik mahupun dari segi produksi. OK, mungkin membandingkan produksi album ini dengan EP/demo mereka sebelum ini bukanlah adil tetapi sekurang-kurangnya kita tahu bahawa produksi album ini berada pada tahap album yang sepatutnya.

Susunan lagunya sangat bermelodi. Unsur ketimuran begitu menyerlah. Lenggokannya ada iras kesantunan di sebalik keekstriman Death Metal yang jelas ternyata di dalam lagu Keris Songsang dan Tangisan Malam. Flownya pun pada banyak ketika bukanlah ABC Death Metal yang lazimnya. Odd-time signature yang sekali sekala dibentangkan diulit dengan seni kemelayuan seperti dalam lagu Patrasari. Namun mungkin sedikit kritikan boleh diutarakan terhadap kecenderungan melodi yang mengingatkan kita kepada lagu-lagu dari SIL KHANNAZ. Jabat tangan saya kepada vokalis, Arm, yang di dalam melewati kekerasan lagu-lagu FARASU, sempat juga beliau mendendangkan kekerasan itu. Ya, mendendangkan. Solo gitar yang meggamit bibir oleh Ameer (SYMBIOTIC IN THEORY) dan Roi Inhumane (SIL KHANNAZ) menambahkan warna pada album ini. Awas terhadap vokal brutal undangan, Adib (SICK SOCIETY) pada lagu Bisikan Suara Halus.

Liriknya berkisar kepada abstrak ungkapan pada lagu Keris Songsang dan Patrasari sedangkan pada lagu Tangisan Malam dan Bisikan Suara Halus menatijahkan elemen ketuhanan dan spiritual. Tidak ketinggalan juga, sindiran terhadap industri akhbar tabloid tempatan pada lagu Gempita Mastika, bersama meluahkan ketidakpuashatian seiring dengan Mastica Ibni Israel (SIL KHANNAZ) dan Bebal (LANGSUYR).

Produksinya walaupun boleh dikatakan agak baik namun boleh kedengaran dengan agak jelas inconsistency dari segi balancing apabila kita mengharungi setiap lagu-lagu di dalamnya terutama pada sound gitar dan vokal. Mungkin ini disebabkan ia dirakamkan di dua buah studio. Mastering yang dilakukan di USA menambahkan sonic quality album ini dan dapat manampal sedikit kecacatan pada produksi.

Untuk peminat muzik Death Metal melodik dengan acuan tempatan, ini adalah untuk anda. Juga sangat sesuai untuk mereka yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Eastern Metal itu? Ini album adalah reference yang sangat sesuai.

http://www.myspace.com/farasuthetruly http://amp.channelv.com/farasu

4 comments:

  1. Mana nak dapat? ada online tak?
    sebab kat Terengganu mungkin tak ada..

    Tapi nampaknya sheer determination pemain drumnya, Fiddaiyyin begitu kental, hehe, Lars Ulrich versi Malaysia..

    ReplyDelete
  2. Sang Harima,

    Sori lupa letak link...

    http://www.myspace.com/farasuthetruly
    http://amp.channelv.com/farasu

    ReplyDelete
  3. adoiyai...hr tu pi kedai jaei nk sambar album ni dgn aradia tp syg da habis.....

    ReplyDelete
  4. kepada yg ingin mendapatkan album ini, boleh sms alamat anda di no hp ini:

    016-631 9585 (Mus Fidaiyyin

    dan JANGAN LUPA bank-in duit dalam akaun bank (RM25+pos penghantaran) di bawah:
    0504-0000223-20-2 (cimb)
    Mustafa Kamal Abd Rahman

    ReplyDelete