Tuesday, June 29, 2010

Ulasan: 28 Hari Jurnal Rock N Roll


Malam semalam buku bersaiz nota kecil muat dalam poket belakang seluar ini aku beli terus dari penulisnya. Sampai di rumah aku terus membaca tanpa lengah.

Kali terakhir aku baca novel Melayu, sewaktu siri Bercakap Dengan Jin menjadi fenomena bacaan tempatan. Ya, memang dah lama. Aku sekali termasuk dalam kategori mereka yang tak menjadikan tabiat membaca sebagai tabiat. Tidak membaca novel. Tapi aku baca benda lain.

Untung juga novel saiz poket ini tipis je. Kurang mengerikan untuk aku menghabiskannya. Apatah lagi kalau intipatinya tidak kena pada jiwa. Novel fiksyen bukan tempat aku. Aku prefer baca biografi. Antara yang terbanyak aku baca, biografi IRON MAIDEN sudah beberapa buah buku.

Ooops, ini pun lebih kurang buku biografi juga!

Bezanya ia tidak berkisar tentang penulisnya dari awal dilahirkan tetapi sekitar pengembaraan 28 hari di Malaysia dalam mencari ketenangan. Berbekalkan gitar akustik, sebuah beg besar dan beberapa keping CD yang dirakamkannya. Satu perbuatan yang boleh dianggap gila oleh kebanyakan orang.

Mungkin Jayzuan merupakan antara beberapa orang yang sangat yakin dengan prinsip yang dipegangnya. Prinsip utama ialah - katakan tidak kepada kerja ofis 8-5! Sangat tidak kena dengan jiwanya. Beliau lebih selesa bekerja sendiri - bikin muzik dan menulis. Bukan sahaja awek-awek yang sukar untuk memahami prinsip tersebut, bahkan kedua ibubapanya pun. Dengan sebab itu, selalu Jayzuan mengharapkan restu mereka. Mungkin apabila catatan Jayzuan ini dibaca oleh kedua ibubapanya, mereka akan faham sekuat mana iltizam Jayzuan.

28 hari mengembara, dengan bantuan kawan-kawan yang telah dibuat hubungan ketika Jayzuan membuat persembahan merata tempat membayangkan betapa rapatnya hubungan mereka. Silaturrahim yang dijalin dengan baik sudah pasti banyak manfaatnya. Dalam keadaan sesak sebegitu, Jayzuan masih ada risau dengan pembesaran perutnya akibat dibelai dengan makanan yang dibelanja. Mungkin pengembaraan ini lebih mewah dari yang disangkakan berbanding dengan berkurung di dalam bilik. Di dalam bilik, tiada siapa yang nak belanja makan dan ajak bersembang.

Tiga perkara besar dalam fikiran Jayzuan ketika itu. Awek, makan dan perut.

Tiada komentari sosial yang kritikal yang mahu disampaikan oleh Jayzuan. Mungkin sekadar memprotes bahawa rezeki itu bukan datang dari majikan, kilang, kedai, ladang etc tetapi datang dari Allah s.w.t. yang Maha Memberi Rezeki. 28 hari itu membuktikannya. Dengan 28 hari itu jugalah membuka rezeki Jayzuan dengan terbitnya buku ini yang mengikut laporan, cetakan pertama telah habis dijual!

Untung... yang dalam tangan aku adalah cetakan pertama berserta autograph. Kata Jayzuan, tiga autograf yang mendebarkan padanya: 1. Loque (entah betul ejaan aku - dan siapakah dia ni?) 2. Fathullah dan 3. Bentara. Kenapa perlu berdebar dengan Bentara? Pandai kau bodek aku ya?

Jayzuan terpaksa posing Metal sedangkan aku posing manja

Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi Jayzuan

http://www.myspace.com/mjhome
http://www.myspace.com/freelove
http://www.mohdjayzuan.blogspot.com
http://amp.channelv.com/mohdjayzuan
http://www.twitter.com/mohdjayzuan

4 comments:

  1. "bentara!
    hero metalku waktu kecil! thanks kasih!
    "

    syahdunya ayat...

    ReplyDelete
  2. loque tu bukan Khairil Ridzwan bin Anuar ke? budak mckk...

    bentara? bentara tu sape eikk? hehehe

    teringat sorang tua cakap kat aku...
    ade org sangat terkenal.. ramai org kenal dia... tp 'malaikat ape yg kenal' org tu?

    ReplyDelete
  3. Loque Butterfingers.

    ReplyDelete
  4. muor76 betul tu... kita selalu tertipu dengan pujian manusia.

    ReplyDelete