Friday, June 18, 2010
Ulasan: JOHNNY CASH American VI: Ain't No Grave CD
Album yang dirilis selepas 7 tahun kematiannya.
Lagenda suara deep, distinctive bass-baritone yang berhantu. Kematangan suara beliau (seperti seorang datuk menyanyikan kepada cucunya - seakan-akan lullabye) menjadi highlight dalam album ini.
Muziknya country dan gospel. Gitar akustik dan banjo mendominasi keseluruhan album. Drum memang takde langsung.
Mixing yang baik, menonjolkan karakter Johnny Cash dan ia menjadi aspek dominan yang menarik tentang album ini. Kedengaran seperti Cash mendendangkan lagu-lagunya betul-betul disebelah telinga.
Cukuplah 96 album yang pernah dirilis oleh beliau (ketika hidup dan mati) semenjak tahun 1954 menjadi bukti kepada betapa pentingnya beliau dalam mencorakkan jatidiri muzik Amerika.
Apa-apa kritikan negatif selepas itu tidak lagi menjadi relevan. Apatah lagi dari seorang pengulas yang pertama kali mendengar albumnya dengan asyik - seperti saya.
01. Ain’t No Grave [traditional] (2:53)
02. Redemption Day [originally by Sheryl Crow] (4:22)
03. For the Good Times [originally by Kris Kristofferson] (3:21)
04. I Corinthians 15:55 (3:37)
05. Can’t Help But Wonder Where I’m Bound [originally by Tom Paxton] (3:26)
06. Satisfied Mind [originally by J.H. ’Red’ Hayes & Jack Rhodes] - (2:48)
[previously released on Kill Bill Vol. 2 Original Soundtrack]
07. It Don’t Hurt Anymore [originally by Don Robertson & Walter E. ’Jack’ Rollins] (2:45)
08. Cool Water [originally by Bob Nolan] (2:53)
09. Last Night I Had the Strangest Dream [originally by Ed McCurdy] (3:14)
10. Aloha ’Oe [originally by Queen Lili’uokalani] (2:59)
-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.
"Satisfied Mind"
ReplyDeletebaru ingat lagu ni ada dalam Kill Bill masa Earl McGraw drive ke wedding chapel tu huhu
semua lagu cover dan xbrpa nk knai..
ReplyDeletetapi Johnny Cash cover lagu "Hurt" (Nine Inch Nails) mmg tip top!
dan "Rusty Cage" (Soundgarden) pon tip top!
tau lebih detail pasal beliau bila tengok movie "Walk The Line"...
ReplyDeletelepas layan walk the line, kena layan "Walk hard" , layan parody pulak huhuhu
ReplyDeleteurm,bukan NIN ke yg cover lagu johnny cash????
ReplyDeletemunicipal_waste,
ReplyDelete"Hurt" is a song written by Trent Reznor, first released on Nine Inch Nails' 1994 album The Downward Spiral. In 2002, "Hurt" was covered by Johnny Cash to critical acclaim; it was one of Cash's final hit releases before his death.
copy kat wikipedia..hehe
owh,tq kaboi 4 the info...
ReplyDeletemati2 ingt tu lagu johnny cash....
thanks for sharing
ReplyDeleteinteresting info
sama2..singgah2 lah blog kaboi..byk lagi info menarik..hehe
ReplyDeletemacam cincai je. mesti universal sedih jika membacanya. nampaknya saudara cuma reti mengulas album metal sahaja.
ReplyDelete