Monday, July 30, 2012

Jawapan: Solat bersama imam - tarawih dan witir

Jawapan kepada persoalan saya tentang berjemaah dengan imam solat tarawih dan witir http://krenmaut.blogspot.com/2012/07/solat-bersama-imam-tarawih-dan-witir.html

"takhrij hadis:

إنه من قام مع الإمام حتى ينصرف هو ، كتب له قيام ليلة
الراوي: أبو ذر الغفاري المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 806
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح

"barangsiapa yang solat bersama Imam hingga selesai, ditulis baginya pahala qiyam semalam penuh."

Imam Abu Isa kata, hasan sahih.

fiqh: kalau Imam buat 23, anda ikuti Imam sampai selesai sampai witir.

Kedua:
mesjid buat 8R, kemudian tazkirah
anda solat tarawih sendirian ketika tazkirah disampaikan.

Kritik: Ia tidak sunnah sebab ceramah akan mengganggu khusyuk solat anda.

ketiga:
tindakan meninggalkan tazkirah itu tidak termasuk dalam majlis ilmu yg lebih baik dari 1000 rakaat tu. Tazkirah Ramadhan ni adalah inovasi juga kalau dibuat secara berterusan). Maksud fadhilat 1000 rakaat tu ialah kelas2 pengajian ilmu tulin, seperti pelajaran hadis, fiqh, tafsir...tazkirah ramadhan tak termasuk sebab ia tak ada di zaman Nabi dan khulafa' ar-rasyidin.

keempat: bilangan tarawih ialah dari 8R-setakat yg larat. Maka tak ada bukti, buat 20 lebih hampir kpd sunnah. Ia cuma ijtihad Imam besar yg 4 sahaja

ke lima: buatlah bilangan tarawih yg anda suka, jika anda memilih utk tidak menyempurnakannya bersama Imam, maka ada hadis ini sebagai penggantinya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa menegakkan Ramadlan karena iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (sahih Bukhari, no 36 lidwa)

jika anda selesaikan (tarawih+tazkirah+witr) bersama Imam, dapat pahala qiyam satu malam, jika anda tak selesai (tinggalkan tazkirah+witr) bersama Imam kerana depa buat tazkirah, maka anda dapat pengampunan..semuanya baik belaka.."

dijawab oleh Ustaz THTL (ex-panel fiqh al-ahkam.net dan al-fikrah.net)

Thursday, July 26, 2012

Wordless Wednesday: PhD

Cuma beberapa hari lepas baru sampai atas masalah teknikal (not my fault)

I know it's Thursday, tapi semalam lupa.

Wednesday, July 25, 2012

Solat bersama imam -tarawih dan witir

Saya mendengar kuliah Ustaz Shamsuri beberapa hari lepas berkenaan dengan solat tarawih.

Beliau membincangkan hadith di bawah:

((إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ)) [الترمذي، صحيح]
Maksudnya: Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih].

 Pada malam pertama, saya bersolat di masjid UTP sebanyak 20 rakaat bersama 3 witir. Selesai jam sudah lepas sedikit 11pm. Tapi ruang berhawa dingin juga siangnya tidak berpuasa maka kekuatan tu boleh tahan lagi.

Malam berikutnya, solat di surau di rumah saya. 8 rakaat tarawih dan selepas itu ada tazkirah. Selesai tazkirah baru dilakukan solat witir 3. Saya pulang ke rumah ketika tazkirah.

Kemudian baru teringat akan hadith tersebut.

Untuk malam-malam seterusnya yang mana saya bersolat di surau tersebut, ketika tazkirah dilakukan saya menyambung tarawih saya untuk mencukupkan 20 rakaat kemudian bersama imam untuk 3 witir.

Objektif saya ialah untuk mendapatkan ganjaran dari hadith di atas.

Timbul persoalan, adakah betul perbuatan saya kerana meninggalkan tazkirah ilmu (saya melakukan tarawih ketika itu)? Sebab saya juga ada mendengar hadith bahawa mencari ilmu lebih baik dari 100 atau 1000 rakaat solat sunat.

Saya menggunakan ijtihad/lojik saya:

1. Ilmu yang disampaikan oleh para Ustaz kebanyakannya saya sudah erti.
2. Ada juga ilmu yang disampaikan lebih banyak lawak dari isi. Kadang-kadang berbau SX18.
3. Saya berpegang kepada 20 tarawih lebih mendekati sunnah (berbanding dengan 8 sila rujuk SINI).
4. Untuk menyambung lagi 12 rakaat di rumah selepas witir di surau, kelihatan tidak akan terjadi kerana tarikan di rumah lebih kepada untuk rehat dan tidur.

Kembali kepada soalan asal, apakah perbuatan saya (yang diboldkan) itu diharuskan?

Tuesday, July 24, 2012

Apa strategi anda mendidik anak untuk istiqamah dalam solat?

Solat adalah perkara yang paling asas dalam agama. Kepentingannya tidak perlu diulas lagi. Mungkin yang perlu diperbanyakkan dan diperhalusi ialah amalnya.

Selain akidah dan solat, ibadat yang lain rankingnya dibawah.

Pengalaman saya, memujuk anak-anak untuk berpuasa di bulan Ramadan adalah lebih mudah dari memujuk mereka untuk solat lima waktu. Mereka mungkin faham akan kepentingan berpuasa dan mungkin juga seronok untuk berpuasa kerana suasana di sekitar (sekolah/rumah) semuanya berpuasa. Jadi kerja saya untuk memujuk lebih mudah. Mungkin payah sedikit apabila mengejut mereka bersahur.

Tetapi selain dari itu, no problem.

Bagaimana dengan solat? Saya dan anda faham akan kepentingannya tetapi mereka mungkin tidak faham. Mungkin telah diberitahu kepada mereka tetapi sebagai anak-anak mereka masih tidak faham juga.

Antara strategi saya ialah apabila masuk waktu solat, saya akan bawa mereka ke surau dan masjid untuk bersolat sekali. Saya dapati beberapa manfaat dengan strategi ini;

1. Saya sendiri dapat fadilat solat di masjid dan pada masa yang sama anak-anak juga tidak ketinggalan.
2. Anak-anak solat serentak (tak perlu nak suruh sorang-sorang).
3. Anak-anak dapat "suasana" orang bersolat. Mungkin akan timbul rasa seronok (seperti mana berpuasa dengan "suasana" orang berpuasa).

Jika tidak berkesempatan ke masjid, saya mengimami anak-anak untuk bersolat. Ini adalah strategi akhir.

Apa strategi anda pula? Mohon kongsi sama-sama.



Friday, July 20, 2012

Cited... yea!

Untuk ahli akademik jenis bawahan macam saya, mendapat citation pertama adalah satu perkara menggembirakan. Yea!


Citation dari paper yang bertajuk...

Yang telah di"cite" adalah pada perenggan ini...


dan ini...


Di akhir kalam, perlu ditulis dari mana ia dirujuk (kalau tidak, akan dianggap plagiat)...


Saya kenal siapa S.T. Smith ini. Beliau adalah pakar dalam hal berkaitan FRP yang tulisannya menjadi salah satu sumber rujukan utama saya semasa menyiapkan tesis PhD saya. Untuk ini, saya berasa amat bertuah kerana dia membaca tulisan saya pula!

Paper penuh saya yang dirujuk sebenarnya sudah siap ditulis (Derivation of the bond–slip characteristics for FRP plated steel members) dan boleh di download di SINI (feel free untuk digunakan sebagai rujukan).

Saya tidak sehebat FakirFikir dan Dr Airil Yasreen ;) They are in different league altogether.

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday: These were...

 Good one Adibah!

Tuesday, July 17, 2012

Ulasan: RUSH A Farewell to Kings


RUSH tidak perlu diperkenalkan lagi kepada mereka yang ambil perhatian terhadap muzik progresif rock, atau setidak-tidaknya, rock versi bukan produk reality show. Usia mereka di dalam industri muzik sudah melebihi 40 tahun.

Album ke-5 pada tahun 1978 ini adalah antara album RUSH yang terawal saya miliki. Pengalaman menyatakan bahawa benda pertama yang dikecapi itulah yang akan kekal di kepala. Samalah juga dengan album ini yang pada saya satu martabat dengan album Moving Pictures (1981).

Bermula dengan lagu tajuk album lagi, album ini memang tidak mengecewakan. A Farewell to Kings bermula dengan petikan gitar akustik folk yang kemudiannya disambut dengan rencah lagu yang upbeat dan rancak sesuai untuk penaik semangat kepada lagu-lagu seterusnya.

Xanadu adalah lagu kult RUSH yang mahsyur. Hanya beberapa lama selepas mendengar lagu A Line In The Sand oleh band Dream Theater (album Falling Into Infinity) baru saya perasan bahawa intro lagu tersebut mempunyai persamaan dengan lagu Xanadu ini. Ianya epik tetapi menyeronokkan, walaupun mencecah 12 minit panjang lagunya. Membayangkan lagu yang epik ini dimainkan oleh 3 orang pemuzik saja membuatkan kita tidak puashati (kenapa aku tak boleh buat lagu macam ini?).

Closer to the Heart mungkin mengingatkan kita kepada lagu Norwegian Woods (The Beatles) pada intro gitarnya. Tetapi jangan disangka intro tersebut (juga tajuk lagu) menjurus kepada lagu balada. Sebaliknya, seperti dua lagu awal, ianya upbeat dan rancak.

Cinderella Man lebih komersil. Jika dimainkan dalam radio umum pun boleh lepas walaupun durasi lagunya lebih sikit dari 3 minit yang selalu dihadkan di dalam radio. Saya tidak pasti samada lagu ini ada kena mengena dengan filem dengan tajuk yang sama lakonan Russell Crowe.

Madrigal mungkin sekadar lagu filler kerana apa impak yang boleh dilakukan dengan lagu balada sebegini dengan durasi dua minit setengah?

Sebagai penutup, RUSH mendapatkan inspirasi fiksyen sains dengan lagu Cygnus X-1. Epik juga. Epik futuristik ini adalah lawan kepada Xanadu (epik sejarah). Cuma impaknya tidak sehebat Xanadu dari segi catchiness. Tetapi bukankah itu yang sepatutnya berlaku di zaman futuristik?

Untuk memahami keseluruhan album ini, patutnya didengar album sebelumnya, 2112 dan juga album selepasnya, Hemisphere kerana ketiga-tiga album ini adalah satu unit post-apocalyptic trilogy.



Monday, July 16, 2012

Ulasan: RHAPSODY Rain of a Thousand Flames


Tarikan utama kepada CD ini adalah lukisan albumnya yang cantik dan elaborate. Malah ini adalah album Rhapsody paling menarik lukisannya. Ia tidak nampak terlampau kartun jika dibandingkan dengan album-album yang lainnya.

Rhapsody bagi mereka yang mengenalinya, merupakan sebuah band Power Metal dengan elemen symphony yang dianyam bersama. Secara zahirnya memang kompleks untuk dirakam, apatah lagi untuk dimainkan secara live tetapi ia nampak santai dan mudah bagi Luca Turilli (gitar) dan Alex Staropoli (keyboard) yang merupakan tonggak utama Rhapsody.

Meneliti liriknya pula, ia membawa kita ke alam dongeng dan fantasi dungeons & dragons. Walaupun secara dasarnya ia tidak berkait dengan cerita yang pernah dibuku/difilemkan. Sebaliknya ia adalah imaginasi dan rekaan Rhapsody saja. Tajuk lagi seperti Rain of a Thousand Flames dan Elnor's Magic Valley mungkin dapat memberikan sedikit gambaran kepada kita apa yang cuba digambarkan oleh Rhapsody.

Sesuai dengan keupayaan anggota pemuziknya, setiap album Rhapsody adalah kompleks. Untuk yang tidak tahan, mungkin akan beranggapan ianya celaru dengan gitar, drum dan vokal yang dianyam bersama bunyian keyboard, orkestra dan instrumen akustik yang lain. Atau mungkin juga muziknya terlampau pompous untuk dapat dinikmati atas face value Power Metal. Tetapi untuk kategori muzik sebegini, memang itulah yang menjadi daya tarikan. Lagi pompous lagi bagus!

Friday, July 13, 2012

Majlis kesyukuran atas terbinanya pondok RT di Lakeville, Seri Iskandar

Saya mengaku, saya bukanlah peminat RT (tidak mampu berjaga malam) tetapi saya menyokongnya kerana RT beri manfaat kepada penduduk setempat.

Terbinanya pondok RT konkrit di jalan masuk kawasan Lakeville, bersama dengan sukarelawan yang berjasa mengawal setiap malam, telah menggerakkan YB kawasan menderma seekor lembu untuk dimasak dan disajikan kepada penduduk Lakeville.

Saya hadir bersama dua anak bujang saya untuk gotong royong pada pagi tersebut.

 Agak meriah.
 Band undangan otai.

 Ismail main bara api.

 Cuci jangan tak cuci.

 Sedap.

Ini meleleh menengoknya.

Thursday, July 12, 2012

Ulasan: SILENT DEATH Silent Kiss Of Death CD


Silent Death adalah band Death Metal yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka telah wujud sebelum zaman rilisan album band Death Metal tempatan sekitar awal tahun 90an lagi. Walaupun produksi album pertama Before The Sunrise agak primitif tetapi impak yang dihasilkan oleh album tersebut berkekalan hingga ke hari ini.

Saya agak kecewa beberapa ketika selepas itu kerana hala tuju Silent Death mula cenderung kepada muzik Black Metal ketika mereka merakamkan dua lagu untuk kompilasi Dark Journey. Persembahan live mereka pun lebih ke arah tersebut.

Selepas itu, saya tidak lagi mengekor perkembangan mereka.

Silent Death adalah album ketiga mereka yang dirilis pada tahun ini. Saya tahu ianya Death Metal kerana anggapan saya ketika mereka menjulang panji Black Metal adalah sementara saja tatkala ribut sedang kuat ketika itu. Cuma saya takut jika produksinya pula seperti album pertama.

Ternyata, produksi album ini walaupun tidaklah boleh diangkat terlampau tinggi tetapi berdiri sama tinggi dengan standard masa ini. Ditambah dengan ahli baru yang menambahkan lagi kekuatan album ini. Solo gitar Joe Slaughter (ex-Sil Khannaz) menyuntik manis di dalam setiap lagu yang disajikan dan drummer Ian Han tidaklah kedengaran seperti seorang amatur.

Vokal Stone walaupun lebih dalam bunyinya namun masih tidak hilang karektornya seperti yang kita kenali selama ini. Muziknya hampir 90% ciptaan beliau tetapi pada liriknya, Zizie Hashim memberi sumbangan yang lebih. Tidak salah juga jika produser album ini adalah darah daging Zizie sendiri iaitu Edrie Hashim.

Tinggal lagi kemungkinan ini adalah album terakhir Silent Death kerana penggeraknya, Mohd Tajul Asyikin (Stone) sudah tiada lagi di dunia ini. Tetapi kesan album ini dan sebelumnya pasti akan berkekalan.

Wednesday, July 11, 2012

Tuesday, July 10, 2012

Projek UTM-UTHM-UTP bersama Lehigh University, USA

Sebaik saja selesai ESTCON 2012, saya bergegas ke Batu Pahat, Johor bersama Prof Pessiki untuk menghadiri mesyuarat di UTHM pada keesokan harinya.

Prof Pessiki adalah supervisor saya ketika saya menjadi Visiting Researcher di Lehigh University tahun lepas.

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk berbincang untuk membawa teknologi pembinaan di USA ke Malaysia.

UTHM adalah venue yang menarik untuk projek ini kerana adanya strong wall di dalam makmal kejuruteraan awam mereka.

L-R: Assoc Prof Dr Nasir Shafiq (UTP), saya, Prof Pessiki (Lehigh) dan Dr Airil Yasreen (UTM) berposing dihadapan strong wall.

L-R: Tuan Norhayati (UTHM), Assoc Prof Dr Nasir Shafiq (UTP), Prof Pessiki (Lehigh), saya dan Dr Airil Yasreen (UTM)

Monday, July 09, 2012

ESTCON 2012

Pada12-14 Jun lepas telah berlangsung The World Engineering, Science and Technology Congress (ESTCON2012) di KL Convention Centre yang dianjurkan oleh UTP. Ini adalah kali kedua ia berlangsung. Yang pertama pada tahun 2010.

ESTCON jika bukan conference terbesar dunia, ianya adalah paling besar di Asia. Ia menggabungkan 9 sub-conference secara selari. Jumlah technical papers adalah lebih 1000 tajuk selama 3 hari ia berlangsung.


Saya diarahkan untuk menjadi Attending Officer (AO) kepada plenary speaker dari Princeton University, Prof Dr Michael Celia. AO ni dengan kata lebih mudahnya, jadi khadam.


Jadi khadam bukanlah kerja hina apatah lagi jika menjadi khadam kepada orang yang yang alim. Kita dapat manfaatnya. Prof Celia ni alim dalam bidang environment dan sustainability.


Pembuka majlis adalah Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan Naib Canselor UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim pada hari pertama. Pada keesokan harinya keluar di dalam akhbar yang mengatakan Dato Seri telah mengiktiraf UTP sebagai IPTS pertama negara yang mendapat status Research University (officially belum sebenarnya).

Saya tidak menyampaikan apa-apa technical presentation kali ini kerana saya sekadar menjadi co-author kepada dua pelajar MSc saya yang menyampaikan presentation tersebut.


Naib Canselor UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim

Prof Michael Celia

Grand Dinner pada malam pertama 

Joget lambak oleh student UTP dan guests

Masa rehat adalah waktu penting untuk berkenal-kenal dan networking

Student MSc saya memberi presentation projek beliau. Saya menjadi pengerusi untuk sesi ini.


Wednesday, July 04, 2012

Immortal zine


Sebenarnya komuniti Metal memang sudah lama bertapak di Kuala Terengganu seawal akhir 80an dulu.

Orang-orang lama mesti ingat akan fanzine dari KT bernama Immortal dan Zulmat.

Juga band Doom Metal tersohor - Modar.

Mereka semua Kuala Terengganuian.

Gambar di atas adalah sesi melepak bersama editor Immortal fanzine dan pemain bass asal Modar.

Tuesday, July 03, 2012

Terengganu Metal


Setelah berbelas tahun balik kampung isteri di Kuala Terengganu, hanya pada cuti sekolah yang lepas saya berhubung dengan mat metal sana untuk melepak.

Ini peluang baik.

Mulanya saya dijemput untuk menghadiri aktiviti jamming. Band kawan saya ini bernama Suffer Remain (patut ada "s" pada Remain?).

Walaupun tidak cukup korum (pemain bass outstation) tetapi hebat juga mereka memainkan lagu-lagu dari Deicide dan Napalm Death.

Rupa-rupanya si pemain gitar adalah orang Bota cuma sekarang menetap di Kuala Terengganu. Saya memang tahu yang orang Bota memang brutal.

Monday, July 02, 2012

Ulasan: WYNKEN DELIRIUM Opinions CD


Beberapa sebab kenapa ulasan tidak dibuat boleh disenaraikan seperti berikut: malas, takde masa dan benda yang nak diulas tak sedap. Cuma beberapa ketika boleh berjumpa dengan sebab ini; tidak tahu bagaimana untuk diulas. Alasan terakhir inilah alasan saya untuk album ini selepas lebih sebulan menerima CD ini.

Muzik WD walaupun asasnya Metal tetapi untuk meletakkan mereka dalam sub-kategori tertentu, boleh bikin pening kepala. Pada suatu ketika, elemen groovy-nya menyerlah tetapi pada ketika lain elemen doom-happy mengambil alih. Yang menambah pening adalah apabila instrumen saron dan genggong dimainkan. Ia membuat hati pengulas tidak tenteram.

WD cuba dengan sedaya upaya untuk menyuntik elemen nusantara di dalam album ini. Cubaan ini memanglah bukan baru kerana sebelum ini memang ada yang membuat cubaan yang sama. Bezanya adalah samada berjaya atau tidak; juga sejauh mana elemen ini dimasukkan. Kadang-kadang tidak cukup teknologi, kadang-kadang juga seperti melepas batok di tangga. Dalam hal ini, WD berjaya. Elemen nusantara yang disuntik dengan instrumen tradisional saron dan genggong (yang dibawa secara live juga) juga disulam dengan melodi yang tersusun.

Di sebalik kesulitan ini, pastinya muzik sebegini bukanlah hari-hari kita ketemukan. Ditambah dengan hasil rakaman yang bermutu hasil jagaan band sendiri dan produser terkenal, Roslan Aziz. Mastering pula dilakukan di Australia. Jika dilihat ini saja sudah cukup memanggil kita untuk memberi sokongan terhadap pengorbanan sungguh-sungguh WD dalam menghasilkan album ini. Namun WD patut disokong bukan atas dasar ini sebenarnya tetapi atas dasar merit yang sepatutnya.

Sunday, July 01, 2012

Aquaria KLCC





Saya tahu aquaria bukanlah satu tempat yang unik. Banyak negara yang dah ada.

Ada orang berkata dengan sinis, kita meniru Singapore yang bertahun-tahun lebih awal sudah membinanya.

Tetapi apa-apa jenis aquaria memang menyeronokkan. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu pergi jauh untuk menikmatinya. Harga tiket memanglah mahal tetapi berbaloi.

Cuma tak boleh selalu. Setahun sekali mungkin.