Tuesday, July 24, 2012

Apa strategi anda mendidik anak untuk istiqamah dalam solat?

Solat adalah perkara yang paling asas dalam agama. Kepentingannya tidak perlu diulas lagi. Mungkin yang perlu diperbanyakkan dan diperhalusi ialah amalnya.

Selain akidah dan solat, ibadat yang lain rankingnya dibawah.

Pengalaman saya, memujuk anak-anak untuk berpuasa di bulan Ramadan adalah lebih mudah dari memujuk mereka untuk solat lima waktu. Mereka mungkin faham akan kepentingan berpuasa dan mungkin juga seronok untuk berpuasa kerana suasana di sekitar (sekolah/rumah) semuanya berpuasa. Jadi kerja saya untuk memujuk lebih mudah. Mungkin payah sedikit apabila mengejut mereka bersahur.

Tetapi selain dari itu, no problem.

Bagaimana dengan solat? Saya dan anda faham akan kepentingannya tetapi mereka mungkin tidak faham. Mungkin telah diberitahu kepada mereka tetapi sebagai anak-anak mereka masih tidak faham juga.

Antara strategi saya ialah apabila masuk waktu solat, saya akan bawa mereka ke surau dan masjid untuk bersolat sekali. Saya dapati beberapa manfaat dengan strategi ini;

1. Saya sendiri dapat fadilat solat di masjid dan pada masa yang sama anak-anak juga tidak ketinggalan.
2. Anak-anak solat serentak (tak perlu nak suruh sorang-sorang).
3. Anak-anak dapat "suasana" orang bersolat. Mungkin akan timbul rasa seronok (seperti mana berpuasa dengan "suasana" orang berpuasa).

Jika tidak berkesempatan ke masjid, saya mengimami anak-anak untuk bersolat. Ini adalah strategi akhir.

Apa strategi anda pula? Mohon kongsi sama-sama.



3 comments:

  1. Smart, untuk saya yang bakal jadi bapa tak lama lagi.

    ReplyDelete
  2. bagus petua ni,anak saya masih kecil lg tp utk persediaan di peringkat awal,tips sebegini amat berguna dan praktikal...maksudnya td,adalah lebih baik membiasakan anak2 utk beriktikaf di masjid? Nice bro....

    ReplyDelete
  3. thanx for the sharing

    ReplyDelete