Monday, July 02, 2012

Ulasan: WYNKEN DELIRIUM Opinions CD


Beberapa sebab kenapa ulasan tidak dibuat boleh disenaraikan seperti berikut: malas, takde masa dan benda yang nak diulas tak sedap. Cuma beberapa ketika boleh berjumpa dengan sebab ini; tidak tahu bagaimana untuk diulas. Alasan terakhir inilah alasan saya untuk album ini selepas lebih sebulan menerima CD ini.

Muzik WD walaupun asasnya Metal tetapi untuk meletakkan mereka dalam sub-kategori tertentu, boleh bikin pening kepala. Pada suatu ketika, elemen groovy-nya menyerlah tetapi pada ketika lain elemen doom-happy mengambil alih. Yang menambah pening adalah apabila instrumen saron dan genggong dimainkan. Ia membuat hati pengulas tidak tenteram.

WD cuba dengan sedaya upaya untuk menyuntik elemen nusantara di dalam album ini. Cubaan ini memanglah bukan baru kerana sebelum ini memang ada yang membuat cubaan yang sama. Bezanya adalah samada berjaya atau tidak; juga sejauh mana elemen ini dimasukkan. Kadang-kadang tidak cukup teknologi, kadang-kadang juga seperti melepas batok di tangga. Dalam hal ini, WD berjaya. Elemen nusantara yang disuntik dengan instrumen tradisional saron dan genggong (yang dibawa secara live juga) juga disulam dengan melodi yang tersusun.

Di sebalik kesulitan ini, pastinya muzik sebegini bukanlah hari-hari kita ketemukan. Ditambah dengan hasil rakaman yang bermutu hasil jagaan band sendiri dan produser terkenal, Roslan Aziz. Mastering pula dilakukan di Australia. Jika dilihat ini saja sudah cukup memanggil kita untuk memberi sokongan terhadap pengorbanan sungguh-sungguh WD dalam menghasilkan album ini. Namun WD patut disokong bukan atas dasar ini sebenarnya tetapi atas dasar merit yang sepatutnya.

1 comment: