Beliau membincangkan hadith di bawah:
((إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ)) [الترمذي، صحيح]
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih].
Pada malam pertama, saya bersolat di masjid UTP sebanyak 20 rakaat bersama 3 witir. Selesai jam sudah lepas sedikit 11pm. Tapi ruang berhawa dingin juga siangnya tidak berpuasa maka kekuatan tu boleh tahan lagi.
Malam berikutnya, solat di surau di rumah saya. 8 rakaat tarawih dan selepas itu ada tazkirah. Selesai tazkirah baru dilakukan solat witir 3. Saya pulang ke rumah ketika tazkirah.
Kemudian baru teringat akan hadith tersebut.
Untuk malam-malam seterusnya yang mana saya bersolat di surau tersebut, ketika tazkirah dilakukan saya menyambung tarawih saya untuk mencukupkan 20 rakaat kemudian bersama imam untuk 3 witir.
Objektif saya ialah untuk mendapatkan ganjaran dari hadith di atas.
Timbul persoalan, adakah betul perbuatan saya kerana meninggalkan tazkirah ilmu (saya melakukan tarawih ketika itu)? Sebab saya juga ada mendengar hadith bahawa mencari ilmu lebih baik dari 100 atau 1000 rakaat solat sunat.
Saya menggunakan ijtihad/lojik saya:
1. Ilmu yang disampaikan oleh para Ustaz kebanyakannya saya sudah erti.
2. Ada juga ilmu yang disampaikan lebih banyak lawak dari isi. Kadang-kadang berbau SX18.
3. Saya berpegang kepada 20 tarawih lebih mendekati sunnah (berbanding dengan 8 sila rujuk SINI).
4. Untuk menyambung lagi 12 rakaat di rumah selepas witir di surau, kelihatan tidak akan terjadi kerana tarikan di rumah lebih kepada untuk rehat dan tidur.
Kembali kepada soalan asal, apakah perbuatan saya (yang diboldkan) itu diharuskan?
..ustaz di masjid dekat umah aku..bagitau untuk kesempurnaan solat Tarawikh ialah dengan mengikut imam sehingga selesai solat...tidak pula dia bagitau selainnya kerana tazkirah kami diadakan sebelum tarawikh...Beliau berkata demikian memandangkan ramai jemaah kami yang balik selepas buat 8 rakaat tidak tunggu hingga selesai 20 rakaat...
ReplyDeletependapat 8 dan 20 tu masih banyak yang pegang 8 mendekati sunnah dan ada yang memegang 20 mendekati sunnah.
ReplyDeletewallahualam
kat sini pulak 10 ......apapun harap yang kita lakukan dalam bulan ramadan di terima Allah....
ReplyDeletesetakat hari ini, dah 3 masjid 1 surau aku pergi, 3 darinya yg mana semuanya masjid buat 8 je, surau tu pula surau tua dikampung aku buat 20
ReplyDeletehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tarawihlapanrakaattakikutsunnah_/Article
ReplyDelete