Tuesday, July 17, 2012
Ulasan: RUSH A Farewell to Kings
RUSH tidak perlu diperkenalkan lagi kepada mereka yang ambil perhatian terhadap muzik progresif rock, atau setidak-tidaknya, rock versi bukan produk reality show. Usia mereka di dalam industri muzik sudah melebihi 40 tahun.
Album ke-5 pada tahun 1978 ini adalah antara album RUSH yang terawal saya miliki. Pengalaman menyatakan bahawa benda pertama yang dikecapi itulah yang akan kekal di kepala. Samalah juga dengan album ini yang pada saya satu martabat dengan album Moving Pictures (1981).
Bermula dengan lagu tajuk album lagi, album ini memang tidak mengecewakan. A Farewell to Kings bermula dengan petikan gitar akustik folk yang kemudiannya disambut dengan rencah lagu yang upbeat dan rancak sesuai untuk penaik semangat kepada lagu-lagu seterusnya.
Xanadu adalah lagu kult RUSH yang mahsyur. Hanya beberapa lama selepas mendengar lagu A Line In The Sand oleh band Dream Theater (album Falling Into Infinity) baru saya perasan bahawa intro lagu tersebut mempunyai persamaan dengan lagu Xanadu ini. Ianya epik tetapi menyeronokkan, walaupun mencecah 12 minit panjang lagunya. Membayangkan lagu yang epik ini dimainkan oleh 3 orang pemuzik saja membuatkan kita tidak puashati (kenapa aku tak boleh buat lagu macam ini?).
Closer to the Heart mungkin mengingatkan kita kepada lagu Norwegian Woods (The Beatles) pada intro gitarnya. Tetapi jangan disangka intro tersebut (juga tajuk lagu) menjurus kepada lagu balada. Sebaliknya, seperti dua lagu awal, ianya upbeat dan rancak.
Cinderella Man lebih komersil. Jika dimainkan dalam radio umum pun boleh lepas walaupun durasi lagunya lebih sikit dari 3 minit yang selalu dihadkan di dalam radio. Saya tidak pasti samada lagu ini ada kena mengena dengan filem dengan tajuk yang sama lakonan Russell Crowe.
Madrigal mungkin sekadar lagu filler kerana apa impak yang boleh dilakukan dengan lagu balada sebegini dengan durasi dua minit setengah?
Sebagai penutup, RUSH mendapatkan inspirasi fiksyen sains dengan lagu Cygnus X-1. Epik juga. Epik futuristik ini adalah lawan kepada Xanadu (epik sejarah). Cuma impaknya tidak sehebat Xanadu dari segi catchiness. Tetapi bukankah itu yang sepatutnya berlaku di zaman futuristik?
Untuk memahami keseluruhan album ini, patutnya didengar album sebelumnya, 2112 dan juga album selepasnya, Hemisphere kerana ketiga-tiga album ini adalah satu unit post-apocalyptic trilogy.
Setuju abg Ben...album ini tiada erti tanpa 2112 and moving pictures..underated
ReplyDelete..album pertama dorang yang aku dengar ialah album live Exit Stage Left...Sound gitar yang garing juga drums works dari Neil Peart merupakan trade mark bagi band ini...Dorang memang menggigit..
ReplyDelete