Tuesday, July 03, 2012

Terengganu Metal


Setelah berbelas tahun balik kampung isteri di Kuala Terengganu, hanya pada cuti sekolah yang lepas saya berhubung dengan mat metal sana untuk melepak.

Ini peluang baik.

Mulanya saya dijemput untuk menghadiri aktiviti jamming. Band kawan saya ini bernama Suffer Remain (patut ada "s" pada Remain?).

Walaupun tidak cukup korum (pemain bass outstation) tetapi hebat juga mereka memainkan lagu-lagu dari Deicide dan Napalm Death.

Rupa-rupanya si pemain gitar adalah orang Bota cuma sekarang menetap di Kuala Terengganu. Saya memang tahu yang orang Bota memang brutal.

7 comments:

  1. err rasanya remain mmg ada "S" dlm konteks ayat ni heheheh

    ReplyDelete
  2. ahahaha..baru saya tahu org Bota itu brutal :)

    ReplyDelete
  3. orang bota ada dimana mana sahaja (ciplak lirik lagu Wings)

    ReplyDelete
  4. takder entri pasal pergi ke miri dulu ker?

    ReplyDelete
  5. bassist keje kat besut sekarang,jauh takleh datang. Orang Bota Kiri memang ganas tapi penyayang.Ingat nak ajak Doc main My Oath For Thee seround tapi apakan daya masa mencemburui(lambat masuk sbb tak jumpa studio).cewahhh...hahaha.

    ReplyDelete
  6. kuala terengganu..
    aku suka kuala terengganu..
    boleh kurus, tapi melecet la.
    aku jalan kaki gi pantai buruk, lepas tu aku jalan kaki gi pasar besar siap chinatown tu, lepas tu aku nampak jembatan besar tu aku jalan kaki gi sana, aku naik atas jembatan tu,
    lepas tu magrib, dia punye azan berkumandang, macam echo berulang2 dari semua tempat keluar.

    ReplyDelete