Friday, February 25, 2011

METALLICA Enter Night: Jason Newsted Part 1


Baca buku Enter Night masuk bab kemasukan Jason dalam Metallica.

Tour yang dirancang banyak dihadapan ketika Cliff meninggal dunia. European dan US tour boleh kensel tapi Japan, payah sikit sebab market besar. Management Q Prime suruh juga Lars dan James teruskan Japan tour tu, yang bermula lagi 5 minggu! Oleh sebab itu, mereka harus mencari pengganti Cliff sekarang juga.

Di Bay Area, seperti yang diperhatikan oleh Zazula (Megaforce), semua bassist dah mula praktis lagu Anesthesia (Pulling Teeth). Ramai juga yang terkenal masuk audition.

Jason memang peminat kental Metallica. Bersama Flotsam & Jetsam, mereka pasti akan memainkan lagu Whiplash sebagai lagu terakhir dengan Jason sebagai vokal. Pertama kali beliau menonton Metallica, beliau tercegat dan terpaku memandang Cliff. Jason memakai baju Metallica ketika itu.

Seperti Cliff, yang mencadangkan Jason kepada Metallica ialah Zazula juga. Zazula menelefon dan bertanya samada Jason mahu. Sudah tentu mahu! Berbekalkan duit pinjaman dari rakan-rakan, beliau terbang ke tempat audition Metallica. Di tempat audition, James bertanya lagu apa yang hendak dimainkan. Jason menjawab, apa-apa sahaja sebab semua lagu Metallica telah dihafal!

Selesai audition mereka mabuk-mabuk di bar (seperti biasa). Ketika James dan Lars di dalam tandas mereka bertanya sesama sendiri, "This is the guy, right?" Keluar dari tandas mereka terus bertanya kepada Jason, "Do you want the job?" Jason hampir pengsan.

Tetapi impian kecil Jason mula bertukar kepada mimpi ngeri beberapa hari selepas beliau diterima masuk ke dalam Metallica.

...bersambung

Thursday, February 24, 2011

METALLICA Enter Night: Cliff Burton


Baca buku Enter Night masuk bab kematian Cliff.

James, Lars dan Kirk semua trauma. Untuk hilangkan kesedihan mereka mabuk-mabuk. Kirk sampai lari keluar hotel tengah mabuk tu sambil jerit, "Cliff! Cliff! Where are you?"

Apapun, mengekor jejak langkah AC/DC yang kematian Bon Scott ketika nama dah naik di US dengan album Highway To Hell, mereka tak buang masa, ambil Brian Johnson dan beberapa bulan selepasnya merilis Back In Black yang lantas menjadi album paling laku dalam sejarah rock.

Anyway, apa ceritanya kalau Cliff masih hidup? Buku ini menjelaskan:

1. Walaupun Metallica adalah Lars dan James tetapi mereka masih memerlukan pengiktirafan dari Cliff. Dengan lain perkataan, Cliff memegang kata putus. Cliff, sifatnya ialah terbuka. Do what you want and don't bother for others. Berlawanan dengan prinsip industri muzik yang mementingkan sales.

2. Lars pula lebih jelas hala tujunya. Dia tau apa yang dia nak. Kalau dia kata dia nak jualan 5 juta unit album, maka dia akan plan menurut jalan itu. Jika perlu mengorbankan sesuatu, dia akan korbankan. Ini bercanggah dengan prinsip Cliff sedangkan Cliff ketika itu dianggap sebagai wiseman dalam Metallica.

3. Cliff dari segi muziknya, mempunyai background yang kuat. Beliau belajar teori muzik, boleh membaca note muzik dan mempunyai citarasa yang luas - diehard R.E.M., Lynyrd Skynyrd, ZZ Tops etc dan ini diterjemahkan ke dalam gaya permainan bass beliau yang langsung mempengaruhi lagu-lagu Metallica. Sedangkan Lars dan James begitu one-dimensional. Kita pun dah nampak - selepas Master Of Puppets (dan ..And Justice For All yang masih ada vibe Cliff), Metallica jatuh kepada one-dimensional - dari segi permainan muzik.

Interesting... (point 3 aku tambah sikit-sikit). Maksudnya, sukses Metallica hari ini mungkin tak jadi sukses andai Cliff masih hidup. Silap-silap terus jatuh.

p/s: Korang tau? Spekulasi kuat sebelum kematian Cliff, beliau dan James ada plan nak tendang Lars sebab Lars dilihat sebagai penghalang kepada perkembangan muzik Metallica... hahaha... (as written in the book - diakui sendiri oleh beberapa saksi antaranya Scott Ian, Malcolm Dome dan sebagainya).

Wednesday, February 23, 2011

Record Store Day

Cerita dari seorang sahabat:

Satu ofis beliau minat Maher Zain. Semua lagu hafal. Ada masa sikit, nyanyi lagu Maher Zain.

"InsyaAllaaaaahhhh... InsyaAllaaaaahhhh... you'll find your wayyyyyy... heeyyyyyy...!!!" Nyanyi seorang kakak ofis dengan pelat Bota Kanan.

"Beli CD? Buat apa? Download boleh..."

******************* tak tau le relevan ke tak...

Record Store Day

The original idea for Record Store Day was conceived by Chris Brown, and was founded in 2007 by Eric Levin, Michael Kurtz, Carrie Colliton, Amy Dorfman, Don Van Cleave and Brian Poehner as a celebration of the unique culture surrounding over 700 independently owned record stores in the USA, and hundreds of similar stores internationally.

This is the one day that all of the independently owned record stores come together with artists to celebrate the art of music. Special vinyl and CD releases and various promotional products are made exclusively for the day and hundreds of artists in the United States and in various countries across the globe make special appearances and performances. Festivities include performances, cook-outs, body painting, meet & greets with artists, parades, djs spinning records and on and on. Metallica officially kicked off Record Store Day at Rasputin Music in San Francisco on April 19, 2008 and Record Store Day is now celebrated the third Saturday every April.

Record Store Day is currently managed by Eric Levin, Michael Kurtz, Melanie Nipper, and Carrie Colliton. Folks wanting to contact Record Store Day are encouraged to email us at information@recordstoreday.com 


RECORD STORE DAY IS PROUD TO ANNOUNCE OZZY OSBOURNE AS THE RECORD STORE DAY AMBASSADOR 2011

 

Tuesday, February 22, 2011

IRON MAIDEN Singapore

Tengok kat label posting ni - Membebel. Bukan Gig atau Ulasan. Jadi posting ini bukan nak mengulas show di Singapura.

Ramai yang dah posting jadi boleh baca. Tunggu demam dah reda, baru aku start posting kot.

Lagi pun mood takde. Kerja melambak-lambak kat ofis. Akreditasi, syllabus baru dan nak buat koreksi PhD thesis.

Jadi harap bersabar dengan bebelan ini... dan bebelan-bebelan seterusnya.

Tambahan lagi, banyak CD yang diorder dari overseas kena tahan dengan KDN atas alasan Black Metal. Yang betul Black Metal, OK fine, no problem. Yang tak Black Metal pun sekali sapu. Tu yang geram. Mana Lutfie ni?

Oh ya, sejak keluaran bulan Februari ini, aku dah menulis untuk majalah Karisma (ulasan ringkas 15 album IRON MAIDEN). Dan mereka pun jemput aku hantar artikel atas nama Komentari Metal. Artikel pertama sudah pun dihantar dan akan dicetak untuk isu bulan April 2011. Check it out!
Lagi satu... aku juga dah hantar satu tulisan kepada 'majalah' ROKES. Temanya, Hujung Minggu Saya. Tak tau samada ia terpilih atau tidak.

Akhir sekali (panjang dah bebelan aku ni) mengenai Krenmaut #3 isu fotokopi. Sambutan penyumbang sungguh menggalakkan. Kira-kira 85% cukup dan siap. Kepada yang masih terkial-kial tu, sila percepatkan proses tulisan dan adaptasikan sikap "Say No ToProcrastination!" Yang ada hati nak tulis, boleh kontek aku untuk #4.

OK habis!

Monday, February 21, 2011

Buku: METALLICA Enter Night oleh Mick Wall


Mick Wall, jurnalis rock feveret aku.

Baru separuh baca. Nanti selesai boleh rebiu. Ada siapa-siapa nak trade (lepas habis baca)? Aku nak baca Mustaine Memoir pulak.

Saturday, February 19, 2011

Kedoktoran

 Examiner #1



Examiner #2

Masa diberikan untuk membuat koreksi = 3 bulan. Cargas!!!

Thursday, February 17, 2011

Ulasan: V/A Doomsday News III CD

 Siri Doomsday News ini menarik perhatian ramai ketika ia dirilis pada akhir 80an dahulu dan popular - jika tidak mana mau sampai hingga volume 3. Kelebihan siri Doomsday News ini ialah kompilasi ini adalah artis Noise Records. Seperti diketahui ramai, label ini memang dipenuhi dengan band yang gah. Zaman ini, Thrash Metal telah mencapai klimaksnya dan volume ketiga ini tiada sambungannya. Begitulah dengan 3 band yang ada di dalam siri ini, Coroner dan Sabbat (UK) berkubur tidak lama kemudian sementara Tankard juga berkubur tetapi muncul kembali untuk reformasi. Yang kekal cuma Kreator saja dan tanpa ironi mereka memberikan persembahan terbaik antara empat. Sabbat seperti tidak dikenali lagunya apabila live -mungkin kerana mixing buruk semasa rakaman album. Tankard seperti itulah, Thrash/Speed mabuk yang lurus. Coroner pula walaupun mempunyai gitaris maestro tetapi mungkin terlampau bergantung harapan dengan beliau menyebabkan mix lagu terlampau fokus kepada gitaris. Apapun sebagai tandahati bahawa Thrash Metal pernah mendominasi dunia satu ketika dahulu, maka, kompilasi live ini hampir menjadi barang essential kepada pemujanya.

Wednesday, February 16, 2011

Ulasan: SLAYER Live Undead CD

Jika tiada internet yang mengatakan ini adalah album live 'palsu' sudah pasti tidak akan ada yang menolak superiority album ini. Hakikatnya, ia adalah album live juga cuma dirakamkan di dalam studio bukannya di atas pentas. Kita akan sedar apabila mendengar jeritan 'palsu' penonton, yang membongkar kemungkinan jumlah penonton yang hadir kemungkinan sekitar 20 orang saja.

Pertama kali berinteraksi dengan album ini, seperti biasa, melalui kaset cetak rompak. Dan seperti biasa juga, logo dan nama band yang ganas berserta dengan cover album yang mengerikan menjadi pemangkin kepada pembelian. Dan biasanya ketika itu, ia berbaloi. Ini adalah antara kaset yang lunyai dimainkan di dalam radio kaset.

Black Magic, lagu yang mendap dan kurang bertenaga di dalam album Show No Mercy berubah wajah secara total bila dimainkan live. Ianya bertenaga dan menjadi lagu pembuka yang menyelerakan. Dengan bait pembuka yang menggelikan hati dari Tom Araya "They said that the pen is mightier than the sword... well then f**k the pen... because they can Die By The Sword!", lagu Die By The Sword menjadi lagu kedua yang juga bertenaga. Dan apabila Captor Of Sin dimainkan, saya kira, mosh-pit sudah dipenuhi peluh sampai ke paras lutut. Dan lagu-lagu seterusnya mengerahkan tenaga akhir pendengar sebelum mereka berundur dengan kepuasan sonik yang tidak dapat ditulis dengan perkataan.

Untung album ini menawarkan 7 buah lagu saja. Ia pendek tetapi penuh dengan tenaga. Agresif dan tidak ada belas kasihan sepertimana track Show No Mercy yang menjadi lagu keenam di dalam album ini. Walaupun tenaga Slayer masih dinatijahkan di dalam setiap show mereka hingga ke hari ini tetapi kita tidak boleh menafikan yang tenaga sebenar tersebut bermula pada awalnya dan skala Richternya paling maksimum di zaman ini.

Monday, February 14, 2011

KRENMAUT #3 photocopy issue - progress report 1

Nampak cantik dah.

Sebelum tu, biar aku clarify, disebabkan ada yang dah tanya. Krenmaut akan bawa feel yang sama seperti isu #1 dan 2 dulu ke?

Jawabnya tidak. Ia lebih punkish dalam formatnya. Isi masih Metal.

Maksudnya, selain dari isi cliche biasa dalam fanzine Metal; rebiu, interbiu dan gig report - ada juga artikel pelbagai - silap-silap ada cerpen lagi. Hah!

Dan aku sebagai penulis/editor sedangkan mungkin ramai yang sudi menjadi penyumbang khas untuk isu ini. Mereka mungkin minat Metal tetapi mempunyai latarbelakang yang pelbagai. Latarbelakang itu yang aku nak tonjolkan.

Oh ya, tagline buat masa ini, 
Bacaan kontemporari Mat Metal dan Mat-Tak-Berapa-Metal yang berwawasan (Minah pun OK!)

Keyword - kontemporari.





Harap-harap dapat rilis pertengahan bulan March.




Laporan seterusnya akan menyusul.

Sunday, February 13, 2011

Ulasan: MINHYRIATH Gondolyn CD

Seperti kebanyakan band kategori B, masalah utamanya adalah produksi. Dan juga, ketepuan dalam erti kata memberikan sesuatu yang outstanding ideas. Dalam 100 rilisan B-grade ini, mungkin ada 2-3 yang betul-betul menyerlah. Dari satu segi yang lain, ini adalah perkembangan yang sihat kerana kita diberi peluang untuk menilainya sendiri. Minhyriath memang band grade B. Produksi lebih kurang. Drum program dengan salutan instrumen seruling dan bagpipe yang bunyinya memang macam dari programming PC. Nama studio yang bunyinya seperti studio yang gah, Halls Of Stone langsung tidak selari dengan produksi. Entah-entah studio di dalam bilik?

Saturday, February 12, 2011

Ulasan: SLEIPNIR Bloodbrothers CD

Satu lagi kes programming drum yang buruk bunyinya. Beberapa siri ulasan tentang album berkait dengan folk-ish Black Metal sebelum ini jatuh dengan masalah yang sama. Adakah mereka berpakat? Saya kira, folkish memerlukan daya sonik yang lebih dinamik untuk membawa komposisi lagu yang yang dimainkan. Sudah tentunya ia tidak akan berjaya dengan produksi di dalam bilik, tidak begitu? Dan saya mula berasa root yang digunakan oleh band sebegini adalah sama walaupun band sendiri dari negara Eropah yang pelbagai - melodi asasnya adalah sama. Pada saya ini adalah peluang kepada band Asia, yang mempunyai melodi yang berlainan untuk mengambil tempat. Oh, memang sudah ada pun. Jangan gusar band Asia, banyak peluang yang masih kosong untuk diterokai berbanding dengan band Eropah.

Ulasan: HELLEBAARD Fier CD

Yang menarik tentang band ini ialah mereka menceritakan tentang cerita-cerita zaman dahulu dari negara mereka, Netherlands. Liriknya pun disertakan. Cuma tinggal lagi kita kena belajar bahasa Dutch dahulu untuk memahaminya kerana ia ditulis dalam bahasa tersebut. Saya fikir, tentu ada versi Hang Tuah dan Mahsuri tetapi dengan rempah ratus sendiri. Muziknya pula, saya kira ada saduran melodi tempatan cuma kedengaran ia berbunyi seperti melodi dari Scandinavia. Mungkin melodi tersebut berasal dari root yang sama. Produksi pula agak mengecewakan terutama drum programming yang pecah bunyinya. Yang paling menarik mungkin suara vokalisnya - seperti penyanyi kampung di dalam pesta keramaian i.e. bukanlah vokalis yang memenangi sesuatu pertandingan nyanyian tetapi mempunyai suara orang kebanyakan. Itulah tujuan utama cerita-cerita lama diceritakan - untuk peringatan kepada rakyat marhaen.

Friday, February 11, 2011

KRENMAUT #3 photocopy issue

Akan menjelma...!

Masih ada beberapa ruang kosong untuk artikel. Siapa yang berminat nak menulis, silalah kontek saya.

Thursday, February 10, 2011

Masalah Mental dan Kemurungan Malaysia --> Bunuh Diri

1-Ibu campak anak lima tahun dari tingkat enam

www.bharian.com.my/bha...m/Article/

Seorang ibu yang disyaki mengalami kemurungan mencampakkan anak perempuannya berusia lima tahun dari tingkat enam Blok B, Flet Aman, Jalan SK 6/1, Seri Kembangan di sini, tengah hari semalam, sebelum membunuh diri dengan terjun dari tingkat 10 blok bersebelahan.


mayat anak


mayat ibu

2-Pelajar mati jatuh bangunan sekolah

www.utusan.com.my/utus...=je_02.htm

Seorang guru sekolah tersebut turut dilihat memberi taklimat kepada semua pelajar yang menghadapi masalah supaya merujuk kepada guru kaunselor bukannya dengan cara menggunakan laman sosial untuk melepaskan tekanan.

3-Polis tembak mati lelaki mengamuk serang polis dengan parang

www.hmetro.com.my/arti...ng/Article

Polis menembak mati seorang penganggur yang mengamuk apabila dia menyerang polis dengan sebilah parang di sebuah rumah di Taman Chempaka, Jalan Rompin, Bahau, semalam.


gambar polis ditetak



-------------

Average of 60 suicides per month in the country

PETALING JAYA: Two people commit suicide daily in Malaysia and experts believe the figure could be higher with the many undetermined deaths.

It is alarming that teenagers and young adults are taking their own lives in the face of mounting pressure in school, work, dealing with family issues and breakdown in relationships.

The National Suicide Registry Malaysia (NSRM) estimated that between January and August last year, a total of 425 people committed suicide, averaging 60 per month (including undetermined deaths.)

Universiti Kebangsaan Malaysia’s Professor of Psychology Dr T. Maniam said the country’s suicide rate was estimated at 10 to 13 per 100,000 people which nearly equalled that of the United States.

The Health Ministry has identified those aged between 16 and 25 as being “high risk.”

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/10/nation/8035599&sec=nation 

 ------

Mengikut statistik kes bunuh diri 1998, kemurungan mewakili 32% daripada keseluruhan kes.

Rujukan: nsrm.gov.my/pdf/NSRM_report2008.pdf

Sumber berita dari al-fikrah.net

WHAT HAVE WE BECOME???

Ulasan: GOJIRA Terra Incognita CD

GOJIRA bukan band Metalcore. Sekadar peringatan kepada yang bersangka demikian. Kata siapa? Kata wikipedia. Mereka adalah band Death Metal tetapi bukan Death Metal kebiasaan. Pengaruh yang mereka serapi dan natijahkan di dalam setiap album mereka sangat bervariasi ke tahap mereka hampir-hampir mencipta satu sub-genre baru - yang sukar untuk didefinisikan.

Album pertama ini (rilisan kembali oleh Listenable Records) memulakan era Gojira pada tahun 2001 selepas bergelumang dengan 4 demotape. Perjalanan mereka bukan mudah dan mereka agak lambat untuk menarik perhatian syarikat rakaman. Atau mungkin saja mereka lambat untuk diterima oleh pendengar? Memang perasaan lambat ini dapat dirasakan melalui album ini. Bukan kerana ianya buruk tetapi bagaimana Gojira mengolah semula muzik Death Metal yang dikenali ramai.

Seperti kebanyakan orang (saya tidak terkecuali), mereka menilat Gojira sebagai suatu sub-genre Death Metal yang dipengaruhi oleh hardcore. Meleset sekali pendangan itu. Memang ada pengaruh tersebut tetapi sangat minimal. Yang tebal adalah Death Metal dengan odd-time signature, riffs yang luar-biasa dan susunan lagu yang kompleks. Juga, liriknya tidak berkisar kepada subjek Death Metal kebiasaan tetapi lebih berdasar kepada alam sekitar. Mereka secara dasanya adalah Green Peace bertopengkan Death Metal.

Kompleksiti susunan lagu di dalam album ini tidaklah bermakna teknikaliti mereka merepek seperti band math-core ataupun kepantasan tak masuk akal band seperti Necrophagist. Riffs gitar, secara amnya adalah mudah tetapi yang ditekankan adalah kompleksiti susunan lagunya. Jika kita menyangka flow lagunya sepetutnya begini tetapi dibegitukan oleh Gojira. Dengan lain perkataan, kita akan memegang kedua-dua belah pipi kita dengan lopongan mulut - seperti lukisan Picasso yang terkenal itu.

Satan Is A Lawyer contohnya - bermula dengan riffs yang tidak Metal langsung pada bahagian pertama lagu tersebut yang kemudian bertukar kepada pesta headbanging pada bahagian kedua. Semua ini dilakukan dalam masa kurang dari 5 minit. Bagaimana flownya diadun? Soalan itu memang saya sendiri tidak terjawab. Lagu pembukanya, Clone dimulakan dengan riffs jari yang mengulat-ngulat tali gitar yang diadun dengan drum yang groovy pada bahagian pertama yang kemudian sekali lagi menjadi pesta headbanging pada bahagian keduanya. Lagu-lagu Gojira, senang cerita - menjadi pesta imaginasi kepada fikiran. Bagaimana ia bisa dilakukan? Jangan tanya saya.

Tidak dapat tidak - saya bersetuju dengan salah satu kritik terhadap mereka. Gojira adalah powerhouse Death Metal zaman ini. Penghalangnya cuma satu iaitu peminat Death Metal sendiri yang biasanya tertutup minda dan mata.

Wednesday, February 09, 2011

Tun Mahathir vs Tuan Guru Nik Aziz

TUN MAHATHIR


1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka.

2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?

3. Sebaliknya apakah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz? Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini. Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam.

4. PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan orang UMNO, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang UMNO dan pengasingan kubur orang PAS dari orang UMNO, seolah-olah di Akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

5. Apabila PAS bertanding dalam Pilihanraya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir. Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia.

6. Kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam Pilihanraya 1990 dan 1995. Dengan ini Semangat 46, serpihan dari UMNO mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan.

7. Alhamdulillah Semangat 46 kembali semula kepada UMNO dan perpaduan orang Melayu Islam dalam UMNO dipulih semula. Tetapi apabila Timbalan Presiden UMNO di keluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepadanya supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

8. Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh UMNO dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat. Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.

9. Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz.

10. Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis. Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

11. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

--------------
DATO' NIK AZIZ

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

-----------------------------

KESIMPULANNYA????

Ulasan: OBITUARY Slowly We Rot CD

Peluang mendengar album ini ketika rilisnya adalah melalui kaset melalui tape-trading. Tiada gambar, tiada informasi. Yang ada sekadar kaset, tajuk album dan lagu yang didub bersama beberapa band lain. Mendengar Slowly We Rot membuatkan saya lupa terus apa band yang bersama dalam kaset tersebut.

Yang membuatkan ianya kekal dalam kepala sudah tentunya vokal, John Tardy yang mempunyai vokal paling inhuman - tiada unsur-unsur kemanusiaan langsung di dalam vokalnya. Vokal beliau seperti kerbau jantan yang sedang naik angin, mendengus, bermata merah dan bersedia untuk menanduk siapa saja yang mencabar. Hingga sekarang memang tiada tandingnya vokal beliau.

Menariknya, vokal beliau dinyanyikan tanpa lirik. Apa yang dinyanyikan? Ikut kesesuaian bunyi. Ada yang boleh didengar dengan jelas - banyaknya tidak difahami apa sebutan. Seperti biasa ia bukan masalah. Apa bunyi, dan bagaimana bunyi vokal itu diadun di dalam lagu yang lebih menjadi fokus. Memang fokus dalam album ini adalah vokal John Tardy. Muziknya memang sekadar pengiring, berat dengan chord gitar malas. Gitarnya berdistortion kuno tetapi berat, berkarat dan mempunyai bau hangit. Ia menyesakkan pernafasan juga mengeluarkan nanah dari telinga. Maka kesesuaiannya adalah dengan riffs yang berat tetapi mudah. Jika terlampau teknikal - sudah tentu ia akan menyebabkan hilangnya fokus.

Cover album yang selekeh seolah-olah dilukis oleh pelajar seni yang mendapat CGPA bawah 2.00 semasa pengajiannya memberikan ekspresi yang dalam. Ia memberikan petunjuk kepada apa yang dibawanya iaitu sesuatu yang mengerikan dan meremangkan bulu roma. Ini kerana perasaan begitu bukanlah indah dan pastinya ia akan bercanggah dengan isinya andaikata cover album cantik dan artsy.

Pengkritik meletakkan album ini sebagai satu turning point dalam sejarah muzik Death Metal dan ramai yang bersetuju termasuklah saya. Death Metal yang selekeh, mengerikan dan busuk pastinya akan mendasarkan sokongan mereka kepada album ini. Setakat ini memang tiada tandingannya. Bak kata filem Melayu, "... tapi suara John Tardy tetap menjadi pojaan hatiku!"

Tuesday, February 08, 2011

Forum Perdana di Universiti Teknologi PETRONAS 17/2/2010

 klik imej untuk paparan lebih besar!

Jumpa di sanaaaa...!!

---------------

Dear Sir/L&G,

In conjunction with the live telecast of “Forum Perdana Hal Ehwal Islam” and other events co-organized by JAKIM and UTP in UTP, we will also be organizing a “Halal Fest Exhibition” located at the Foyer of Chancellor Complex, UTP from 17 – 19 February 2011. There are still few booth allocation available for grab and the details of the exhibition, events and booth are as attached. Fyi, the cost of the booth is only RM350.00 (size 3 X 3m) per booth. 

In relation to this, we would really appreciate it if you could also assist us in disseminating the info to any interested parties as the closing date for booth application is on 10th February 2011 before 5.00pm.


Your kind assistance in this matter is highly appreciated.

Thank you.

SHARIFF BIN HARUN
Marketing & Promotions Unit
Corporate Relations and Public Affairs
Corporate Services Department
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
Bandar Seri Iskandar,
31750 Tronoh
Perak Darul Ridzuan,
MALAYSIA
Tel: +605-3688238
Fax: +605-3654088
Email: shariff_harun@petronas.com.my
Website: www.utp.edu.my

Ulasan: DIMMU BORGIR Enthrone Darkness Triumphant CD

Nuclear Blast bijak mengintai mereka. Setelah berjaya meletakkan asas yang kukuh melalui dua album sebelumnya, masanya telah tiba untuk mereka dilamar. Strategi Dimmu Borgir juga tepat, menyanyikan kesemua lagu di dalam album ini dengan English (sebelumnya Norwegian). Audiens yang besar memerlukan medium bahasa yang lebih global.

Album ini secara amnya, melonjakkan nama Dimmu Borgir. Dan mereka layak. Susunan lagunya kemas. Produksinya tip-top. Ia selama-lamanya membahagikan muzik Black Metal kepada dua generalization yang besar; Black Metal yang percaya kepada produksi yang minimal dan Black Metal yang percaya kepada produksi state-of-the-art.

Dimmu Borgir seperti yang dikenali ramai mencampurkan instrumen hakiki Metal iaitu gitar yang keras dan berkerak dengan kelembutan synth dan keyboards. Kombinasi ini dari segi sejarahnya memberi kesan baik ataupun buruk. Nyata, ia digunakan dengan baik sekali untuk album ini. Lagu pembuka, Mourning Palace dimulakan dengan kelembutan keyboards sebelum dibantu oleh gitar dan lainnya sekira-kira vokal memulakan peranan. Pada lagu-lagu yang lain antaranya In Death's Embrace dan Entrance; keyboards lebih memainkan peranan dan menggantikan gitar pada beberapa bahagian penting.

Sambutan amat menggalakkan. Album ini meloncat ke tangga ke-3 di carta muzik German. Dan kesannya kepada muzik Black Metal lebih dari itu, Dimmu Borgir mula menjadi inspirasi kepada banyak band yang mengadunkan keyboards di dalam komposisi lagu mereka. Jika ada yang ragu-ragu dengan album Dimmu Borgir yang lain pastinya tidak akan berperasan begitu dengan album ini.

Monday, February 07, 2011

Abang Ben menulis untuk majalah KARISMA

Dapatkan isu Feb 2011! Artikel apa yang ditulis? Tekalah ;)

Ulasan: DEATH Live In L.A. (Death & Raw) CD


Chuck Schuldiner akan selamanya dikenang. Kenapa tidak? Beliau telah membuka jalan untuk genre Death Metal. Nama band beliau pun, Death.

Kira-kira beberapa bulan sebelum kanser mengalahkan fizikal beliau dan nyawanya melayang, Nuclear Blast telah meriliskan album live ini (juga dengan DVD). Selain dari menambah prospektus syarikat, sebahagian dari hasil jualan dari album ini (US$2.50) akan didermakan kepada tabung perubatan Chuck; yang ketika itu sedang dalam keadaan kritikal. Untuk mengelak harga CD/DVD bertambah, pihak ketiga dihapuskan. Ia hanya boleh dibeli terus dari Nuclear Blast.

Tetapi seperti yang telah kita ketahui, tiada jumlah sebesar mana yang dapat menyelamatkan Chuck. Walaupun jika jualan album ini menyamai penjualan album Michael Jackson "Thriller". Bila ajal sudah sampai, apa lagi yang boleh dibuat?

Namun, peninggalan album ini, sebagai satu natijah dari perjuangan beliau dengan muzik selain menampilkan ke'genius'an dan kredibiliti beliau dalam mengemudi genre muzik Death Metal yang telah beliau wartakan sedikit sebanyak memberi kesan kepada peminatnya. Memang benar, berlaku banyak perubahan jika kita menyelami album pertama Scream Bloody Gore hingga album yang terakhir, The Sound of Perseverance. Jika dibandingkan antara keduanya, pasti kita akan terkejut melihat evolusi (atau mutasi) yang telah berlaku. Tetapi impak tersebut mungkin akan berkurangan apabila kita menyusuri secara kronologi. Dan mungkin kita akan faham, kenapa evolusi tersebut berlaku.

Ya, ia berlaku kerana kehendak Chuck yang mahukan perfection. Perfection dalam genre yang telah beliau mulakan - dan diterima pakai oleh band Death Metal keseluruhannya.

Mungkin menyedari akan itu, lagu dari album Scream Bloody Gore (Zombie Ritual) walaupun satu, tetap dimainkan dalam sesi tour ini. Jika hendak dibandingkan dengan ahli muzik yang bersama beliau ketika rakaman album ini, seperti langit dan bumi. Terlampau simple. Boleh dimainkan dengan pejam mata. Pada Chuck, setiap album Death ada blueprintnya yang tersendiri. Setiap album Death, memberi kesan dan impak pada setiap kelompok sub-genre Death Metal yang ada sekarang ini. Dan juga sebagai satu pernyataan bahawa beliau berdiri atas apa yang pernah dihasilkan oleh beliau. Oleh itu, amat penting ia dimainkan.

Untuk itu, peminatnya berterima kasih. Kenangan yang ditinggalkan oleh beliau melalui album ini akan sentiasa membawa memori silam - walaupun kepada peminatnya yang tidak pernah melihat beliau dan Death secara berdepan.

Sunday, February 06, 2011

Ulasan: NASTY SAVAGE Penetration Point CD

Nasty Savage bergerak sama zaman dengan Metallica, Slayer dan Megadeth. Dengan lain perkataan, mereka menguatkan genre Thrash Metal ketika itu jika tidak menjadi pioneer di dalam genre tersebut. Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka. Atau mungkin muzik yang dimainkan walaupun Thrash Metal tetapi jatuh pada kategori B atau C? Penetration Point, album ke-3 yang dirilis pada tahun 1989 mungkin boleh memberikan sedikit perspektif atas nasib kurang baik mereka.

Permainan instrumen mereka tiada masalah. Over the top selayaknya seperti band mega Thrash Metal yang lain. Sayangnya, itu sajalah yang tidak bermasalah. Lagu-lagunya bermasalah dari segi tidak menyengat dan tidak meninggalkan kesan dalam bab penghafalan. Begitu juga vokalnya, ia jatuh dalam kategori best tak best (susah nak buat keputusan) - beliau menyanyi tetapi tiada melodi; menjerit tetapi seperti tidak.

Atas fakta ini, maka nasib tidak boleh dipersalahkan. Ada range tertentu untuk sesuatu genre yang dimainkan oleh sesuatu band itu mendapat tempat di hati peminatnya - sesuatu yang Nasty Savage sangat kurang. Tinggallah album ini kepada peminat mati-keras saja untuk disimpan. Cuma tak salah sekali-sekala kita terlanggar bahu dengan album sebegini dan mendengarnya sekali sekala.

Saturday, February 05, 2011

Ulasan: GRIMFAUG Blood Upon the Face of Creation CD

Darkthrone, tanpa syak lagi, menjadi tunjang belakang kepada beratus-ratus band yang wujud di muka bumi ini.Antaranya, Grimfaug, melalui album ini mendapat inspirasi darinya. Persoalan, album yang mana satu? Darkthrone mempunyai era-era yang tersendiri. Ada zaman Death Metal, zaman Black Metal kering dan juga fusion Black Metal/punk. Ini bukan masalah besar, kerana 2 minit perjalanan CD ini kita sudah boleh kenal jantan betinanya. Zaman Transilvanian Hunger, kompem! Malangnya, outputnya stereo. Saya mengidamkan mono seperti yang dilakukan oleh Darkthrone. Kalau tidak, sudah tentu ini menjadi album one-dimensional yang saya minati. Saya perlu mencari semula album Transilvanian Hunger. Album mono di zaman moden.

Friday, February 04, 2011

Ulasan: ANIMUS MORTIS Thresholds Of Insanity CD

Sebuah band Black Metal yang entah dari mana asalnya. Walaupun dianggap sebagai genre Metal yang paling terbuka dari segi elemen muzik yang hadir di dalam sesebuah lagu, namun untuk mencari sesuatu yang benar-benar boleh didengar, mungkin agak sukar. Biasanya kita akan dihidang dengan juadah telinga yang generic yang pernah kita dengar puluhan (malah ratusan) kali sebelumnya. Album ini jatuh pada kategori ini - longgokan yang tidak bernilai pada pendengaran tetapi mungkin ada elemen yang lebih bernilai dari itu (yang tidak dapat saya ketemukan). Jika tidak bernilai, mengapa longgokan ini bertambah dari hari ke hari?

Thursday, February 03, 2011

Ulasan: KHEROW Bintang Timoer CD


Dua perkara. Pertama: Melihat gambar promo band ini dengan seorang jelita di hadapan dan tiga jejaka di belakang. OK, model cantik. Kedua: Mendengar CD di dalam kereta. Kepala berfikir. Si jelita tadi masih bergambar di dalam CD. Tapi tidak kedengaran pula keyboards (seperti kebiasaan). Saya menepuk dahi! Vokalis wanita la! Dan growl!

Selepas Predicate Not Defined, Kherow meletakkan dirinya sebagai salah satu band tempatan dengan wanita bervokal growl. Apabila saya berfikir dengan lebih dalam, memang benar, sukar untuk membezakan growl lelaki dan wanita. Apabila kita mengetahui jantinanya wanita, barulah ia boleh dikaitkan. Jika dengar dalam gelap, memang tak perasan.

Jadi antara vokali PND dan Kherow, mana lebih sedap growlnya? Atau yang mungkin lebih menarik, siapa lagi cun? Tidak relevan. Tapi secara jujur, memang itu yang akan dibandingkan oleh pendengar lelaki, suka atau tidak.

Kherow memainkan muzik Death Metal bermelodi dengan lambakan solo gitar di merata-rata tempat, terima kasih kepada dua gitaris shredder mereka, Zizie Row dan Mus. Tidak salah jika duet mereka dibandingkan dengan Mike/Chris Ammott (Arch Enemy) dan Loomis/Sheppard (Nevermore) kerana mereka memang pun mahir dengan gitar. Jika kita peminat gitar, ini adalah salah satu rilisan tempatan yang akan mengusaikan kegersangan itu selain dari Metalasia (yang album barunya tak muncul-muncul).

Dan jika anda juga meminati Death Metal dengan sentuhan progresif Metal, ini juga adalah santapan anda. Melodinya disusun dengan pintalan dan putaran. Dalam beberapa lagu - pengaruh Dream Theater dan Nevermore dapat didengar. Bunyi gitar juga bukan terhenti pada bunyi distortion saja tetapi beberapa efek yang terdapat pada multiefek juga digunakan memberikan lebih warna dalam penyampaian mereka.

Dari segi produksi, saya berpendapat bahawa banyak tempat boleh diperbaiki lagi. Drumnya, dari segi sound perlu diberi perhatian khusus. Ia kedengaran terlampau lembut dan bunyinya seperti tertahan untuk keluar ke salur audio. Mixing keseluruhan agak amatur. Dan akhir sekali, vokalis jangan dibenarkan untuk menyanyi kerana vokal natural beliau tak sedap langsung. Requiem of the Fools contohnya, pada pertengahan, mungkin untuk menimbulkan kesan tertentu, vokalis menggunakan suara natural beliau, "membaca" lirik bermula dengan nada biasa hingga ke tahap marah - kedengaran seperti wanita gila yang merayau di tengah kampung. Agak janggal bila part itu dilekapkan dengan kejelitaan beliau.

Sebuah rilisan yang menarik dan pastinya beberapa potensi telah tercapai. Mendengar dari album ini, kita dapat merasakan Kherow akan menjadi sebuah band yang konsisten dengan pencapaian. Ruang untuk diperbaiki pun masih boleh dikejar maka ini menjanjikan rilisan yang lebih bermutu pada masa akan datang.

www.faithcraftmobile.blogspot.com
Facebook - Kherow
www.myspace.com/kherow

Wednesday, February 02, 2011

Apa untungnya saya dakwah JUMPA ORANG?

1. Accesible kepada SEMUA peringkat lapisan masyarakat. yang miskin, yang kaya, yang pandai, yang lemah akal, yang pandai internet, yang tak pandai, yang hafal quran, yang tajwid pun tak betul, semua boleh buat wasilah dakwah ini. Ini adalah satu sebab ianya terkedepan, dan patut dikedeepankan oleh ulama dan pemikir umat dan pemimpin, agar umat ini dapat mengambil kerja agama.

2. Ianya MAMPU dilakukan oleh semua orang. bahkan orang bisu dan buta, dan cacat pun boleh melakukannya. Tak mampu itu adalah alasan bagi malu, malas, tak mahu.

3. Ianya mirip kepada sunnah. Ia adalah cara proactive. benar nabi pun ada didatangi oleh orang, tetapi ianya nabi tidak menyandarkan usaha dakwahnya kepada cara ini. Nabi adalah manusia proactive. Nabi mengusahakan semua di bawah circle of concern baginda. Kemiripan ini seringkali dihijab dengan salah faham yassiru wala tuassir, serta dihijab oleh 'keluasan cara dakwah'.

4. Ianya memudahkan 'mujahadah untuk agama' dilakukan kepada setiap lapisan masyarakat. Ianya membolehkan mujahadah merentasi batasan politik dan kekuatan intelek.

5. Proactivity dan mujahadah ini dengan konsisten dan ikhlas insyaAllah mempunyai kesan ghaib seperti yang ALlah sudah janji dalam AlQuran. Practitioners of this method swore by it.

6. Kalam agama ini perlu disampaikan dari hati ke hati. media penulisan memiliki 1001 kelemahan dari segi penyampaian.


- syahrezan (al-Fikrah.net)

Ulasan: HOLMGANG Gengangerens Kvad CD

Holmgang bermaksud perhitungan - antara dua orang yang bertelagah. Nah! Kita belajar satu perkataan dari bahasa Norse kuno. Selain itu, ia juga adalah nama kepada sebuah band Black Metal dari Denmark dengan pengaruh folk dan mitos dari sejarah negara Scandinavia. Liriknya tidak dimengertikan. Dan seperti kebiasaannya, ia tidak dipedulikan sedangkan fokus utamanya adalah muziknya. Jika muziknya hampas maka ia dibiarkan. Jika muziknya bagus maka ia akan menjadi ikutan. Liriknya tidak difahami bukan kerana nahu Englishnya tinggi tetapi ia ditulis dalam bahasa yan tidak difahami. Andai ia ditulis mengenai arnab peliharaan pun tidak mengapa. Ya, rebiu ini tidak mengulas tentang muziknya kerana merapu dengan menulis subjek yang lain adalah salah satu escapism kepada pengulas untuk amuse diri sendiri kerana muziknya tidak apa yang perlu direbiu. Sebabnya pelbagai tetapi pembaca sudah tentu bijak untuk menekanya. Tak best? Betul!

Tuesday, February 01, 2011

Lunch apa tengahari ni?


Pasta warna-warni
Kacang (pebende ntah) goreng dengan ikan bilis
Ikan dory salut tepung tempura dengan sos cheese
Teh ais


YUMMY!!!

Kat mana nak cari? Kat rumah la hahahah...

Moral - balik rumah suruh your wife buat sama camni sebab kat kedai makan gerenti takde (walau kat Secret Recipe sekalipun).

Ulasan: SKYFORGER Thunderforge CD

Band yang memainkan folk metal tidak lagi boleh dikatakan berasal dari negara Scandinavia. Dominasi itu, telah lama dipecahkan. Bahkan, banyak band yang menarik dari negara luar yang menghasilkan band folk metal (dengan garapan Black Metal) - dan lebih berkualiti. Skyforger - sekali imbas seperti datangnya samada dari Norway atau Sweden, sebenarnya berasal dari Latvia. Muziknya adalah groovy, rancak dalam ertikata meninggalkan blast-beats dan mempunyai elemen muzik Viking. Yang benarnya susur keturunan Viking ini meliputi keseluruhan Eropah dan tidak tertumpu di negara Scandinavia saja - oleh itu tidak perlu buat-buat terkejut. Yang perlu kita terkejut ialah apabila ada band dari Malaysia yang begitu (seperti satu masa dahulu). Lagu-lagu yang menarik biasanya adalah lagu yang mid-pace kerana pada waktu itulah instrumen tradisi boleh diselitkan. Latvia adalah satu destinasi Metal kerana rilisan ini.