GOJIRA bukan band Metalcore. Sekadar peringatan kepada yang bersangka demikian. Kata siapa? Kata wikipedia. Mereka adalah band Death Metal tetapi bukan Death Metal kebiasaan. Pengaruh yang mereka serapi dan natijahkan di dalam setiap album mereka sangat bervariasi ke tahap mereka hampir-hampir mencipta satu sub-genre baru - yang sukar untuk didefinisikan.
Album pertama ini (rilisan kembali oleh Listenable Records) memulakan era Gojira pada tahun 2001 selepas bergelumang dengan 4 demotape. Perjalanan mereka bukan mudah dan mereka agak lambat untuk menarik perhatian syarikat rakaman. Atau mungkin saja mereka lambat untuk diterima oleh pendengar? Memang perasaan lambat ini dapat dirasakan melalui album ini. Bukan kerana ianya buruk tetapi bagaimana Gojira mengolah semula muzik Death Metal yang dikenali ramai.
Seperti kebanyakan orang (saya tidak terkecuali), mereka menilat Gojira sebagai suatu sub-genre Death Metal yang dipengaruhi oleh hardcore. Meleset sekali pendangan itu. Memang ada pengaruh tersebut tetapi sangat minimal. Yang tebal adalah Death Metal dengan odd-time signature, riffs yang luar-biasa dan susunan lagu yang kompleks. Juga, liriknya tidak berkisar kepada subjek Death Metal kebiasaan tetapi lebih berdasar kepada alam sekitar. Mereka secara dasanya adalah Green Peace bertopengkan Death Metal.
Kompleksiti susunan lagu di dalam album ini tidaklah bermakna teknikaliti mereka merepek seperti band math-core ataupun kepantasan tak masuk akal band seperti Necrophagist. Riffs gitar, secara amnya adalah mudah tetapi yang ditekankan adalah kompleksiti susunan lagunya. Jika kita menyangka flow lagunya sepetutnya begini tetapi dibegitukan oleh Gojira. Dengan lain perkataan, kita akan memegang kedua-dua belah pipi kita dengan lopongan mulut - seperti lukisan Picasso yang terkenal itu.
Satan Is A Lawyer contohnya - bermula dengan riffs yang tidak Metal langsung pada bahagian pertama lagu tersebut yang kemudian bertukar kepada pesta headbanging pada bahagian kedua. Semua ini dilakukan dalam masa kurang dari 5 minit. Bagaimana flownya diadun? Soalan itu memang saya sendiri tidak terjawab. Lagu pembukanya, Clone dimulakan dengan riffs jari yang mengulat-ngulat tali gitar yang diadun dengan drum yang groovy pada bahagian pertama yang kemudian sekali lagi menjadi pesta headbanging pada bahagian keduanya. Lagu-lagu Gojira, senang cerita - menjadi pesta imaginasi kepada fikiran. Bagaimana ia bisa dilakukan? Jangan tanya saya.
Tidak dapat tidak - saya bersetuju dengan salah satu kritik terhadap mereka. Gojira adalah powerhouse Death Metal zaman ini. Penghalangnya cuma satu iaitu peminat Death Metal sendiri yang biasanya tertutup minda dan mata.
progressive death metal kot?penah baca interview dlm metal hammer diorang cakap "we don't need to talk about death,we like to talk about life after death"
ReplyDeletebule jadi another influence untuk pnd tak?
ReplyDeletesedikit info mengenai GOJIRA juga band nie jugak mendapat perhatian randy blythe(Lamb of god) dan terus mendapat kepercayaan utk turut serta dlm beberapa siri tour Lamb of god sendiri bley rujuk juga sesi tour headline(Lamb of god) BLOODSTOCK 2013..randy juga mula menunjuk minat atas band GOJIRA so tht's why diorg bley main hehehhe..xxx
ReplyDelete