Tuesday, February 08, 2011

Ulasan: DIMMU BORGIR Enthrone Darkness Triumphant CD

Nuclear Blast bijak mengintai mereka. Setelah berjaya meletakkan asas yang kukuh melalui dua album sebelumnya, masanya telah tiba untuk mereka dilamar. Strategi Dimmu Borgir juga tepat, menyanyikan kesemua lagu di dalam album ini dengan English (sebelumnya Norwegian). Audiens yang besar memerlukan medium bahasa yang lebih global.

Album ini secara amnya, melonjakkan nama Dimmu Borgir. Dan mereka layak. Susunan lagunya kemas. Produksinya tip-top. Ia selama-lamanya membahagikan muzik Black Metal kepada dua generalization yang besar; Black Metal yang percaya kepada produksi yang minimal dan Black Metal yang percaya kepada produksi state-of-the-art.

Dimmu Borgir seperti yang dikenali ramai mencampurkan instrumen hakiki Metal iaitu gitar yang keras dan berkerak dengan kelembutan synth dan keyboards. Kombinasi ini dari segi sejarahnya memberi kesan baik ataupun buruk. Nyata, ia digunakan dengan baik sekali untuk album ini. Lagu pembuka, Mourning Palace dimulakan dengan kelembutan keyboards sebelum dibantu oleh gitar dan lainnya sekira-kira vokal memulakan peranan. Pada lagu-lagu yang lain antaranya In Death's Embrace dan Entrance; keyboards lebih memainkan peranan dan menggantikan gitar pada beberapa bahagian penting.

Sambutan amat menggalakkan. Album ini meloncat ke tangga ke-3 di carta muzik German. Dan kesannya kepada muzik Black Metal lebih dari itu, Dimmu Borgir mula menjadi inspirasi kepada banyak band yang mengadunkan keyboards di dalam komposisi lagu mereka. Jika ada yang ragu-ragu dengan album Dimmu Borgir yang lain pastinya tidak akan berperasan begitu dengan album ini.

4 comments:

  1. waaaa.. reviu blek mental, heheh

    ReplyDelete
  2. production/sound tip top..trademark studio fredman gothenburg xperlu dipertikaikan

    ReplyDelete
  3. kagum aku suara si vortex ke hapa tu yang dah keluar dari ni band..

    ReplyDelete
  4. Satu satunya album Dimmu Borgir yang masih aku simpan. Yang lain semua dah jual....ada keistimewaan album ni.

    ReplyDelete