Peluang mendengar album ini ketika rilisnya adalah melalui kaset melalui tape-trading. Tiada gambar, tiada informasi. Yang ada sekadar kaset, tajuk album dan lagu yang didub bersama beberapa band lain. Mendengar Slowly We Rot membuatkan saya lupa terus apa band yang bersama dalam kaset tersebut.
Yang membuatkan ianya kekal dalam kepala sudah tentunya vokal, John Tardy yang mempunyai vokal paling inhuman - tiada unsur-unsur kemanusiaan langsung di dalam vokalnya. Vokal beliau seperti kerbau jantan yang sedang naik angin, mendengus, bermata merah dan bersedia untuk menanduk siapa saja yang mencabar. Hingga sekarang memang tiada tandingnya vokal beliau.
Menariknya, vokal beliau dinyanyikan tanpa lirik. Apa yang dinyanyikan? Ikut kesesuaian bunyi. Ada yang boleh didengar dengan jelas - banyaknya tidak difahami apa sebutan. Seperti biasa ia bukan masalah. Apa bunyi, dan bagaimana bunyi vokal itu diadun di dalam lagu yang lebih menjadi fokus. Memang fokus dalam album ini adalah vokal John Tardy. Muziknya memang sekadar pengiring, berat dengan chord gitar malas. Gitarnya berdistortion kuno tetapi berat, berkarat dan mempunyai bau hangit. Ia menyesakkan pernafasan juga mengeluarkan nanah dari telinga. Maka kesesuaiannya adalah dengan riffs yang berat tetapi mudah. Jika terlampau teknikal - sudah tentu ia akan menyebabkan hilangnya fokus.
Cover album yang selekeh seolah-olah dilukis oleh pelajar seni yang mendapat CGPA bawah 2.00 semasa pengajiannya memberikan ekspresi yang dalam. Ia memberikan petunjuk kepada apa yang dibawanya iaitu sesuatu yang mengerikan dan meremangkan bulu roma. Ini kerana perasaan begitu bukanlah indah dan pastinya ia akan bercanggah dengan isinya andaikata cover album cantik dan artsy.
Pengkritik meletakkan album ini sebagai satu turning point dalam sejarah muzik Death Metal dan ramai yang bersetuju termasuklah saya. Death Metal yang selekeh, mengerikan dan busuk pastinya akan mendasarkan sokongan mereka kepada album ini. Setakat ini memang tiada tandingannya. Bak kata filem Melayu, "... tapi suara John Tardy tetap menjadi pojaan hatiku!"
perrgghhh fav album aku ni!!!!!! aku ada kasetnya zaman roadrunner tape warna putih beli dlm tahun 93 klu tak silap aku.. hehehehehehehe eh tak metal la kalau tak busuk!!!!
ReplyDeletejohn trady menjawap," ya, kami tidak ada lirik!" bila ditanya wartawan pasal album 'slowly...". suatu jawapan yang busuk, hanyir dan jijik yang belum pernah dibuat orang seblum ni!
ReplyDeletesungguh mengujakan!
yeah! cover tu memang tahap budak SRP(20 tahun dulu...) tapi berjaya membuatkan pihak KDN/KPDNHEP banyak negara mengharamkannya!
ini baru death metal!
growl John Tardy memang terbaek!!
ReplyDelete