Thursday, February 03, 2011
Ulasan: KHEROW Bintang Timoer CD
Dua perkara. Pertama: Melihat gambar promo band ini dengan seorang jelita di hadapan dan tiga jejaka di belakang. OK, model cantik. Kedua: Mendengar CD di dalam kereta. Kepala berfikir. Si jelita tadi masih bergambar di dalam CD. Tapi tidak kedengaran pula keyboards (seperti kebiasaan). Saya menepuk dahi! Vokalis wanita la! Dan growl!
Selepas Predicate Not Defined, Kherow meletakkan dirinya sebagai salah satu band tempatan dengan wanita bervokal growl. Apabila saya berfikir dengan lebih dalam, memang benar, sukar untuk membezakan growl lelaki dan wanita. Apabila kita mengetahui jantinanya wanita, barulah ia boleh dikaitkan. Jika dengar dalam gelap, memang tak perasan.
Jadi antara vokali PND dan Kherow, mana lebih sedap growlnya? Atau yang mungkin lebih menarik, siapa lagi cun? Tidak relevan. Tapi secara jujur, memang itu yang akan dibandingkan oleh pendengar lelaki, suka atau tidak.
Kherow memainkan muzik Death Metal bermelodi dengan lambakan solo gitar di merata-rata tempat, terima kasih kepada dua gitaris shredder mereka, Zizie Row dan Mus. Tidak salah jika duet mereka dibandingkan dengan Mike/Chris Ammott (Arch Enemy) dan Loomis/Sheppard (Nevermore) kerana mereka memang pun mahir dengan gitar. Jika kita peminat gitar, ini adalah salah satu rilisan tempatan yang akan mengusaikan kegersangan itu selain dari Metalasia (yang album barunya tak muncul-muncul).
Dan jika anda juga meminati Death Metal dengan sentuhan progresif Metal, ini juga adalah santapan anda. Melodinya disusun dengan pintalan dan putaran. Dalam beberapa lagu - pengaruh Dream Theater dan Nevermore dapat didengar. Bunyi gitar juga bukan terhenti pada bunyi distortion saja tetapi beberapa efek yang terdapat pada multiefek juga digunakan memberikan lebih warna dalam penyampaian mereka.
Dari segi produksi, saya berpendapat bahawa banyak tempat boleh diperbaiki lagi. Drumnya, dari segi sound perlu diberi perhatian khusus. Ia kedengaran terlampau lembut dan bunyinya seperti tertahan untuk keluar ke salur audio. Mixing keseluruhan agak amatur. Dan akhir sekali, vokalis jangan dibenarkan untuk menyanyi kerana vokal natural beliau tak sedap langsung. Requiem of the Fools contohnya, pada pertengahan, mungkin untuk menimbulkan kesan tertentu, vokalis menggunakan suara natural beliau, "membaca" lirik bermula dengan nada biasa hingga ke tahap marah - kedengaran seperti wanita gila yang merayau di tengah kampung. Agak janggal bila part itu dilekapkan dengan kejelitaan beliau.
Sebuah rilisan yang menarik dan pastinya beberapa potensi telah tercapai. Mendengar dari album ini, kita dapat merasakan Kherow akan menjadi sebuah band yang konsisten dengan pencapaian. Ruang untuk diperbaiki pun masih boleh dikejar maka ini menjanjikan rilisan yang lebih bermutu pada masa akan datang.
www.faithcraftmobile.blogspot.com
Facebook - Kherow
www.myspace.com/kherow
metal kepala ikan terubok yg NGERI! \m/
ReplyDeletemata khero??!!
ReplyDeleteTQ kerana sudi memberi ulasan! Hail Krenmaut!
ReplyDelete