Wednesday, February 02, 2011

Apa untungnya saya dakwah JUMPA ORANG?

1. Accesible kepada SEMUA peringkat lapisan masyarakat. yang miskin, yang kaya, yang pandai, yang lemah akal, yang pandai internet, yang tak pandai, yang hafal quran, yang tajwid pun tak betul, semua boleh buat wasilah dakwah ini. Ini adalah satu sebab ianya terkedepan, dan patut dikedeepankan oleh ulama dan pemikir umat dan pemimpin, agar umat ini dapat mengambil kerja agama.

2. Ianya MAMPU dilakukan oleh semua orang. bahkan orang bisu dan buta, dan cacat pun boleh melakukannya. Tak mampu itu adalah alasan bagi malu, malas, tak mahu.

3. Ianya mirip kepada sunnah. Ia adalah cara proactive. benar nabi pun ada didatangi oleh orang, tetapi ianya nabi tidak menyandarkan usaha dakwahnya kepada cara ini. Nabi adalah manusia proactive. Nabi mengusahakan semua di bawah circle of concern baginda. Kemiripan ini seringkali dihijab dengan salah faham yassiru wala tuassir, serta dihijab oleh 'keluasan cara dakwah'.

4. Ianya memudahkan 'mujahadah untuk agama' dilakukan kepada setiap lapisan masyarakat. Ianya membolehkan mujahadah merentasi batasan politik dan kekuatan intelek.

5. Proactivity dan mujahadah ini dengan konsisten dan ikhlas insyaAllah mempunyai kesan ghaib seperti yang ALlah sudah janji dalam AlQuran. Practitioners of this method swore by it.

6. Kalam agama ini perlu disampaikan dari hati ke hati. media penulisan memiliki 1001 kelemahan dari segi penyampaian.


- syahrezan (al-Fikrah.net)

10 comments:

  1. salam..teruskan usaha dakwah..umat makin tersasar...sunnah semakin ditinggalkan

    ReplyDelete
  2. nak tanya skit.. betul ke sunnah simpan janggut+cukur misai? camne kalau kita trim/cukur sikit janggut supaya nampak kemas/ganas?? atau biar panjang/sikat/serabai gitu je?

    ReplyDelete
  3. salam saudara halil..persoalan anda boleh terjawab sekiranya anda membaca artikel ini..
    http://wirapendang.blogspot.com/2010/05/janggut-oh-janggutbukan-tok-janggut.html

    ReplyDelete
  4. Halil,

    http://krenmaut.blogspot.com/2009/09/apa-ada-pada-janggut.html

    ReplyDelete
  5. razman razali,
    thanks!!!

    ReplyDelete
  6. betol! contohnya rabu lalu orang2 surau kawasan rumah sewa ku datang menjenguk pintu ke pintu, mengajak orang ke surau, including my house. takzirah pendek yg diberikan ketika sesi ziarah tu memang melekat n menampar hati n otak ini...dakwah tak boleh terhenti, sebab manusia (macam aku) sering terlupa

    ReplyDelete
  7. aku suka part ' ia mampu dilakukan semua orang '.

    ReplyDelete
  8. salam abg ben

    mmg aku respect org2 yg berdakwah ni. aku rasa aku sendiri x boleh buat sbb malu/tak mahu/cetek ilmu agama...

    kat nz ni ramai jugak pendakwah, tapi bukan org islam la - mormons (cabang kristian) etc, siap ada geng2 hare krishna dok main gendang kat tepi jalan. siap datang rumah ketuk pintu bg bible ( tapi aku politely decline laa hehehe)

    yg aku tgk muslim brothers, mungkin byk preach to the converted (i.e. org islam) dan x byk preach to non muslims, bukan mcm non muslim preachers aku ckp kat atas. kalau org tabigh 'keluar', pergi ke tempat org yg dah ada org islam/masjid tempat lain (ni yg aku tgk la, aku x penah keluar)

    aku tahu, kita perlu memberi peringatan sesama islam, tapi ini cuma apa yg aku nampak kat bumi nz ni. aku nampak non muslims lagi pro active nak berdakwah.

    komen?

    ReplyDelete
  9. saya sokong yang ini:
    6. Kalam agama ini perlu disampaikan dari hati ke hati. media penulisan memiliki 1001 kelemahan dari segi penyampaian.


    sebab tulisan, tidak mempunyai intonasi. Niat berdakwah, nanti ada pandang lain kata kita menyibuk. dah banyak kali kena.

    entry yg bagus... terima kasih

    ReplyDelete
  10. wanwarlock,

    Ramai yang komentari dari luar tapi tidak mahu terjun sendiri, walaupun sekejap. Bila dah terjun, baru tau pahit manisnya.

    Bila lagi?

    Semua orang memang sibuk. Kalau semua orang pakai alasan ini, memang tak akan berjalan usaha dakwah di dunia ini.

    Kena cari masa - walaupun sedikit.

    ReplyDelete