Selepas IRON MAIDEN, nampaknya METALLICA pulak jadi flavour of the month. Mana-mana je toleh, pasti nampak METALLICA. Especially majalah. METALLICA, METALLICA, METALLICA...
Majalah Kerrang! pun ambil kesempatan dengan publisiti tersebut, rilis sebuah isu khas untuk METALLICA. Kerrang! Legends bersama METALLICA.
Dalam isu khas ni, Kerrang! kupas dengan detail sejarah METALLICA sejak dari awal penubuhan sehingga berita mutakhir. Mungkin semuanya bukan original. Dan kalau die-hard, pastinya sudah tau kebanyakan cerita dalam kelambu METALLICA ni. Tapi bagi peminat amatur, pastinya ianya pembuka mata.
Evolusi METALLICA dari sebuah band garage menjadi band terbesar dunia pastinya satu keajaiban. Mereka bukan band tangkap muat seperti kebanyakan band yang dok ada sekarang ni. Mereka juga bukan band yang dicipta oleh produser dan syarikat rakaman. Mereka truely, ordinary guys... playing music. Alih-alih nasib menyebelahi mereka dan mereka jadi besar macam sekarang ni.
Of course, bukan nasib je. Usaha mereka pun dasat tu. Nak ikutkan Lars Ulrich tu senang-senang boleh ikut jejak langkah bapak dia jadi pemain tenis tersohor Denmark. Dan Hetfield errr... boleh jadi redneck koboi... Mustaine pula boleh stay jadi drug dealer sepenuh masa.
Pada aku, mereka begitu determined. Terutamanya dua teraju utamanya, Ulrich dan Hetfield.
First time METALLICA appear di Donington (Monster of Rock) di hadapan 80,000 penonton pada tahun 1985, diorang kena baling dengan botol dan sampah sarap dari crowd. Apa nak kata, headliner pun ZZ Top dan Bon Jovi. Muzik METALLICA masa tu kira alien. Nak pulak Hetfield jerit kat crowd, "If you came here to see spandex and f**kin' eye liner... this ain't the fuckin band!" Apa lagi... makin marah le crowd hehehe...
Sekarang amacam? Donington tu senang-senang je boleh kasi penuh dengan satu band je. METALLICA.
Of course kematian Cliff Burton adalah tragis. Boleh kata semuanya sepakat bahawa bangkitnya METALLICA sebagai fenomena kerana karisma beliau. Imej rebel dan don't care tu boleh kata banyak inspired dari beliau. Zaman tu, beliau pakai jaket jeans dan seluar bell bottom, sesuatu yang paling tak trendy masa tu. Nak ikut imej, memang tak sesuai. Tapi apa nak kata, beliau tak peduli apa orang kata.
Bayangkan album Load/Reload kalau Burton masih ada? Adakah beliau akan pakai ala mafia seperti bandmates yang lain?
Anyway, kemasukan Jason Newsted seolah-olah untuk meneruskan perjalanan METALLICA je. Tak lebih dari itu. Beliau masih jadi orang asing selepas beliau keluar dari METALLICA, 15 tahun kemudiannya. Album ...And Justice For All pun tak kedengaran langsung bassline Newsted.
Tapi lepas masuknya Newsted, nampak gaya memang METALLICA dah mula menjadi band paling besar di dunia. Main di arena. Dan masing-masing dok sebut nama METALLICA.
Namun pencapaian (jualan) album terbesar METALLICA sudah tentunya Black album. Terima kasih kepada produser Bob Rock. Of course, perubahan perlu dilakukan untuk dapat status macam tu seperti, Hetfield kena mula 'menyanyi' dan lagu-lagu yang lebih ear-friendly terpaksa dirakamkan.
Sell out? Mungkin ya, mungkin tidak. Terpulang kepada masing-masing nak buat kesimpulan.
Link luar yang paling kuat dan kontroversi, sudah tentunya dari Dave Mustaine (MEGADETH). Gitaris yang ditendang keluar kerana menumbuk Hetfield. Mustaine seolah-olah tidak dapat menerima keputusan dia dikeluarkan dan mana-mana bicara bila timbul pasal METALLICA, Mustaine dengan senang hati kasi sedas dua kat METALLICA.
Kalau 2-3 tahun mungkin la logik jugak. Ni sampai sekarang dok ada komentari begitu.
Jawab Mustaine mudah sekali, "Apsal korang tanya soalan tentang METALLICA? Aku jawab dengan honest la, kalau takde tanya, aku pun tak komen". Hehehe....
Experimental METALLICA, mula mendapat tentangan dari peminat setia mereka apabila rilisnya album Load dan Reload. Kalau setakat muzik aje boleh maaf lagi, tapi imej pun dah jadi macam band acapella, apa cerita?
Masuk album St Anger, baru la depa sedar balik. Ironinya, St Anger tu patut jadi album ganas balik tapi nampak tak menjadi. Bak kata Bob Rock, dia sendiri pun tak boleh buat apa, sebab apa yang METALLICA ada masa tu pun bukan worthy for release.
Tambah pula Ulrich dok nak saman semua yang download album METALLICA secara illegal melalui napster. Ia melonjakkan satu lagi status METALLICA selain the biggest band in the planet iaitu the most hated band in the planet.
Apapun, status mereka dari pemuzik garage kepada jutawan yang bermain muzik banyak menukar gaya hidup mereka dan apa persepsi mereka terhadap METALLICA sendiri. Ini terbukti dari mulut dan pe'el mereka sendiri seperti yang dinatijahkan dalam video Some Kind Of A Monster. Nak rakam album kena ada kaunselor yang dibayar US$40,000 sebulan? Huhuhu...
Memang sejarah METALLICA itu penuh dengan warna-warni. Tak tau warna apa selepas ini bila rilisnya album terbaru Death Magnetic dan masuknya bassist supremo, Rob Trujillo. Even bagi yang skeptik, masih boleh setuju yang dua perkara itu telah mengubah kembali METALLICA kepada landasan yang sepatutnya (terpulang kepada interpretasi masing-masing). But things look good...
Katakunci
1 Ramadan 30 hari 2011
(29)
15 Malaysia
(3)
1entry=1hari =1Malaysia
(32)
1st class facilities 3rd class mentality
(3)
Abstract
(6)
Academics
(43)
Adab
(1)
Akademik
(44)
Aktiviti KRENMAUT
(2)
Anak-anak
(31)
Anekdot Dialog
(21)
Anniversary
(7)
Anthrax
(5)
Artikel
(37)
Artikel Agama
(50)
Audio
(1)
Baju Iron Maiden
(1)
Bathory
(6)
BBQ
(3)
Beli rumah
(1)
Berita
(11)
Black Metal di Malaysia
(3)
Boikot
(5)
Boxset
(1)
Buku
(30)
Carcass
(6)
CD untuk dijual
(1)
Celtic Frost
(4)
Cited
(2)
Coffee break
(6)
cuti-cuti Malaysia
(9)
D.R.I.
(2)
Dakwah dan Tabligh
(52)
Dari Myspace
(4)
Died
(3)
Diet
(2)
Dio
(1)
Diskografi
(4)
Diskusi
(1)
Doctor In The House
(2)
Dream Theater
(30)
dyslexia
(1)
Eid
(11)
Eksperimentasi Nikon D60
(2)
Euphonious
(1)
Exodus
(3)
Fake
(1)
family
(18)
Fikir random mingguan
(11)
Filem
(42)
First 10 Years CD singles
(3)
Foto rawak
(1)
Freemason
(6)
FYP
(1)
Gear Acquisition Syndrome
(18)
Gig
(51)
Gitar
(9)
Giveaway
(2)
Heavy Scotland
(1)
helloween
(2)
HELLOWEEN CD Singles collection
(1)
Heriot-Watt University Malaysia
(2)
Hidup di Adelaide
(129)
Hidup di Bethlehem
(54)
High Voltage
(5)
HWUM
(1)
I LIKE THIS
(1)
IPOH
(1)
Ipoh's Metal Militants
(28)
Iron Maiden
(78)
IRON MAIDEN Live New Zealand 2009
(8)
Iron Maiden Singapore
(7)
Iron Maiden singles collection
(1)
Istilah Agama
(1)
Istilah seputar CD
(4)
Jalan-jalan cari makan
(8)
Jalan-jalan Metal
(12)
Karisma
(16)
Kata-kata hikmah
(1)
Kembali ke Malaysia
(5)
King Diamond
(1)
KLASSIKKK
(25)
Komentari Metal
(87)
Krenmaut fanzine
(3)
Kura-kura
(1)
La Tahdzan
(5)
Langsuyr
(14)
Langsuyr rekoding
(9)
Listening Booth
(1)
Lords of the Land 2017
(2)
Majalah
(6)
Malaysia tanahairku
(8)
Malaysiana
(68)
Manowar
(11)
Megadeth
(29)
Megadeth singles collection
(1)
Melancong ke New York
(10)
Membebel
(161)
Metal blogger
(1)
Metal Commentary
(1)
Metallica
(18)
Minuman
(6)
Mohd Tajul Azhar aka Berat
(1)
Morbid Angel
(1)
Mount Bromo
(5)
mrsm
(2)
My Scientific Articles
(1)
My Selangor Story
(6)
Nak menang Battle of The Bands?
(2)
Nasyid Metal
(5)
New Arrival
(41)
Niagara Falls
(10)
No Smoking
(1)
November Record Day
(11)
Obscure Metal
(5)
Pengalaman hidup
(3)
Penjara Al Capone
(2)
Petua
(5)
PhD
(10)
Pink Floyd
(1)
Pirate
(1)
Poligami
(4)
Politik Ramadan
(12)
Projek besar akhir tahun
(2)
Promosi
(70)
Prototype
(1)
Ramadan
(15)
Record Store Day
(5)
Recording
(4)
Rehabilitation of reinforced concrete structures
(5)
Review
(52)
Ross The Boss live
(1)
Scorpions
(10)
SEARCH Discography
(1)
Sembang-sembang
(2)
Siri Introduksi Kepada
(6)
Slash di Kuala Lumpur
(3)
Slayer
(16)
South Korea Trip
(11)
Space Gambus Experiment
(13)
Special Event
(7)
Stompbox
(3)
Sunnah
(2)
Surabaya
(8)
Swedish Death Metal
(1)
Syawal
(5)
taklim
(1)
Teater
(4)
Temuramah
(23)
Terjah blog
(5)
The 70s rocks!
(1)
The ABC's of Punk
(27)
The Beatles
(3)
The End
(1)
Tradelist
(2)
Trip Adelaide-Canberra
(8)
tro-njo-i
(4)
Ulasan
(421)
Uli Jon Roth
(4)
Untuk dijual
(1)
US visit Nov-Dec 2012
(14)
USA trip 18-27 August 2013
(3)
USA trip 27 April - 4 May 2014
(12)
Usaha Agama Tempatan
(7)
UTP
(69)
Vancouver Trip August 2014
(1)
Vinyl
(11)
Vinyl Passion
(6)
Viva Voce
(1)
Voivod
(14)
Wacken
(2)
Weezer
(1)
White Stripes
(1)
WILHELM Scream
(1)
Wordless Wednesday
(68)
Youtube clip
(5)
11 comments:
wah..best ler gambo2 dalam magazine ni.
anyway aku suka metallica tiap2 berapa show dorang akan release official video satu lagu dorang perform. Ada dua tiga kamera gitu.
One best. berapi2.
betul la.. gambor2 best. kena cari kat mesia nih.. huhu.. kalo ada..
wa dengar metallica lama sejak keluar album puppet, kendian carik balik album lama2 dia sebelum. Tapi pas album Black keluar, wa dah jadi macam cair sikit nak dengar metallica yang dah lebih pada mainsteram oriented, kuar pulak album load - peh terus patah semangat nk dengar metallica ni. kuar reload - ala lebih kurang je mcm load. Kuar lak st anger, terus malas nk dengar metallica ni. Bila kuar death magnetic, barulah ada sikit semangat nk dengar kump depa ni, tu pun wa lebih layan album2 lama dia org.
memang perubahan tu perlu beb, mcm kita, kalu hari2 makan kari, mau satu badan bau macam kari, kita pun tukar kepada kuah lemak, asam pedas, tapi taste dia tetap tradisional tp bila kuah lemak, kari, asam ubah campur n kasik ubah pada kontemporari, maka rasa klasiknya yang lazat tu dah lain.
membe wa kata lu cuba dengar bebnyk kali st anger, lelama gua yg jadi angry dgr muzik metallica yang dah jadi tah hapa2 tu. Bagi wa Metallica cuma tinggal kenangan2 je.
beza dengan maiden yang masih mengekalkan citarasa muzik lama dia org, gua rasa masih sedap lagi kat telinga wa dgr, ada gak skit2 campur unsur kontemporari tapi rasa tradisional dia lebih banyak dan ini tak menjejaskan minat wa pada maiden. tak gitu?
Wa sebenarnya berharap metallica buat lagu album baru yg beroreinteasikan citarasa lama depa tapi tu le ... nak wat macam mana, takkan metallica nak dengar cakap wa pulak kan hehehe ... bg wa metallica dah hilang roh dan semangat dia org, sbb kerana terlalu kejarkan duit, maka depa tak pedulik peminat2 yg selama ini dah naikkan depa. Sbb tu Newsted kuar dri metallica, pasal apa? pasal dia pun tak setuju dgn alun arah metallica yang dah sibuk main muzik berorientasikan mainsteram, kesian la kat metallica tapi nak wat mcm mana, peminat2 metallica pun bengang, dan wa sebagai peminat keras metallica mestilah bengang gak ...
deaf,
ada satu seksyen dalam isu ni dia cerita pasal video klip ONE yang out-of-this-world masa dia rilis. Sebab visually, ianya mengerikan bukan suka2/hibur macam majoriti video muzik yang appear kat MTV.
---------------
devourmentofsouls,
kalau ada kena beli sebab memang spesel. Cerita METALLICA semata-mata.
-----------------
gengmetal,
aku tak nak bias dalam ulasan kali ni. Terpulang kepada masing-masing tu pasal aku buat open ended punya argument (patut aku sapot Mustaine hehehe...)
Ikut kata Newsted dalam isu ni, dia keluar bukan pasal hala tuju muzik METALLICA tapi sebab dia MASIH dianaktirikan walaupun dah 15 tahun bersama ie dia macam hamba abdi dalam band. Especially bila dia buat band projek ECHOBRAIN dia tu, Hetfield bagi kata dua kat dia, METALLICA atau out!
Megadeth Rulezzz...idup Abang Mus...hehe..
aku suka gambar lars baring..pergghhh penat giler tour eh
apa saja org kata, metallica adalah hero gua... gua kerat rambut bukan pasal boss gua offer bonus, rambut gua kontot sebab Load, diorang ni sedikit sebanyak merubah gua dari seorang student rambut belah tepi, tak confident, t-shirt belang2, selalu kena buli bertukar menjadi student yg minat subjek English, rambut sikat belakang berbau 'tancho', cool dgn t-shirt hitam dan bersifat 'fight fire with fire'
whiplash...!!
aku menghormati pada semua orang2 lama yang memberi pandangan berbeza2.tapi pusingan dunia harus diteruskan.begitu juga metallica.cuma secara jujur untuk death magnetic, pada aku masih gagal menyaingi album2 terdahulu mereka seperti ride,kill, and justice.. n master.load n reload masih mampu ditelan, tapi tidak st. anger yg sangat hampeh! untuk menghapuskan kekecewaan kita bersama, sama2lah kita kembali mendengar stuff2 lama diorang.band bongkak lupa daratan!
Fuyyoo...metallica tuh sedare sedari..
asalkan bunyi snare lars xmcm tong kosong (tong! tong! tong!) aku layan je... tp album magent berjaya sdkt2 tarik balik peminat metalika, tarik pakai magnet wooo~
*magnet
Post a Comment