------------------------------------------------------------------
[15/30]
Malam tadi aku mendapat berita sedih dari rakan-rakan di Facebook. Technician Civil Engineering Program, (tempat di mana aku sekarang berkhidmat) Zaini sekarang berada di Hospital Besar Ipoh atas sebab kemalangan.
Semoga Allah s.w.t. memberi kekuatan kepada beliau dan keluarga beliau dalam menghadapi ujian besar ini.
Laporan terkini dari rakan-rakan yang ziarah beliau di hospital, antara lain:
jatuh motor balik dr pasar.. tak pakai helmet - FuadrizzaAku pun tergamam. Tak sangka sungguh.
gi tengok tadi teruk gak.. dia gi pasar pagi tadi not sure wether kene langgar belakang or dia yang terbabas .. tercampak 20 kaki dari motor .. kene kat kepala ..dah buat minor operation...current cond.. tengah monitor blood pressure dalam otak kene turun kan ke paras normal.. terpaksa benafas dengan bantuan machine, diberi ubat tidur .. jangkaan ... jangkaan doktor dia akan berada dalam keadaan tidak sedar at least 3 hari ...sian dia ...tahun lepas emak nyer.. pastu abahnyer.. isk isk sama sama lah kita doakan agar ALLAH sempurnakan segala yang terbaik untuk nyer.. amin - Imtias
mlm ni doktor akan tebukk tengkuk zaini sbb ada darah beku kat tengkuk dia....peluang 50-50....sama2 le kita doakan utk dia..... tebukk tengkuk tu mungkin sbb dia xleh bernafas ikut hidungg dgn mulut.....nnt bernafas ikut lubang yg dia tebukk tu lerr...ciann diaa....ya allah selamatkan lahh kwnku zaini.... - Johan
Kepalaku berfikir. Kenapa Zaini tak pakai helmet? Siapa yang langgar dia? Kalau dia tak pergi pasar kan dah dapat elak? Dan pelbagai lagi persoalan-persoalan lain.
Kemudian baru aku teringat, ini semua ketentuan Allah s.w.t. Walau banyak manapun precaution yang kita buat, Kun Fayakun. Jadilah ia.
Namun tidak bermakna kita mengabaikan precaution kerana Nabi s.a.w. pernah menegur seorang sahabat yang meninggalkan unta tanpa diikat. Usaha kemudian tawakkal, itulah intipati teguran Nabi s.a.w.
Zaini, aku masih teringat senyuman manismu dan gurauanmu. Aku pasti ramai student pun selesa dengan kehadiranmu di makmal geotech dulu. Aku pun selesa. Semoga Allah s.w.t. memberikan kekuatan kepadamu. InsyaAllah, balik nanti aku belanja kau makan. Cakap je apa nak.