KANSAS bermula secara susah dan kecil-kecilan melalui persembahan pub dan komuniti tempatan. Tiga buah lagu dalam satu demo yang dihantar merata US akhirnya menarik perhatian Don Kirshner (yang mencipta band lagenda The Monkees) yang menghantar scoutnya untuk melihat sendiri persembahan KANSAS. Penonton yang ramai pada waktu persembahan KANSAS telah menarik perhatian scout tersebut yang langsung mempromosi KANSAS untuk diambil untuk rakaman album. Walhal, dalam persembahan tersebut, KANSAS sebenarnya mengiklan bir percuma kepada semua yang hadir!
Sebenarnya, orang tempatan yang menonton show KANSAS sendiri tidak faham band jenis apakah mereka ini. Adakah KANSAS band hardrock atau progresif rock; bahkan dengan instrumen biola menjadi nadi utama? Yang sebenarnya, mereka sedang mendengar band yang mempunyai suara vokal yang tinggi, gitar yang keras dan apabila menyolo boleh tahan shrednya, biola dan keyboard yang selalu juga mempertontonkan kredibiliti shred mereka - semua ini kadang-kadang dimainkan dengan laju sekali. Juga kedengaran pengaruh boogie rock yang ketara.
Can I Tell You, Belexes dan lagu cover JJ Cole, Bringing It Back menengahkan kelajuan maksimum instrumen yang dimainkan yang berselirat dengan note-note setiap instrumen secara bersimpang siur. Suara dua vokalisnya; Steinhardt dan Walsh juga sedap dan tidak menyakitkan telinga - kadang-kadang berduet dalam satu lagu; mempunyai melodi yang kena dengan muziknya. Sementara Journey from Mariabronn, Apercu dan Death of Mother Nature Suite lebih membayangkan kelibat progresif rock yang bakal menjadi hidangan utama untuk album-album yang seterusnya.
Walaupun album ini sekadar masuk ke dalam carta Billboard pada tangga 174, tapi penjualannya mencecah 100,000 unit (500,000 sehingga tahun 1995). Selain itu, dan lebih penting dari itu, susah payah mereka selama tiga tahun untuk merakamkan album tiba-tiba telah berubah dengan lahirnya album ini. Mereka mula mengorak langkah bermain di venue yang besar dan menjadi band pembuka kepada band yang lebih besar ketika itu seperti The Kinks dan Mott The Hoople. Dan tidak lama selepas itu, mereka pula menjadi band utama dalam venue yang besar juga.
Saya dilahirkan pada era 70an! The best music decade! |
8 comments:
macam mana dengan 80's rock pula doc? Hehe panjang ulasan tu nanti...
saya juga dilahirkan pada era 70an...tetapi stuck in the 80s...
Sama dengan..
steady... 70's rules!
zaman yang penuh warna warni, kuasa bunga..
Paling suka dorang punya Dust In The Wind.
70's fxxking rules!
flower power
Post a Comment