ARCAM Alpha 5 integrated amp
MARANTZ CD63SE CD player
TANNOY bookshelf speaker (tak ingat model apa)
One generic turntable (tak ingat dah apa jenis)
yang dimiliki sebelum berkeluarga dan berkekalan sehingga sebelum saya merantau ke Australia. Pulang dari Australia pada awal 2010, saya memiliki ratusan CD yang hanya dimainkan dalam kereta. Itupun setelah diripkan kepada mp3.
Ratusan CD tetapi tiada sistem untuk mendengarnya! Bayangkan.
Setelah diracun oleh beberapa sahabat facebook, maka saya mengorak langkah kembali untuk mendapatkan sistem audio. Langkah dimulakan dengan pembelian alatan berikut (2nd hand):
Arcam Alpha 8 Stereo Integrated Amplifier |
Arcam Alpha 8 CD Player |
MARANTZ Tuner ST-53 |
Sudah tentu sistem ini belum cukup iaitu ketiadaan speaker. Saya berkira-kira untuk mencari floorstander untuk mendapatkan bunyi bass yang lebih padat. Masih dalam pencarian.
Dan sudah tentu, turntable. Namun ini menjadi secondary selagi tidak dijumpai speaker.
Kalau anda ada cadangan floorstander yang sesuai untuk matching dengan sistem di atas, silakan beri cadangan tersebut.
5 comments:
kes ko sama dgn aku. Ada cd beratus, player takda. So far yg ada kt kedai2 biasa tak cukup memuaskan nafsu bunyi aku. Tapi last week uncle aku nak let go speaker (apa brand aku tak pasti, cuma dr england)..jadi aku pun maybe terjebak mcm ko..tapi budget item la.
doc ben, gua pun sama gak haha lebih byk masa mendengar cd/mp3 di dalam kereta semasa driving berbanding di rumah.
sedang mencari portable cd player (aka discman)
fuhhh high-end
perrhh rabakkk
selamat men'jebak'...hahaha...
Post a Comment