Sunday, July 31, 2011

Ulasan: VOIVOD Phobos

Masih meneruskan konsep album sebelumnya Negatron, nampak gaya Voivod akan semakin dilupakan. Mungkin kelainan yang dicari tetapi malang sekali kelainan ini tiada isi; kosong. Inovasi yang hilang. Konsep Metal-moden-industri yang ditawarkan sangat tame jika dibandingkan dengan band yang sepertinya ketika ini. Album ini seperti album kembar Negatron. Jika lain pun mungkin dari segi produksi yang lebih baik dari sebelumnya. Peminat mula merindui Snake dan Blacky. Dengan dua album, ternyata pengaruh Eric Forest telah membawa Voivod ke satu landasan yang berlainan dari apa yang patut dibuat.

Saturday, July 30, 2011

Ulasan: VOIVOD Negatron

Dua album komersil tetapi masih artistik Angel Rat dan Outer Limits gagal memberi impak seperti yang diharapkan dan keluarnya dua komponen penting dalam kejayaan Voivod iaitu, vokalis Snake dan pemain bass, Blacky merubah terus hala tuju Voivod. Kini tinggal bertiga dengan kemasukan Eric Forest yang mengambil dua tanggungjawab; vokalis dan bassist. Voivod jatuh menjadi band yang generik. Metal moden-industrial tahap asas yang tiada daya penarik. Muzik mereka menjadi kaku, monotonous dan one-dimensional. Hilang segala inovasi yang pernah ditunjukkan sebelum ini. Voivod seperti akan berkubur tidak lama lagi sepertimana berkuburnya kebanyakan band Thrash Metal sekitar awal tahun 1990an.

Temuramah bersama Pogie Mutilator (PROFANE CREATION, INFERNAL VOID, DIED)

Kalau ada calon isteri yang sesuai, sila kontek beliau ;)

Miker bermain bass dengan tiga band; Infernal Void, Profane Creation dan Died. Tamak ke apa cerita ni?
Arah muzik yg dibawa oleh setiap band adalah berlainan.
- Infernal Void lebih kepada Thrash Metal
- Profane Creation ke arah Technical Death Metal/Death Grind
- Died cenderung kepada experimentasi kepada genre Extreme Metal bermula untuk menjadi clone 'Death' terunggul.
Kesimpulannya teman mendengar muzik metal bukanlah terhad atau limit kepada satu genre dan tiada masalah langsung untuk teman menerima muzik band2 tersebut.

Agak-agak apa sebab teman ambik miker untuk tubuhkan Died?
Sebab teman adalah pemain bass dan tidak pernah bermain instrument lain. Tiada istilah lawan tokei kemudian hari atau konflik dengan instrument.

Selain dari band, miker juga mengumpul vinyl tahap mati-keras. Apakah jenis kegilaan ini yop?
Kegilaan untuk mendengar sound warm dari bunyi analog. Apa yg kita terlepas pandang pada bunyi di CD, semuanya akan muncul di vinyl. Semua bunyi instrument yg dimainkan adalah jelas dan terang. Vinyl juga bersifat tahan lama jika dijaga dengan elok. Sudah semestinya vinyl mempunyai value yang tinggi jika sudah sampai masa nak pencen nanti.

Banyak-banyak vinyl yang disimpan, namakan 3 yang paling disayangi dan kenapa?
i) Incubus - Beyond the unknown
Promo Press Nuclear Blast 1990.
Incubus merupakan satu-satu band yg membawa hala tuju Infernal Void ke arah Death Metal semenjak ditubuhkan. Semua anggota amat menggemari kelainan muzik Death Metal yang dibawa oleh Incubus dan pada setiap gig, cover lagu 'Massacre of the Unborn' tidak pernah tertinggal dari list.

ii) Rotting Christ - Thy Mighty Contract
Picture Disc Century Media 1997
Semasa bermula terjebak dengan vinyl, inilah album yang benar-benar dicari. Album ini kenangan zaman persekolahan sampai pakcik teman seorang kaki pancing terjebak dengan muzik dari Greece sehingga sanggup membeli kaset dan CD.

iii) Witchcraft - Firewood
Rise Above Records 2005
Walaupun baru ditubuhkan pada tahun 2000, Witchcraft merupakan band yang meneruskankan kesinambungan Rock/Heavy Metal dari band Pentagram. Attitude band Witchcraft juga teman puji kerana tidak mengejar glamour. Baju pun tidak di print. Hanya untuk album ketiga mereka saja yang ada cetakan baju itu pun limited. Semua rilisannya sold out. Teman bernasib baik mendapat LP ini semasa ianya dirilis kerana sekarang harganya mampu mencecah RM500++ dan juga jarang ada auction untuk album ini.


Teman tak boleh lupa cerita miker bawak durian naik vespa tu. Boleh ulang cerita untuk pembaca Krenmaut?
Hahahaha...Tahun 97 punya cerita dikala semua remaja membeli motor RXZ dan TZM, teman sorang saja yang membeli Vespa. Biasa la bila budak2 pejabat tahu teman dari Perak dan time musim durian semua pakat suruh bawak balik KL. Yusri Mokhtarodin duduk belakang dan seguni penuh durian duduk kat celah kangkang teman dibawa dari Kg Gajah - KL. 5 kali berenti sebab lenguh. Sampai KL ekzoz Vespa bocor. Bunyi macam motor bot. Tapi seperti biasa 'buat-buat tak tahu je bila orang pandang'...Hahahaha cerita zaman remaja.

Selain dari bass dan band, miker juga bujang hensem. Dah ada calon ke? Bila nak dapat kad wangi yop?
Power soalan..Teman masih single dan masih belum ada cahaya menyinar. Semua masih samar-samar dan teman pula dah tak reti nak mengorat....Nasib badan kah kah kah...

Dengor cerita, politik pun boleh tahan. Bila nak bertanding?
Marah Halim Hayagriva nanti kah300x. Teman hanya seorang penyokong kerajaan selagi pemimpin teman seorang yang beragama Islam dan dia tidak menyuruh untuk kita berbuat kejahatan. Bertanding???? Idak.

Kenapa Kampung Gajah rules?
Kampung Gajah rules kerana setahun durian musim 2 kali dan Tempoyak tak pernah putus-putus.

Nasihat kepada mat metal sekitar Kampung Gajah, Bota dan Teluk Intan (juga Bagan Datuk)?
Nasihatnya keluor kampung tengok gig. Jangan banyak dengor cerita orang. Beli CD/demo yang original. Kalau tak mampu, download duduk diam2. Tak payah cerita berdegor-degor mengenai band yang kome pun tak support seketul rilisannya. Cukup lah sekadar mengetahui.

Friday, July 29, 2011

Ulasan: VOIVOD The Outer Limits

Album ini, secara amnya lebih baik dari album sebelumnya, Angel Rat dari segi produksi. Mixnya lebih jelas, memberikan kepada kita sound yang jelas untuk setiap instrumen yang dimainkan. Bunyi gitar Piggy sangat lemak berkrim; chord minor pelik yang selalu diulitnya membelit jiwa. Begitu juga dengan drum Away yang moden bunyinya; bersih dan cantik susunannya. Vokal Snake juga tidak terlampau bersih seperti album sebelumnya. Cuma bass Blacky agak ke belakang tetapi ini bukan sebab beliau keluar dari Voivod selepas album ini - mungkin ada sebab lain yang lebih penting. Voivod bukan lagi menjadi hero ekstrim Metal seperti yang dikenali dahulu sebaliknya transformasi 3 album kebelakang ini menyusuri laluan yang lebih mainstream. Malang sekali ia tidak dipedulikan oleh sasaran pendengar mereka. Mungkin kurang promosi. Muzik sebegini baik ditambah dengan cover album yang 3D (edisi terhad CD ini datang bersama dengan cermin mata 3D) tidak cukup tanpa perisa terakhir yang paling penting iaitu nasib baik.

Melancong ke Niagara Falls Part 2: Chinatown New York

Esok paginya 4am, teksi datang menjemput kami dan kami ke bas stesen untuk ke New York. Tambangnya $14 tidak termasuk tip (yang menjadi tradisi Amerika - sekitar 10-15% dari jumlah bayaran). Bas dari Bethlehem ke NY jam 4:25am, full house! Memang ramai mereka yang kerja di NY tapi menetap di Bethlehem. Bas ekspress yang 30 minit sekali ini menunjukkan pentingnya bas ini kepada penduduk Bethlehem.

Perjalanan mengambil masa 2 jam. Kami sampai di stesen bas NY (Port Authority) lebih kurang jam 6:45am. Masih ada lebih kurang sejam untuk bas dari NY ke Niagara Falls. Jadi kami pun rounda-rounda dulu.

Subway di Port Authority. Network memang massive. Yang tak biasa memang kena pegang peta subway. Kami perlu transit sekali. Bermula dengan line A-C-E kemudian naik line B-D. Tambangnya $2.25 one way.

Awal pagi sekitar 7am. Subway masih tak ramai orang. Ataupun dah lepas peak hours? Di mana anda rasa macam pernah tengok suasana ini? Ye, di filem-filem Hollywood la, mana lagi.

Brooklyn memang menggiurkan tapi masa tiada. Lagipun, saya freshie. Termasuklah si Ukraine yang menggenggam erat peta subway. Kami trial & error sebenarnya.

Ready for boarding!

Welcome to Chinatown, New York. Di mana-mana bandar besar dunia, pasti ada Chinatown. Kenapa? Jawapannya mudah je. Populasi China melebihi 1 billion. Tiada negara yang dapat sustain penduduk sebegini ramai. Maka imigrasi pun berlaku. Mungkin apabila penduduk Malaysia (Melayu) mencecah 500 juta, mungkin akan ada Malaytown di New York pula.

Masih lengang.

Sekali rasa, ada feel Petaling Street. Bahkan signage kedai pun menggunakan huruf Cina yang besar (English dikecilkan) memberi gambaran bahawa memang ini seolah-olah negara di dalam negara.

Sampah sarap yang dikumpul di tepi jalan adalah pemandangan biasa di sini. Kebersihan, mungkin bersih sikit dari Kuala Lumpur kot (atau mungkin je sama).

Di belakang adalah Manhattan Bridge yang menyambungkan Lower Manhattan dengan kawasan Brooklyn. Ah, alangkah bagusnya kalau dapat melintasi jambatan yang mahsyur ini.

HSBC dan Citibank. Dah buka akaun?

Saya syak ini adalah kawasan bisnes disebabkan banyaknya bank dan perniagaan kewangan di sini.

Peta untuk rujukan walaupun kurang bererti untuk kami. Mamat yang lepak di sebelah tu, menunggu seseorang ataupun antara mereka yang homeless di kota metropolitan ini?

The glamorous NYPD. Shot ini memang tak akan dilepaskan! Sebagai anak kepada dua anggota polis, ini adalah antara perkara yang wajib dilakukan.

Kami menunggu bas ke Niagara di sini. Kami mengikut travel agency yang diusahakan oleh American Chinese. Setiap hari pelbagai sesi tour dibuat. Business must be good. Tour kami dengan bas 54 orang full house dan ianya adalah weekdays.

Full house. Ready to go!

2 jam di dalam bas. Memperkenalkan, PhD candidate dengan scholarship Fulbright, En. Maksym Radiuk yang berasal dari Ukraine. Ini adalah hari-hari terakhir beliau di USA selepas menghabiskan masa selama setahun disini. Masih bujang dan berumur 26 tahun. Di belakang kami, couple dari England (etnik India) yang berbulan madu dan di sebelah sana 2 orang kakak yang menziarahi adik lelaki mereka di New York yang sedang study untuk menjadi pianist professional - mereka berasal dari Poland.

Review: QUINCY JONES Soul Bossa Nostra

Quincy Jones has a long history in the music industry and pretty impressive one I tell you. 79 Grammy Awards nominations (27 won) is enough to tell you what kind of musician he is. And most of all, everyone will remember him as the producer of the highest selling album in history, Michael Jackson's Thriller. Well, he has nothing more to prove. Perhaps, this is the time for somebody to pay tribute to his works. And this album just do that. 15 tracks of re-interpretations of songs associated with him. Too bad that this album only focus on the side of the black music. What about re-interpretations in rock, punk, metal or hardcore. That might be more interesting but again, not all songs are suitable for that kind of re-interpretations. Otherwise, for those who are not familiar with his works since most of us are genre-specific, this album serve no purpose for these kind of people other than a token of appreciation by those affected by his music.

-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

Thursday, July 28, 2011

Ulasan: VOIVOD Angel Rat

Tranformasi Voivod yang telah lengkap semasa album Nothingface diteruskan secara linear untuk album ini, menjadikan ia kurang thrill dan excitement. Voivod menggunakan khidmat produser yang pernah memproduce album Rush pada tahun 80an, iaitu Terry Brown. Rush dan Voivod berasal dari negara yang sama. Seperti ada kebetulannya di sini. Mungkin pengaruh Terry Brown atau keinginan nyata Voivod; yang menjadikan album ini menampakkan colekan Rush yang agak signifikan. Gitar Piggy bunyinya agak lain mengingatkan sound gitar Alex Lifeson dan pada beberapa tempat kedengaran bunyi synth menyulami lagu-lagu Voivod. Vokal Snake juga lebih bermelodi dan hilang kegarauan suara beliau. Bass Blacky yang sememangnya ke hadapan pada setiap album Voivod, kini mungkin kurang distortionnya. Walaupun secara logiknya, album ini sepatutnya membawa Voivod kepada pendengar yang lebih luas tetapi mungkin disebabkan asal Voivod yang ekstrim kurang memberi impak selain dari peminat asal mereka yang berbelah bahagi dalam menerima album yang sebegini bersih.

Temuramah bersama PENGIRAN ANDIKA HARIMAU BERANTAI (SINGHASARI)



Masalah untuk infuse muzik tradisional Melayu dengan Metal ialah sifat dan semangatnya berlainan. Lembut dan keras. Kontra. Tetapi tidak bermakna sebelum ini ianya tidak pernah dilakukan. Cryptic Malediction pernah melakukannya. Kemudian, tiada lagi. Ini menampakkan betapa sukarnya ia untuk dilakukan. Jika tidak sudah tentu ia berterusan.


Hinggalah beberapa bulan yang lepas, saya terjumpa dengan band ini. Walaupun fusion tersebut minimal, tetapi konsep dan penerapan mood dan suasana muzik tradisional dan Metal mereka agak menyerlah.


Tanpa buang masa...

Apa konsep muzik Singhasari?
Salam, hamba menggelarkan konsep musikal Singhasari sebagai Nusantara Pagan Metal, asalnya hamba ingin menggelarkannya Nusantara Folk Metal, tetapi membawa nama “folk” merupakan tanggungan yang besar dan pencapaian Singhasari setakat ini tidak lagi layak digelar “folk” metal, masih banyak lagi hamba perlu belajar, jadi hamba membuat keputusan menggelarkan Singhasari sebagai Nusantara Pagan Metal, “pagan” adalah gelaran yang biasa diberikan kepada band-band yang berkonsepkan “folk” yang lebih agresif dan ekstrim kontekts musikalnya.

Ceritakan serba sedikit tentang rilisan terbaru anda.
Setakat penghasilan Singhasari sejak lewat 2009, kami telah melahirkan dua materi yakni Promo 02/10 (3 trek demo cd yang diedarkan secara percuma sebanyak 30 keping bercetak) dan EP Kebangkitan Nusantara yaitu rilisan terbaru kami, sesi rakaman EP tersebut dilakukan sejurus selesai rilisan Promo 02/10 diterbitkan setelah kami mendapat tawaran untok mengeluarkannya dalam bentok kaset oleh Hellhouse 666 Produktion dari Thailand, rakaman diadakan secara terburu-buru dan agak kurang profesional, sebab itu kualiti soundnya sangat kurang memuaskan, insyallah suatu masa nanti Singhasari akan perbaiki “kelemahan” ini. EP selesai dirakamkan pada bulan Jun 2010 dan telah diterbitkan oleh Hellhouse 666 Produktion pada bulan Ogos, Svartgalgh dari Belanda juga menerbitkannya pada bulan yang sama, selepas itu ada lagi beberapa label-label lain dari luar negara yang menerbitkannya semula antaranya October’s Mist Records, Satanica Records, tawaran-tawaran ini semua datang secara tiba-tiba dan hamba berasa sangat terharu kerana rupanya Singhasari diterima dengan mudah biarpun kami masih setahun jagung. EP Kebangkitan Nusantara adalah demi menyambut kebangkitan semangat kepahlawanan Nusantara silam, ditujukan kepada seNusantara.

Anda telah berkecimpung dengan banyak band, adakah Singhasari yang terbaik setakat penglibatan anda?
Ya, hamba mula-mula sekali terlibat dengan Raptor pada tahun 2003, kemudian Banshee dan bermacam-macam lagi band yang hamba anggap “gagal”, akhirnya sampai satu tahap hamba dapati yang agak sukar ingin membuat band lengkap kerana perangai setiap ahli berbeza-beza begitu juga visi dan misi mereka tidak sehaluan, itu lah asalnya penciptaan Singhasari, hamba meminta bantuan daripada Hafiz (seorang dramer dari tempat hamba juga) untuk memainkan dram Singhasari dan instrumentasi serta komposisi lagu diserahkan kepada hamba sendiri menjadikan hamba lebih bebas untuk berkarya tanpa perlu menerima pendapat pihak lain. Jadi setakat ini, Singhasari adalah pencapaian band hamba yang paling memuaskan hati hamba sendiri. Betul lah orang kata, kalau nak buat sesuatu perkara dan puas hati, kita mesti buat sendiri, tak boleh harap pada orang lain.

Ada orang merasakan anda menyuntikkan pemahaman neo-Nazi dalam band ini. Benarkah?
Neo-Nazi? Hamba memang berada di dalam kelompok tersebut, natijahnya hamba punyai ramai teman dari scene Skinhead Malay Power, tetapi melalui Singhasari elemen Nazisme tidak ada langsung. Singhasari adalah luahan perasaan hati hamba sendiri, hamba suka bercerita mengenai sejarah agung kita, campur sikit elemen kepahlawanan, patriotisme dan ya hamba akui yang lagu “Darah Musuh di Mata Sundang” tu memang berbaur sangat rasis, tapi sebenarnya hamba tak bertujuan pun nak buat macam tu, tiba-tiba aja masa tulis lagu tu semangat tu membuak-buak, jadi keluarlah. Haha.

Ideologi dalam muzik, pentingkah?
Mungkin penting, mungkin tidak. Bergantung kepada individu, pada hamba seperti hamba katakan tadi, sebagai penulis lagu kita nak tulis sesuatu yang kita rasa kena dengan jiwa kita, mungkin kali ini kita nak sampaikan sesuatu yang patriotism, jadi patriotism itu sudah lumrahnya sebahagian daripada ideologi serta fahaman. Bahayanya ideologi ini pasal sesetengah orang jadi taksub sangat dan akan melimitasikan diri mereka sendiri, dalam kata lain nak jadi “true”. Haa itu tak best! Hahaha.

Apakah pendapat anda tentang politik dan ekonomi negara kita?
Hmm.. Hamba tak sokong mana-mana parti di negara kita ni, tak kesah lah BA atau BN dua dua bagi hamba adalah demokrasi, dan hamba tak suka sistem demokrasi, hamba lebih sukakan tradisionalisme. Demokrasi memecah belahkan orang-orang kita sendiri. Tapi sebagai seorang rakyat yang tinggal di negara ber”demokrasi” hamba sudah semestinya menggunakan peluang ini untok mendaftar dengan SPA walaupun tidak mengundi, tetapi untunglah dapat meluahkan kata-kata hamba serta fahaman, tetapi cam biasa lah, semuanya tidak diterima, silap haribulan kelak hamba kena ISA kot sebab terlalu menyebarkan ide yang radikal. Tentang ekonomi, susah nak cakap sebab ianya ada berkait dengan politik juga sikit, macam kita semua tahu lah. Politik korupsi wang, ini perkara biasa dalam sebuah negara bersistemkan authoritarian.

Band yang menarik di Malaysia zaman ini dan perlu diberi perhatian?
Band sebaya hamba kah? Susah nak cakap, sebab banyak jugak yang boleh dikatakan bagus.

Projek akan datang?
Buat masa ini agak sibuk sikit dengan band-band hamba yang lain, ikutkan Singhasari sudah pun dapat deal dengan sebuah label dari Jehrman untuk menerbitkan 4 way split kami bersama Ixtaukayotl (Mexico), KriegSSchwur (Jehrman) dan 1389 (Bosnija) tetapi buat masa ini hamba agak sibuk jadi belum lagi buat rakaman. Split tersebut akan memuatkan tiga trek terbaru Singhasari.

Nasihat anda kepada penonton yang menghadiri gig anda akan datang?
Sebenarnya Singhasari belum pernah perform, leceh sikit nak perform dengan Singhasari ni sebab hamba ni sangat “fussy”, hamba nak hamba sendiri serta ahli-ahli sessionist pakai pakaian-pakaian hulubalang di atas pentas nanti di waktu perform, hamba sendiri tak jadi hal, tapi ini haa, yang sessionist-sessionist ni, aduiyai, kene keluar duit lebih lah nampaknya. Hahaha. One Voice Entertainment ingin Singhasari beraksi pada bulan November ini, Insyallah kita nantikan sama-sama saat itu. Para penonton, dinasihatkan belajar Silat Pulut jadi kita boleh berdansa sama-sama nanti di atas pentas :p

 Kata akhir.
Nusantara bergema tembusi sa-dunia.. Terima kaseh abang Sam sebab sudi menemuramah Singhasari! Daulat Nusantara Raya!

Rebiu album DI SINI.

Melancong ke Niagara Falls Part 1: Bermalam di 2nd Avenue

Trip ni berlaku secara kelam kabut. Saya diajak oleh seorang pelajar PhD dari Ukraine (sponsored Fulbright program - kot-kot dia jadi pemenang Nobel dalam masa 20 tahun, at least ada cerita saya dan dia haha). Dia kelam kabut kerana dalam beberapa hari, beliau akan kembali ke Ukraine selepas tamat tempoh tajaan beliau.

Untuk menjimatkan kos, saya buat keputusan untuk tidur di rumah beliau di 2nd Avenue. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, bas adalah sukar. Maka saya ambil keputusan untuk jalan kaki. Tak jauh. Kurang 2km berjalan (fuh!).

Berjalan ke apartmen beliau selepas waktu Maghrib dan tak pernah saya pergi, mungkin elok juga diambil gambar sehelai dua.

South Bethlehem selepas Maghrib. Memang takde trafik. Orang pun tak berapa nak ada.

Merentasi jambatan ke North Bethlehem. Notis di negara Pennsylvania ini memang banyak jambatan besi (antik). Seorang sahabat kata, nak tengok paling banyak, di Pittsburgh (5-6 jam drive dari Bethlehem - apakan daya).

Fulamak... Masonic Lodge beb! Kat Philadelphia, siap open for tour lagi dia punya Masonic Lodge.

Siapa yang appreciate steel bridge structures, will love this view.

South Bethlehem at dusk. Pekan zaman indsutrial revolution.

Sungai Lehigh dan landasan keretapi. Saya tak pasti samada keretapi komersil lalu di atas landasan ini. Tak pernah dengar orang cerita lagi.

End of bridge. Exit to North Bethlehem. 2nd Avenue tak jauh dah.

2nd Avenue. Menunggu si Ukraine menjemput saya. Beliau menginap di sebuah rumah bersama dengan tuan rumahnya yang merupakan seorang pelukis karikatur.

Wednesday, July 27, 2011

Ulasan: VOIVOD Killing Technology

Tidakkah pelik, Voivod mengambil masa 2 tahun untuk menjahanamkan diri sendiri melalui Rrröööaaarrr tetapi hanya mengambil masa setahun untuk menaikkan diri sendiri kepada satu band Metal yang paling elit (dari segi idea) melalui album ini? Perubahan dalam setahun ini memang sukar untuk dicerna oleh fikiran tetapi pastinya ramai antara kita berasa lega. Killing Technology merubah landasan muzik Metal dari segi ia mengeksploitasi metod progresif ke dalam muzik Metal ekstrim dan juga membawa elemen futuristik yang ketika itu (1986) tidak banyak (atau mungkin tiada) band yang seperti ini. Sememangnya ini semua sudah diramalkan dalam dua album sebelumnya melalui lukisan kulit album dan beberapa tajuk lagu yang futuristik (Warriors of Ice, Black City, Korgüll the Exterminator dan Build Your Weapons) tetapi ia masih samar-samar ketika itu. Walaupun begitu, Killing Technology bukanlah puncaknya tetapi iras dan ramalan itu menjadi semakin jelas. Tajuk lagu yang futuristik; Killing Technology, Forgotten In Space, Ravenous Medicine dan Cockroaches lebih jelas sinonimnya dengan riffs gitar Piggy yang unconventional dalam muzik ekstrim Metal. Video Ravenous Medicine memberi impak baru kepada fesyen muzik Metal - botak sebelah kepala - saya melihat senior saya di sekolah menirunya.

Risalah Ramadhan 2011

Hasil usaha al-fikrah.net

Semoga bermanfaat!

MUAT TURUN

Sebelum Ramadhan

S1: Adakah perlu untuk diadakan tahlil arwah apabila menjelang Ramadhan?
J1: Tidak. Tidak diriwayatkan sebarang nas atau dalil yang menganjurkan untuk diadakan tahlil arwah apabila menjelang Ramadhan. Ia termasuk dalam amalan karut sesetengah masyarakat, dan hendaklah dihindarkan.

S2: Adakah saya perlu mandi apabila masuk bulan Ramadhan?
J1: Tidak. Tidak diriwayatkan sebarang nas atau dalil yang menyuruh untuk mandi apabila tiba bulan Ramadhan. Ia adalah amalan karut sesetengah masyarakat, dan hendaklah dihindarkan.

Sebelum Berpuasa
S3: Apakah niat berpuasa?
J3: Tiada sebarang lafaz niat diriwayatkan dalam nas untuk berpuasa. Cukuplah untuk seseorang mengetahuï bahawa Ramadhan telah tiba, dan dia termasuk dalam orang-orang yang diwajibkan berpuasa.

S4: Adakah saya boleh berpuasa jika saya tidak berniat?
J4: Boleh, dan wajib untuk anda berpuasa. Tidak berniat bukan alasan, kerana setiap orang yang mukallaf wajib berpuasa apabila tiba Ramadhan.

S5: Perlukah saya bersahur?
J5: Ya. Bersahur adalah sunnah Nabi. Kata Nabi:
تسحروا ، فإن في السحور بركة
«Bersahurlah, maka sesungguhnya pada sahur terdapat barakah» [Al-Bukhariy/ 1923]

S6: Jika saya sengaja tidak bersahur, adakah ia menjadi kesalahan?
J6: Ya. Kata Nabi:
السحور أكله بركة ، فلا تدعوه
«Sahur, memakannya adalah barakah, maka janganlah kamu tinggalkannya» [Ahmad/ 11101, disahihkan oleh Al-Arna’ut dan dia berkata: Ini isnad yang dha`if. Dihasankan oleh Al-Albaniy dalam [Sahih Al-Jami`/ 3683]]


S7: Banyak mana saya perlu makan sahur?
J7: Terpulang kepada anda. Kata Nabi:
تسحروا ولو بجرعة من ماء
«Bersahurlah walaupun dengan seteguk daripada air» [Ibnu Hibban/ 3476, Al-Albaniy berkata: Hasan sahih. Al-Arna’ut berkata: Isnadnya hasan]

S8: Bolehkah saya bersahur pada tengah malam sebelum tidur?
J8: Sahur yang sunnah ialah yang lewat menghampiri waktu azan Subuh. Kata `A’isyah:
أيهما الذي يعجل الإفطار ويؤخر السحور ؟ قلت : عبدالله بن مسعود ، قالت : هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصنع
Siapa di antara mereka berdua yang mencepatkan berbuka dan melambatkan sahur? Saya berkata: `Abdu Llah bin Mas`ud. Dia berkata: Demikianlah yang Rasulu Llah telah lakukan. [An-Nasa’iy/ 2158, disahihkan oleh Al-Albaniy]

S9: Apakah beza puasa dalam Islam dan agama lain, contohnya Kristian?
J9: Sahur. Kata Nabi:
فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب ، أكلة السحر
«Pembeza apa yang di antara puasa kita dan puasa Ahli l-Kitab ialah makan sahur» [Muslim/ 1096]

S10: Apakah sebaik-baik makanan untuk bersahur?
J10: Buah tamar atau buah kurma. Kata Nabi:
نعم سحور المؤمن التمر
«Sebaik-baik makanan sahur orang mu’min ialah buah tamar» [Abi Dawud/ 2345, hadis disahihkan oleh Al-Albaniy]

S11: Bilakah saya perlu berhenti daripada makan sahur?
J11: Apabila terbit fajar, iaitu masuk waktu Subuh. Kata Nabi:
كلوا واشربوا حتى يؤذن ابن أم مكتوم ، فإنه لا يؤذن حتى يطلع الفجر
«Makanlah dan minumlah sehingga Ibnu Ummi Maktum berazan. Maka sesungguhnya dia tidak berazan sehingga terbit fajar» [Al-Bukhariy/ 1918]

Semasa Berpuasa

S12: Adakah jika saya berpuasa, saya pasti akan mendapat ganjaran?
J12: Tidak semestinya. Kata Nabi:
كم من صائم ليس له من صيامه إلا الظمأ
«Berapa banyak daripada orang yang berpuasa, dia tidak mendapat daripada puasanya melainkan dahaga» [Ad-Darimiy/ 2720, dihasankan oleh Ibnu Hajar. Al-Albaniy berkata: Isnadnya jayyid]

Kata Nabi juga:
رب صائم ليس له من صيامه إلا الجوع
«Barangkali orang yang berpuasa, tidak baginya daripada puasanya melainkan lapar» [Ibnu Majah/ 1690, Al-Albaniy berkata: Hasan sahih]

S13: Apakah yang perlu saya jaga semasa saya berpuasa?
J13: Anda hendaklah menjaga lisan anda daripada berbohong, menipu atau berdusta. Kata Nabi:
من لم يدع قول الزور والعمل به ، فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه
«Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya, maka Allah tidak mempunyaï hajat untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya» [Al-Bukhariy/ 1903]

Berbuka

S14: Apakah bacaan untuk berbuka puasa?
J14: Tiada bacaan yang sahih. Walau bagaimanapun, terdapat riwayat yang menyebut Nabi membaca:
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
Zahaba z-zama’u, wabtallati l-`uruqu, wasabata l-ajru in sya’a Llah [Abi Dawud/ 2357. Ad-Daraqutniy dan Ibnu Qudamah menyebut isnadnya hasan. Ibnu Hajar dan Al-Albaniy berkata: Hasan.]
اللهم لك صمنا وعلى رزقك أفطرنا فتقبل منا إنك أنت السميع العليم
Allahumma laka sumna, wa`ala rizqika aftarna, fataqabbal minna, innaka anta s-sami`u l-`alim [Ad-Daraqutniy/ (2/185) hadis no. 26. Didha`ifkan oleh Al-Albaniy]

اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت
Allahumma laka sumtu, wa`ala rizqika aftartu [Abi Dawud/ 2358. Az-Zahabiy berkata dalam Al-Muhazzab (4/1616): Mursal. Al-Albaniy berkata: Dha`if]

S15: Adakah bagus jika saya sengaja lambat berbuka?
J15: Tidak. Kata Nabi:
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
«Sentiasa manusia itu dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka» [Al-Bukhariy/ 1957]

S16: Apakah makanan yang paling baik untuk berbuka?
J16: Buah tamar atau kurma. Kata Nabi:
إذا أفطر أحدكم فليفطر على تمر - زاد ابن عيينة - فإنه بركة فإن لم يجد فليفطر على ماء فإنه طهور
«Apabila seseorang daripada kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan buah tamar» Ibnu `Uyaynah menambah: «Maka sesungguhnya ia adalah barakah. Maka sesiapa yang tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air, maka sesungguhnya ia adalah suci» [At-Tirmizi/ 695, dan dia berkata: Hasan sahih]

S17: Adakah saya perlu berbuka dahulu atau salat Maghrib dahulu?
J17: Berbuka dahulu. Kata Anas bin Malik:
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان لا يصلي المغرب حتى يفطر ولو كان شربة من ماء
Bahawa Nabi tidak bersalat Maghrib sehingga dia berbuka, walau seteguk daripada air. [Ibnu Khuzaymah/ 2063, disahihkan oleh Al-Albaniy]

S18: Apakah pilihan makanan untuk saya berbuka?
J18: Kurma segar, atau kurma kering, atau air. Kata Anas:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء
Rasulu Llah telah berbuka dengan kurma-kurma segar sebelum dia bersalat. Maka jika tidak terdapat kurma-kurma segar, maka dengan kurma-kurma kering. Maka jika tidak terdapat, dia meneguk beberapa tegukan daripada air. [Abi Dawud/ 2356, Al-Albaniy berkata: Hasan sahih]

Menjamu Orang Berbuka

S19: Saya ingin memberikan makanan. Adakah patut saya berikan untuk berbuka atau moreh?
J19: Untuk berbuka. Kata Nabi:
من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
«Sesiapa yang memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, baginya seumpama ganjarannya, melainkan sesungguhnya dia tidak mengurangkan daripada ganjaran orang yang berpuasa itu sesuatu pun» [At-Tirmizi/ 807, dan dia berkata: Hasan sahih]

Tarawih

S20: Adakah saya wajib bersalat tarawih?
J20: Tidak. Salat malam adalah sunnah sahaja.

S21: Jika saya ingin bersalat tarawih, berapa raka`at yang perlu saya lakukan?
J21: Terpulang kepada anda, tetapi hendaklah ia dua raka`at dua raka`at. `Abdu Llah bin `Umar berkata:
أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صلاة الليل ، فقال رسول الله عليه السلام : صلاة الليل مثنى مثنى ، فإذا خشي أحدكم الصبح صلى ركعة واحدة ، توتر له ما قد صلى
Bahawa seorang lelaki telah menyoal Rasula Llah tentang salat malam, maka Rasulu Llah berkata: «Salat malam itu dua dua. Maka apabila seseorang daripada kamu takut Subuh, dia bersalat satu raka`at, yang mengganjilkan apa yang telah dia bersalat» [Al-Bukhariy/ 990]

S22: Bilakah waktu untuk saya bersalat tarawih?
J22: Bermula daripada selepas salat `Isya’ sehingga terbit fajar, iaitu masuk waktu Subuh.

S23: Adakah saya rugi jika tidak bersalat tarawih?
J23: Ya. Kata Nabi:
من قام رمضان إيمانا واحتسابا ، غفر له ما تقدم من ذنبه
«Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, diampunkan baginya apa yang telah berlalu daripada dosanya» [Al-Bukhariy/ 37]

Ditulis oleh Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin
21/07/2011 00:34H
http://ad-diyari.com/

Tuesday, July 26, 2011

Ulasan: VOIVOD Rrröööaaarrr

Voivod masih celaru dengan album ini. Mungkin ini adalah lebihan dari album sebelumnya? Sebab itu album ini lebih teruk bunyinya dan juga ideanya. Mungkin juga tidak kerana ia dirilis 2 tahun selepas album War And Pain. Dan ia dirilis melalui label yang lebih besar iaitu Noise Records. Tidak kelihatan apa-apa perubahan langsung di dalam album ini. Produksinya, mungkin lebih buruk jika diambil pendapat beberapa pihak. Semua yang ada di dalam album War And Pain, ada juga di dalam album ini. Mungkin vokal Snake lebih kasar tetapi ini tidak mempengaruhi mood keseluruhan album ini. Yang mungkin menaikkan adrenalin (kepada peminat remaja mereka) ialah tajuk lagu-lagunya - F**k Off and Die, Slaughter in a Grave, Ripping Headaches dan To the Death - melihat tajuknya saja sudah cukup untuk menyebabkan mereka headbang. Itu belum dengar lagunya lagi tu.

iPod si peneman


Beli di Adelaide dan digunakan di sana. Balik Malaysia dah tak pakai dan disimpan. Untung masih hidup selepas berkeadaan idle selama setahun lebih.

Di Bethlehem, ia berguna kembali. Jalan kaki dari apartment ke kampus yang mengambil masa 15 minit ditambah lagi 15 minit naik bas untuk ke makmal memang bermanfaat dihabiskan dengan mendengar iPod. Kuliah Ustaz Shamsuri kembali menjadi playlist.

Tak ramai yang pakai iPod dah di zaman ini walaupun suatu masa dahulu ia adalah top hits.

Monday, July 25, 2011

Ulasan: VOIVOD War And Pain

Album pertama Voivod ini seperti mana band start-up yang lain ketika itu, kurang fokus, mementingkan lebih kepada ekstrism (siapa laju dia menang) dan tidak peduli apa nak jadi - janji rilis. Namun, ia tetap perlu dirilis sementara identiti yang dilahirkan dapat dididik dengan trial & error yang menjanjikan hala tuju yang lebih bermakna. Selain dari muzik Metal yang laju dan vokal yang boleh menjadikan ini sebuah album (jika tidak diselamatkan oleh chord gitar yang kompleks), album ini memberi petanda untuk rilisan yang akan datang. Ini banyak datangnya dari cara gitaris, Piggy menyusun note gitar beliau. Ia tidak seperti band Thrash (jika terma ini sudah wujud ketika itu) dan Speed Metal yang lain. Ianya anti-harmoni dengan unjuran chord minor yang jarang dimainkan oleh pemuzik Metal ketika itu. Namun untuk album ini, semuanya agak tidak jelas melainkan jika kita betul-betul memberi perhatian. Yang jelas, mesej di dalam album ini memang dibakulkan ke dalam hype ekstrim Metal ketika itu - Suck Your Bone, Iron Gang, Live for Violence dan Nuclear War antaranya. Permulaan yang OK tetapi impaknya kurang ketara, buat masa ini.

Vandalism di mana-mana

Walau di universiti Lehigh sekalipun. Gambar di atas ialah meja bacaan di perpustakaan di Lehigh Uni.

Remaja tetaplah remaja. Lebih-lebih di zaman ini (sambil mengimbas cerita sendiri di masa lampau).

Yang penting ialah penyudahnya bukan permulaannya. Tetapi lebih baik jika sepanjang masa, awal dan akhir berada dalam kebaikan.

Sunday, July 24, 2011

The Walking Dead Season Two lagi banyak death scenes!



One of the biggest complaints about the first season of AMC TV's "The Walking Dead" was that there were only a handful of zombie deaths. It looks as if AMC and producer Frank Darabont have taken note...

Season 1 kira OK dah. Lepas ni lagi brutal kot sebab ramai komplen tak banyak adegan pecah kepala, kaki putus, sembelihan etc.


Zombie punya filem ke drama ke memang feveret!





Ulasan: SLAYER Christ Illusion

Siapa pun tidak akan menafikan keupayaan Paul Bostaph sebagai drummer Slayer yang mantap teknikal dan padu hentakannya. Tetapi pada masa yang sama, tiada pengganti kepada Dave Lombardo di dalam Slayer. Kembalinya Dave Lombardo kedalam Slayer di dalam album ini disambut dengan produksi yang lebih punkish. Kering dan tajam menyucuk ke gegendang telinga. Pada pendengaran saya ia mengingatkan kepada produksi Seasons In The Abyss. Lukisan kulit album juga lari dari zaman Paul Bostaph dan kembali kepada zaman yang sebelumnya (pelukis yang sama untuk Reign in Blood, South Of Heaven dan Seasons In The Abyss) menandakan bab baru telah dibuka. Muziknya walaupun mempunyai elemen punk yang kuat, sebenarnya tidaklah menyebabkan Slayer lari landasan asalnya (kerana memang Slayer dari dulu tidak menafikan pengaruh punk dalam muzik mereka), cuma mungkin ia lebih ketara disebabkan produksi yang kering ini. Dan sudah tentu lagu bertajuk Jihad menjadi kontroversi kerana mengambil perspektif yang sama seperti lagu Angel Of Death. Saya berada di dalam moshpit semasa Slayer beraksi di Adelaide, Australia ketika lagu ini dimainkan. Apabila lagu ini dimainkan bersama dengan video imej yang mengiringi lagu inidi atas stage menyebabkan saya mengambil keputusan untuk keluar dari moshpit dan berdiri saja di sebelah kanan dewan. Ada ketikanya kita perlu berundur.

Saturday, July 23, 2011

Ulasan: MANOWAR Warriors Of The World

Enam tahun menunggu album ini selepas Louder Than Hell yang saya rasa sangat bagus itu memang menyeksakan. Karl Logan, gitaris yang menggantikan David Schankle untuk album LTH memang tidak menghampakan. Solo gitar beliau lunak dan kena pada suasana setiap lagu. Kata orang, penantian itu penyeksaan. Warriors of The World, mempunyai elemen-elemen Manowar yang tipikal tetapi dinafsukan oleh peminat mereka tetapi ada sesuatu yang lain dalam album ini. Ya, Metal, macho dan kebanggaan itu masih menjadi topik utama. Namun bermula dengan Call To Arms yang memanggil barisan lurus dan tegak bersama semangat perwira hinggalah ke lagu Warriors of the World, antaranya adalah lagu yang secara kasarnya bolehlah dikatakan terlampau lembik untuk dikatakan sebagai Heavy Metal. Lagu-lagu tersebut seperti opera, orkestratik dan mendayu. Manowar sudah menunjukkan satu paradigm shift. Heavy Metal bukan melalui gitar yang distorted saja tetapi juga dengan suasana dan mereka menggunakannya secara literal. Malang sekali jika ia diteruskan untuk album seterusnya. Lagu-lagu tipikal Manowar, seperti lagu mula, Warriors of the World, Hand Of Doom, House of Death (ada iras lagu Power dalam album LTH) dan Fight Until We Die memang efeknya ialah tangan kita menumbuk ke udara. Namun tidaklah saya mengatakan lagu-lagu yang lembik itu tidak bagus - ambil contoh Nessum Dorma, The Fight for Freedom - tetapi jika ia dikurangkan jumlahnya, ia lebih baik.

Kasut baru FILA




Kasut kat sini murah-murah. Yang ini paling murah dalam kedai tapi menarik perhatian. Terus dibeli. Ingat nak beli lagi sepasang untuk jogging.

Reason beli? Kasut yang dipakai dah nak tercabut tapak. Kasut tersebut adalah berjenama Nike dan dibeli di Australia (umur 4-5 tahun dah).

Friday, July 22, 2011

I LIKE THIS! Goliathon



Just click play and experience psychedelic rock that is really, really moving. I becomes an instant fan! Not everyday that you got this kind of feeling. Atmospheric, emotion-filled yet aggressive. Check out the sax at the end of the song. Brilliant!

Check them out!

Makan updates again

 Daging burger, daging salai, telur goreng dan baked beans.

Daging salai, telur goreng, baked beans. franks dan roti lubnan.

Sardin (yeaaa), telur goreng, sayur salad dan nasi.

Kari ayam ala-kadar (Arab) atau cincai (Cina)

Tomyam campur (daging, ayam dan udang)

Kedua-duanya ginseng tea. Yang belah kiri diet version. Yang sedap yang belah kanan. Diet version biasanya ada rasa pelik sikit, macam payau.