Thursday, July 28, 2011

Temuramah bersama PENGIRAN ANDIKA HARIMAU BERANTAI (SINGHASARI)



Masalah untuk infuse muzik tradisional Melayu dengan Metal ialah sifat dan semangatnya berlainan. Lembut dan keras. Kontra. Tetapi tidak bermakna sebelum ini ianya tidak pernah dilakukan. Cryptic Malediction pernah melakukannya. Kemudian, tiada lagi. Ini menampakkan betapa sukarnya ia untuk dilakukan. Jika tidak sudah tentu ia berterusan.


Hinggalah beberapa bulan yang lepas, saya terjumpa dengan band ini. Walaupun fusion tersebut minimal, tetapi konsep dan penerapan mood dan suasana muzik tradisional dan Metal mereka agak menyerlah.


Tanpa buang masa...

Apa konsep muzik Singhasari?
Salam, hamba menggelarkan konsep musikal Singhasari sebagai Nusantara Pagan Metal, asalnya hamba ingin menggelarkannya Nusantara Folk Metal, tetapi membawa nama “folk” merupakan tanggungan yang besar dan pencapaian Singhasari setakat ini tidak lagi layak digelar “folk” metal, masih banyak lagi hamba perlu belajar, jadi hamba membuat keputusan menggelarkan Singhasari sebagai Nusantara Pagan Metal, “pagan” adalah gelaran yang biasa diberikan kepada band-band yang berkonsepkan “folk” yang lebih agresif dan ekstrim kontekts musikalnya.

Ceritakan serba sedikit tentang rilisan terbaru anda.
Setakat penghasilan Singhasari sejak lewat 2009, kami telah melahirkan dua materi yakni Promo 02/10 (3 trek demo cd yang diedarkan secara percuma sebanyak 30 keping bercetak) dan EP Kebangkitan Nusantara yaitu rilisan terbaru kami, sesi rakaman EP tersebut dilakukan sejurus selesai rilisan Promo 02/10 diterbitkan setelah kami mendapat tawaran untok mengeluarkannya dalam bentok kaset oleh Hellhouse 666 Produktion dari Thailand, rakaman diadakan secara terburu-buru dan agak kurang profesional, sebab itu kualiti soundnya sangat kurang memuaskan, insyallah suatu masa nanti Singhasari akan perbaiki “kelemahan” ini. EP selesai dirakamkan pada bulan Jun 2010 dan telah diterbitkan oleh Hellhouse 666 Produktion pada bulan Ogos, Svartgalgh dari Belanda juga menerbitkannya pada bulan yang sama, selepas itu ada lagi beberapa label-label lain dari luar negara yang menerbitkannya semula antaranya October’s Mist Records, Satanica Records, tawaran-tawaran ini semua datang secara tiba-tiba dan hamba berasa sangat terharu kerana rupanya Singhasari diterima dengan mudah biarpun kami masih setahun jagung. EP Kebangkitan Nusantara adalah demi menyambut kebangkitan semangat kepahlawanan Nusantara silam, ditujukan kepada seNusantara.

Anda telah berkecimpung dengan banyak band, adakah Singhasari yang terbaik setakat penglibatan anda?
Ya, hamba mula-mula sekali terlibat dengan Raptor pada tahun 2003, kemudian Banshee dan bermacam-macam lagi band yang hamba anggap “gagal”, akhirnya sampai satu tahap hamba dapati yang agak sukar ingin membuat band lengkap kerana perangai setiap ahli berbeza-beza begitu juga visi dan misi mereka tidak sehaluan, itu lah asalnya penciptaan Singhasari, hamba meminta bantuan daripada Hafiz (seorang dramer dari tempat hamba juga) untuk memainkan dram Singhasari dan instrumentasi serta komposisi lagu diserahkan kepada hamba sendiri menjadikan hamba lebih bebas untuk berkarya tanpa perlu menerima pendapat pihak lain. Jadi setakat ini, Singhasari adalah pencapaian band hamba yang paling memuaskan hati hamba sendiri. Betul lah orang kata, kalau nak buat sesuatu perkara dan puas hati, kita mesti buat sendiri, tak boleh harap pada orang lain.

Ada orang merasakan anda menyuntikkan pemahaman neo-Nazi dalam band ini. Benarkah?
Neo-Nazi? Hamba memang berada di dalam kelompok tersebut, natijahnya hamba punyai ramai teman dari scene Skinhead Malay Power, tetapi melalui Singhasari elemen Nazisme tidak ada langsung. Singhasari adalah luahan perasaan hati hamba sendiri, hamba suka bercerita mengenai sejarah agung kita, campur sikit elemen kepahlawanan, patriotisme dan ya hamba akui yang lagu “Darah Musuh di Mata Sundang” tu memang berbaur sangat rasis, tapi sebenarnya hamba tak bertujuan pun nak buat macam tu, tiba-tiba aja masa tulis lagu tu semangat tu membuak-buak, jadi keluarlah. Haha.

Ideologi dalam muzik, pentingkah?
Mungkin penting, mungkin tidak. Bergantung kepada individu, pada hamba seperti hamba katakan tadi, sebagai penulis lagu kita nak tulis sesuatu yang kita rasa kena dengan jiwa kita, mungkin kali ini kita nak sampaikan sesuatu yang patriotism, jadi patriotism itu sudah lumrahnya sebahagian daripada ideologi serta fahaman. Bahayanya ideologi ini pasal sesetengah orang jadi taksub sangat dan akan melimitasikan diri mereka sendiri, dalam kata lain nak jadi “true”. Haa itu tak best! Hahaha.

Apakah pendapat anda tentang politik dan ekonomi negara kita?
Hmm.. Hamba tak sokong mana-mana parti di negara kita ni, tak kesah lah BA atau BN dua dua bagi hamba adalah demokrasi, dan hamba tak suka sistem demokrasi, hamba lebih sukakan tradisionalisme. Demokrasi memecah belahkan orang-orang kita sendiri. Tapi sebagai seorang rakyat yang tinggal di negara ber”demokrasi” hamba sudah semestinya menggunakan peluang ini untok mendaftar dengan SPA walaupun tidak mengundi, tetapi untunglah dapat meluahkan kata-kata hamba serta fahaman, tetapi cam biasa lah, semuanya tidak diterima, silap haribulan kelak hamba kena ISA kot sebab terlalu menyebarkan ide yang radikal. Tentang ekonomi, susah nak cakap sebab ianya ada berkait dengan politik juga sikit, macam kita semua tahu lah. Politik korupsi wang, ini perkara biasa dalam sebuah negara bersistemkan authoritarian.

Band yang menarik di Malaysia zaman ini dan perlu diberi perhatian?
Band sebaya hamba kah? Susah nak cakap, sebab banyak jugak yang boleh dikatakan bagus.

Projek akan datang?
Buat masa ini agak sibuk sikit dengan band-band hamba yang lain, ikutkan Singhasari sudah pun dapat deal dengan sebuah label dari Jehrman untuk menerbitkan 4 way split kami bersama Ixtaukayotl (Mexico), KriegSSchwur (Jehrman) dan 1389 (Bosnija) tetapi buat masa ini hamba agak sibuk jadi belum lagi buat rakaman. Split tersebut akan memuatkan tiga trek terbaru Singhasari.

Nasihat anda kepada penonton yang menghadiri gig anda akan datang?
Sebenarnya Singhasari belum pernah perform, leceh sikit nak perform dengan Singhasari ni sebab hamba ni sangat “fussy”, hamba nak hamba sendiri serta ahli-ahli sessionist pakai pakaian-pakaian hulubalang di atas pentas nanti di waktu perform, hamba sendiri tak jadi hal, tapi ini haa, yang sessionist-sessionist ni, aduiyai, kene keluar duit lebih lah nampaknya. Hahaha. One Voice Entertainment ingin Singhasari beraksi pada bulan November ini, Insyallah kita nantikan sama-sama saat itu. Para penonton, dinasihatkan belajar Silat Pulut jadi kita boleh berdansa sama-sama nanti di atas pentas :p

 Kata akhir.
Nusantara bergema tembusi sa-dunia.. Terima kaseh abang Sam sebab sudi menemuramah Singhasari! Daulat Nusantara Raya!

Rebiu album DI SINI.

2 comments: