Dua album komersil tetapi masih artistik Angel Rat dan Outer Limits gagal memberi impak seperti yang diharapkan dan keluarnya dua komponen penting dalam kejayaan Voivod iaitu, vokalis Snake dan pemain bass, Blacky merubah terus hala tuju Voivod. Kini tinggal bertiga dengan kemasukan Eric Forest yang mengambil dua tanggungjawab; vokalis dan bassist. Voivod jatuh menjadi band yang generik. Metal moden-industrial tahap asas yang tiada daya penarik. Muzik mereka menjadi kaku,
monotonous dan
one-dimensional. Hilang segala inovasi yang pernah ditunjukkan sebelum ini. Voivod seperti akan berkubur tidak lama lagi sepertimana berkuburnya kebanyakan band Thrash Metal sekitar awal tahun 1990an.
No comments:
Post a Comment