Sedangkan kewibawaan album ini diiktiraf oleh Metal-Rules.com sebagai antara album yang cemerlang. Majalah Guitar Player pun bersetuju dengan meletakkan album ini antara 20 album gitar-metal terbaik.
Cuma mungkin ada sedikit bias dari pihak saya. Saya adalah peminat gitaris Andy LaRocque yang menjadi gitaris utama untuk album ini. Andy LaRocque lebih dikenali sebagai gitaris yang setia di dalam King Diamond. Saya menyukai solo beliau yang bermelodik dan pantas itu. Selalunya saya akan mengambil masa sedikit untuk mendengar solo-solo beliau dengan cara pasang-ulang, berkali-kali.
Namun saya bersangka bahawa di dalam album ini, Andy sekadar meletakkan gitar solo saja. Yang selainnya dimainkan sepenuhnya oleh Chuck. Jadi, bias saya tiada pemberat. Ini memang album yang cemerlang!
Album ini dibuka dengan Overactive Imagination yang cemerlang. Riffnya adalah pesta Metal, melelehkan air liur yang disulam dengan silat Gene Hoglan di belakang drum dan ulitan bass yang kompleks oleh Steve Digiorgio. Solo Andy dalam lagu ini adalah TERBAIK!
In Human Form lebih santai pada mulanya tetapi sebaik saja Chuck membuka muluk, ia menjadi lagu yang mendebarkan dari segi riffs gitar dan hentakan padu drum Gene. Mendengar larian bass Steve meremangkan bulu roma. Solo Andy juga TERBAIK!
Jealousy adalah lebih teknikal walaupun tidak sepantas lagu pertama. Ini memaparkan kreativiti Chuck dalam mencanai riff yang jazzy kedalam muzik ekstrim Metal. Bahagian breaknya cantik dengan bass yang sengaja dikuatkan untuk lebih meremangkan bulu roma.
Begitulah seterusnya hingga lagu ke-10. Album ini dipenuhi dengan riffs yang mengancam dan susunan muzik yang sangat kompleks yang menyebabkan mereka yang sudah mempunyai band jamming menarik rambut kegeramaan. Kreativiti Chuck begitu menyerlah sekali dalam album ini.
TERBAIK!
- "Overactive Imagination" – 3:28
- "In Human Form" – 3:55
- "Jealousy" – 3:39
- "Trapped in a Corner" – 4:11
- "Nothing Is Everything" – 3:16
- "Mentally Blind" – 4:45
- "Individual Thought Patterns" – 4:00
- "Destiny" – 4:04
- "Out of Touch" – 4:19
- "The Philosopher" – 4:10
3 comments:
perghh aku pon skrg tgh asyik layan Death ni.. aku rasa si Mustaine pon salute ke mamat Chuck ni..
aku suke album ni, line up death yg terbest bagi aku.
Aku pun letak tempat ke3 dalam senarai album Death terbaik selepas Scream Bloody Gore. Tapi tempat pertama dikongsi Symbolic dan The Sound of Perseverance. Sama best susah nak banding.
Post a Comment