Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Restoran (warung atau benteng) tepi pantai. Tak ingat nama. Tapi kami duduk kat kedai yang display paling banyak lauk. Masakan kampun yang menyelerakan ditemani humidity pantai yang bantu kipas nafsu makan.
Lauknya, ikan patin masak asam + terung sambal + telur asin + kerang rebus + ABC. Selera habis. Paling mantap masak ikan patin tu. Total RM16 je.
Banafee Village, JB
Orang JB pasti tau. Kami makan selama dua malam kat sini.Tagline dia yang aku ingat, masakan best harga warung. Environment bagus dalam restoran ni. Ada seksyen open air (beratap) dan closed (aircond) - boleh le duduk kat mana-mana yang berkenaan. Hatta, dalam pondok pun ada! Juga ada pentas untuk live music. Beberapa bulan yang lepas, pemain gambus (aku suspek dari Iran) dan sekarang gitar akustik dengan lagu-lagu slow rock Inggeris.
Harga OK gak. Malam pertama kami makan lamb chop + sup tulang merah + banana splits + drinks = RM50++. Malam kedua kami makan fish & chips + (aku tak ingat) + drinks = RM30++.
DJ tu ada buat peraduan. Jawab soalan World Cup 2010. Naik ke pentas dan jawab lepas tu dapat hadiah. Asalnya soalan untuk wanita tapi takde sapa yang nak jawab, aku angkat tangan terus naik pentas dan jawab. Soalannya? Selain dari South Africa, negara apa yang sama group. Kacang. Aku bukak internet via handphone dan jawab. Yea! Menang buku nota dua biji dengan ball pen hahah...
Seoul Garden, JB
Paling best aku rasa. Konsep buffet. Hidangan BBQ dan steamboat. Masak sendiri atas meja. Drinks free flow. Ruang buffet makanannya terdiri dari bahan BBQ (ayam lebih 10 jenis, daging lembu, daging kambing dan ikan total aku rasa cecah 40 jenis), steamboat (pelbagai jenis fishballs, meatballs, udang, sotong, kerang, mussels, sayur), dessert (aiskrim, ABC, cendol, buah-buahan etc) dan air yang free flow (soft drink, juice).
Sendat gila perut lepas makan ni, nak balik hotel pun merangkak-rangkak laki bini. Harga RM70++ untuk dua orang.
Tak terliur tengok, tak tau la.
Muka rakus dan bernafsu terpaksa dihaluskan untuk posing depan kamera.
Pan Pacific Hotel, JBBreakfast free la sekali dengan bilik. Tapi wife aku belanja sebab kondisi percuma untuk aku je. Maklumlah, kita kan sambil kerja sambil rilek-rilek gitu. Seksyen makanan terdiri daripada western (daging, kentang dan keju) dan oriental (nasi lemak, roti canai, mee, bubur nasi etc). Kegemaran aku, western la. Cheese section rules!
Harga sorang ialah RM32++. Tapi bila dah 4 hari rasa jemu sebab tak berapa nak tukar menu.
Hari ke-4 sarapan yang sama. Nak senyum pun kelat-kelat sikit. Notis - cheese yang dimakan terlebih dahulu. Macam-macam rasa cheese ni sebenarnya. Kadang-kadang rasa terkejut bila rasa. Best. Ada thrill.
Makan roti canai pun kecur air liur ke sayang? Mentang-mentang la kat Pan Pac. Notis - jubah raya tahun ni yang dibeli semalamnya tapi tak sabar-sabar nak pakai.
Durian Batu Pahat
Tepi jalan ketika nak kembali ke Kuala Terengganu. RM5 sekilo. Beli dua biji. Tak habis makan. Bukan sebab tak sedap tapi kenyang. Isi memang ranum, lemak dan meleleh! Dua biji sederhana besar = RM15.
Apa tengok-tengok? Makan la!
13 comments:
mcm best jer.. nanti aku nak p johor mesti cari tempat ni.... errrr entri zaman sekola tu bila nak sambung???
bab abc colourful, banana split dan durian tu yg aku xtahan tu...
kat borneo ni hujung2 tahun baru nak musim durian
alahai habislah 'basi' baju raya...kena belikan yg lainlah nampaknya...s
tgn berinai...cam baru kahwin je hehehe...
serius terliur.
baju nak setailo je abg ni,
tak cukup iron maiden, dreamtheater pun ada.
hahaha.
cool, makan makan jugak.
jgn sampai tak larat nak semayang yedak?
heehee
habesh..lamb chop di sental..
habesh..durian di bedal..
kalu ini macam lebih baik bentara jd chef..jd mat makan..
ceh!...aku yg duk jb pun tak sampai lagi kat Betty Benafee Village ni...
Seoul Garden lagi la pulak...bawah opis jer pun tak pernah jejak...
padan la tak roger aku...bawak bini rupanya eh...heheh...
burrrrppppppppp...alhamdulillah...ekekeke
nnt sambung la lagi mcm mana cter dpt jumpa balik dgn bini then ke alam perkahwinan ye
wslm
Salam kak suzi,
ni betul honeymoon...siap pakai inai lagi..he he..tompat makan kat jb tu kat ner kak suzi, tak pernah tahu pon, nampak cam menarik..nak ku tarik laki ku..he he
ahlia ziarah76
tu dia entry pasal makan. panjang yang amat.. hahaha
boleh dtg gaduh yg durian tuu...argghhhh
tus air liur nengoknye. wuhu.
Bapak eh entry. Ni boleh buat blog baru. "Jalan2 Gua Makan, Lu Usha Sudeh!"
Konfirm, kalau ada transport wa carik lu nanti bila next time balik. Bila tu entahlah!
Post a Comment