Katakunci
1 Ramadan 30 hari 2011
(29)
15 Malaysia
(3)
1entry=1hari =1Malaysia
(32)
1st class facilities 3rd class mentality
(3)
Abstract
(6)
Academics
(43)
Adab
(1)
Akademik
(44)
Aktiviti KRENMAUT
(2)
Anak-anak
(31)
Anekdot Dialog
(21)
Anniversary
(7)
Anthrax
(5)
Artikel
(37)
Artikel Agama
(50)
Audio
(1)
Baju Iron Maiden
(1)
Bathory
(6)
BBQ
(3)
Beli rumah
(1)
Berita
(11)
Black Metal di Malaysia
(3)
Boikot
(5)
Boxset
(1)
Buku
(30)
Carcass
(6)
CD untuk dijual
(1)
Celtic Frost
(4)
Cited
(2)
Coffee break
(6)
cuti-cuti Malaysia
(9)
D.R.I.
(2)
Dakwah dan Tabligh
(52)
Dari Myspace
(4)
Died
(3)
Diet
(2)
Dio
(1)
Diskografi
(4)
Diskusi
(1)
Doctor In The House
(2)
Dream Theater
(30)
dyslexia
(1)
Eid
(11)
Eksperimentasi Nikon D60
(2)
Euphonious
(1)
Exodus
(3)
Fake
(1)
family
(18)
Fikir random mingguan
(11)
Filem
(42)
First 10 Years CD singles
(3)
Foto rawak
(1)
Freemason
(6)
FYP
(1)
Gear Acquisition Syndrome
(18)
Gig
(51)
Gitar
(9)
Giveaway
(2)
Heavy Scotland
(1)
helloween
(2)
HELLOWEEN CD Singles collection
(1)
Heriot-Watt University Malaysia
(2)
Hidup di Adelaide
(129)
Hidup di Bethlehem
(54)
High Voltage
(5)
HWUM
(1)
I LIKE THIS
(1)
IPOH
(1)
Ipoh's Metal Militants
(28)
Iron Maiden
(78)
IRON MAIDEN Live New Zealand 2009
(8)
Iron Maiden Singapore
(7)
Iron Maiden singles collection
(1)
Istilah Agama
(1)
Istilah seputar CD
(4)
Jalan-jalan cari makan
(8)
Jalan-jalan Metal
(12)
Karisma
(16)
Kata-kata hikmah
(1)
Kembali ke Malaysia
(5)
King Diamond
(1)
KLASSIKKK
(25)
Komentari Metal
(87)
Krenmaut fanzine
(3)
Kura-kura
(1)
La Tahdzan
(5)
Langsuyr
(14)
Langsuyr rekoding
(9)
Listening Booth
(1)
Lords of the Land 2017
(2)
Majalah
(6)
Malaysia tanahairku
(8)
Malaysiana
(68)
Manowar
(11)
Megadeth
(29)
Megadeth singles collection
(1)
Melancong ke New York
(10)
Membebel
(161)
Metal blogger
(1)
Metal Commentary
(1)
Metallica
(18)
Minuman
(6)
Mohd Tajul Azhar aka Berat
(1)
Morbid Angel
(1)
Mount Bromo
(5)
mrsm
(2)
My Scientific Articles
(1)
My Selangor Story
(6)
Nak menang Battle of The Bands?
(2)
Nasyid Metal
(5)
New Arrival
(41)
Niagara Falls
(10)
No Smoking
(1)
November Record Day
(11)
Obscure Metal
(5)
Pengalaman hidup
(3)
Penjara Al Capone
(2)
Petua
(5)
PhD
(10)
Pink Floyd
(1)
Pirate
(1)
Poligami
(4)
Politik Ramadan
(12)
Projek besar akhir tahun
(2)
Promosi
(70)
Prototype
(1)
Ramadan
(15)
Record Store Day
(5)
Recording
(4)
Rehabilitation of reinforced concrete structures
(5)
Review
(52)
Ross The Boss live
(1)
Scorpions
(10)
SEARCH Discography
(1)
Sembang-sembang
(2)
Siri Introduksi Kepada
(6)
Slash di Kuala Lumpur
(3)
Slayer
(16)
South Korea Trip
(11)
Space Gambus Experiment
(13)
Special Event
(7)
Stompbox
(3)
Sunnah
(2)
Surabaya
(8)
Swedish Death Metal
(1)
Syawal
(5)
taklim
(1)
Teater
(4)
Temuramah
(23)
Terjah blog
(5)
The 70s rocks!
(1)
The ABC's of Punk
(27)
The Beatles
(3)
The End
(1)
Tradelist
(2)
Trip Adelaide-Canberra
(8)
tro-njo-i
(4)
Ulasan
(421)
Uli Jon Roth
(4)
Untuk dijual
(1)
US visit Nov-Dec 2012
(14)
USA trip 18-27 August 2013
(3)
USA trip 27 April - 4 May 2014
(12)
Usaha Agama Tempatan
(7)
UTP
(69)
Vancouver Trip August 2014
(1)
Vinyl
(11)
Vinyl Passion
(6)
Viva Voce
(1)
Voivod
(14)
Wacken
(2)
Weezer
(1)
White Stripes
(1)
WILHELM Scream
(1)
Wordless Wednesday
(68)
Youtube clip
(5)
Thursday, July 29, 2010
Aku Mat Thrash : Gig Manual
oleh: Rafi Promaster
Kalau anda seorang artist atau dalam band, gig merupakan event yang dinantikan lebih dari Piala Dunia. Adrenalin dalam badan anda sudah mula bergerak sebulan sebelum pertunjukan. Ini dapat dilihat semasa sesi jamming. Dengan sendirinya anda rasa jari ditangan bergerak-gerak menari di fret gitar. Pukulan dram semakin padu sehinggakan boleh patah stick yang anda baru beli pagi tadi. Kalau aircon studio tu rosak macam kat SYJ studio, peluh turun membasahi hampir keseluruh badan akibat tindakbalas kimia di dalam badan anda yang semakin teransang.
Di dalam bilik selepas mandi anda akan terus menuju ke arah cermin untuk memperagakan gaya badan anda kepada diri anda untuk memastikan ianya sesuai untuk gig nanti. Begitu juga dengan memek muka yang semakin ganas dan garang. Anda akan berbincang dengan otak dan hati anda baju mana yang hendak dipakai pada hari istimewa itu. Kalau anda mat black metal anda akan pastikan segala benda tajam dan yang berkilat digilap untuk menambahkan effect semasa di atas pentas nanti. Dan anda juga akan cuba membuat baik kepada salah seorang kawan anda untuk membodek kasut Docmatnya untuk melengkapkan aksesori.
Kadang-kadang anda akan menghabiskan satu jam session itu dengan hanya satu lagu untuk memastikan ianya tidak terkantoi kecuali salah seorang dari anggota band anda mabuk atau stomek (stim) di luar pengetahuan anda sebelum gig bermula. Dan ketika jam session ini juga akan akan menggubah lagu anda untuk memberikan impak yang lebih bagus & interaktif kepada penonton & peminat.
Seminggu sebelum gig anda akan tidur hanya selepas meRECITEkan segala lyrics dan juga kata-kata yang akan anda gunakan untuk berinteraksi dengan peminat anda. Di situ juga anda akan cuba meniru kata-kata Idola anda seperti "Some say the pen is mightier than the sword, but i say the sword, because you can die by the sword!". Tapi walaubagaimanapun anda akan susah juga hendak tidur kerana terlalu teruja dengan gig yang bakal menjelma seolah kanak-kanak dari Kg Balun Slim River yang akan berkunjung buat pertama kalinya ke Disneyland Tokyo.
Semasa lepak, anda akan disamakan dengan budak kelantan oleh rakan anda kerana anda akan hanya lepak dengan band mate anda untuk membincangkan strategi pementasan anda. Walaubagaimanapun anda akan tetap membodek rakan anda yang terpinggir untuk memastikan mereka memberi sokongan dan laungan semangat kepada anda dari bawah pentas. Kalau anda baru mendapat gaji Rm 450 dari kilang kotak tempat anda bekerja, anda akan memastikan yang rakan-rakan anda tidak melupakan jasa anda yang memberi sebatang dua rokok sebagai rasuah untuk dia membangingkan kepalanya di hadapan pentas. Tetapi jika anda mempunyai lebih duit, anda pasti lebih kreatif untuk memastikan rakan anda melakukan stagedive dan mungkin turut sama menyanyi bersama anda.
Sejam sebelum performing, anda akan mula merasa panas. Dada anda kadang-kadang lebih kuat dentumannya dari speaker gig jika anda pertama kali melakukannya atau berada di tempat baru. Anda akan mula menjadi menggelupur. Kepada yang lebih bersedia, mereka akan memberikan persiapan terakhir seperti menggosok gitar, menTUNE tali, mengeCHECK double paddle, menconteng muka. Dan kepada yang terrer dan havoc, sejam terakhir itu mungkin digunakan untuk bersembang, kencing & berak, mabuk, stomek, kancan awek, membodek promoter Jaei untuk membayar anda lebih, meromen peminat di dalam tandas, membawa masuk member yang nak masuk buta, minum di kedai mamak dan adakalanya merayau diluar lingkungan kawasan gig.
Akhirnya detik yang ditunggu-tunggu telah tiba. Nama band anda akan dilaungkan oleh OS (abang angkat thrash aku) atau DJ Disco india tempat gig berlangsung. Kadang-kadang anda sangsi untuk naik ke atas pentas apabila nama band anda dilaung salah oleh DJ india itu. Sekiranya anda STAR, anda hanya perlu berdiri atau cuba bakat anda sebagai standup comedian sementara menunggu balachi-balachi anda mempersiapkan kelengkapan anda. Sekiranya anda pertama kali atau tiada balachi dipentas, jari anda akan terketar-ketar memusingkan KNOB amp Marsyall yang terletak ditepi anda. Kadang kala anda akan terCONNECTKAN jack gitar anda ke dalam amp Bass ataupun terjatuh akibat tersepak ratusan wayar di atas pentas.
Selalunya anda akan diberi 40 atau 30 minit bersamaan 5 atau 6 lagu untuk diperdendangkan. Anda akan memastikan yang semua band mate anda bersedia sebelum anda bermula. Kawan-kawan anda yang anda bodek dengan wang saku sekolah atau gaji anda tempoh hari akan melaungkan kata-kata yang membuatkan anda merasa selesa seperti menyanyi dikaraoke orang kahwin adik anda. Lampu pun akan dimalapkan dan sekiranya promoter itu tak kedekut macam saudara Ajak Deathcrane kita yang pemurah, stage anda itu akan mengeluarkan asap yang boleh mengakibatkan tekak anda kering. Dan drummer anda akan memberi que. Setelah itu, anda akan dibawa oleh perasaan teruja dan yang tak boleh diceritakan disini.
Jika anda tidak bermain apa-apa dan hanya datang sebagai penonton & peminat, Gig juga merupakan event besardalam kehidupan anda. Seperti mamat artist di atas tadi anda juga akan memilih baju apa yang akan dipakai semasa gig nanti, samada motif anda untuk menunjuk baju baru yang anda beli dari sweden yang tak ada orang pakai ataupun setakat memakainya sebagai support kepada kumpulan muzik dan cabang metal yang anda minati. Anda akan memastikan yang rakan-rakan anda akan turut sama pada hari gig itu. Sekiranya anda pemurah atau tiada kawan rapat, anda akan membeli dua tiket untuk rakan anda turut serta meramaikan majlis.
Untuk yang tinggal jauh dari tempat gig bakal berlangsung, anda akan menyewa van atau lebih hebat lagi bas berhawa dingin untuk hadir ke GIG itu. Kepada yang bangsat sikit pengangkutan yang lebih murah menjadi pilihan seperti kereta api, bas loncat, motor kapcai dan kepada yang bijak dan kedekut, rakan yang kaya yang mempunyai kereta akan digunakan untuk mentransport anda ke destinasi.
Di gig, anda akan memastikan yang anda tidak akan mempersia-siakan wang simpanan anda yang telah digunakan untuk membeli tiket dengan melihat kesemua act dan band walaupun ada yang anda tidak minati. Off course persembahan band seperti Infectious Maggots, Silkhannas, Langsuir, Silent Death, Necrotic Chaos membuatkan wang anda berbaloi untuk dibelanjakan.
Anda akan bertemu dengan pelbagai jenis manusia yang datang dengan hanya satu tujuan seperti di Mekah tetapi berlainan objektif. Kesemua mereka yang hadir di situ datang untuk memberi sokongan bukan sahaja kepada band yang mereka minati tetapi untuk scene metal tanahair yang hanya bergantung kepada orang-orang yang istimewa seperti anda. Orang-orang yang lebih terbuka seperti anda. Orang yang mahukan perubahan dan inovasi seperti anda. Dan orang-orang yang memahami diri anda. Mereka itu termasuk anda adalah sama. Anda akan mendapat kawan baru sekiranya anda berani sedikit untuk membuka mulut. Anda akan mendapat tahu lebih sedikit dari band yang anda minati sekiranya anda tidak segan mengucapkan sesuatu kepada mereka semasa sesi fotografi. Di gig adalah tempat anda untuk berhibur dengan cara anda sendiri. Di gig anda boleh mendapat informasi yang boleh dikongsi dan dijadikan panduan. Di gig anda boleh menjadi apa yang anda mahu jadi kerana di situ semua orang sama seperti anda.
Calopi.
Labels:
Artikel,
Ipoh's Metal Militants
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
the last picture is an epic
bas loncat hahaha... best istilah ni
nice tips abg ben
setuju ngn speedrider
gambar last + ayat last = super epic!
da macam school of rock dah..hehe
wa dah mula muak tengok gig.Mungkin lepas Metallica novmeber ni wa pencen ah.Oh tak.mungkin lepas Iron Maiden.kalau dapat la.heheh
Wahh you summarised all my nostalgia. Rindu dgn perasaan berdebar, tangan sejuk sebelum naik pentas. Bebudak Cryptic Malediction selalunya melakukan stretching bersama sebelum naik pentas. Walaupun dilihat agak poyo tapi selepas stretching, kami rasa panas dan senang nak banging.
Bila lah lagi nak main gig nih...
Post a Comment