Orang Ipoh kalau tak pernah tengok kapal korek depan mata, memang belum true orang Ipoh!
Oleh sebab itu, selepas 35 tahun jadi warga jati Ipoh, semalam baru la sempat nengok depan mata. Tu pun sebab kawan datang dari Penang. Aku dok pikir-pikir mana la nak bawak diorang ni pergi.
Lokasinya tak berapa jauh dari pekan Batu Gajah. Bayaran RM5 untuk dewasa dan kanak-kanak RM3. Rezeki kami hari tu, tak kena charge pun untuk kanak-kanak. Jimat tu sebab kanak-kanak yang bersama kami berjumlah 4 + 3.
Google dengan tajuk tin dredging mine batu gajah untuk mengetahui lebih lanjut dan lokasi. Aku pakai GPS Nokia N82 pun ada tunjuk jalan.
Information centre. Agak daif. Walaupun receptionistnya cuba memberikan khidmat yang sepatutnya tetapi bilik agak suram. Model agak tidak bermaya. Mungkin kalau lebih interaktif lagi baik.
Tersergam gagah! Satu ketika menjadi kebanggaan negara. Sekarang sekadar memori silam.
Ada sesuatu yang menyebabkan rupanya menggerunkan. Aku terbayangkan bunyi bising dan garau yang merobek gegendang apabila ianya dihidupkan.
Patah kaki. Sebelah bahagian kapal korek ini sudah tenggelam. Mujur ia mencecah dasar lombong, kalau tidak terus tenggelam.
Mungkin satu ketika dahulu, pekerjaan sebagai buruh lombong timah menjadi rebutan setiap pemuda negara. Mungkin juga ramai bakal mertua mencari menantu yang bekerja di sini.
Ianya juga merupakan satu engineering feat! Besar dan gagah adalah satu ciri sedangkan complexity-nya juga merupakan satu ciri lain yang hebat.
Ada sesiapa plan nak buat horror movie berdasarkan suasana kapal korek? Ciri-ciri seram dah sedia ada!
Jalan cerita mudah, sekelompok remaja bercuti dan sedang membuat kajian tentang sejarah Batu Gajah. Antara tempat yang mereka lawati ialah kapal korek ni. Little that they know when they first stepped into this monster... *bunyi seram*
Rupa-rupanya kapal korek ni ialah breeding ground for mutated swamp monster... eeeekkkk!!!
Apapun, memori kapal korek perlu dijaga. Tanpanya, mungkin sejarah Lembah Kinta menjadi hambar (macam tempat-tempat lain, cerita apa yang ada? hehehe...)
Jadi rakyat Ipoh, especially yang BORN IN IPOH! Wajib bawak seisi keluarga ke sini untuk mengenal sejarah!
Dan penggerak seni Ipoh kena buat something related to kapal korek. Siapa lagi?
Jangan biarkan tinggalan sejarah ini terus jadi tinggalan...
Aku dah habis idea nak tulis apa dah...
Awas... security level kat sini virtually zero. Kalau bawak anak-anak kecil, kena jaga mereka betul-betul. Kalau hilang, tercampak masuk dalam lombong, tersepit etc... sendiri tanggung!
Hidup Ipoh!
Hidup kapal korek!
10 comments:
teringat dulu dulu...abah teman keje as winchman kapal no.8 kat MMC Sg Galah dulu...
fuih baik ko bli pastuh convert jadik umah
Bro! Lu buat gig atas kapal korek tu ler. Bukan ader pak gard pon malam2!
Baru goth skit!
Tenkiu for the post. Tiap kali aku mengorek idung lepas nih, aku akn teringat kpd engkau...eh silap..kapal korek ni ler.
kekekehh!!!!abg ben kena gantung ka...
hidup kopi korek! (ayat pak said)
Salut on kinta yang berlombong-lombong.
ada satu lagi kapal korek kat dengkil abg ben.masih tak berkesempatan nk g usyar tempat tu.rasanya kawasan kapal korek dengkil lagi horror coz tgh2 ladang kepala sawit n dikelilingi bekas lombong yg bes0 mcm tempat naga bertapa pon ye.hehe
Boleh wat klip video ala2 hangar 18. Video sunut dulu kalo buat kat sini pun best jugak
saye kagum abg punye pengkisahan mengenai kapal korek yg satu2 ade kat perak nie,ade lagu satu sebenarnya,kat selangor (dengkil) tapi org susah tgk ,sbb dipenuhi belukar ....so yg nie shjlah tinggal,kesian tgk kapal korek tue,kalo kapal tue blh berkata2 ,mau ja dia kata"tolonglah aku,aku dah tua ,nie dah senget pun,tak sape ke nak tlg tgkkan aku,kesianlah kat aku"....tak sangka lah kapal tu bley sendeng ke sebelah kanan,kalo tak dijaga mau terbalik masuk dlm lombong yg tak seberape pun saiznye tue....kapal korek tue,kire harta intelektual penduduk Tg Tualang n batu gajah...kene kekalkan nie,kalau tidak jadi macam besi tukun buruk yg hilang ditelan bumi.....hilang cam tue je....kat negeri lain tak de nie,kecuali selangor....this tin heritage must survive,proud of being silverian....
pawie,
betul tu... kalau tak dijaga maknanya lepas ni generasi akan datang tak akan kenal apa itu kapal korek - asbab kegemilangan lembah kinta!
Post a Comment