Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, June 04, 2009

PAUL DIANNO The Beast Downunder Tour 2009: Adelaide 29 May.

Intro kepada show ni boleh baca DI SINI.

Dalam kedinginan malam nak masuk musim sejuk di Adelaide ni, aku keseorangan menuju ke venue show. The Gov nama venue tu. First time sampai kat situ. Stage ala kadar je. Nampak macam tempat untuk orang-orang tua je kalau takde show.

Tiga bands open untuk PAUL DIANNO. Raven Black Night (Heavy Metal tradisional dengan vokal ala Marcolin CANDLEMASS), Double Dragon (Adelaide premiere melodic Death Metal dengan chugga chugga) dan Black Majesty (Power Metal). RBN nampak macam lesu kecuali gitar vokal. Double Dragon aku dah jemu tengok, lagipun macam tak kena pulak masuk list ni. Tinggal Black Majesty je yang worth mentioning. Suara vokalis yang world-standard dan twin guitar attack yang best. Itu pasal diorang signed dengan Limb Music. Ingat nak beli CD time tu jugak tapi letak harga mahal sangat. Duit pun takde sebab dah queue nak beli baju PAUL DIANNO. Tapi, boleh la korang test lagu depa kat http://www.myspace.com/blackmajesty

Black Majesty

Penonton mungkin tak sampai 250 orang. Pada aku dah kira OK la jika nak compare keadaan Adelaide ni yang memang lesu. Tu pasal banyak band skip dari main kat Adelaide. Buat rugi je. Taburan penonton, ramai yang above 30 tahun. Dan rata-rata semuanya pakai baju IRON MAIDEN, termasuklah aku.

Apa nak expect dari PAUL DIANNO? Yang aku tau, semua album solo dia memang tak melekat kat kepala aku. Beli original tu beb. Bukan download. Penyudahnya, aku jual balik atau trade dengan member. Suara PAUL DIANNO pada aku ada range tersendiri. Kalau dia nak melodi yang mendayu, dia memang boleh buat dan terbukti dari beberapa album solo beliau. Masalahnya, bukan suara dia. Tapi lagu! Malang, lagu yang ada dalam album solo dia tak cukup kuat. Berbanding dengan Blaze Bayley yang lebih berjaya part buat lagu.

Jadi, show ni jadi comparison untuk yang skeptik. Aku tak skeptik, aku tau lagu dia tak best. Aku hanya mahu tengok PAUL DIANNO menyanyikan lagu-lagu IRON MAIDEN. Mungkin majoriti yang datang pun begitu. Dan seolah-olah faham, PAUL DIANNO meletakkan hampir 60% dengan lagu IRON MAIDEN. Untuk itu, kami penonton mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.

Seolah-olah dia faham, album solonya tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa lagu IRON MAIDEN.

KILLRAZER menjadi band undangan PAUL DIANNO. Agak terkejut juga. Orang pertama yang melangkah ke atas stage ialah bassistnya, yang memakai baju IMMORTAL, berseluar kulit hitam dan dengan bass Ironbird beliau. Rupa-rupanya KILLRAZER adalah band Death-Thrash Australia (http://www.myspace.com/killrazer). No wonder cara pakaian begitu.

Fortunately, mereka jadi back up band yang bagus. Semua lagu IRON MAIDEN dapat dilaksanakan dengan baik sekali.

Ides Of March menjadi lagu intro yang memang kena sungguh! Semua yang di depan stage teruja. Tak sabar-sabar nak menunggu PAUL DIANNO menjelma.

Dan PAUL DIANNO pun menjelma. Aku tak expect apa-apa. Namun agak terkejut juga melihat fizikal beliau. Of course, beliau dah berumur. Mencecah 50 mungkin dan itu kelihatan pada wajahnya. Badannya agak besar (perut terutamanya) dan lututnya ada masalah. Beliau tidak boleh berjalan dengan betul. Dan pada pertengahan show, beliau seolah-olah mengadu kepada roadie beliau, hal keadaan kakinya yang mungkin jadi sakit kerana berdiri begitu lama.

Di sebalik 'keuzuran' itu, attitude punk beliau tetap tegar. Baju yang dipakai, Ratos De Parao, sebuah band hardcore/punk lagenda Brazil dan seluar celoreng menutup tubuh beliau. Mungkinkah dalam umur sebegitu lanjut, attitudenya tetap sama? Aku tak tau nak menyelami hati beliau, tapi disebalik attitude tersebut, terbit sedikit aura wisdom. Sabar dengan karenah penonton yang 2-3 kali mengganggu stage.

Wrathchild dan Prowler menjadi sajian seterusnya yang disambut baik oleh crowd.


Aku pasti pada satu segmen PAUL DIANNO ada menyindir IRON MAIDEN tetapi aku tak pasti apa yang dikatakan. Maklumlah, English is not my first language. Sindiran itu disambut dengan ketawa oleh penonton. Mungkin saja PAUL DIANNO berseloroh dan tidak memaksudkan begitu.

Murders In The Rue Morgue menjadi lagu yang ah... sudah lama tidak ku dengar. Sungguh agresif lagu ini. Dibantu dengan suara PAUL DIANNO yang punkish tu memang kena sungguh. PAUL DIANNO dalam 2 bait lirik lagu ini membuat suara growl. Oh come on Paul, suara lu dah sedap, apahal nak growl?

Remember Tomorrow menyebabkan aku melonjak. Mana lirik yang aku ingat dalam lagu ni, aku jerit kuat-kuat. Lagu ballad 'pertama' IRON MAIDEN ni (walau takat intro je). Satu perkara yang menarik tentang lagu ni ialah, ia menonjolkan kemampuan vokal PAUL DIANNO. Dalam keras beliau ada lunaknya.

Tiga lagu terakhir sebelum encore; Killers, Phantom of the Opera dan Running Free digamatkan dengan sorakan crowd. Walaupun tidak ramai, namun keadaan di depan stage seolah-olah venue penuh. Yang muda, terlebih headbanging. Yang dah berumur pula menghayati lagu sambil mulut terkumat-kamit mengikut lirik yang diingati.

Selepas beberapa minit sorakan unison DIANNO! DIANNO! dan sesekali terkeluar jeritan MAIDEN, KILLRAZER keluar tanpa PAUL DIANNO untuk memainkan lagu Transilvania. Memang kena sangat la dengan konsep Thrash/Death KILLRAZER ketika itu. Seolah-olah, stage itu kepunyaan KILLRAZER. Sekarang aku tau, KILLRAZER ialah satu band local yang perlu diberi perhatian. Mungkin akan datang kalau ada show KILLRAZER, aku akan menghadirkan diri.

Lagu AC/DC, Highway To Hell, surprisingly, menjadi lagu cover PAUL DIANNO malam tu. Kata PAUL DIANNO, moga-moga kena dengan suaranya takut ia menjahanamkan lagu. Memang kena sungguh. Siap dengan serak teran tu! Aku dah kata, suara PAUL DIANNO memang hebat. If only lagu-lagu dalam solo album dia power sikit.

Sanctuary menjadi lagu penutup, well sort off sebelum lagu betul-betul penutup, Blitzkrieg Bop (THE RAMONES). Kena la dengan tour IRON MAIDEN yang lepas, lagu penutup Sanctuary juga tap extended version. Yang versi ini, tidak ada extension. Serupa macam dalam album.

Show pun selesai, aku cepat-cepat bergegas ke kaunter merchandise. Oh tidak perlu aku bergegas. Ini bukan show IRON MAIDEN yang mungkin barang habis terjual. Aku beli t shirt tour. Duit pun takde.

Kepuasan sekadar dapat melihat PAUL DIANNO masa tu, mendendangkan lagu-lagu IRON MAIDEN. Konsep yang sama seperti Somewhere Back In Tour, untuk memberi peluang kepada peminat-peminat baru yang tak sempat menonton ketika zaman asalnya. Memang ia tidak boleh dibanding-banding tetapi mungkin feel tu dapat. Zaman PAUL DIANNO bersama IRON MAIDEN, mereka bermain di kelab-kelab kecil, samalah macam malam itu. Kelab kecil juga.







Murders In The Rue Morgue


Remember Tomorrow


Killers

Transilvania

7 comments:

berteromber said...

kesian pakcik Dianno ni...kalau dia still dalam Maiden sure dah kaya raya dah...x main kelab2 kecik...tapi untung la lu dapat nengok lagu2 lama maiden ngan original singer...tinggal blaze je eh?..pastu boleh pencen kot...huhu..

pendita said...

fuhhh.. abe ben smakin khatam maiden nih... LP bila nak kumpul? huhuhu...
- Cikgu Blood

eddie dewanaga said...

setuju dgn lu bro, remember tomorrow versi ini cukup berpuaka...!

gayour said...

dah jadi cam band cover iron maiden plak dah!

transilvania rules!

Lutfie said...

sedih plak baca.

mangkuk statik said...

wei...aku ader seluar sebijik camtuh..mauhahahahah

deaf-angel said...

killers ada eh..
woo hoo.. untung ko dapat nengok dekni live