NROCINU merupakan sebuah fenomena tempatan. Langkah mulaan mereka dengan susah payah, kurang diterima di kalangan peminat Metal underground tempatan di atas ‘pendekatan’ mereka yang dikatakan terlalu mengikut idola mereka, CROMOK. Tambahan pula nama NROCINU itu sendiri adalah terbalikan Unicorn, sebuah perkataan yang berkait rapat dengan album pertama NROCINU. Mungkin kebetulan tetapi kebetulan yang terlalu sukar untuk dikatakan sebagai accidental.
Namun setelah menjuarai rancangan TV Rock Unite dua tahun lepas, langkah berdikit tersebut nampak menjadi larian pantas. Memenangi bukan sahaja wang tunai RM100K, tetapi ribuan peminat baru hasil dari promosi hebat rancangan tersebut, NROCINU mula bersiap untuk rakaman album pertama, sebagai salah satu hadiah dari rancangan tersebut. Namun beberapa aral melintang, antaranya hadiah wang tunai yang tak kunjung tiba dan album yang tidak siap menyebabkan peminatnya ternanti-nanti. Mungkin ini akibatnya apabila terjun ke dalam ‘kilang’ muzik mainstream.
Keamanan, album pertama NROCINU akhirnya muncul juga. Rakaman yang dijaga oleh otai rock tempatan, Mus (MAY) dan dirakamkan di Sinar Studio ini menampilkan 11 buah lagu yang percaya atau tidak, 100% lagunya dihasilkan oleh NROCINU sendiri! Ini suatu perkara yang menyegarkan apabila memikirkan yang NROCINU bukan lagi sebuah band Metal underground, tetapi sudah memasuki kelompok gergasi muzik tempatan; XPDC, JINBARA, etc.
Musicianship tahap professional. Begitu juga kualiti rakaman yang bagus hasil dari tunjuk ajar producernya. Lagu-lagunya pun well-executed. Metal yang dipamerkan tidaklah seekstrim SIL KHANNAZ ataupun KOFFIN KANSER namun tidak se’popular’ XPDC; menjadikan album ini letaknya antara dua kategori tersebut. Mungkin sedikit sukar untuk mencuri perhatian peminat ekstrim Metal tempatan akibat dari beberapa liriknya yang terlampau radio-friendly seperti Kepuraan, Keliru dan Luahan bahkan ‘menggelikan’ bulu roma seperti Kenangan Di KuiTTHO (huhuhu…). Berontak, satu yang sinonim dengan Metal seakan-akan hilang, menjadikan liriknya seolah-olah ditulis dengan kesedaran bahawa tali leher si korporat sedang memerhatikan. Berontaklah sikit.
Dalam industri muzik mainstream yang berpaksikan duit dan duit lagi, album pertama NROCINU menjadi pertaruhan yang kejam. Jualannya bakal menatijahkan dua resolusi; 1. NROCINU progress dengan natural, terima kasih atas jualan yang memberansangkan atau 2. NROCINU tunduk dengan kehendak ‘pasaran’ yang sejak azali dicucuk hidung oleh tarikan media mainstream. Yang pasti, kelompok underground Metal yang pernah NROCINU sibuk harapkan sokongan tetap berkeras dengan pegangan mereka. Sekali anda berpaling tadah, kepulangan anda tidak diharapkan.
Mungkin menyedari akan itu, tiada bentuk ‘pengiktirafan’ dari NROCINU kepada band-band Metal underground yang pernah mereka kongsi pentas sempit dan lusuh bersama-sama tak berapa lama dulu. Sedangkan menyatakan itu di dalam skrip terima kasih adalah sesuatu yang ‘perlu’ sebagai mesej untuk mengingatkan bahawa kita sama-sama berjuang atas landasan muzik yang sama, walaupun berbeza cabang. Namun, mesej NROCINU adalah jelas, ini langkah ke hadapan dan tiada lagi pandang belakang – selamat tinggal losers!
Katakunci
1 Ramadan 30 hari 2011
(29)
15 Malaysia
(3)
1entry=1hari =1Malaysia
(32)
1st class facilities 3rd class mentality
(3)
Abstract
(6)
Academics
(43)
Adab
(1)
Akademik
(44)
Aktiviti KRENMAUT
(2)
Anak-anak
(31)
Anekdot Dialog
(21)
Anniversary
(7)
Anthrax
(5)
Artikel
(37)
Artikel Agama
(50)
Audio
(1)
Baju Iron Maiden
(1)
Bathory
(6)
BBQ
(3)
Beli rumah
(1)
Berita
(11)
Black Metal di Malaysia
(3)
Boikot
(5)
Boxset
(1)
Buku
(30)
Carcass
(6)
CD untuk dijual
(1)
Celtic Frost
(4)
Cited
(2)
Coffee break
(6)
cuti-cuti Malaysia
(9)
D.R.I.
(2)
Dakwah dan Tabligh
(52)
Dari Myspace
(4)
Died
(3)
Diet
(2)
Dio
(1)
Diskografi
(4)
Diskusi
(1)
Doctor In The House
(2)
Dream Theater
(30)
dyslexia
(1)
Eid
(11)
Eksperimentasi Nikon D60
(2)
Euphonious
(1)
Exodus
(3)
Fake
(1)
family
(18)
Fikir random mingguan
(11)
Filem
(42)
First 10 Years CD singles
(3)
Foto rawak
(1)
Freemason
(6)
FYP
(1)
Gear Acquisition Syndrome
(18)
Gig
(51)
Gitar
(9)
Giveaway
(2)
Heavy Scotland
(1)
helloween
(2)
HELLOWEEN CD Singles collection
(1)
Heriot-Watt University Malaysia
(2)
Hidup di Adelaide
(129)
Hidup di Bethlehem
(54)
High Voltage
(5)
HWUM
(1)
I LIKE THIS
(1)
IPOH
(1)
Ipoh's Metal Militants
(28)
Iron Maiden
(78)
IRON MAIDEN Live New Zealand 2009
(8)
Iron Maiden Singapore
(7)
Iron Maiden singles collection
(1)
Istilah Agama
(1)
Istilah seputar CD
(4)
Jalan-jalan cari makan
(8)
Jalan-jalan Metal
(12)
Karisma
(16)
Kata-kata hikmah
(1)
Kembali ke Malaysia
(5)
King Diamond
(1)
KLASSIKKK
(25)
Komentari Metal
(87)
Krenmaut fanzine
(3)
Kura-kura
(1)
La Tahdzan
(5)
Langsuyr
(14)
Langsuyr rekoding
(9)
Listening Booth
(1)
Lords of the Land 2017
(2)
Majalah
(6)
Malaysia tanahairku
(8)
Malaysiana
(68)
Manowar
(11)
Megadeth
(29)
Megadeth singles collection
(1)
Melancong ke New York
(10)
Membebel
(161)
Metal blogger
(1)
Metal Commentary
(1)
Metallica
(18)
Minuman
(6)
Mohd Tajul Azhar aka Berat
(1)
Morbid Angel
(1)
Mount Bromo
(5)
mrsm
(2)
My Scientific Articles
(1)
My Selangor Story
(6)
Nak menang Battle of The Bands?
(2)
Nasyid Metal
(5)
New Arrival
(41)
Niagara Falls
(10)
No Smoking
(1)
November Record Day
(11)
Obscure Metal
(5)
Pengalaman hidup
(3)
Penjara Al Capone
(2)
Petua
(5)
PhD
(10)
Pink Floyd
(1)
Pirate
(1)
Poligami
(4)
Politik Ramadan
(12)
Projek besar akhir tahun
(2)
Promosi
(70)
Prototype
(1)
Ramadan
(15)
Record Store Day
(5)
Recording
(4)
Rehabilitation of reinforced concrete structures
(5)
Review
(52)
Ross The Boss live
(1)
Scorpions
(10)
SEARCH Discography
(1)
Sembang-sembang
(2)
Siri Introduksi Kepada
(6)
Slash di Kuala Lumpur
(3)
Slayer
(16)
South Korea Trip
(11)
Space Gambus Experiment
(13)
Special Event
(7)
Stompbox
(3)
Sunnah
(2)
Surabaya
(8)
Swedish Death Metal
(1)
Syawal
(5)
taklim
(1)
Teater
(4)
Temuramah
(23)
Terjah blog
(5)
The 70s rocks!
(1)
The ABC's of Punk
(27)
The Beatles
(3)
The End
(1)
Tradelist
(2)
Trip Adelaide-Canberra
(8)
tro-njo-i
(4)
Ulasan
(421)
Uli Jon Roth
(4)
Untuk dijual
(1)
US visit Nov-Dec 2012
(14)
USA trip 18-27 August 2013
(3)
USA trip 27 April - 4 May 2014
(12)
Usaha Agama Tempatan
(7)
UTP
(69)
Vancouver Trip August 2014
(1)
Vinyl
(11)
Vinyl Passion
(6)
Viva Voce
(1)
Voivod
(14)
Wacken
(2)
Weezer
(1)
White Stripes
(1)
WILHELM Scream
(1)
Wordless Wednesday
(68)
Youtube clip
(5)
5 comments:
konspirasi habis!
erk...tu gambar tiket tu nak eksen ke apa..
riak tiketwi betul la...
grrrr....jeles...jeles... :p
tu tiket betul la... malu aku yg amik gambo. igt x senget, tgk2 senget! heheh
sam bawak la cd2 metal tempatan utk aku nanti ye. bleh aku rip mcm BS. tapi as sahar aku nak beli kalau hg nak jual.
p/s blog masakan tu aku igt nak buat $ sket, tgk2 x dpt sambutan... hehehe, blog pda jugak 'laku'
ceh.. nama wa pun naik..
..not my cup of tea..nampaknya..
Post a Comment