Thursday, July 31, 2008

Meng"akustik"kan lagu?

Jemputan saudara Meor (secara tersirat) untuk aku buat persembahan MALAM PESTA JIWA tiba-tiba menimbulkan beberapa idea spontan!

Jemputan beliau dalam shoutbox:
salam hormat saudara bentara... aku ade organize malam kesenian 'MALAM PESTA JIWA' di Ipoh...memartabatkan bahasa Melayu dan puisi. Kalau ko ade aku ingat nak suruh ko perform sekali
Kepalaku terus mencongak-congak, apa yang nak dipersembahkan? Tengok list dulu. Nampaknya, kebanyakan performers tu, folk singers. Mediumnya akustik gitar.

So... aku takde pengalaman pun main muzik folks ni. But I know... I just know yang beberapa lagu Langsuyr, boleh diakustikkan. Melodi lagu-lagu Langsuyr berlegar-legar dalam kepala dalam versi akustik! Ah... this is sooooo possible!

In fact, aku ingat once upon a time masa rehearsal, kami ada bawak beberapa lagu secara akustik, walaupun masing-masing gelak pecah perut mendengar hasilnya. Cuma, deep down dalam hati aku ketika itu, well, not bad! Gelak tu pasal tak pernah buat.

Kepalaku terus merencana sambil mem'filter' lagu-lagu yang sesuai untuk dipersembahkan. Possibly, lagu Mata Ayer, Sunut dan Kau Rachun dari album ASYIK dan Gargantuan, Ini Jalan Kita dan Penasaran dari album BULLET (yang tak rilis rilis lagi, entah bila?). Then, beberapa lagu yang belum dirakamkan. Wow... I have a handful!

Now, nak perform solo ke? Heheheh... mampos. Maybe not. Aku probably ajak Azmaniac (Langsuyr) as the rhythm guitar, Bob (Pyron) main tabla dan Ee (ex-SYJ08) main bass. Aku sendiri, vokal dan gitar (olok-olok). Semua akustik.

I can't imagine what's going to happen that night. Peminat Langsuyr pasti akan merasa 1. jijik 2. ternganga 3. kerut dahi ATAU 1. gasp in awe 2. terus jatuh cinta 3. rasa nak suruh Langsuyr rakam album akustik. Sementara pakcik dan makcik, mungkin terkejut. The possibilities and risks ARE ENDLESS!!!

Gila exciting!

Meor, pastikan bila ada events macam ni akan datang, teruskan jemput aku. Mana tau masa tu aku dah berada di tanahair. Pasti ku sambut jemputan mu nanti!

Wednesday, July 30, 2008

IRON MAIDEN Women In Uniform/Twilight Zone CD single

Ini adalah lanjutan review bersiri IRON MAIDEN The First Ten Years CD singles.

CD kedua dalam siri ini bertajuk Women In Uniform/Twilight Zone yang menggabungkan dua buah singles dalam satu CD. Women In Uniform asalnya muncul pada 27/10/80 sementara Twilight Zone pada 2/3/81.

depan

Inner left

Inner right with CD

Back

Insert dengan flyer The First Ten Years

Seperti CD pertama dalam siri ini, ia menampilkan vokalis Paul Di'Anno. Laman The Iron Maiden Commentary memberikan detail tentang rilisan asal:

Women In Uniform was Iron Maiden's third single. It is also the only single in Maiden history that is actually a cover song, and the last with guitarist Dennis Stratton. The single also features another great Derek Riggs sleeve, where a resurrected Margaret Thatcher waits in ambush for Eddie and his girlfriends. The question is, what is Margaret's motive, revenge or jealousy? In any case, the single made it to 35 on the U.K. charts.

Twilight Zone / Wrathchild was released as a double A-side, and was the first single from the new Killers album. The single made to number 31 in the U.K. charts, which was their second best showing to date (next to Sanctuary). Once again, the Derek Riggs artwork for the single is supposed to have ignited controversy and charges of sexism from members of the media who had not bothered to understand the meaning of 'Twilight Zone'. And as usual, the controversy merely drew more attention to the band. In the music business there's no such thing as bad press. Twilight Zone was also Adrian Smith's first single with Iron Maiden.
Interpretasi artwork untuk Twilight Zone ada diberi oleh saudara deaf-angel DI SINI. Menarik!

1. Women In Uniform (Macainsh) - This cover song was originally recorded by an Australian band called Skyhooks in 1979. Lagu yang begitu rock n roll. Part break yang mana gitar Murray dan Stratton bermelodi tu memang best. Manakala part korus Women In Uniform Di'anno dibacking oleh Harris dan Stratton tu begitu cheesy. Di'Anno suaranya mengada-ngada dalam lagu ni, rasa aku. 4/5
It is a rather shallow little womanising song that does not match Maiden's style and, against their better judgement, the band was convinced by their publishers (Zomba) to release it as a single in the hopes of generating a hit – a decision that the band has regretted ever since. 'Women In Uniform' also became the band's first video, a live production on stage at the Rainbow.
2. Invasion (Harris) - lagu yang feelnya agak sama dengan Women In Uniform. Mungkin ada feel punk juga, sesuai dengan situasi vokalis Di'Anno yang begitu punk dalam appearance. Lagu ni mungkin tak sesuai untuk venue sebesar stadium tapi aku rasa dalam situasi kelab malam, memang sesuai sangat. Lagu penghangat kata orang. Very agresif! 4/5
'Invasion' is another of Harris's early compositions and was first recorded on the legendary Soundhouse Tapes. It is a great song about a Viking invasion, which later evolved into 'Invaders' on the Number Of The Beast album. In contrast to the relatively lame 'Women In Uniform', 'Invasion' is an excellent song with a great guitar solo and a catchy tune that can stick in your head for days. It definitely should have been the A-side of the single. This is a faster re-recording of the original Soundhouse version, but it's difficult to tell which version is better.
3. Phantom Of The Opera (live) (Harris) - klasik! Apa nak kata lagi. Mengandungi melodi yang paling kompleks dalam sejarah Iron Maiden. Gitarnya banyak diguna single string, yakni agak luarbiasa ketika itu (biasanya rock chord atau minor). Drum juga agak pantas jika ikut standard masa tu. Break yang menyerlahkan lagi influense prog rock Steve Harris yang disuntik dalam kebanyakan karya beliau. 6/5
This live version of the classic 'Phantom Of The Opera' was recorded at the Marquee Club in London on 4th July 1980. It is predictably excellent – there probably isn't any version of 'Phantom' that isn't excellent. What can we say, this is one of Maiden's all-time greatest songs.
4. Twilight Zone (Murray, Harris) - rockish seperti dua lagu pertama. Tapi kurang agresif. Dan kurang menyengat. 3/5
'Twilight Zone' was originally intended to be a B-side, but it turned out to be so good that the band released it as an A-side instead. According to Nicko, the band's producer, Martin Birch, was absent from this particular recording session and the band produced Twilight Zone themselves. This is the same version as the one that appears on the 1998 re-edition of the Killers album.
5. Wrathchild (Harris) - Lagi satu lagu klasik! Aku ingat, intro bass line Steve Harris ni antara intro bass line paling melekat kat kepala. Selain dari ini... emmm... err takde kot! Hahaha...berbelit jari kalau nak main bass ni. Aku rasa bass line Harris paling menyerlah dalam lagu ni. Macam dikuatkan pula. Ke aku yang perasan? 5/5
This is THE classic track from Killers, and a concert favourite. It's catchy and accessible, and was originally recorded on the Metal For Muthas compilation, which might be why it wasn't included on the previous album. It is about an angry young man searching for his unknown father, presumably with violent intentions. Nice bass intro too.
6. Listen With Nicko! Part 2 - Pak lawak ni lagi! Pada yang tak tau Nicko ni drummer yang join Iron Maiden masa album Piece Of Mind. Beliau menceritakan sejarah Iron Maiden ketika ini dan yang berkaitan.

Semua rujukan dari IRON MAIDEN COMMENTARY

Tuesday, July 29, 2008

CAMEL s/t (1973)




Beberapa tahun dahulu semasa aku merounda di sebuah shopping kompleks tersohor di Ipoh, aku singgah di sebuah kedai menjual bahan muzik. Kat depan tu ada longgokan kaset. RM1 each katanya. Sambil membelek-belek aku mengambil beberapa buah kaset. Murah beb. Bila lagi nak try. Kot-kot ada yang best ke.

Salah satu kaset tu, ialah Camel. Masa tu aku tak tau, Camel ni muzik apa. Mungkin funk. Mungkin pop Beatles. Yang nyata aku agak tertarik. Tu pasal aku beli. Murah.

That was the story camana I am hooked with Camel. Ia menjadi playlist aku di dalam kereta (aku takde kaset player kat rumah) untuk beberapa lama.

Tak sangka yang mereka ni statusnya, legendary! Yeap, Camel adalah sebuah band prog rock dari UK yang mencapai status legendary pada kelompok peminat muzik prog rock.

Album ini asalnya diterbitkan pada tahun 1973 (2 tahun sebelum aku dilahirkan) yang kemudiannya aku beli dalam bentuk CD, remastered dengan 2 bonus tracks (2002). Sejarah Camel agak panjang, bermula dengan Andrew Latimer yang memulakan band pada pertengahan 1960an. Ups and downs as always sebelum beliau ketemu dengan line up classic Camel yang merealisasikan album ini.

Suatu masa dahulu aku agak 'kagum' dengan pergerakan prog rock tahun 70an. Penuh dengan pelbagai jenis band yang pelik-pelik dengan idea-idea yang kadang-kadang tak masuk akal. Namun, kepelikan itu bukanlah aku minat sekadar mendengar dengan feeling awe. Yang sebenarnya ku cari ialah prog rock yang betul-betul melekat. Dan Camel adalah salah satu daripadanya.

Muziknya? Susah nak cakap sebab aku pun tak pandai bab prog rock ni. Yang pasti, ianya prog rock 70an. Tak heavy macam Heavy Metal. Tapi tak lemas macam pop rock. Yang menarik, atau boleh aku katakan sebagai kekuatan Camel ialah gandingan gitar Andrew Latimer dan organ Peter Bardens (mendiang) yang saling menyulam dengan indah untuk menghasilkan komposisi yang beautiful dan lazat! Melodi yang bersahaja dan kadang-kadang cheesy tapi oh, sungguh sedap menyelubungi gegendang telinga.

Album ini vokalnya sedikit. Mungkin atas paksaan supaya lebih accessible. Yang mahu diketengahkan ialah sulaman melodi bersama odd-time signature yang ketika begitu suka dieksperimentasi. Debut album yang begitu berinsipirasi dan mungkin sebab mereka berterusan dengan beberapa album sehingga muncul sebagai legenda dalam arena muzik prog rock.

1. "Slow Yourself Down" (Latimer, Ward)– 4:47
2. "Mystic Queen" (Bardens) – 5:40
3. "Six Ate" (Latimer) – 6:06
4. "Separation" (Latimer) – 3:57
5. "Never Let Go" (Latimer) – 6:26
6. "Curiosity" (Bardens) – 5:55
7. "Arubaluba" (Bardens) – 6:28

Bonus Tracks on 2002 Remaster

8. "Never Let Go" (Single Version) 3:36
9. "Homage to the God of Light" (Recorded Live at The Marquee Club) 19:01

CAMEL @ wikipedia

Monday, July 28, 2008

Solat la wehhhh...!

Solat la weh... tolonglah.

Rock, rock jugak. Metal, metal jugak... tapi benda minimum untuk dikelaskan sebagai orang Islam ni buat la. Walaupun time tu korang tengah sibuk tengok gig. Keluar la kejap, pi cari surau ke musolla ke, spend 10 minit. Solat!

Aku tak expect korang pi solat awal waktu di masjid secara berjemaah sebab dah tentu berat dah tu. Tapi jangan la sampai abai solat. Lemah betul la.
Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian." (Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim) - Teks asal dari Fadhilat Amal terbitan Era Muslim)
Nama korang Ismail, Hamid, Zulkifli tu dah nama Islam. Tapi nama je tak gerenti Islam. Islam tu datang dengan niat dan action. Dan action paling jelas nak tunjuk korang tu Islam ialah solat.
Diriwayatkan daripada Hazrat Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan kufur." Dalam riwayat yang lain, "Meninggalkan solat menghubungkan seseorang dengan syirik dan kufur." (Hadith riwayat Imam Ahmad, Muslim dll). Teks asal dari Fadhilat Amal terbitan Era Muslim)
Korang pun bukan tak tau solat tu wajib. Dan wajib tu maksudnya kena buat, susah atau senang. Janganlah buat degil. Janganlah jahil terus.

Takkan la pasal gig je solat pun lebur? Takkan la pasal lepak makan satay solat pun lebur? Takkan la pasal main badminton pun solat lebur? Pasal benda tak tentu pasal pun agama lebur, apa cerita?

Aku tau la ko Mat Metal tersohor. Metal mau kualiti. CD mau cantik. Baju mau tr0o punya. Tapi apalah gunanya kalau solat pun lebur. Tarak malu ka? Nak tunjuk betapa tr0onya ko pasal tak solat? Dengan sapa tu nak bangga? Dengan mereka yang tak solat jugak? Aiyaaaaa...

Apa? Kalau ko solat dan layan Metal status keMetalan ko jatuh? Ceh... sape yang letak status tu? Darkthrone? Gorgoroth? Deicide? Cannibal Corpse? Caliban? Kreator? Venom? Black Sabbath? At least, kaya jugak depa tak solat pun. Ko, solat lebur, kaya pun idak. Berangan je lebih. Ceh...

Bulan puasa pun ko tak solat? Aiyaaa... puasa ko sia-sia beb sebab tak solat. Dapat lapar dan dahaga je (sempena bulan puasa yang dah dekat ni). Pelik jugak, bulan puasa malu pulak tak puasa. Padahal sia-sia je puasa sebab tak solat.

Tak tau solat? Tak tau amik wuduk? Kena belajar beb. Tak boleh sandarkan kejahilan ko tu selama-lamanya. Tak nak jahil, kena belajar la.

Sabda Rasulullah s.a.w. " Sesungguhnya menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap muslim." (Hadith Sahih, Riwayat Ahmad dan Ibn Majah no. 220.) - Menurut Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi mengatakan bahawa perintah wajib menuntut ilmu dalam hadith ini merujuk kepada ilmu feqah sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan fuqaha'. Ini kerana amatlah penting seseorang itu untuk mempelajari feqah sehingga dirinya mampu mengetahui perkara halal dan haram. Yang mana kesimpulan ilmu ialah apa-apa yang difirman oleh Allah (Al-Quran) dan apa-apa yang disabda oleh Rasulullah s.a.w. (As-Sunnah) (TEKS ASAL)
Masa masih ada. Masih sempat lagi.

Pleaseeeee... solat lah!

Saturday, July 26, 2008

Dah beli rumah?

Situasi 1

"Bro, gua nak beli rumah ah. Umur dah lanjut dah ni takut merempat pulak!" sms seorang sahabat gua dari Malaysia. Selalu gak gua bersms dengan sahabat gua ni bertanya khabar.

Sahabat gua ni bukan le tua pun. Umur tak cecah 30 lagi.

"Rumah RM90K, bayar RM500 selama 30 tahun." Sms seterusnya dari beliau.

Gua jawab, "Kalau lu mampu, beli la. Kalau tak mampu, duduk rumah sewa pun bukan berdosa."

"Lu boleh la cakap macam tu... Gua EPF masa pencen pun berapa je. Lu boleh la, EPF berjuta!" reply kawan gua nih. Ceh... memandai je speculate EPF gua. Gua pun tak tau berapa. Kalau ada pun jauh la macam langit dan bumi nak sampai juta tu.

Sahabat gua ni dirahsiakan identiti.

---------------------------------
Situasi 2

"Dah beli rumah?", tanya seorang sahabat.

"Belum", kata aku.

"Bila nak beli?" tanya dia balik.

"Entah..." aku jawab dengan malas.

--------------------------------
Aku rasa bab beli rumah ni, situasi biasa kot. Maksud aku, perbualannya. Orang macam aku yang masih menyewa ni selalu le kena tanya. Tanya je takpe, tapi bila jawab "tak beli" dan "entah" tu reaksi si penanya dengan muka terkejut, terbeliak mata tu yang tak tahan tu heheheh...

Macam kat ostolia ni pun kalau bukak suratkhabar, bab jual beli rumah ni dia punya seksyen punya la tebal. Orang ramai pun sibuk cerita pasal beli/jual/sewa rumah. Rumah pun melambung naik harga. Sampai tak mampu nak beli. Aku tengok harga pun terbeliak mata.

Aku bukan tak nak beli rumah. Tapi rilek ah dulu. Apa kelam kabut? Parent aku pun masa dok kerja dulu dok rumah sewa. Walaupun nasihat kat aku "Kamu dah kerja, cepat-cepat beli rumah, jangan jadi macam kami ni menyewa je." Tapi in the end, terbina juga sebuah rumah kat Sabak Bernam lepas pencen. All paid in cash guna duit pencen.

Lagi sorang sahabat pulak, dia ada tanah kat kampung. Masa kerja ni, dok menyewa. Ada duit lebih dia bina sikit-sikit. Dia kata, by the time dia pencen, siap la rumah tu. Dia kerja polis pangkat rendah je. Respek dia ni. Abis kerja, dia round satu kawasan surau dia kot jumpa budak-budak muda, dia ajak pi masjid waktu solat.

I guess, persamaan parent aku dan sahabat aku ni ialah mereka tak berhutang bab rumah. Kontra dengan trend masa kini, mari berhutang beli rumah!

Aku rasa disebabkan trend masa kini, ramai orang terkesan bab cara beli rumah ni. Seolah-olah that's the only way to buy a house (berhutang). Ataupun rasa dunia gelap gelita la sangat kalau tak beli rumah ni.

Aku rasa, aku nak try ikut jejak langkah parent dan sahabat aku. Kalau mampu la. Niat? Tak nak berhutang. Walaupun berhutang cara Islam.

Thursday, July 24, 2008

1234... oh...

Dua tiga menjak ni rasa emo sikit pikir nasib diri dan family. Anak-anak... Bila dah ada anak baru truly boleh rasa pengorbanan mak bapak. Their worry and concern... Sekarang ni baru betul-betul mau jaga hubungan dengan parents. Tak nak cakap kasar. Tak nak kasi hati mereka sakit. Nak maintain betul. Even nak bergurau pun.

Kata kugiran WINGS, Hukum Karma. Apa yang lu buat nanti jatuh balik kat lu. Lu kurang ajar dengan mak bapak lu, nanti anak-anak lu kasi kurang ajar kat lu balik. Mak bapak lu suruh lu solat, lu malas nanti anak-anak lu pun sama malas (termasuk la bila dah jadi bapak budak ni, jangan malas-malas solat).

Nak balas jasa mak bapak memang tak terbalas. Bayar dengan segala harta dunia ni pun tak terbalas. Fortunately, ada satu bayaran yang boleh kekal untuk mereka. Doa anak yang soleh... Aduh... (bila terkenang diri sendiri dan anak-anak).

Itu hari aku tengok muka anak aku yang sulung, nampak macam tengok aku kat cermin. Rasa nak menangis time tu jugak. Anak aku pulak yang pelik tengok aku huhuhu...

Tapi kugiran WINGS tak boleh nak project aku punya maksud. Maybe lagu Aris Ariwatan ni boleh sampaikan maksud aku. Setiap mak bapak ada dia punya worry and concern sendiri. Jadi interpret la bait lirik tu ikut kesesuaian masing-masing.

1234

Satu..kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua…sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu.

Tiga..lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat..mudah kau ke temu
berhati selalu beza antara
kasih dan kekasih

Ibu,
Ku ingat dahulu
Menyisir rambutku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang,
Dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

andai kau beroleh bahagia
ingat itu bukan untuk selamanya
andai kau dalam sengsara
ingat itu bukan untuk selamanya
hidup ini sementara

Wednesday, July 23, 2008

Halal food anyone?

Kalau kat Malaysia, memang tak kisah. Banyak pilihan. Tapi kat negara non-Muslim macam Australia ni, pilihan jadi sikit dan the 'quest' for halal food pun bermula.

Halal tu tang mana? Tengok label halal pada pakej makanan? Check list of ingredients? Tengok kat minah bertudung yang kerja kat restoran yang tukang masaknya non-Muslim?

Cakap pasal minah bertudung jadi waitress ni, teringat kat Malaysia. Restoran-restoran yang sekali aku tengok agak was-was kehalalannya (antara lain jual arak dalam premis), yang jadi waitressnya, minah bertudung.

Setengah orang, tak payah nak check certificate halal. Minah bertudung sudah cukup untuk 'jamin' restoran tu halal. Aku perasan, makin ramai minah bertudung yang jadi waitress kat restoran-restoran macam tu. Bertambahnya minah bertudung jadi waitress, bertambahlah pelanggan yang Muslim. Formula berkesan yang mula disedari oleh tokey-tokey restoran sekarang ni.

Bagi yang jaga dengan makanan halal ni, bila sampai kat Adelaide pun jadi goyah. Alasannya, darurat.

Dulu kalau premis restoran tu jual daging babi, sah-sah jauhkan diri dari beli makanan kat situ walaupun menu selain babi, halal. Tapi di sini, liberal sikit. Balun saja. Kalau ada salat-salat babi camana? Apa ada hal, tak nampak. Yakin beb... yakin!

Dulu kalau tak lalu nak telan ayam sembelih pakai electric shock kat slaughter house. Kat sini, liberal sikit. Telan la juga. Mana nak cari ayam sembelih tangan (hand-killed) ni? Kalau ada pun, mahal.

Dulu tak tau pun apa istilah istihalah, sekarang pandai dan mula nak praktik.

Aku teringat suatu masa dulu masa tengah sembang-sembang dengan kawan pasal ayam halal ni, sorang pak arab dok join. Asal argumennya ialah satu kedai halal butcher kepunyaan mat saleh dan satu lagi kepunyaan Muslim. Dua-dua ada certificate halal. Mula dia tanya apa definisi sembelih? Lepas tu camana cara sembelihan dalam Islam tu. Gelabah gak nak menjawab. Maklumlah tak pernah sembelih seumur hidup huhuhu... anyway, point dia kata ialah halal certificate yang ada kat sini semata-mata duit je. Monitoring bukannya ada pun. Aku no komen. Aku tak tak tau hal sebenarnya so aku dengar je la kata dia tanpa prejudis.

Bila check laman web bab halal food ni macam mudah je. Yakin menghilangkan was-was. So kalau ada halal certificate tu, belasah je. Dah halal. Betulkan kalau aku salah.

Bila pegang pendapat macam tu, pengalaman di Malaysia, ada kes yang mana ayam patutnya halal jadi tak halal sebab sembelihan tak betul. Ayam mati masa kena electric shock sebelum sempat disembelih. Kecoh dulu apa? Ramai juga yang pakat beli ayam sembelih tangan ni. Yang larat, siap tunggu nak tengok penyembelih sembelih depan mata. Penyembelih pun dipilih. Yang rambut panjang seluar koyak tu kira penyembelih kelas bawahan la, takut-takut jenis tak solat maka takut-takut sembelihan tak sah... huhuhu... tapi kejap je la. Lepas tu balun balik.

Anyway, aku baru jumpa seorang sahabat ni. Local Australian Muslim. Dia baru start bisnes ayam hang-killed. Tadi baru dia deliver aku punya order ayam 3 ekor. Dia punya charge, AUD$6.50 per kilo. Aku dah order 3 ekor dan dia hantar terus ke pintu rumah. So kalau tiba-tiba korang yang di Adelaide ni rasa bersalah pulak makan ayam sembelihan kilang ni, boleh la kontek aku mintak no telepon sahabat kita ni. Lagipun apa salahnya sekali-sekala tolong sedara sesama Islam.

Err... apa eh point entry aku ni? Aku pun tak tau... kepala serabut ah!

Tuesday, July 22, 2008

MEGADETH Skin O My Teeth boxset + boardgame


"Skin o' My Teeth" is the third single from Megadeth's multi-platinum album Countdown to Extinction. The song, written by Dave Mustaine deals with the theme of suicide and the failure of reaching that goal. Mustaine once said that "This song is about how many times I've tried to kill myself but just couldn't get the fuckin' job done."

It's one of the fastest songs of the album, with a pace of 196 bpm. - wikipedia

Ni EP spesel sikit. Ada 4 versi kesemuanya. Dua CD singles, satu 7" dan satu 12". Ianya datang sekali dengan boxset untuk simpan semua tu. Bestest, ada boardgame sekali dalam tu. Aku beli from eBay ada sorang seller tu jual boxset ni tapi tanpa 7". So aku kena tunggun somebody untuk letak 7" ni for sale. Aku rasa lepas sebulan baru ada sorang letak 7" ni for auction. Tanpa membuang masa (tapi buang duit), aku pun bid sampai menang.

Each of the CDs, 7" dan 12" tu datang dengan materials untuk melengkapkan boardgame Megadeth ni. So kalau ada 1 CD je, tak cukup le nak main.


1. CD Skin O'My Teeth (UK) [with Megadeth Game Spin Disc]

Game spin disc

1. Skin O'My Teeth
2. Lucretia (live)
3. Skin O'My Teeth (live)


2. Skin O'My Teeth (UK) [with Megadeth Game Pass Disc]


Cun dia punya picture disc.

Game spin disc

1. Skin O'My Teeth
2. Holy Wars... The Punishment Due (General Schwarzkopf Mix)
3. High Speed Dirt (live)


3. 10" Skin O'My Teeth (UK) [with Megadeth Game Pieces]

Ni dia punya rules of game. KENA BACA. Best! Click for bigger image.

Ni dia punya pass. Kena gunting la kalau nak main. Sayang wooo nak gunting hehehe...

The other side of the passes.

1. Skin O'My Teeth
2. Holy Wars... The Punishment Due (General Schwarzkopf Mix)
3. High Speed Dirt (live)
4. Mustaine Remarks on Megadeth Game


4. 7" Skin O'My Teeth (UK) [with Megadeth Game Board]

Ni dia punya board. Macam Monopoly punya board game tapi ada benda-benda sikit adjust.

The other side of the board jadi poster. Kalau tak suka main, boleh tampal terus kat dinding.

1. Skin O'My Teeth
2. Holy Wars... The Punishment Due (General Schwarzkopf Mix)


Ni some quotes yang aku tarik dari The Realms of Death. Hehehe... tengok Abang Mus punya statement. Kejap gitu kejap gini...
"MTV flipped when they saw the lyrics to 'Skin O'My Teeth' because they thought I was promoting committing suicide. It has taken us a long enough time to get our relationship politically correct with MTV. So I don't want to go out and film a video about a song that they are going to look at and say, 'You're nuts.' and if they say, 'Hey Dave, we're going to play your song, as radical as it is, but you have to go on there and say the song is not about suicide,' I'll say it. 'Hey, this song is not about suicide'." (Mustaine, 1992)

"This is a song about how many times I tried to kill myself and just couldn't get the fucking job done. This is 'Skin O'My Teeth!'" (Mustaine, in concert, 1992)

"That's about people who want to end it and just can't get it together. You know, they cut their wrist; it's just not deep enough. Or they decide to get hit by a car and it just breaks their leg or something." (Mustaine, 1992)

"This song in no way condones suicide. Life sucks that's why people get fat and lazy; this is Skin O' My Teeth." (Mustaine, 1992)

You've got to love those contradictory explanations.

"This was a fun video to make. We played live at this raging little club in Chicago called the Metro. The video crew were a bunch of maniacs running around the stage like little rodents. It was hard not to laugh as these crazy guys kept getting in our way." (Friedman, 2002)
Secara peribodi, gua memang minat habis lagu Skin ni. Siap cari chording gitar lagi. Dapat lak tu (macam betul je chordingnya hehehe). Lagunya agak rockish tapi di'speed'kan Abang Mus style.

Friday, July 18, 2008

Sudahkah anda bersedia untuk Nasyid Metal?

Nasyid (Arab: أناشيد) merupakan nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah dan yang seumpamanya.

Pada awalnya nasyid membawakan alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni.

Selalunya nasyid lebih gemar didendangkan dengan alat muzik tanpa tali, namun mengikut beberapa pendapat ulama fiqh perkara memainkan alunan nyanyian nasyid dengan alat muzik bertali seperti gitar dan piano adalah dibenarkan. - wikipedia

Aku dah lama bercita-cita membuat lagu berentak Metal tetapi liriknya berunsurkan nasyid. Dengan band aku yang dulu (Langsuyr) ini mungkin tidak sesuai. Aku berfikir, mungkin boleh dengan projek solo.

Eventually, aku buat juga beberapa lagu. Yang menjadi, satu lagu ni yang ku beri tajuk Kronikologikal. Berbelit lidah menyebutnya?

Semua rakaman dibuat di dalam bilik study dengan menggunakan instrumen dan software. Yeap, I'll take all the credits since I am the one who was playing. Aku bukan professional jadi maafkanlah kualiti rekoding yang agak amatur.

Tapi, sudahkan dunia nasyid bersedia untuk ini? Aku serahkan kepada kamu untuk menilainya. Link untuk download di bawah. Segala bentuk komen (bertamadun) amat dihargai!


KRONIKOLOGIKAL
Lagu: Bentara
Lirik: Bentara

Pergolakan dua kuasa
Yang mahukan pemerintahan
Medannya seketul daging
Di dalam kedaifan tubuhmu

Jiwa kacau memikirkan
Bertemunya dua keperluan
Memilih satu keputusan
Yang mengolah landasanmu

Pergolakan yang berterusan
Menggelegak di dalam jiwa
Adakalanya kau benar
Adakalanya kau salah

Di dalamnya ada perasaan
Yang asal tercipta untukmu
Pabila salah kau rebah
Pabila benar kau bersyukur

Andainya hitam kau sesat
Tidak nampak cahaya yang dihujung
Seperti benda yang kotor
Ianya perlu dibersihkan

Namun tatkala kau lemah
Ingati maksud kau diciptakan
Serahkan segala urusanmu
Kepada yang Maha Berkuasa

Insani, kau lemah, kau daif
Insani, kau tidak mengetahui
Insani, tunduklah, sujudlah
Insani, kau perlukan peringatan

Jangan kau tertipu dengan mainan
Dunia yang terhias dengan seribu kecantikan
Anak isterimu bakal menjadi
Pendakwa terhadap keputusanmu yang lalu

Harta kekayaan yang kau miliki
Tiada manfaat jika hanya memuaskan nafsumu
Awas terhadap usiamu
Kerana tidak dia menjamin keselamatanmu

Solo: Bentara

http://rapidshare.com/files/130612103/Kronik.zip
http://www.megaupload.com/?d=9UUHI0X0


Thursday, July 17, 2008

Dyslexia

Dyslexia is a learning disability that manifests primarily as a difficulty with written language, particularly with reading and spelling. It is separate and distinct from reading difficulties resulting from other causes, such as a non-neurological deficiency with vision or hearing, or from poor or inadequate reading instruction. Evidence also suggests that dyslexia results from differences in how the brain processes written and/or spoken language. Although dyslexia is the result of a neurological difference, it is not an intellectual disability. Dyslexia occurs at all levels of intelligence. - wikipedia
Ada siapa-siapa out there yang diagnos dengan dyslexia? Aku perlukan pengalaman korang.

Anak sulung kami dilahirkan tak cukup bulan. Lebih kurang 8 bulan. Walaupun begitu, dia membesar dengan baik sekali. Sekarang dah umur 8 tahun. Secara fizikal, takde masalah.

Only recently bila dia masuk sekolah aku perasan dia agak slow dalam pembelajaran. Kami fikirkan ini normal. Mungkin akan ambil masa sedikit bagi dia.

Then aku realize beberapa perkara yang sikit ganjil. Antaranya, bila dia menulis (walaupun meniru aje), tulisan dia terbalik. Macam tengok cermin. Then kami juga realize yang dia agak pelat, tak berapa sesuai dengan umurnya.

Wife aku buat research sikit kat internet dan mendapati anak aku ada sindrom dyslexia.

Now my concern bukan pada anak aku sebab ada dyslexia tu tapi reaksi kawan-kawan dia nanti. Aku teringat masa aku sekolah sampai Tingkatan 3 kat St Michael (Ipoh) dulu ada sorang kawan aku, tak reti membaca. Pada pandangan kami, beliau ni freak. Walaupun dalam bab sosial dia takde masalah tapi bila masuk bab akademik, kami pandang rendah pada dia. Maksud aku, dia masih kawan kami.

My point is, aku tak pasti samada masyarakat di Malaysia dah prepared atau tak dengan mereka yang dyslexia ni. Kat Australia ni no problem. Akademik tak terlalu pushy. Dan cikgu-cikgunya begitu lembut dengan students bab akademik ni. Kalau kamu tak boleh go with academics, you can always go with other areas. Art ke, skill ke...

So anak aku ni dengan sekolah, memang selalu excited je. Aku agak risau kat Malaysia nanti yang terlampau pushy bab akademik ni. If you ask me, aku tak kisah dia tak pass exam pun. Tapi dia punya minat/keupayaan tu dapat disalurkan kepada tempat yang sesuai.

So far, ada satu link je yang ditulis mengenai fenomena dyslexia ni di Malaysia. Maybe concern tu dah start ada tapi masih tak meluas.

Anyway, anak belum diases lagi oleh pakar. Tapi simptom memang jelas sama dengan apa yang dikatakan dengan dyslexia.

Kalau kamu ada apa-apa input, pengalaman etc, please share dengan kami. Yang kami pegang sekarang ialah:

  • Disleksia bukan sejenis penyakit, maka ia tidak boleh diubati.

  • Disleksia tidak disebabkan oleh kecerdasan yang lemah

  • Disleksia bukan masalah penglihatan


Wednesday, July 16, 2008

Minyak... minyak...

Ikut kata Australian Commonwealth Scientific and Research Organization (CSIRO), pada tahun 2018, minyak akan naik sampai jadi $8 (RM24) seliter. Ikut kata media yang melaporkan, ini adalah satu nightmare.

Tapi pada masa yang sama, kontra kepada itu ialah makin berkembangnya alternatif kepada pengguna minyak, iaitu, bahanapi alternatif, kereta elektrik, penggunaan gas dan sebagainya.

Pendapat aku, dalam hal 'keduniaan' ni, insyaAllah manusia akan survive.

THE price of petrol could soar to a crippling $8 a litre over the coming decade, according to CSIRO-sponsored research to be released today.

The nightmare scenario says the weekly family fuel bill for a medium-sized passenger vehicle could rise to $220 by 2018 - taking $12,000 a year out of family budgets.

Australians would be forced to radically change their lives and seek alternative forms of fuel and transport.

A rise in fuel prices of this dimension would also rock the nation's tourism and mining industries.

Petrol costs will impact most on low-income earners and people in the outer suburbs and the regions, according to the report.

"Modelling undertaken for the Future Fuels Forum projected prices in the range of $2 to as high as $8 a litre by 2018 for petroleum-based products in Australia," says the CSIRO-led forum.

This compares with the painful $1.69 a litre motorists were paying at most petrol stations in Melbourne yesterday.

The predictions are based on claims of a global peak in international oil production resulting in dwindling future oil supplies.

The rise in fuel prices will occur without the impost of an emissions trading scheme, which is likely to add just 25 cents a litre to the cost of fuel, according to the report.

The good news is that the high oil prices will eventually drop to current levels or even below current levels by 2025 as alternative fuels and new technology replace today's petrol guzzling vehicles.

CSIRO's Dr John Wright said a serious rise in the price of fuel would eventually see a take-up of hybrid and full electric cars, and greater use of gas and alternative fuels.

"The rise in the price of fuel so far has not changed people's behaviour, every time it goes up another notch there is an outcry, then it settles down again," he said.

Dr Wright, who is the director of the CSIRO's Energy Transformed Flagship, said eventually there would be a huge public reaction to rising petrol costs.

The CSIRO's fuel price modelling was conducted over nine months along with a group of 18 leading oil companies, motoring and environmental organisations including Holden, Caltex, NRMA, Woolworths, the Australian Automobile Association, the Victorian and South Australian governments, and the Australian Conservation Foundation.
Lumrah hidup ni ada ups and downs. Most of the time kita boleh plan. Tapi plan tu belum tentu hasilnya ikut apa kehendak kita. So, dalam kita plan tu, kena ada juga anggapan yang anything can happen. Antaranya, belum sempat tahun 2018, kita dah takde kat mukabumi ni. Hilang masalah minyak dari kepala hehehe... Tu alternatif jugak le tu. Alternatif senario.

Kat ostolia ni depa risau minyak dok naik tapi pikir camana nak survive (alternatif resources, electric cars etc) yang kita tak risau pun. Kita (aku la tu), risau minyak naik tapi tak pikir camana nak survive, sampai terlupa kehidupan yang lebih baik lepas masuk kubur nanti huhuhu... (aku pun cuba memahami apa yang aku tulis ni, paham ke tak)

Eh, apa daa entry camni. Tapi orang semua sibuk bicara pasal minyak kan?

Semalam kat TV9 pun ada debat pasal minyak. Pada mereka yang tak dapat atau tertinggal, boleh tengok KAT SINI.

Sebagai mengakhiri entry, gambar di bawah ni pebende? (aku tau, mungkin kamu pun tau... tapi saje nak refresh) Kalau ada kesempatan boleh tulis future entry mengenai makhluk di bawah ini.

Monday, July 14, 2008

IRON MAIDEN Bring Your Daughter... To The Slaughter 12" EP

Front

Back

Another request dari peminat tersohor IRON MAIDEN, deafangel, sebab dia ada EP tapi takde calendar yang datang sekali for free. Aku rasa komentari ni lebih baik tengok dari IRON MAIDEN commentary, snippet kat bawah:
Strangely enough, the Bring Your Daughter... single made it to Number One in the U.K. charts and the song itself received abundant airplay throughout Britain at the time. The lyrical content of the song has triggered many remarks that I was able to hear first-hand when I mentioned that I was a Maiden fan. "How can you listen to a band that encourage the rape of women?" was the most common of these remarks and I have to admit that it was hard to understand why a song with such repulsive lyrics (if taken at face-value) could have become so popular. Maybe the AC/DC kind of sound and style was responsible for such popularity. In any case, that was a weird xmas release – quite remote from your average 'Jingle Bells'! - IRON MAIDEN commentary
Seperti Holy Smoke, single ni dirilis sempena album No Prayer for the Dying (NPFTD). Not really the best album but it has its moments. Contohnya, lagu Bring Your Daughter ni. Lagu ni sebenarnya digubah oleh Bruce Dickinson untuk soundtrack filem Nightmare on Elm Street 5. Dikomen oleh fans sebagai lagu yang agak explicit sexually. Agak lari sikit dari biasa. Aku punya komen, IRON MAIDEN wrote on everything. Aku rasa ianya lebih tongue in cheek rather than serious theme. Ultimately, lagu ni antara yang paling menonjol dalam album NPFTD.

Oh ya ini single first time jadi #1 kat UK chart.

1. Bring Your Daughter... ...To The Slaughter (Dickinson) - Kat wikipedia tulis promo video ni cilok dari filem The City of The Dead. Nice. Kalau ada, probably aku sewa tengok. Anyway, this is a fine song. Part korus tu pastinya menarik masa live.

2. I'm A Mover (Fraser, Rodgers) - a brilliant blues song that was originally recorded by the London band Free on their 1968 album Tons Of Sobs. Bluesy. Terlampau slow untuk aku.

3. Communication Breakdown (Page, Jones, Bonham) - Lagu popular Led Zeppelin. IRON MAIDEN adalah antara beberapa banyak band yang dok cover lagu ni. Well, nak cakap apa. Atas IRON MAIDEN dah tentu Led Zeppelin so it's natural pusing-pusing mesti jatuh jugak kat Led Zappelin. This track is much heavier than the original. Menang distortion la.

OK... let's get down to the freebie, which is a calendar cum IRON MAIDEN logo banner.

Calendar (other side). Panjang tu...

Calendar (Jan-April)

Calendar (May-August)

Calendar (Sept-Dec)


Sunday, July 13, 2008

Some thoughts dan Rundle St. secara rawak part 2.

1. Politik Malaysia? No komen... Aku hampir tenggelam dalam politik suatu masa dahulu. Syukur kerana aku cepat sedar. Tapi politik ni something that you can't avoid. Kurang-kurang, mesti mau baca punya. Sekarang ni, macam soap drama yang sekarang aku tengah tengok. Macam-macam ada.

2. Terjumpa sorang kawan lama masa kat MRSM Muar dulu. Dia 'tabik' kat aku pasal aku masih lagi 'thrashing' macam dulu. Well, aku tak thrashing macam dulu. Tapi aku masih minat muzik ini. Aku tak main golf, tak memancing, tak collect stamp, tak minat kereta etc. Minat aku, ini. Metal. So no need to tabik kat aku. Aku manusia biasa. Even someone ingat aku into this 'lifestyle'. Apa yang dimaksudkan dengan lifestyle tu pun aku tak pasti. Metal lifestyle? Tak tau la aku. Can somebody explain to me what is Metal lifestyle? Peminat kereta ada 'kereta lifestyle' ke? Peminat memancing ada 'memancing lifestyle' ke?

Diulangi... Aku hanyalah manusia biasa yang happen to like Metal music. End of story. Well, mungkin terlebih sikit dari orang lain dengan minat yang sama. Begitupun, tak perlu nak terkejut atau buat-buat terbeliak mata.

3. Adik lelaki aku dalam plan nak beli rumah. Dia sms aku dari Malaysia minta pendapat. Aku kata kalau mampu beli la. Kalau tak mampu, tak berdosa kalau tak beli rumah pun. Sewa pun boleh jugak. Aku tau pressure. Semua orang dok tanya, dah beli rumah? Kalau jawab tak, yang bertanya pasti terkejut atau buat mata terbeliak. Paling kurang pun mesti tanya, bila nak beli? Takde rumah (sendiri) ni macam end of the world la pulak. My parent pun semasa dok kerja dok kuarters je. Sekarang dah pencen, alhamdulillah, ada jugak rumah sendiri. Point aku, tak yah la la 'concern' sangat kalau takde rumah pun. It's not the end of the world. Take it easy. Jangan ikut orang tapi look at yourself. When you can, then you can. If not, then it's not.

4. Sambungan Rundle St. secara rawak part 1, lebihan dari siri tersebut. Banyak gak lagi belen-belen. Nanti aku godek-godek lagi kalau ada jadi la Part 3.


Deretan teksi menunggu klien. Kebanyakannya bermodel FORD atau HOLDEN (local car)

Arca popular. Tourist mesti ambik shot arca ni. Tak amik tak sah.

Fruits! Walaupun local tapi macam beli kat Malaysia juga harganya. Sebab? Buah tu murah. Upah pemetik yang mahal.

Australian post.

Myer. Ni standard macam Jusco la kot. Barang-barang yang hi-end sikit.

One of the lorong at Rundle St.

Rundle St. throughout.

One of the lorong at Rundle St.

Swinging Bowl roughly translated Mangkuk Hayun. Malaysian. Tokey dia, Azam. Kalau ada masa sesuai aku cadang nak interview dia.

Menu Mangkuk Hayun. Tak banyak sebab baru bukak. Maybe next time boleh masuk roti canai full menu. Teh tarik dah ada tu...

Saturday, July 12, 2008

IRON MAIDEN Holy Smoke 12" EP with poster

Front

Back

Poster size bapak besar, selit dalam LP. Tilam single bed tu saja buat perbandingan besar.

Atas permintaan peminat IRON MAIDEN tersohor, deafangel, yang ada 12" ni tapi takde posternya.

Ikut kata IRON MAIDEN commentary, single ni dirilis pada 10 September 1990. Dimana kamu ketika itu? Aku masih di Tingkatan 3. Tengah SRP.

Holy Smoke was the first Maiden single from the No Prayer For The Dying album, and the first single with Janick Gers in the band. It is also the first single following The First Ten Years box set, making it a bit rarer and harder to acquire. The cover picture features the familliar depth and symbolism of Derek Riggs, showing Eddie standing atop a mound of flaming T.V. preacher broadcasts (why not burn the preachers instead?) and about to smash the televised eye of big-brother religion. Maiden recorded a couple of cover tunes as B-sides for this one, after the variety of live tracks and re-recordings that rounded out the previous three singles.
1. Holy Smoke (Harris, Dickinson) - lagu berentak gembira ala-ala Can I Play With Madness. Even dalam videoklip pun lawak (lihat bawah). Berkenaan dengan TV sermon yang dikatakan cashing out of the pain of others.

2. All In Your Mind (Bromham) - was originally recorded by the British band Stray for their 1970 self-titled debut album. Lagu lembik. Tapi kalau dengar betul-betul memang ada bagi influence kat IRON MAIDEN. Dengar part awal sebelum vokal masuk. Err... ke pasal IRON MAIDEN yang main? heheheh...

3. Kill Me Ce Soir (Kooymans, Hay, Fenton) - This is a Golden Earring song from their album The Continuing Story Of Radar Love. Still lembik. Intro ada macam serupa feel dengan All In Your Mind.


Friday, July 11, 2008

ENCHANTED Vol. 2 - The Uprising, 5 July 2008, Penang

THE UPRISING adalah satu lagi metal gig yang dianjurkan oleh azwi (Predicate not Defined), bertempat di Soundmaker Studio, jalan jeti, Pulau Pinang. Tempat ini boleh menempatkan 200 orang pada satu-satu masa. Promosi melalui flyers dan internet telah dilakukan sebulan sebelum gig untuk menarik lebih ramai peminat metal umumnya untuk menghadiri gig ni.

Pada 5 july 2008, bermula 11pagi, band-band yang terlibat datang untuk sesi soundcheck. Antaranya Mandatory, Symbiotic In Teory, Flake Poison dan Psyrosix. Sesi tamat pada jam 2.10pm. Terdapat booth stuff-stuff seperti CD, zine dan baju band dijual di lobi. Terima kasih kepada Mizi dari War Shoppe kerana menyertai gig ini.

soundcheck

Tepat jam 3.00pm, Ceased War memulakan persembahan. Mereka banyak memainkan lagu dari Seputura dan juga lagu sendiri. Penambahan percussion menarik perhatian crowd yang beramai-ramai berdiri di depan stage untuk memberi sokongan. Satu persembahan yang mantap dan syabas buat Ceased War.

Ceased War

Band Progressive Rock dan Penang, Inersia-X memulakan persembahan kedua. Mereka menggantikan band Symphonia yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Crowd nampaknya teruja dengan kemantapan skill individu setiap ahli band memainkan muzik progresif. Beberapa lagu sendiri dimainkan dan mendapat tepukan gemuruh dari crowd.

Insersia-X

Seterusnya ialah SPIRAL BENEATH. Band yg berkonsepkan melodic death metal nih, dibarisi oleh beberapa org anak muda. Meskipun mereka nih bleh dikatakan agak baru di persada metal Penang nih, namun persembahan mereka kelihatan agak bertenaga dan lagu2 yg didendangkan berjaya menarik perhatian crowd utk terus headbanging tanpa sebarang sangsi.

WYNKEN DELIRIUM tampil sbg band keempat utk gig nih. Berkonsepkan groove metal, kugiran dr JB nih kelihatan begitu ceria sekali di atas pentas dan sentiasa berinteraksi dgn crowd yg berdiri di depan pentas. Mereka memperdgrkan beberapa lagu yg dipetik drpd rilisan terbaru mereka dan utk pengunjung2 terawal yg membeli tiket, diberikan promo cd mereka. Satu persembahan yang begitu menarik ditunjukkan dan membuatkan crowd puas.

DISSECTOMY mengambil giliran seterusnya. Sememangnya band nih sentiasa menjadi sebutan di Penang dan secara tidak langsung berjaya menarik crowd utk terus setia di hadapan pentas. Gelagat dan kepetahan bassist/vox band nih, secara tidak langsung telah berjaya mengeratkan tali silaturrahim antara band boys dgn crowd. Persembahan mereka begitu aggressive membuatkan crowd headbang setiap masa.

Dissectomy

PSYROSIX. Berkonsepkan technical death metal (meskipun tak guna drum mesin), 4 orang anak muda nih berjaya memecahkan kesunyian. Dlm keasyikan membelasah instrument masing2, tiba2 perfomance terhenti disbbkan tali gitar band nih putus. Sementara nk tunggu ambil gitar lain, para hadirin sempat menyaksikan sedikit drum solo drpd drummer band nih yg bg aku mmg berbakat. Gitar baru sudah dpt, dan mereka terus berhempas pulas bg menyemarakkan lagi semangat crowd yg dahagakan muzik yg aggresif. Crowd bertambah menggila lantaran permintaan mereka agar band nih memainkan cover song ORIGIN ditunaikan. Mmg tidak dpt dinafikan band nih sememangnya berbakat.

Psyrosix

Seterusnya band dari taiping, FLAKE POISON beraksi. Berinfluencekan Lamb Of God, mereka banyak memainkan lagu dari band tersebut disamping lagu sendiri yang tidak kurang hebatnya. Band ini berjaya membuat cowd bermoshpit walaupun terpaksa bermain dengan satu gitarist. Syabas diucapkan kepada Flake Poison.

Flake Poison

Band berikutnya, sebuah band yg begitu aktif terlibat dgn. gig terutamanya di kawasan utara. Tak lain tak bukan, PREDICATE NOT DEFINED. Kali ini kelihatan mereka tampil bersama gitaris baru dan beliau tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dgn bekas gitaris2 mereka sebelum ini. Seperti biasa, mereka mendendangkan lagu2 yg kebykannya dipetik dr album sulung mereka. Tak seperti biasa juga, mereka tidak melepaskan peluang utk memainkan cover song KREATOR iaitu lagu ‘Violent Revolution’. Rata2 kelihatan crowd hanya tercegat berdiri meskipun ada sekelompok peminat mereka yg berterusan banging sepanjang penampilan mereka. Tapi ini tak bermakna mereka nih tak bagus. Cuma bagi aku, corak muzik yg mereka bawakan ini masih boleh dikatakan style yg baru bg peminat metal tempatan.

Predicate Not Defined

Selepas rehat untuk waktu maghrib, gig diteruskan dengan persembahan kumpulan dari negeri sembilan, SYMBIOTIC IN TEORY. Dipengaruhi oleh band technical death metal seperi Necrophagist, Cynic dan Athiest, mereka memberikan persembahan yang begitu mengasyikkan crowd! Begitu tight, mantap dan teknikal sepenuhnya dalam setiap lagu yang dimainkan. Mereka juga membawakan lagu cover dari Death atas permintaan crowd. Jualan EP mereka amat memberansangkan memandangkan ini merupakan gig pertama mereka. Syabas dan diharapkan Symbiotic In Teory dapat membuat persembahan di Penang di lain masa.

Symbiotic in Theory

Band penutup untuk gig ini ialah MANDATORY. Sebuah band lama yang reunion untuk sekian kalinya. Di barisi zam, apit, fahmi, kimi, bassist(lupa nama) dan keyboardist(lupa nama), mereka memberikan satu persembahan yang cukup bertenaga dengan lagu-lagu terbaik dari demo dan album mereka. Ia amat mengubat kerinduan peminat-peminat tegar Mandatory yang ingin melihat mereka beraksi di gig sekali lagi. Mereka menjemput Tam (blind tribe) untuk bernyanyi bersama, seterusnya menghangatkan suasana. Satu demi satu lagu diminta oleh crowd membuatkan mereka begitu bersemangat.

Mandatory

Gig berakhir pada jam 9pm. Secara keseluruhannya ia berjalan dengan lancar. Syabas kepada organizer, band-band, crew dan juga kesudian crowd yang datang untuk memeriahkan gig pada kali ini. Terima kasih juga kepada media internet tempatan seperti metalterus, mentharas, jamtank dan sokongan ROTTW dalam gig ini. (Krenmaut takde ke? - Bentara)

Kredit picture to Azil (Dreamland)
Kredit text to Azwi & Mizal (Seed of the Dragon)

Thanks to the writers & photographer for their contribution. Got a gig report? Send them in!