Wednesday, July 23, 2008

Halal food anyone?

Kalau kat Malaysia, memang tak kisah. Banyak pilihan. Tapi kat negara non-Muslim macam Australia ni, pilihan jadi sikit dan the 'quest' for halal food pun bermula.

Halal tu tang mana? Tengok label halal pada pakej makanan? Check list of ingredients? Tengok kat minah bertudung yang kerja kat restoran yang tukang masaknya non-Muslim?

Cakap pasal minah bertudung jadi waitress ni, teringat kat Malaysia. Restoran-restoran yang sekali aku tengok agak was-was kehalalannya (antara lain jual arak dalam premis), yang jadi waitressnya, minah bertudung.

Setengah orang, tak payah nak check certificate halal. Minah bertudung sudah cukup untuk 'jamin' restoran tu halal. Aku perasan, makin ramai minah bertudung yang jadi waitress kat restoran-restoran macam tu. Bertambahnya minah bertudung jadi waitress, bertambahlah pelanggan yang Muslim. Formula berkesan yang mula disedari oleh tokey-tokey restoran sekarang ni.

Bagi yang jaga dengan makanan halal ni, bila sampai kat Adelaide pun jadi goyah. Alasannya, darurat.

Dulu kalau premis restoran tu jual daging babi, sah-sah jauhkan diri dari beli makanan kat situ walaupun menu selain babi, halal. Tapi di sini, liberal sikit. Balun saja. Kalau ada salat-salat babi camana? Apa ada hal, tak nampak. Yakin beb... yakin!

Dulu kalau tak lalu nak telan ayam sembelih pakai electric shock kat slaughter house. Kat sini, liberal sikit. Telan la juga. Mana nak cari ayam sembelih tangan (hand-killed) ni? Kalau ada pun, mahal.

Dulu tak tau pun apa istilah istihalah, sekarang pandai dan mula nak praktik.

Aku teringat suatu masa dulu masa tengah sembang-sembang dengan kawan pasal ayam halal ni, sorang pak arab dok join. Asal argumennya ialah satu kedai halal butcher kepunyaan mat saleh dan satu lagi kepunyaan Muslim. Dua-dua ada certificate halal. Mula dia tanya apa definisi sembelih? Lepas tu camana cara sembelihan dalam Islam tu. Gelabah gak nak menjawab. Maklumlah tak pernah sembelih seumur hidup huhuhu... anyway, point dia kata ialah halal certificate yang ada kat sini semata-mata duit je. Monitoring bukannya ada pun. Aku no komen. Aku tak tak tau hal sebenarnya so aku dengar je la kata dia tanpa prejudis.

Bila check laman web bab halal food ni macam mudah je. Yakin menghilangkan was-was. So kalau ada halal certificate tu, belasah je. Dah halal. Betulkan kalau aku salah.

Bila pegang pendapat macam tu, pengalaman di Malaysia, ada kes yang mana ayam patutnya halal jadi tak halal sebab sembelihan tak betul. Ayam mati masa kena electric shock sebelum sempat disembelih. Kecoh dulu apa? Ramai juga yang pakat beli ayam sembelih tangan ni. Yang larat, siap tunggu nak tengok penyembelih sembelih depan mata. Penyembelih pun dipilih. Yang rambut panjang seluar koyak tu kira penyembelih kelas bawahan la, takut-takut jenis tak solat maka takut-takut sembelihan tak sah... huhuhu... tapi kejap je la. Lepas tu balun balik.

Anyway, aku baru jumpa seorang sahabat ni. Local Australian Muslim. Dia baru start bisnes ayam hang-killed. Tadi baru dia deliver aku punya order ayam 3 ekor. Dia punya charge, AUD$6.50 per kilo. Aku dah order 3 ekor dan dia hantar terus ke pintu rumah. So kalau tiba-tiba korang yang di Adelaide ni rasa bersalah pulak makan ayam sembelihan kilang ni, boleh la kontek aku mintak no telepon sahabat kita ni. Lagipun apa salahnya sekali-sekala tolong sedara sesama Islam.

Err... apa eh point entry aku ni? Aku pun tak tau... kepala serabut ah!

7 comments:

  1. Anonymous8:46 PM

    part yang ni paling kelaka abis bila baca

    'Err... apa eh point entry aku ni? Aku pun tak tau... kepala serabut ah!'

    geli ketiak.hahah

    ReplyDelete
  2. Salam Bentara,

    Actually entri nie bagus, sebab bro sudah ada muhasabah dlm diri, niat untuk berubah, kalau dulu main balun jer, skrg dah ada self awareness, baguslah mcm tu....keep it up, bro.

    ReplyDelete
  3. Asalam,
    Tempat saya, "halal-line" dah flow-in, segala bahan halal mudah dapat, dan telah dikaji emulagatornya yang mana halal atau tidak, manakala syarikat disini pun diwajibkan menulis semua ingredients dia. Yang mana masih was-was, ikan dan vegi berlambak...dan yang mana masak sendiri selamat 100% insyallah.

    Jadi tinggal nak kejar syurga akhirat atau tak nak, tapi ramai nampaknya masih nak kejar syurga dunia...Jadi harap Bentara insyallah dapat bawa Jemaah Ostolia kesini, bantu usaha disini.
    (Jangan jemaah Langsuyr, terkejut orang masjid nanti...lawak aje)

    ReplyDelete
  4. lutfie,

    ceh ko ni memang tak tau mencari yang tersirat. Ada unsur2 Prototype, Iron Maiden dan Megadeth dalam entry aku ni ;)

    ---------------
    zulazahari,

    Iman turun naik tu sebabnya. Nak maintain tu yang payah. Always play along the 'boundary'.

    --------------
    zarzh,

    basically macam tu la kat sini. Tapi nafs punya pasal tu timbul alasan2 (termasuk aku la ni). Aku kalau bawak jemaah ke sana takut aku lak melencong hehehe... anyway, doakan aku!

    ReplyDelete
  5. Gua dengar dalam satu ceramah sorang ustaz tu,kalau tukang sembelih ayam tu kaki tak sembahyang,ayam tu pun jadi tak halal nak makan.Lu agak2 tukang sembelih ayam kat adelaide tu sembahyang tak?

    ReplyDelete
  6. important topik ni beb.
    nak kasi makan love ones tak senang..
    sumber duit kita dari mana, halal haram semua..

    sedap memang sedap sampai perut kembung tapi nanti jadi darah daging kalo benda hasil/sumber haram.. rabak siol nak jawab kat kubur

    ReplyDelete
  7. huzaifah,

    Penyembelih – orang Islam
    Niat atau qasad
    Berakal
    Memutuskan urat-urat tertentu – urat halkum dan urat mari’
    Alat sembelihan – seperti pisau.

    detail kat sini http://jaim.melaka.gov.my/ bahagian download lu cari nengok...

    ------------------
    deaf-angel,

    betul. Ada orang tak lalu telan babi tapi makan rasuah OK je.

    ReplyDelete