Saturday, July 26, 2008

Dah beli rumah?

Situasi 1

"Bro, gua nak beli rumah ah. Umur dah lanjut dah ni takut merempat pulak!" sms seorang sahabat gua dari Malaysia. Selalu gak gua bersms dengan sahabat gua ni bertanya khabar.

Sahabat gua ni bukan le tua pun. Umur tak cecah 30 lagi.

"Rumah RM90K, bayar RM500 selama 30 tahun." Sms seterusnya dari beliau.

Gua jawab, "Kalau lu mampu, beli la. Kalau tak mampu, duduk rumah sewa pun bukan berdosa."

"Lu boleh la cakap macam tu... Gua EPF masa pencen pun berapa je. Lu boleh la, EPF berjuta!" reply kawan gua nih. Ceh... memandai je speculate EPF gua. Gua pun tak tau berapa. Kalau ada pun jauh la macam langit dan bumi nak sampai juta tu.

Sahabat gua ni dirahsiakan identiti.

---------------------------------
Situasi 2

"Dah beli rumah?", tanya seorang sahabat.

"Belum", kata aku.

"Bila nak beli?" tanya dia balik.

"Entah..." aku jawab dengan malas.

--------------------------------
Aku rasa bab beli rumah ni, situasi biasa kot. Maksud aku, perbualannya. Orang macam aku yang masih menyewa ni selalu le kena tanya. Tanya je takpe, tapi bila jawab "tak beli" dan "entah" tu reaksi si penanya dengan muka terkejut, terbeliak mata tu yang tak tahan tu heheheh...

Macam kat ostolia ni pun kalau bukak suratkhabar, bab jual beli rumah ni dia punya seksyen punya la tebal. Orang ramai pun sibuk cerita pasal beli/jual/sewa rumah. Rumah pun melambung naik harga. Sampai tak mampu nak beli. Aku tengok harga pun terbeliak mata.

Aku bukan tak nak beli rumah. Tapi rilek ah dulu. Apa kelam kabut? Parent aku pun masa dok kerja dulu dok rumah sewa. Walaupun nasihat kat aku "Kamu dah kerja, cepat-cepat beli rumah, jangan jadi macam kami ni menyewa je." Tapi in the end, terbina juga sebuah rumah kat Sabak Bernam lepas pencen. All paid in cash guna duit pencen.

Lagi sorang sahabat pulak, dia ada tanah kat kampung. Masa kerja ni, dok menyewa. Ada duit lebih dia bina sikit-sikit. Dia kata, by the time dia pencen, siap la rumah tu. Dia kerja polis pangkat rendah je. Respek dia ni. Abis kerja, dia round satu kawasan surau dia kot jumpa budak-budak muda, dia ajak pi masjid waktu solat.

I guess, persamaan parent aku dan sahabat aku ni ialah mereka tak berhutang bab rumah. Kontra dengan trend masa kini, mari berhutang beli rumah!

Aku rasa disebabkan trend masa kini, ramai orang terkesan bab cara beli rumah ni. Seolah-olah that's the only way to buy a house (berhutang). Ataupun rasa dunia gelap gelita la sangat kalau tak beli rumah ni.

Aku rasa, aku nak try ikut jejak langkah parent dan sahabat aku. Kalau mampu la. Niat? Tak nak berhutang. Walaupun berhutang cara Islam.

14 comments:

  1. Anonymous3:13 PM

    - Tak semua orang yg keje goverment dan boleh dapat pencen berpuluh ribu ringgit

    - Hutang beli rumah tak salah , pasal kalau tak mampu , bank boleh ambik balik . Tak dibawak ke kubur .

    - Kalau ditanya perancang/penasihat kewangan , perkara utama yg dinasihat ialah beli rumah - kalau mampu bayar bulanan laa . Lagi satu dorang akan cakap rumah ni harta yg paling bernilai selain emas

    -Sewa rumah tak boleh modified bila mampu .

    - Sewa rumah hanya sesuai utk mereka yg bekerja yg selalu memerlukan pindah randah sebab tugas .

    - Harga rumah kat Malaysia takkan turun , ia akan naik dari masa ke semasa . Kenaikan Harga rumah kat Malaysia bukan berdasarkan spekulasi tapi berdasarkan pembangunan persekitaran . Kalau ada LRT/MRT/Kolej/Universiti harga akan naik dan terus naik .

    - Biasa kawan-kawan wa yg menyewa dorang tak beli rumah pasal tak mampu nak bayar duit muka rumah , kalau dapat bayar duit muka rumah , mmg akan terus beli rumah , tak kira laa berhutang ke , pasal berhutang dan menyewa ni lebih kurang sama , cuba kita buat math sikit
    - bayar sewa bulanan rm500 kat tuan rumah
    - bayaran bulanan utk bayar kat bank adalah sama dan kadang-kadang lebih rendah lagi.
    - malah memiliki rumah sendiri memberi kelebihan Dan kepuasan hati , janji boleh bayar bulanan .

    - Biasa orang yg suka menyewa dan bercita-cita nak membeli rumah cash ialah mereka yg ingin beli rumah yg lebih besar serta mempunyai kerja yg secure dan kewangan yg kukuh iaitu mampu membayar sewa dalm masa yg sama mampu menyimpan nak membeli rumah , atau mmg dijangka dapat durian runtuh pada hari tua cth pencen .

    - ini sangat jauh beza daripada golongan biasa yg hanya terpaksa kerja kuat pada masa muda , kerana hari tua tak dijangka dapat durian runtuh atau kewangan lain . Setidak-tidaknya bila hari menjelang tua , hutang bank dah habis .

    - Last sekali , kalau dah ada niat nak beli rumah dan mampu bayar muka rumah dan bayar bulanan - amat-amat digalakkan beli rumah . Tak kisah hutang atau tidak . Pasal menyewa ni pun lebih kurang sama berhutang , cuma tak terikat .

    ReplyDelete
  2. mm dan pikrama
    Thanks for sharing.
    masing2 kita ada fikiran sendiri pasal nak sediakan bumbung atas kepala.

    ReplyDelete
  3. Salam Bentara...pasal rumah, rasanya Azhar expert...dia Takaful punya line...
    Pada saya, terpulang kepada keadaan dan tentu pertimbangan. Contohnya diSri lanka, sesiapa yang menyewa rumah lebih dari 2 tahun, dia berhak membuat tuntutan keatas rumah tersebut, jadi penyewa kat sana meletakkan syarat, maksimum sewa hanya 2 tahun, jadi jenuhlah berpindah-randah macam nomad, kalau family kita gypsy tak apa..jadi hendak tanak, terpaksa beli rumah tak kira cash atau hutang.
    Kat Swiss...alamak, harga sebiji tandas pun sudah main ratus ribu ringgit, tambah kalau kat main-city...hendak tanak, bersewalah sehingga cucu-cicit.
    Manakala kat Malaysia, ada beli rumah hari tu untuk mak, tetapi mak la ni duduk dengan adik perempuan yang baru beli rumah, jadi rumah yang dibeli dulu...tinggal kosong...nak jual, sayang, tanah rezab Melayu...takut nanti tak ada lagi title tanah rezab Melayu, semua main pegangan 99 tahun...
    Pegangan 99 tahun? Tak tahulah samaada hidup untuk tempoh tu, tetapi zuriat nanti ada juga sesuatu....manakala ramai yang menanti nak menyapu habis tanah rezab Melayu...

    Maaf...terpanjang pula tulisan saya..

    ReplyDelete
  4. Pandangan aku yang bukan ulama.

    1.Paling baik beli cash kalau mampu
    2.Lebih baik beli rumah dari beli kereta
    3.Kalau nak berhutang, tanya hukum hakam dulu dengan alim ulama
    4.Istikharah beberapa rakaat
    5.Baca 10 kali QulhuAllah, Allah bina satu mahligai dalam syurga

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. pikrama,

    thanks for the insight.

    --------------
    deaf_angel,

    bila nak share lu punya konsep lak?

    --------------
    zarzh,

    biar betul harga mangkuk tandas pun macam tu? Tak nak ah dok Switzerland ;)

    --------------
    azharjaafar,

    boleh tak anta cerita sikit bab takaful ni?

    ReplyDelete
  6. Hahaha...harga ratus ribu mangkuk tandas tu, dikira dengan harga tanah untuk diletakkan mangkuk tandas tu...kalau setakat mangkuk tandas, percuma atau second-hand murah-murah pun boleh dapat...

    Tadi singgah sekejap diblog ni...
    masyallah banyak info tentang pinjaman dll dalam Islam...
    http://perbankankewanganislam.blogspot.com/

    - Kalau Bentara minat tanah rezab saya, bolehlah kita bincang-bincang, harga discount kawan-kawan...cuma tanah tu (berserta rumah), tanah bendang. Penuh pacat dan segala macam bahan nature. (location - dalam 50km dari Ipoh)

    ReplyDelete
  7. Takaful ni Islamic Insurance. Ada General Takaful & Life Takaful. Takaful bukan bank.

    ReplyDelete
  8. sebelum beli rumah dulu jenuh jugak kena gasak ngan family tambah2 ngan mentua .. ceh!

    asal duduk menyembang je "bila hangpa nak beli rumah?" ... jenuh jugak nak menjawab .. dah jadik macam menda yang mandatory pulak nak beli rumah ni .. gua paham maksud mentua gua tu tapi gua rasa macam belom tiba masanya lagi.. hidop tak stabil lagi

    tapi atas ape alasan ntah .. maybe gua dah hilang pertimbangan gamaknya, terbeli jugak le romah .. keh keh keh .. puas hati aku .. lantak la utang nak dekat 1k pun janji seme org pueh ati ..

    sekadar berkongsi cerita .. tapi memang bebal la kalo asyik kena soal menda yang sama asal balik kampung .. hampeh betoi

    ReplyDelete
  9. ermm pasal umah ni aku teringat kawan aku ni..dia mmg tak berutang ngan bank bli umah. Apa yang dia buat memula dia buat tapak umah..lps 1 thn dia tegak tiang umah..pastu lps 1 thn dia naik dinding umah..lps 1 thn lagi dia tegak bumbung pulak..lps 1 thn lagik dia pasang siling, tingkap & wiring..lps 1 thn lagik dia dah duduk itu umah.

    best aku ngk cara dia tu..sikit2 dia bikin..mmg respek aku kat dia..keje despatch jer..tp dia mmg jimat cermat..tp tak la sampai kedekut..yg pasti rezeki dia murah kot sebab dia suke belanja kwn2 makan..klu lpk ngan dia minum2 teh..mesti dia yg byr..aku rasa tu la amalan dia.. sapa tau umah dia tu asalnya studio dia jamming jadi umah tempat dia berteduh.

    ReplyDelete
  10. zarzh,

    tu tanah bendang macam hala Teluk Intan je. Kalau dekat2 ofis aku kat Tronoh mau jugak aku riki2.

    ----------------
    azharjaafar,

    oh sori aku tak tau dan tak ambil peduli selama ni. Nanti bila aku balik, boleh cerita aku secara detail. Selama ni aku tolak insurans je melainkan yang wajib (kereta).

    ---------------
    uncle_fly,

    ko beli rumah pasal tak tahan kena leter. Maksud aku, tak beli rumah sebab nak elak hutang (kalau mampu).

    ---------------
    matakucing,

    memang ada beberapa orang (walaupun tak kaya) boleh buat/beli rumah secara cash ni. Takde hutang2 dengan bank. Mungkin niat, usaha dan doa mereka untuk elak dari berhutang tu dibalas secara cash oleh Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  11. Anonymous9:58 PM

    gua ingat baik utang beli umah, dari pada utang credit card...

    ReplyDelete
  12. nslave, betul tu... credit card dah ada berapa banyak dalam dompet?

    ;)

    ReplyDelete
  13. Anonymous7:35 PM

    aku keje gomen guna kemudahan bli umah pki loan gomen pehtu untuk anak bini...mana tau aku gol tgh jln,at least anak bini ade tempat tinggal sndri...

    byar umah tetap bayar ...cd ori bli tpx bln harusssss

    ReplyDelete
  14. Anonymous4:31 PM

    bagi aku yg sukakan suasana & kedamaian kampung, aku bercita-cita nak buat rumah sendiri je. rumah impian kene la design & bina sendiri, betul tak. kalau congakan aku betul, buat rumah sendiri lg jimat. kat tpt aku ni tanah seekar bole dpt 20-30k. pastu guna la 100k utk buat rumah. baru 130k. kalau beli rumah, 140k dpt la rumah teres 3 bilik yg mcm besar sgt tp keta bole masuk 2 bijik je. duit 140k tu kalau buat rumah sendiri atas tanah 1 ekar pun cukup la, ada laman besar bole bercucuk tanam semua. keta nak parking berapa byk pun bole. selesa tu lg penting

    ReplyDelete