Beberapa tahun dahulu semasa aku merounda di sebuah shopping kompleks tersohor di Ipoh, aku singgah di sebuah kedai menjual bahan muzik. Kat depan tu ada longgokan kaset. RM1 each katanya. Sambil membelek-belek aku mengambil beberapa buah kaset. Murah beb. Bila lagi nak try. Kot-kot ada yang best ke.
Salah satu kaset tu, ialah Camel. Masa tu aku tak tau, Camel ni muzik apa. Mungkin funk. Mungkin pop Beatles. Yang nyata aku agak tertarik. Tu pasal aku beli. Murah.
That was the story camana I am hooked with Camel. Ia menjadi playlist aku di dalam kereta (aku takde kaset player kat rumah) untuk beberapa lama.
Tak sangka yang mereka ni statusnya, legendary! Yeap, Camel adalah sebuah band prog rock dari UK yang mencapai status legendary pada kelompok peminat muzik prog rock.
Album ini asalnya diterbitkan pada tahun 1973 (2 tahun sebelum aku dilahirkan) yang kemudiannya aku beli dalam bentuk CD, remastered dengan 2 bonus tracks (2002). Sejarah Camel agak panjang, bermula dengan Andrew Latimer yang memulakan band pada pertengahan 1960an. Ups and downs as always sebelum beliau ketemu dengan line up classic Camel yang merealisasikan album ini.
Suatu masa dahulu aku agak 'kagum' dengan pergerakan prog rock tahun 70an. Penuh dengan pelbagai jenis band yang pelik-pelik dengan idea-idea yang kadang-kadang tak masuk akal. Namun, kepelikan itu bukanlah aku minat sekadar mendengar dengan feeling awe. Yang sebenarnya ku cari ialah prog rock yang betul-betul melekat. Dan Camel adalah salah satu daripadanya.
Muziknya? Susah nak cakap sebab aku pun tak pandai bab prog rock ni. Yang pasti, ianya prog rock 70an. Tak heavy macam Heavy Metal. Tapi tak lemas macam pop rock. Yang menarik, atau boleh aku katakan sebagai kekuatan Camel ialah gandingan gitar Andrew Latimer dan organ Peter Bardens (mendiang) yang saling menyulam dengan indah untuk menghasilkan komposisi yang beautiful dan lazat! Melodi yang bersahaja dan kadang-kadang cheesy tapi oh, sungguh sedap menyelubungi gegendang telinga.
Album ini vokalnya sedikit. Mungkin atas paksaan supaya lebih accessible. Yang mahu diketengahkan ialah sulaman melodi bersama odd-time signature yang ketika begitu suka dieksperimentasi. Debut album yang begitu berinsipirasi dan mungkin sebab mereka berterusan dengan beberapa album sehingga muncul sebagai legenda dalam arena muzik prog rock.
1. "Slow Yourself Down" (Latimer, Ward)– 4:47
2. "Mystic Queen" (Bardens) – 5:40
3. "Six Ate" (Latimer) – 6:06
4. "Separation" (Latimer) – 3:57
5. "Never Let Go" (Latimer) – 6:26
6. "Curiosity" (Bardens) – 5:55
7. "Arubaluba" (Bardens) – 6:28
Bonus Tracks on 2002 Remaster
8. "Never Let Go" (Single Version) 3:36
9. "Homage to the God of Light" (Recorded Live at The Marquee Club) 19:01
CAMEL @ wikipedia
ermm camel eh..samala cam pink floyd, yes, rush, king crimson, frank zappa, Genesis etc. Ni muzik flow dia bebas, cam terapung2 pon ada. Tapi pada aku genre ni cam art music la sebab muzik dia (sesetengah orang la.. walaupon dia minat dream theater) susah nak telan. Lagi satu aku suka pasal ambient soundscape dia tu..melayang jer hahaha lagi2 klu ngk live pergghh nangis wa cakap lu.
ReplyDeletenak kena layan nih .. tak peronah teman dengo muzik prog rock nih ..
ReplyDeletecamel? tak penah dengar..
ReplyDeleteni british nye ke?
matakucing,
ReplyDeletegua ada kena demam prog rock ni dulu. Sampai pening lalat...
------------------
uncle fly,
kena cari album ni. Very rekomended!
-------------
deafangel,
Yeap British punya... tak tau pulak kot ada versi negara lain.
How to recognize progressive rock:
ReplyDelete•The band's first four albums are all about a blind albino who takes over the world
•There are three drummers in the band
•Each track is over 50 minutes long with a 10 minute Mellotron solo
•You have to listen to it twelve times before you finally "get it"
- sumber About.com
(no wonder la lagu King Crimson,Yes,The Moody Blues,Pink Floyd kena dengar banyak kali..baru boleh masyuk!)