Tuesday, April 08, 2014

Maksud Record Store Day (RSD)


Sebagai pendengar muzik tegar, anda pasti aware dengan RECORD STORE DAY yang disambut pada Sabtu ke-3 bulan April setiap tahun. Ia dimulakan sejak tahun 2007.

Tahun ini ia jatuh pada 19th April.

Salah faham pada penyambut RSD ialah kerana adanya perkataan RECORD dalam RSD, maka mereka meraikan vinyl saje. Sedangkan tidak begitu. Ia bukan meraikan vinyl. Ia meraikan sub-culture pembelian medium muzik fizikal (kaset, CD, vinyl etc). MP3 tak masuk dalam RSD RSD BUKAN EVENT MERAIKAN VINYL SAJA!

Dan lebih utama ia juga meraikan kedai-kedai fizikal yang masih tegar menjual medium fizikal ini walaupun jualan tidak memberansangkan seperti dahulu. Kedai-kedai ini bukan sekadar kedai. Ia adalah sumber asal kepada muzik yang anda dengar sekarang.

Berapa banyak kedai yang menjual muzik sekarang. Boleh kira dengan jari kan? Nak mencarinya pun susah.

Berapa ramai individu yang MASIH membeli muzik dalam bentuk fizikal *tersedak dan terbatuk*?

Berapa ramai individu yang apabila mendengar pengumuman dari artis/band kegemaran beliau, akan berasa teruja dan tak sabar-sabar menunggu rilisnya album tersebut dan menjadi orang pertama untuk membelinya dalam BENTUK FIZIKAL?

Berapa ramai individu yang selepas membeli album tersebut, berangan-angan untuk balik ke rumah dan mendengarnya dengan pelbagai posisi duduk, meniarap, terlentang sambil kedua tangan membelek booklet, inlay dan mengkagumi/mengutuk artwork album tersebut?

Berapa ramai individu yang juga membaca thank list, kredit album, endrosement dalam booklet, inlay album tersebut?

Soalan-soalan di atas adalah relevan untuk RSD. Bahkan itulah maksudnya RSD.


Dan soalan terakhir... siapa yang ada koleksi CD, vinyl, kaset etc yang dah rupa record store?

9 comments:

  1. Berapa ramai individu yang MASIH membeli muzik dalam bentuk fizikal *tersedak dan terbatuk*? - aku bangga sbb termasuk dlm golongan ni (bukan golongan tersedak/terbatuk)

    tapi soalan terakhir tu, aku rasa berteromber boleh jawab

    ReplyDelete
  2. Berapa ramai individu yang MASIH membeli muzik dalam bentuk fizikal

    - masih lagi... tapi cari band lama...CCR on the way full collection

    ReplyDelete
  3. mp3 tak masuk kikiki

    ReplyDelete
  4. Sejak dulu sampai skarang,beli kaset n cd mmg aku suka baca thank list,endorsement kat inlay..hehe

    ReplyDelete
  5. kita adalah generasi yang semakin pupus...hahaha...

    errr Ijau...kalau nak banding dengan tuan tanah...koleksi aku ciput ajer...:P

    ReplyDelete
  6. ni mula dorang support independent record stores gitu kat amerika pasal dah pupus.

    Iron Maiden tak sebut openly, tapi dorang dengan cara dorang sendiri endorse kedai independen kat England, Whats Records untuk setiap keluaran baru ngan kasi link kat official site. Cuma Whats Records order online dorang charge mahal so aku tak pakai dorang.

    aku rasa everytime aku beli latest products baru release tapi pakai ebay, aku support independent stores kecik2 tu la aku rasa haha. tak kira dari mana.

    ReplyDelete
  7. mm ngan ko nye musical taste yang varies, lain kali ko gi spore ko try gi roxy. Ni bukan kedai metal, ni semua pakaliao semua dari kuno sampai latest ngan benda pelik2 tapi kita boleh pegang kat tangan kita.

    ReplyDelete
  8. last beli dalam bentuk fizikal rasanya 3-4 tahun lepas kot. lariii...

    ReplyDelete
  9. aku ada dah rupa suku *mini record store* kot...hehe...kasi up gambo la bro...hehe

    ReplyDelete