Monday, April 07, 2014

CD vs Vinyl: Mana bagus sound kualiti berbanding kos?


Banyak debat mengenai ini. Tetapi secara saintifik, CD menang le dari segi berapa banyak detail an clarity yang anda boleh dengar. Vinyl menang dari segi warmth kata orang. Cuma untuk dapatkan warmth tu bukan boleh main pasang speaker, turntable dan amp dan anda akan dapatkan warmth tersebut secara automatik. Leceh punya kerja terutamanya kerana ia melibatkan sistem match dan upgrade yang MAHAL.

Pada saya, I don't buy the notation yang bila anda pasang je vinyl, taruk apa jenis turntable, speaker dan amp SUDAH TENTU sound vinyl tu akan lebih baik dari CD. I don't think ANY entry level turntable, amp dan speaker akan menghasilkan sound yang cukup bagus.

Kontranya, sistem CD yang minimal menghasilkan sound yang sudah cukup bagus dari segi deria dengar kita. Cukup dengan entry level CD player, amp dan speaker.

Saya rasa saya dah boleh buat perbandingan ini dari pembacaan dan juga pengalaman memiliki sistem entry level CD player dan turntable. Masa saya hadir hifi fest tahun lepas ada satu vendor main vinyl Metallica Black album dengan sistem yang agak boleh terbeliak mata tengok harga, soundnya tidaklah terbeliak telinga sangat. Rasa ada macam yang tak cukup.

Pada mereka yang berperasaan seperti saya, "eh... kata vinyl lagi sedap tapi apsal aku dengar CD lagi sedap?", sebabnya di atas le. Memang dari segi saintifik, clarity dan detail CD lebih (dan juga loudness). Untuk mendapatkan sound yang setara, memang le kena upgrade system and it is not cheap I tell you!

Lagi satu, oleh kerana asas sound itu berbeza untuk CD dan vinyl maka mastering yang dibuat fokus untuk medium tersebut saja. Contoh, satu album rilis dalam bentuk CD pada asalnya dan proses mastering dibuat, segala detail mastering itu fokus untuk CD itu. Jika beberapa bulan/tahun kemudian, mahu dirilis dalam bentuk vinyl, mastering baru harus dibuat jika tidak sound yang keluar dari vinyl tersebut tak akan mencapai kualiti yang diharapkan. MAJORITI vinyl rilisan terkini tidak ada mastering untuk vinyl.

Jadi, jangan le malu kalau anda hanya pendengar CD saja. Dan jangan gelojoh nak jadi vinyl enthusiast dengan harapan yang tinggi terhadap sound (jika bajet ciput).

Kesimpulan, untuk dapatkan output sound yang berkualiti:

- untuk CD, cukup dengan entry level saja.
- untuk vinyl, tidak cukup untuk entry level system. Perlu mix-match dengan kos yang tinggi. Dan vinyl yang dirilis pun ada macam-macam jenis untuk satu title yang sama, kena dapatkan pressing yang paling berkualiti.

Strategi saya ialah beli CD dulu kemudian kalau ada vinyl yang tak terlampau mahal berbanding dengan CD yang sama, belilah. Sebab vinyl ni ada kenikmatan yang lain (bukan sound).

*nota - ini mengenai sound against cost saje. Yang lain boleh bincang lain thread.

6 comments:

  1. dari segi kos pendengaran of course CD pasal aku cuma dengar lagu masa jalan kaki, dalam bas dan dalam tren zaman ni.

    Ngan cd, aku rip saje ke 320kbps mp3, aku pakai headphone Audio-technica dan aku puas hati.

    nak convert Flac, impossible size nak sumbat.

    ReplyDelete
  2. i'll stick with CD camp...

    ReplyDelete
  3. Setakat ni sound vinyl yang sedap di dengar ialah..album2 picture disc iron maiden..heheh

    ReplyDelete
  4. sama macam deaf.... nak layan masa outing... convert ke Ipod lee...

    ReplyDelete
  5. cd...lebih murah dan senang nak bawak kesana sini...lagi pun aku bukannya seorang audiophile...

    ReplyDelete
  6. why you want to waste your money buying music? You can listen it for free on youtube or download it hahaha


    http://pckokak.blogspot.com/2014/04/cd-vs-vinyl-or-digital-vs-analog-or.html

    ReplyDelete