Tuesday, March 25, 2014

Ulasan: CAKERAWALA promo 2014


CAKERAWALA asalnya adalah sebuah band projek Az Wie (Predicate Not Defined) yang baru berusia setahun jagung. Tetapi setahun jagung yang berisi. Kerana dalam masa setahun, CAKERAWALA telah berjaya mengeluarkan ep ini. Ini adalah memang cara kerja beliau, produktif dan tidak buang masa. Idea pun dari beliau juga, mengiklankan tentang projek ini yang tidak berapa lama kemudian dijawab oleh beberapa pemuzik. Selainnya adalah sejarah.

Empat buah lagu yang ditawarkan adalah mantap baik dari segi gubahan, permainan mahupun produksi yang menjadikan Death, Metallica, Pantera, Kreator dan Megadeth sebagai pengaruh utama. Bermula dengan rakaman gedik pelakon porno Jepun Maria Ozawa (lagu bertajuk Ozawa) dan berterusan dengan track Algorithm, Ressurect Thy Nation dan Defeat The Purpose. Keempat-empat lagu ini menjanjikan melodi dan teknikaliti yang agak sukar untuk didapati pada band underground tempatan.

Walaupun saya mengakui bahawa promo ini mantap pada perenggan yang di atas tetapi saya tidak boleh mengelak untuk teringat kepada band Az Wie, PND. Pada hemat saya, oleh kerana gaya muzik yang dibawa CAKERAWALA adalah dalam anggaran yang sama dengan PND, maka agak sukar untuk membezakan kedua-duanya. Lebih-lebih lagi Az Wie mengambil posisi yang sama, gitar dan vokal.

Mungkin jika kita cukup teliti, kita dapat membezakan antara kedua band tersebut tetapi itu bukanlah kehendak kita. Mungkin juga ini tidak disengajakan kerana band pun baru setahun jagung - identiti belum terjumpa. Mungkin Az Wie boleh melepaskan posisi vokal beliau dan mencari vokalis yang lain? Tetapi jika anda mahukan sesuatu yang bukan dari kebiasaan band metal underground tempatan, saya tidak was-was untuk mengesyorkan CAKERAWALA.

Email
Facebook
Reverbnation

3 comments:

  1. Did someone mentioned Maria Ozawa? Hahaha

    ReplyDelete
  2. Aku pernah tengok PND ni main.
    Dorang siap bawak lagu Rainmaker.

    ReplyDelete