Thursday, March 27, 2014
Ulasan: CATAGAXIAN Painless 2014 EP
CATAGAXIAN adalah satu lagi nama baru dalam arena scene metal tempatan yang berasal dari Penang. Disebalik logo yang memberi gambaran bahawa band ini adalah band grindcore tetapi telahan itu jauh sekali tersasar. Sebaliknya CATAGAXIAN adalah sebuah band melodik death metal yang mengingatkan kita kepada muzik death metal tempatan di pertengahan tahun 90an dahulu. Melodik kemelayuan dengan suntikan dari negara Greece.
Ada empat buah lagu di dalam EP ini. Kulit luarnya dicetak di kilang tetapi agak malang pula CDnya sekadar CDR. Walaupun matlamat CD atau CDR itu sama, namun nilainya berbeza. Jika ianya adalah CD yang memang dicetak di kilang khusus untuk EP ini, maka nilai dan martabatnya lebih tinggi. CDR ni sekadar buang-buang je sekarang ini.
Dari segi produksinya, tidaklah melampau jika dikatakan ia sebagai lebih baik dari purata yang ada. Nak pula yang buat mastering adalah Dark-E (Sil Khannaz) yang semenjak dua menjak ini menjadi kejaran banyak band untuk khidmat beliau.
Empat buah lagu yang ditawarkan boleh dikatakan mempunyai kualiti. Walaupun nama band ini baru didengar tetapi wujudnya sejak 1999 lagi dengan nama Rasian. Maka tidak hairanlah, lagu-lagu yang ditawarkan menunjukkan kedewasaan dan hasil dari bertahun-tahun berlatih dengan instrumen. Cuma saya agak tidak berapa berkenan dengan solo gitar yang diletak merata-rata lagu. Bukanlah untuk mengatakan solo gitar itu tidak bagus tetapi apabila terlampau merata-rata, tarikan untuk mendengarnya menjadi kurang. Biar berpada, tetapi orang mengingatinya note by note.
Band 3-piece ini ketiadaan drummer, maka bunyian drum menggunakan perisian drum yang kedengaran primitif jika dibandingkan dengan teknologi yang ada sekarang. Namun kita bersyukur kerana pada lagu Overture 666, mereka menggunakan drummer tersohor belah utara, Azim dan pada lagu Painless menggunakan seorang drummer yang tidak saya kenali, Azzrien. Yang leceh, bunyi drumnya berbeza yang memberi kesan kepada keseluruhan persembahan EP ini.
Akhir kalam, saya berkira-kira, persembahan CATAGAXIAN boleh dimantapkan lagi kerana "lama"nya mereka dengan instrumen itu sudah memberi banyak kelebihan. Mungkin dengan cara mencari drummer yang kekal dahulu akan memberi kesan yang besar kepada pembikinan lagu CATAGAXIAN pada masa akan datang.
https://www.facebook.com/catagaxian/info
http://www.reverbnation.com/catagaxian/songs
Tak ada link website/blog/facebook page ke utk band ni doc?
ReplyDeletelawa cover cd
ReplyDeleteAdi herman,
ReplyDeleteboleh usha2 band kat sini..
https://www.facebook.com/catagaxian/info
dan
http://www.reverbnation.com/catagaxian/songs
Penang? em, nice..
ReplyDelete