Friday, March 21, 2014

Ulasan: MEOR Redup


Pengguna dan pelepak KL Sentral sudah pasti akan biasa dengan seorang brader yang berbusking di dalam bangunan tersebut. Saya bukan orang KL tetapi agak kerap (secara relatif) menggunakan KL Sentral dan biasa terperasan dengan brader ni. Cuma, kali ini saja saya sempat berhenti sejenak dan membeli CD yang dijual. Nyata, apabila transaksi berlaku, nampak wajah gembira terbit dari raut wajah beliau.

Meor bukanlah nama asing. Asing bagi orang seperti saya. Beliau sudah lama dalam 'scene' muzik tempatan. Cuma radar muzik popular tidak mengenali atau tidak memperdulikan beliau. Mungkin itu bukan matlamat Meor. Jika ia adalah matlamat, beliau tidak lama dengan usaha ini. Sebaliknya beliau konsisten dan berhati waja.

Album ini adalah album akustik gitar. Saya difahamkan bahawa genre-nya adalah folk music. Ia bukan muzik yang asing tetapi asing kepada peminat muzik kerana ia memerlukan sedikit intelek untuk menghayatinya. Selain dari gaya permainan akustik gitar tetapi juga berkait dengan lirik dan mesej yang disampaikan.

Disebabkan hanya sebiji gitar yang menemani vokal Meor di sepanjang album ini, ia memberikan suasana yang intimate. Seolah-olah anda mendengar Meor mengalunkan lagu-lagunya 1-lawan-1 betul-betul di hadapan anda. Seolah-olah Meor menceritakan liriknya dalam bentuk berlagu. Seolah-olah Meor cuba memberi nasihat. Seolah-olah Meor cuba menyuntik pandangan beliau. Semua itu berlaku di hadapan speaker. Dengarkan lagu Kita Manusia, Inilah Ceritanya yang dinyanyikan dengan penuh emosi. Untuk siapa lagu itu ditujukan sebenarnya, kita tidak tahu tetapi ia begitu menusuk ke sanubari, menyangka memang ia sebenarnya ditujukan kepada kita.


Oleh sebab itu, saya tidak mengharapkan apa-apa yang "pop" dari rilisan ini. Sebaliknya saya mengharapkan sesuatu yang grand atau kalau ia tidak menjurus ke arah grandeur-ship itu, saya mengharapkan sesuatu yang halus. Nyata, kehalusan adalah tawaran beliau. Grandeur-ship itu bukan dalam bentuk fizikal CD ataupun produksi tetapi bagaimana muzik beliau lahir, iaitu dari jiwanya.

Support real talent!

Dapatkan album ini di KL Sentral atau pesan terus melalui laman http://www.pestajiwa.net/jualan-album-meor/



4 comments:

  1. Banak rilisan bro Meor saya ada tapi yang ini belum ada lagi...rasanya ini rilisan terkini. Kena beli ni.

    ReplyDelete
  2. Typo.....banyak...sorry hehehe

    ReplyDelete
  3. menarik.. dia pun ada keluarkan buku terbaru, Sembang Kehidupan..

    ReplyDelete