Monday, July 15, 2013
Ulasan: MEGADETH Super Collider
Saya telah memberi kata dua kepada Mustaine, untuk album terbaru, Megadeth patut mengubah sedikit rentak dari kelajuan Thrash kepada melodi post-Thrash seperti album Countdown, Cryptic dan The World Needs A Hero. Seolah-olah kata dua itu dibaca oleh Abang Mus pula kerana album ini memang menurut kehendak saya. Untuk ini, saya ingin ucapkan terima kasih. Sudah-sudahlah dengan kelajuan sejak album The System Has Failed (2004) lagi.
Pada sebahagian peminat tegar (atau tak tegar), memelodikan Thrash seperti album Countdown dilihat sebagai sell-out. Tolonglah. Sell-out ialah album Load dan Reload. Risk bukan sell-out tetapi seperti tajuk album, ianya adalah risiko. Lulu adalah jauh dari risiko, ia menghampiri kebodohan. Mereka ini semua sudah salah definisi.
Super Collider dimulakan dengan lagu Kingmaker (10/10) yang begitu catchy baik dari segi melodi, rentak mahupun lirik. Ianya padat dan mantap dalam kesederhanaan laju. Intipati liriknya pun menarik - sesuai dengan sifat redneck Abang Mus dalam pemahaman politik beliau. Super Collider (9/10) lebih perlahan dan menghampiri American rock bunyinya tetapi mencabar range suara Abang Mus yang perlu menarik lebih panjang suara dan melodi beliau. Rileks tetapi bergaya pada chorus. Sangkaan kita ia adalah berkenaan dengan eksperimen Higgs Boson walhal ia adalah mengenai hubungan dua jiwa yang berbeza. Cerdik!
Burn! (9/10) dimulakan dengan bunyi gitar ganas dan solo berapi Abang Mus secara spontan yang kemudiannya dibaluti dengan rhythm henjut bahu. Chorus yang catchy juga. Built For War (8/10) adalah childish dari segi liriknya; macho memperagakan penumbuk - ada kaitan dengan karate-chop Abang Mus. Salah satu lagu yang paling laju dalam album ini. Highlight solo Abang Broder dalam lagu ni.
Off The Edge (6/10) adalah ciplak kepada semua jenis lagu note phrygian popular seperti lagu Sails of Charon (Scorpions) dan Powerslave (Iron Maiden). Juga merupakan lagu yang agak simple jika ditambah lebih riffs pasti jadi lebih menarik. Dance In The Rain (8/10), bersesuaian dengan liriknya yang agak pessimis dan apokaliptik, menawarkan rentak yang gloomy tetapi pada chorusnya memberikan harapan.
Beginning Of Sorrow (6/10) walaupun menggunakan suara latar dari artis jemputan tetapi saya rasa ianya adalah sebuah lagu filler. Agenda utama artis jemputan itu adalah sebagai pemanis tetapi tak manis pun. The Blackest Crow (7/10) dimulakan dengan bunyian muzik country dan yang paling best, Abang Mus mencuba vokal beliau dengan rentak country sebegitu. Mungkin ada yang kerut dahi tapi cuba bandingkan dengan country Hetfield, anda pasti akan lebih senang mengiktiraf keaslian vokal Abang Mus dari teranan Hetfield.
Forget To Remember (7/10) adalah cubaan Abang Mus paling melodik dalam album ini. Ianya kelihatan lebih "muda" tetapi kematangan groove dalam chorusnya memang susah hendak dicari perbandingan. Kekuatan vokal beliau adalah sesuatu yang perlu band "muda" perlu beri cabaran yang lebih. Don't Turn Your Back (6/10) ada sekadar sebuah lagu filler, end of story. Dan akhirnya cover dari Thin Lizzy, Cold Sweat (7/10), adalah pilihan bijak tidak seperti lagu These Boots dan I Ain't Superstitious.
Purata album (ambil semua markah dan bahagi 11) adalah 7.5. Ia adalah album yang mantap walaupun tidaklah membuat kita melonjak kegembiraan mendengarnya. Abang Broder pun lebih meyakinkan solo beliau tak terlampau shred tetapi memberi perhatian kepada melodi seperti gitaris-gitaris sebelumnya. Ini menempatkan Megadeth sebagai masih relevan sekarang dan memainkan 3-4 lagu dari album ini dalam siri tour mereka tidaklah membuatkan peminat mereka jadi marah.
Paragraph kedua post ni terbaikk haha
ReplyDeleteUlasan album Thirteen belom lagi kan?
ReplyDeleterisk (versi asal, bkn versi remastered) antara super album megadeth yg terbaik (mengikut konsep)
ReplyDelete13 & SC ni blm ada dlm koleksi lg...
You know, sedap dengar Crush 'em pagi-pagi ni.
ReplyDeletekomen menarik...buat tergerak hati nak beli petang ni jugak...
ReplyDeleteteringat masa tingkatan 3, bekas awek bagi kaset Risk kat saya masa lepak di sarawak plaza,kuching... tanya kenapa bagi sy? dia kata takleh masuk.hahaha
ReplyDeletekena beli nih
ReplyDelete
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=zo2rRtswvTs
bang ben dah dengor yang Deluxe version punya? All I Want + A House Divided, saya suka A House Divided. Asyik dan enak hihi
ReplyDelete