Tuesday, July 16, 2013
Ulasan: THE BEATLES Please Please Me (1963)
The Beatles adalah fenomena muzik sepanjang zaman. Yang bersama dengan The Beatles sejak awal sudah dapat merasainya sejak single pertama Love Me Do dirilis pada tahun 1962. Diberitakan oleh seseorang pada awal sejarah persembahan mereka, jika pengacara mula menyebut nama John dan Paul untuk memperkenalkan band seterusnya, tepukan gemuruh akan mengiringi nama mereka. Nama mereka. Belum diberitahu pun nama band. Ini menunjukkan fenomena ini sudah bermula di kalangan pemuda pemudi di Britain tatkala rekod yang boleh dijual ketika itu adalah rekod easy listening instrumental dan nyanyian yang sophisticated. The Beatles memudahkan cara pendengaran dengan muzik pop yang bersahaja.
Produser, George Martin juga tidak mendapati apa-apa masalah dengan The Beatles kerana mereka datang dengan pakej lagu sekali terima kasih kepada gabungan penulis mantap John dan Paul. Sebab itu keseluruhan album ini dirakamkan dalam masa lebih kurang 25 jam saja dengan 8 dari 14 lagu adalah hasil ciptaan kombo tersebut. The Beatles memberi contoh kepada generasi muzik seterusnya tentang prinsip DIY. Bukan saja mereka menyediakan lagu-lagu bahkan konsep album, muzik latar, sediaan melodi vokal yang menyebabkan hasil mereka sangat original pada ketika itu dan tidak menyendeng kepada mana-mana produser. Produser sekadar merealisasikan agenda mereka.
Walaupun fenomena ini agak lewat untuk menyeberangi pasaran besar di US tetapi album ini bak kata orang adalah force to be reckon with. Elemen agresif dan gelora nafsu pemuda pemudi dapat dirasai dari lagu pertama lagi, I Saw Her Standing Her yang penuh dengan nafsu itu menjadi juadah biasa The Beatles untuk tahun-tahun mendatang yang menyebabkan The Beatles dicop sebagai muzik syaitan oleh golongan tua.
CD ini menampilkan 14 lagu dalam bentuk stereo kecuali dua lagu Love Me Do dan P.S. I Love You. Cara rakaman produser pada asalnya memang memberi ruang untuk stereo dihasilkan kemudian. Ini adalah kerana pasaran muzik pada ketika itu terdiri dari dua, mono yang lebih popular disebabkan hardware yang lebih murah sedangkan stereo hanya tertumpu kepada hifi enthusiast. Ketika penggeledahan untuk versi remaster ini didapati bahawa sumber asal Love Me Do dan P.S. I Love You sudah musnah, dan walaupun bunyi stereo boleh dihasilkan dari sumber mono yang masih ada tetapi kualitinya tidak sama (dipanggil sebagai fake stereo). Oleh itu, keluaran ini mengekalkan bunyi mono untuk kedua lagu tersebut.
berita baik buat bro FaizalSkudal
ReplyDeleteFaizalSkudal... YNWA.
ReplyDeleteRachun untuk FaizalSkudal...kah kah kah...
ReplyDeletepatutlah asyik tersedak aje... apapun terima kasih buat review... album ini saya ada!...hahahahaha
ReplyDeleteReview yang baik. Saya juga penggemar muzik The Beatles. Album pertama The Beatles yang saya miliki adalah album kompilasi yang bertajuk '1' pada tahun 2001.
ReplyDeleteYang latest packaging ni,
ReplyDeleteAku terpesona ngan rubber soul dan revolver. Best giler ni dua album.
Ni dua pada aku in between zaman pop yeh yeh dorang ngan zaman serious dorang.
ini album beatles zaman pop yang masih berusaha nak tembus masuk US
ReplyDelete