Dari segi luaran, aura DS Najib tak le begitu
kuat. Terutama apabila public speaking. Aura dia bila public speaking
kadang-kadang tak lalu saya nak tengok. Ikut kata seorang kawan, like a
retard. Dia tak selancar Tun Mahathir yang mempunyai
aura yang berbeza. Kalau letak dia lecture kat Putrajaya dan Tun
Mahathir kat Shah Alam pada malam dan masa yang sama, saya rasa ramai
lagi yang akan pergi tengok Tun Mahathir.
Tapi cara kerja dia
dan vision dia alhamdulillah. Dengan GTP - Government Transformation Programme dan ETP Economic Transformation Programme nya (sila baca, kalau
nak baca tapi nak terbiar ignorant, lantak komer). Lain macam punya
best. Kita jadi semangat apabila kita nampak aspirasi beliau untuk
mensejahterakan negara. Banyak tindakan beliau yang kurang popular
dengan penyokong dia pun, dia tetap buat. Even tindakan yang seolah-olah
nampak dia menjilat kembali ludah yang orang lain dalam BN dulu. Ini
dilihat sebagai satu kelemahan oleh sebahagian orang hatta dalam
kelompok dia sendiri. Tapi pada saya ini adalah kekuatan untuk mengubah,
apabila masanya sudah tiba untuk berubah.
Dalam pendidikan
IPT dan usaha beliau untuk memartabatkan IPT di mata dunia. Beliau
banyak membantu dan menggalak. Student undergraduate diperkenalkan
dengan sistem Outcome-Based Education (OBE). Saya balik2 dari PhD pada
tahun 2010 kena belajar sistem baru ini yang secara amnya menambah masa
para akademik untuk beri perhatian khusus dengan matlamat untuk menambah
baik sistem pendidikan IPT. Sampai sekarang masih ada segelintir para
akademik yang merungut. Dalam bidang research, jutaan RM ditabur kepada
IPT yang top dalam negara untuk memperhebatkan lagi innovasi. Dimana
pada 5-10 tahun lalu, penulisan akademik tidak dititikberatkan, sekarang
penulisan akademik adalah WAJIB - publish or perish istilahnya.
Sekarang setiap IPT semua berlumba-lumba untuk jadi the best. Para
akademik tak cukup tangan dan masa nak kejar semua KPI yang telah
diletakkan. Serius!
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu
sekarang dan mudah untuk dieksploit dari luar (lihat kejatuhan gergasi
ekonomi Euro), beliau terpaksa buat kaedah supaya rakyat tidak terlampau
terasa efeknya. Yang tak berupaya dibantu lebih, yang boleh maintain tu
dikurangkan sikit allocation dan pada masa yang sama terpaksa pikior
untuk maintain all the foreign investments, developing new
opportunities, maintaining the current successful bisnes. Tambah pulak
BR1M, klinik satu Malaysia, kedai satu malaysia, supports for SME etc...
kalau bagi ni kat orang Korea, aku tak tau le apa akan jadi dengan
kemajuan negara in 5 years time, kalah Singapore kot? Tapi beliau dan
saya faham - majoriti kita ni walau diberi 1st class facilities, 3rd
class mentalities tu susah nak buang, sebabnya tak tau le, dah sebati
kot?
Dan paling leceh nak menjawab bisnes entities yang asalnya
gov support tapi disebabkan CEO, Direktor (all the top top people in
the company) tak mampu nak bersaing or bad business decisions menjadikan
bisnes rugi atau jatuh bangkrap. So what to do? Campak depa masuk
lokap?
Bini dia kena dok maki hamun jangan kira.
Syiar Islam, alhamdulillah, elaun-elaun pekerja agama dinaikkan.
Institusi keagamaan diperbaiki. Ahli agama diberi pengiktirafan istimewa
dan mereka diberi pentas-pentas untuk beri kuliah WALAUPUN
kuliah-kuliah yang diberi terkena pada lubang hidung dia sendiri. Tetapi
takde pulak dia buang ustaz-ustaz yang komen tu. Still maintain.
Spesifically kepada metalheads, korang tau tak fatwa haram black metal
tu adalah antara fatwa yang diwartakan tapi tak dikuatkuasakan? Korang
tau tak, ikut kata akademik yang buat kajian tentang ini, TIDAK ADA
SORANG PUN, pemuzik black metal yang kena tahan masuk jail pasal langgar
fatwa. Sebabnya, pengkaji-pengkaji akademik telah buat kajian sampai
tahap PhD tentang hal ini dan hasil mendapati bahawa maklumat yang
didapati ketika fatwa dibuat adalah tidak mencukupi dan adalah TIDAK
ADIL jika tindakan diambil tanpa fakta dan bukti yang kukuh. Sampai
sekarang kajian masih dibuat. Infact dapat geran pun dari gomen untuk
teruskan study. Dah berapa tahun tu bro? Kurang-kurang dah 12 tahun
kajian tu dibuat since the first wave melanda negara kita.
Itu
tak kira lagi tentang pelbagai ALLEGATIONS (extra emphasis here) yang
bertubi-tubi dok datang, kiri kanan, depan belakang yang SELALUNYA
(extra emphasis here) takde case pun. Beliau terpaksa pikir, nak jawab
pun, sesetengah orang tu apa jenis jawapan pun dia tak kira sebab hati
sudah kena cengkam - ATAU - leave it to the people to think for
themselves and make doa DAN (extra emphasis here) meneruskan agenda
transformasi beliau. Banyak pun dah allegations yang dijawab (debunk)
kat internet tu, kalau rajin cari dan baca le lepas tu buat penilaian
sendiri. Remember VISION 2020 is just around the corner. Dia ada berapa
tahun je nak capai matlamat ni. He has to prioritize, for himself or for
his nation. Obviously, he selected the nation.
Of course,
kalau allegations tu salah sape yang untung? Dah tentu le dia yang
untung. Tapi kat akhirat le. Yang rugi, yang buat allegations tapi ye
le, itu RASA saya le sebab kat akhirat nanti bukan demokrasi. Allah swt
jua yang Maha Adildan Menghakimi.
Oooppss panjang pulak. Saya
bukan le pemuja dia ni. Lecture dia tetap saya tak nak tengok sebab
seriously, he is not a good speaker. Ajak debat? Jangan harap. Mesti
tergaru-garu punya.
Tapi BASE ON HIS WORKS AND PLANS AND
TRANSFORMATION PROGRAMS (extra emphasis here), tabik hormat kepada
beliau. Saya harap pengganti beliau akan dapat menampung kekurangan yang
ada pada beliau dan meneruskan program-program beliau dengan
fine-tuning untuk mencapai wawasan 2020. Pengganti syaratnya kena terer
public speaking dan debat le, kot.
Finally brothers/sisters of
metal sekalian, saya menyeru anda untuk buat kajian dengan minda
terbuka. SUNGGUH-SUNGGUH before you vote. Seperti yang anda tau, tahun
1999 saya adalah hardcore reformasi dan sekarang saya menyokong BN
dibawah kepimpinan DS Najib. Kenapa? Antaranya seperti yang saya tulis
kat atas tu le.
Apa yang kurang itu adalah kelemahan saya dan apa yang baik itu hanya dari Allah s.w.t.
Najib pernah jadi menteri pendidikan dulu, sbb tu da ambik berat pasal pendidikan especially IPTA atau IPTS di Malaysia ni, pasal public speaking, memang beliau xda bakat dan kdg2 kurang menyakinkan...but action speaks better than words right? Btw, aku bukan mat metal, aku poser hahaha
ReplyDeletepergh... adi poser... unlike!
ReplyDeleteErk haha aku tak true! Haha
ReplyDeletetapi aku ingat lagi masa dia jadi menteri pendidikan, rambut budak sekolah semua kena style jarhead sebab sebelum tu dia menteri pertahanan (1990-1995) jadi dia terbawak gaya askar tu masuk sekolah. of course aku yg tengah layan metal time tu amat menentang gagasan baru kementerian pendidikan masa tu. aku nak merasa simpan rambut. hahahaha
ReplyDeletePublic speaking Tun Mahathir dengan Sukarno memang antara yang terbaik dan diakui dunia!
ReplyDeletebagus post ni...
ReplyDeletei like.