Friday, May 03, 2013

Dilema Mat Metal nak pergi mengundi PRU13

Tulisan ini ditujukan kepada metalheads yang meletakkan hukum Islam melebihi faktor lain dalam undi mereka.

Bro, kita sama-sama pergi tengok gig. Time maghrib, organizer stop kejap untuk bagi kita masa untuk tunaikan solat. Time Asar walaupun organizer tak stop, kita pergi juga tunaikan solat. Walaupun jauh surau tu, dan walaupun kadang-kadang terpaksa tinggal band yang kita nak tengok, kita pergi juga. Kadang-kadang kita bersaing pergi sekali, kadang aku terserempak dengan ko baru balik dari surau dan aku baru nak ke surau. Apapun, kita berdua telah tunaikan kewajipan kita. Kita mempunyai pemahaman yang sama, iaitu gig le camana pun, datang le band setan macam mana pun, solat tetap solat. Prinsip ni kita pegang sampai mati, insyaAllah.

Pada masa yang sama kita juga tengok kawan-kawan kita, yang tak tunaikan solat tu. Dalam hati, hanya Allah swt le tau. Walaupun kita tak sedap hati dan meronta-ronta nak ajak depa sekali, tapi tak terkeluar dari mulut kita ajakan itu. Tapi kita tau, perbuatan kawan-kawan kita tu tak betul. Kompem tak betul. Bukan depa tak tau yang solat itu WAJIB. Soalan pertama yang akan ditanya ialah solat. Solat out, semua amal out! Tapi walaupun besar ya amat punya kewajipan solat tu, kita masih tak mampu nak keluar dari mulut ajak. Yang mampu kita ajak ialah kawan-kawan yang kita dah kenal tak tinggal solat. Itu pun kadang-kadang bisik-bisik atau pakai isyarat je. Kenapa bro… kenapa?

Sebabnya, mungkin le, aku boleh cakap untuk diri aku je, kita nak jaga hati kawan-kawan kita tu. Tak mau muka mereka berubah, tak mau mereka jadi tak selesa bergaul dengan kita. Macam-macam prasangka kita. Kawan-kawan kita tu, bukan orang lain. Setengahnya separuh hidup kita dah bergaul dengan depa. Tidur pun kadang-kadang sebantal. Jamming sekali berpuluh tahun pun ada. Tapi yang pasti, walaupun depa ni melakukan kesalahan yang amat besar dalam agama, kita sayang depa. Mana tak sayang bro… sape lagi kawan baik. Depa le! Bergelak ketawa tepuk tampar semua dengan depa ni le… Memang le kita ada kawan kat surau tu yang tak metal, tapi takat kat surau je le mungkin.

Dakwah kita pada solat terhadap kawan-kawan kita sebenarnya kita tak buat. Honestly, kan? Sebab kita rasa kita takde kemampuan. Segan, malu takut cas bagus dan macam-macam lagi le. Kita selalu guna hadith paling lemah iman ialah benci dalam hati kalau tak boleh ubah dengan tangan tu. Lepas tu kita rasa, setel. Tanggungjawab selesai.

Bro, dalam politik ko sokong PAS. Concern ko yang utama ialah kenapa hudud tak terlaksana. Ko selalu bertanya kenapa le orang Islam ni tak nakkan hudud? Obviously, ko tujukan pada orang UMNO le sebab orang yang sokong PAS, otomatik sokong hudud. Ko seolah-olah pening dan tak boleh faham, apsal le susah sangat orang Islam nak terima hudud? Hudud is very obvious, dalam al-Quran jelas tulis. Wajib. Tapi ko pun tau, kewajiban ini bukan individu yang nak melaksanakannya. Ianya kewajipan pemerintah. BErlainan dengan solat, ianya kewajipan individu. Ada surau ke takde surau ke, sihat ke sakit ke, berdiri ke terlentang ke, solat wajib pada individu.

Aku ni pulak kejap PAS kejap UMNO. Pada aku, dua-dua Islam. UMNO ada jasanya dalam Islam dan banyak perkara mereka juga memperjuangkan Islam. PAS pun sama juga, ada jasanya dalam Islam dan banyak perkara mereka juga memperjuangkan Islam. Titik berbalah utamanya, ialah hudud. Adakah aku tolak hudud? Gila apa. Tapi kenapa aku tak sokong PAS? Bukankah pemimpin UMNO tolak hudud?

Bro, dalam UMNO sekarang ulama-ulama mudanya semua dengan vokal menyatakan kemahuan mereka terhadap hudud. Bukan macam dulu, sunyi sepi. Sekarang beza bro. Tengok kat youtube. Siap boleh bagi fiqhnya sekali. Sebab tu dulu aku sokong PAS sekarang aku sokong UMNO.

Tapi kenapa walau macam tu pun tak boleh nak laksanakan hudud dalam kerajaan, ko bertanya? Ini menunjukkan UMNO tak ikhlas, munafik, cakap tak serupa bikin dan pelbagai andaian lain.

Bro, dakwah itu perjalanannya panjang dan berliku-liku. Kita tengoklah dalam famili kita sendiri... kadang2 mak bapak kita, adik beradik kita pun tak berapa betul agamanya. Apa yang kita perlu buat. Maki hamun mak bapak kita? Of course not. Dapat dosa besor lagi ada le. Walaupun bertahun2 hatta sampai mati depa pun dia tak terima dakwah kita, adakah kita yang layak menghukum. Depa bukan macam firaun. Depa mak bapak kita. Melahirkan kita. Dan depa ISLAM! Orang luar tengok kita, depa akan tuduh kita tak buat kerja dakwah... walhal mata menangis air mata darah, sape yang tau. Perlu kita tunjuk tangisan kita tu kat orang supaya orang iktiraf dakwah kita? Begitulah ulama2 kita, tak kira le belah mana bro. Perbalahan antara mereka, kita pun tak berani nak masuk campur. Bior le depa dengan ilmu masing-masing.

InsyaAllah hudud akan tertegak kat bumi Allah swt ini. Macam-macam pemimpin dan ulama kita buat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sebabnya, negara kita bukan macam Brunei dan Arab Saudi tu. Raja kata apa, maka terlaksana. Kat Malaysia ni macam-macam hal lagi. Nak dakwah orang non Muslim dulu hatta orang Islam juga macam kes kawan-kawan kita yang tak solat tu.Lepas tu nak tukar perlembagaan pulak dan kita pun tau berapa banyak orang yang akan tolak pasal tak faham especially di kalangan orang non-Muslim.

Macam-macam strategi dibuat. Dulu PAS ada bergabung dengan UMNO lepas tu keluar sebab UMNO jahat. Sekarang PAS gabung dengan DAP, UMNO pulak ajak PAS bergabung. Pada aku bro, no problem. Bergabung le dengan mana pun. Itu semua strategi untuk mendapatkan kuasa. Tak berdosa. Itu semua harus.

Pada aku, aku yakin jika BN menang, ulama dalam UMNO akan teruskan dakwah mereka.Dan slowly slowly, hudud akan terlaksana. Seperti aku kata, hudud wajib tapi dakwah ada liku-likunya yang tersendiri. Sebab itu dakwah itu rewardnya bukan berdasar kepada keputusan tetapi pada usaha. Nabi Nuh dakwah 950 tahun, berapa kerat yang ikut? Ada Nabi dakwah, seorang pun tak ikut.

Aku tak yakin PAS dengan DAP sebab aku rasa DAP lebih kuat dari PAS dari segi keupayaan mereka. Dan hudud juga tidak akan terlaksana juga. Mungkin. Ko pasti ke dengan menang DAP ni pasti hudud akan terlaksana? Mungkin juga tapi yakin aku tak macam ko.

It is a matter of perspective. Strategy. Aku kata setting sekarang better, ko kata setting PAS sekarang better.

Oleh sebab itu bro, jangan le ko tengok aku ni kurang Islamnya. InsyaAllah kalau aku rasa next PRU strategi PAS lebih betul dari UMNO untuk laksana FULL 100% Islamik, aku akan sokong PAS pulak. Aku tak letak parti ni macam agama. Masa aku sokong PAS tahun 1999 tu, aku pun takde la kata kawan-kawan aku yang sokong UMNO ni kurang Islamnya. Dan aku akan maintain this way, insyaAllah.

Yang terlebih penting solat aku jaga. Macam kita pergi gig itu hari ingat tak… penat jalan tu. Tapi penat-penat pun hati puas, tanggungjawab paling besar dalam kehidupan seorang Islam kita tunaikan, rain or shine. Meh aku nak peluk ko bro!

8 comments:

  1. part hudud tu aku terima, nak buat benda mcm ni dalam sistem yg serba kapitalis ni kena berperingkat...insyaAllah suatu hari nanti sistem negara kita akan menerapkan hal2 sebegini dalam sistem pemerintahan kita.

    ReplyDelete
  2. aku mat metal jugak tapi aku tak ngundi, boleh ke bg komen? heheh

    secara amnya aku setuju dgn post ini, terutama hal solat dan terus dakwah.

    hudud melalui sistem demokrasi aku fikir mustahil. PAS sudah "berkuasa" di Kelantan, kenapa tak buat hudud di Kelantan saja dulu? kekangan perlembagaan? kekangan demokrasi?

    sampai bila mau UMNO, PAS, UMNO, PAS, UMNO, PAS?

    "Oh dunia ini, Penuh kepalsuan" lagu Aishah..

    adakah kita percaya sudah keluar Yakjuj dan Makjuj "manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi." ini semua sistem dia le...

    ReplyDelete
  3. jeff hanneman, guitar player, born 31 jan 1964, died 2 may 2013

    ReplyDelete
  4. doc, minta bagi alamat untuk dihantar kaset kompilasi nya... faithcraftproductions@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. blom baca abis lagi...cuma nak komen tang pas keluar umno tu bukan sebab umno jahat, tapi ditendang keluar.

    ReplyDelete
  6. ameno jahat? muehahaha..

    antara sebab PAS keluar dari BN disebabkan perpecahan dalam PAS. Perpecahan dalam PAS bukan kerana Umno tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden PAS ketika itu). Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari BN. Tidak ada penipuan oleh Umno.

    - Che Det
    http://chedet.cc/?p=914

    ReplyDelete