Monday, April 29, 2013
Lain kalilah...!
Status facebook saya semalam ;)
---------------
Kepada sahabat-sahabat bergenre Metal dalam facebook. These few days korang nampak saya openly defending BN. Minta bersabar. InsyaAllah status macam ni sampai 5/5/2013 je. Lepas tu, takde dah. Sebab lepas itu it's time to work with whatever government that won.
Kenapa metalheads je? Sebab boleh kata 80-90% friendlist saya adalah metalheads yang pernah dikata oleh seseorang, "anak anak muda mabuk hangguk hanggul kepala". Takpe, no problem... since the beginning pun kita dok kena kutuk macam ni kan hahaha...
Ikut survey wall sahabat-sahabat bergenre Metal, ramai juga yang openly defending PR antaranya Wan Matt Nahax Ov Farasu Fidaiyyin Al Farasu Parkh Chad dan ramai lagi. MasyaAllah, kadang-kadang posting mereka membuka mata dan minda tentang what are happening. Samada nak terima atau tidak, itu lain cerita.
Tapi paling ramai, saya rasa, yang atas pagar. Atau yang asal boleh. Atau yang segan-segan nak declare. Bahkan ada yang benci terus. I respected that.
You metal brothers, ada sesetengah kita dah kenal lama. So jangan le tak bertegur sapa lepas ni. L
Kepada yang nak block saya no problem, lepas 5/5 boleh unblock balik. Nak unfriend pun boleh, tak mengapa sebab FB ni bukan tanda kawan betul pun.
What I am going to do between today till 5/5 is to openly campaign for BN. You are all free to give feedbacks, critics and so on dalam threads yang akan dibuka nanti. Matlamat saya ialah agar metalheads yang atas pagar untuk vote for BN.
Oh ya, saya tidak dibayar apa-apa upah. Ni kerja sukarela ;)
Sejarah sokongan politik saya?
1999: REFORMASI! Bawa isteri dari JB ke KT dengan bendera PAS di depan bonet kereta. Jadi sukarelawan PAS kat KT dapat jaket PAS. Sukarelawan parking kereta hehehe...
2004: Atas pagar. Malas.
2008: Kat Australia. Juga malas tapi menyampah tengok Pak Lah. Pebende tah dia buat tak tau. Walaupun dah tak berapa reformasi tapi harap-harap tu memang ada supaya PR menang.
2013: BN for all! But why...? *intonasi lagu Napalm Death - You Suffer*
p/s: InsyaAllah saya tidak akan join mana-mana parti politik secara rasmi. Ini memberikan saya kebebasan untuk memilih.
ada harapan naik pentas bersama ahli parlimen BN nih.... hehehehehhe
ReplyDeleteyg pasti aku bkn atas pagar. tapi aku malas nak lebih2 sbb aku (walaupun dah daftar) x balik mengundi sbb xde bajet (sama mcm 2008)
ReplyDeletenext time nak tukar/pindah pusat mengundi
bagus doc...walaupun parti tak sama...aku suka orang yang berpendirian dan tak atas pagar...
ReplyDeleteberteromber,
ReplyDeleteActually sokongan aku bertukar2 ikut keadaan semasa. Refer to the posting.
Betul...takder salah pun nak tukar2...kata demokrasi kan...
ReplyDeletesokong ..
ReplyDeletewlupun berlainan minat ..
aby peminat tegar motogp dan F1 ..
sayangi Malaysia ..
Yakini BN ...
hu..hu...
"Bahkan ada yang benci terus. I respected that."
ReplyDeletei like.
mm
ReplyDeletelisten to your heart - roxette
ok, ok , tak rock, haha.
you suffer, but why?
ReplyDeleteKata2 sarcastic dari pemimpin kepada rakyatnya...
"InsyaAllah status macam ni sampai 5/5/2013 je. Lepas tu, takde dah."
ReplyDeletekenapa sampai 5/5 je? orang lain semua politicking sumpah seranah maki hamun kerajaan 24/7 dekat blog diorang semenjak 2008 lagi..
:)
tengah dengar lagu Eye Of The Beholder - Metallica while reading this post berkali-kali... hehehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBagi saya, kalau nak tukar kerajaan, beri 25 sebab mengapa saya kena benci dan tukar kerajaan yang sedia ada. Sebab2 tersebut juga mestilah affect saya directly.
ReplyDeleteUmur pun dah mid-twenty, dah mampu fikir guna akal sendiri. Dulu saya membabi-buta je, ikut kawan dan trend semasa. Maklumlah BN dan PR ini umpana "Good vs Evil".