Monday, January 07, 2013

Ulasan: BLUE CHEER Vincebus Eruptum


Yang menyebabkan kita mahu mendengar album ini adalah dalam album ini adanya lagu cover Summertime Blues (Eddie Cochrane) yang dikatakan sebagai lagu pertama dalam genre Heavy Metal. Bukan itu saja malah punk rock, stoner rock, grunge dan juga doom metal. Sebabnya adalah kerana semasa is dirakam pada tahun 1968, tiada band lain yang menggunakan bunyi gitar berat seperti dalam album ini. Siap dengan bending melampau yang menjadi stail ruji band heavy metal (dan subgenre yang lain) masa kini. Dengan ini saya sahkan yang memang lagu Summertime Blues adalah seperti yang diwar-warkan. Selain dari lagu itu, Blue Cheer sebenarnya adalah band psychedelic dan blues. Namun disebabkan bunyi gitar distorted yang berat menyebabkan kita menjadi keliru, eh blues ke heavy metal ke. Yang kelakarnya, lagu bertajuk Blues berbunyi Heavy Metal sedangkan lagu Rock Me Baby pula berentak blues. Tapi kita boleh maafkan kekeliruan ini kerana mereka adalah pioneer dan biasanya pioneer have no clue what they were doing until someone tell them so. Kepada golongan taliban muzik rock dan heavy metal, mengetahui asal usul adalah seperti layaknya roh kepada badan; wajib didengar dan dikaji akan album ini.

4 comments:

  1. yup, seperti yang Sam Dunn bagitau dlm dokumentari Metal : A Headbanger's Journey, Blue Cheers probably sebuah band metal terawal muncul sebelum Blacl Sabbath...

    ReplyDelete
  2. kena dengar kat Youtube nih....macam best. Cover lak macam Stoner Rock/Psychedelic

    ReplyDelete
  3. Hanya pernah dengar "Summertime Blues"...mungkin kena dengar lagu2nya yg lain jugak...

    ReplyDelete
  4. Nak try dengar jugak mcm menarik

    ReplyDelete