Friday, January 04, 2013

Ulasan: Liquid Tension Experiment 1


LTE adalah projek muzik ex-drummer Dream Theater, Mike Portnoy ketika beliau masih dalam band tersebut dan sebelum Jordan Rudess masuk. Ini menjadikan kita seolah-olah mendengar album Dream Theater yang "back to the future" dengan syarat kita tidak mengetahui apa bunyi Dream Theater pada masa akan datang (pada masa itu - saya harap anda faham). Asalnya Portnoy mahu mencari gitaris lain (antara calonnya Steve Morse, Dimebag Darrell) tetapi penyudahnya, John Petrucci juga yang ambil bahagian. Ini menyebabkan muka yang asing dari Dream Theater yang mencebur diri dalam projek ini ialah Tony Levin yang agak terkenal dengan instrumen chapman stick. Apa muziknya anda tanya? Seperti yang dikatakan tadi, ianya adalah dalam acuan Dream Theater tetapi ditambah dengan acid (bahan-bahan khayalan) - dan tiada vokal, instrumental semata-mata. Agak mencabar juga untuk mendengarnya terutama kepada mereka yang baru nak mengenal muzik prog rock/metal tetapi kita yang lebih makan garam tau bahawa apabila adanya gandingan Petrucci/Portnoy pastinya ada sesuatu yang sedap dalam bahan ramuannya. Tiada arah tertentu tetapi sekadar mengalir bersama dengan arus tetapi sekali-sekala menjunam ke dalam juram - itulah analogi yang dapat saya berikan untuk album ini. Mesti cuba dengar!

2 comments:

  1. prog metal yg teramatlah awesome beyond words.

    ReplyDelete
  2. entah mengapa aku lebih prefer Liquid Tension Experiment daripada muzik Dream Theater, mgkn disebabkan muzik instrumental yg prog dan sedikit berbeza dgn arah tuju DT kot...

    ReplyDelete