Tuesday, January 08, 2013

Ulasan: PARADISE LOST Draconian Times


Draconian Times adalah sebuah album ikonik Paradise Lost kontra kepada album sebelumnya bertajuk Icon. Antara jasa album ini kepada muzik metal adalah berjayanya mereka menggabungkan beratnya heavy metal dengan kemistikan muzik goth yang bergabung menghasilkan muzik goth metal. Saya tidak bermaksud ini adalah pertama goth metal tetapi menekankan kejayaan album ini kerana album Icon sudah bunyinya begitu. Gegendang telinga kita pasti cair mendengar bisikan keyboards pada awal lagu Enchantment dan selitan Hallowed Land. Gitar melodi signature Greg Mackintosh memang sentiasa ada di setiap lagu, menganyam melodi yang tersedia. Disebalik kejayaan album ini, datang pula dilema kerana selepas dua album sebegini, sudah tentu selamanya tidak boleh berterusan sebegini. Apakah seterusnya? Paradise Lost mengambil langkah untuk melembutkan lagi nada muzik goth metal sehingga menjadi terlampau poppy pada album-album seterusnya. Bukanlah nak komplen tapi itu adalah realitinya dan bukan semua orang gembira dengan halatuju sebegitu. Bahkan ada yang mahu kekal selama-lamanya dengan Draconian Times dengan mendengarnya tanpa jemu lagi dan lagi.

5 comments:

  1. suara dia kadang ada macam Hetfield skit..nasib baik PL tak teruskan style ni..suka zaman 2 album terawal dan 3 album sebelum Tragic Idol

    ReplyDelete
  2. version draconian times mmxi tersangat gerek mm kalo ko belum dengar dan tengok.

    yang one second depeche mode tu, alrite walau mula2 terkejut dengar.

    ReplyDelete
  3. Walaupun aku baru nak mengenali band ni, tapi PL ni memang masyuk la lagu2 diorang...x tahu plak album ni seolah2 wajib dgr pulak...kena cari ni

    ReplyDelete
  4. hahaha betul la tu kadang2 macam Hetfield suara Nick Holmes ni.

    ReplyDelete